LAMA Dhia Anna memejamkan matanya. Terasa dunia ini berputar sungguh laju. Peristiwa empat tahun lepas senantiasa berlegar dalam kotak fikirannya. Dia tidak mampu untuk membuang memori itu.
Ya, dalam hatinya Dhia mengakui akan perkara itu. Masih teringat lagi, kata-kata Airish sewaktu di majlis perkahwinannya. Bermati-matian dia mengaku bahawa dialah Dhia Anna yang pernah menjadi pujaan Airish dulu. Namun, sedikitpun lelaki itu tidak mempercayainya. Apabila difikirkan balik, ada kalanya malu menerpa dalam dirinya.
Kecewakah dia Usah ditanya soalan itu. Manamana manusia pun akan terasa benda yang sama jika mereka berada di tempatnya. Rasa sedih, kecewa, dan pelbagai lagi perasaan yang sungguh menjerat hati, jiwa dan perasaan. Apa yang dirasakan hanyalah kosong dan sunyi.
Airish..,. gemersik suara Dhia menyeru nama lelaki yang dipuja.
Dhia mengeluh berat. Terlalu berat rasa cinta yang ditanggungnya. Sehingga kini, dia sendiri bagaikan mahu gila. Bukan salahnya yang menyebabkan hubungan ini terputus. Jadi, adakah disebabkan Nini Darina Dhia menggeleng. Adiknya tidak bersalah. Dia pasti tentang itu, dan apa lagi yang mahu dipersalahkan pada gadis yang sudah tiada itu. Tiada gunanya.
Terlambat, Dhia. I dah jatuh cinta.
Dengan siapa
Afiqa. I cintakan Afiqa!
Rasa bagaikan berbirat hatinya dengan kata-kata Airish itu. Perlukah dirinya pasrah. Meletakkan noktah pada perhubungannya dan Airish.
Entahlah!
BERDEKAH-DEKAH Airish ketawa tanpa henti.
Afiqa menjeling tajam pada Airish di sebelahnya. Kuat lelaki itu ketawa sehingga mahu bergegar rumah ini dibuatnya. Semakin geram pula Afiqa dibuatnya apabila mata lelaki itu tertacap sebentar padanya sebelum ketawa lelaki itu dihamburkan lagi. Mahu tercabut jantung dibuatnya. Lalu dengan sisa-sisa kegeraman yang dikumpulnya, paha Airish dicubit sekuat hati. Terjerit kuat lelaki itu. Laju tangannya menggosok-gosok pahanya sendiri. Kuat cubitan Afiqa. Mana dia belajar cara cubitan ni Berbisa benar.
Nak ketawa lagi
Airish menggeleng seraya tersengih. Afiqa melarikan pandangannya. Buat muka comel macam tu lagi, boleh cair aku.
Apalah kau ni. Penakut betul. Kalau takut sangat bukaklah lampu semua. Barulah terang! Afiqa mengetap giginya. Rambut Airish ditarik Afiqa sekuat hati. Sekali lagi, jeritan Airish bergema.
Tak faham bahasa ke Masa tu tak ada elektriklah!
Bukan tak ada elektrik! Tapi lintar pintas! pintas Airish laju membetulkan kata-kata Afiqa. Afiqa terdiam. Bibirnya dimuncungkan semeter ke hadapan. Matanya sempat memandang sekeliling rumahnya yang sudah diterangi lampu sekeliling itu. Cerah benderang rumah mereka. Cis, Airish sengaja mahu memerlinya dengan membuka semua lampu.
Manalah saya tahu.
Apa-apalah. Aku dahaga, Airish bangun melangkah pergi. Afiqa yang melihatnya mulai cemas dan panik.
Nak ke mana Tunggu saya!
Afiqa pantas menyoroti langkah Airish ke bahagian dapur. Tubuhnya sengaja berjalan serapat mungkin dengan Airish. Jangan nak menuduhnya sebagai perempuan gatal! Terpaksa!
Airish mengucapkan syukur dalam hati. Mula-mula terkejut juga dia. Baru sahaja keluar dari kereta, tibatiba Afiqa muncul entah dari mana terus merempuh dan memeluknya erat. Rumah mereka gelap-gelita. Rupanya litar pintas berlaku dan isterinya itu sedang ketakutan keseorangan dalam kegelapan.
Mujurlah, kejadian itu langsung menerbangkan rajuk Afiqa jauh entah ke mana.
Airish menyimpulkan senyumannya dalam diam. Sementara, tangannya sibuk mengacau air Nescafe panasnya, tangan sebelah kirinya pula digengam erat oleh Afiqa. Sebelah tangan lagi memeluk erat lengan Airish. Langsung tidak mampu berenggang. Katanya, dia takut untuk bersendirian lagi. Ke mana dirinya pergi pasti Afiqa akan mengikutinya. Sudah serupa belangkas pula.
Gelasnya diangkat, mahu menuju ke arah televisyen.
Kita nak ke mana soal Afiqa masih mengekalkan eratnya rangkulan pada lengan Airish.
Kita ke stadium.
Stadium Afiqa tidak banyak berbicara, cuma hanya mengikut sahaja.
Televisyen di ruang tamu dipasang Airish. Rapat mereka duduk di atas sofa itu dengan tangan Afiqa masih tidak melepaskan rangkulan di lengan Airish.
Airish yang melihatnya pantas meleraikan rangkulan itu. Afiqa memuncung.
Perlahan-lahan, tubuh Afiqa semakin merapati ke arah tubuh Airish. Kakinya bergerak ke sebelah kanan sehinggalah bersentuhan dengan Airish baru dia berhenti dari bergerak mengengsot ke arah Airish. Airish tidak mampu berbuat apa-apa. Tanpa Afiqa sedari juga, tangan Airish naik bersandar di kepala sofa. Kemudian, tangan Airish mulai turun perlahanlahan sebelum hinggap di bahu Afiqa. Terus, bahu gadis itu ditarik merapati dadanya. Afiqa tidak pula memarahinya mahupun meradang tiba-tiba. Akhirnya, mereka menonton perlawanan bola sepak itu dalam keadaan yang sungguh tenang.
Kau suka ke tengok bola soal Airish sambil menghirup Nescafenya. Suasana yang sunyi sepi mengundang Airish untuk menjeling Afiqa di sebelahnya.
Bibirnya mengorak senyuman. Nyenyak sekali gadis itu tidur beralaskan bahunya. Sesekali, kedengaran akan nafasnya yang ditarik dalam-dalam secara tiba-tiba. Airish tergelak kecil. Gelasnya dibawa ke arah meja kopi. Perlahan-lahan, tubuh Afiqa dicempung Airish menuju ke arah kamarnya. Satu persatu anak tangga didaki dengan penuh hati-hati, bimbang jika gadis itu terjaga dari tidurnya.
Pintu kamar Afiqa ditolak dengan bahunya, nasib baiklah gadis itu membiarkan pintunya terselak sedikit. Sungguh memudahkannya. Tubuh Afiqa diletakkan perlahan di atas katil. Gadis itu langsung tidak terjaga. Tidur mati betul. Nasib baik tak berdengkur. Jatuh kasihan pula dirinya melihat dahi Afiqa yang sedikit berpeluh itu.
Penghawa dingin diturunkan suhunya. Matanya setia melekat pada Afiqa yang tidur nyenyak itu. Sebaik sahaja terpandangkan wajah gadis itu, serta merta ingatannya diterjah akan insiden yang berlaku beberapa jam yang lalu. Masih terasa betapa eratnya pelukan Afiqa di lehernya. Jelas dia dapat merasakan betapa takutnya perempuan itu. Habis menggigil tubuh badannya.
Takut sangatkah perempuan ini Airish berfikir sendirian. Baru sahaja tubuhnya berdiri tegak, ada tangan yang menarik tangannya. Tergamam Airish. Matanya bersabung tepat pada anak mata Afiqa yang masih terkulai layu itu. Mungkin gadis itu separa sedar. Genggaman erat Afiqa ingin Airish leraikan.
Nak pergi mana suara serak basah itu berjaya memberhentikan Airish daripada meleraikan genggaman Afiqa. Sebaliknya, Afiqa bertindak menarik Airish agar duduk kembali di sebelahnya. Airish menurut.
Temankan saya, ujar Afiqa.
Ruang yang sempit di sebelahnya diluaskan. Memberi ruang pada Airish untuk melabuhkan duduknya di situ. Airish tidak tahu bagaimana mahu bereaksi. Ringan sahaja kakinya naik ke atas katil. Kepalanya disandarkan pada kepala katil. Afiqa tersenyum sahaja. Tangan Airish dirangkulnya sebelum matanya perlahan-lahan melabuhkan tirai. Terasa bertambah selesa pula Afiqa dibuatnya apabila ada tangan yang mendodoikannya.
Bacakan satu cerita untuk saya.
Airish terkejut. Sangkanya, Afiqa sudah terlelap di sisinya. Kau dah nak jadi mak budak pun nak suruh bacakan cerita lagi
Mak budak pun manusia jugak.
Nak suruh aku ceritakan apa Airish mengalah.
Apa-apalah.
Airish berfikir seketika. Apa cerita yang mahu diceritakan Setelah beberapa minit berlalu, Airish memulakan ceritanya. Sempat lagi dia berdehem untuk mencari mood untuk bercerita pada Afiqa.
Pada zaman dahulu.