Seperti yang dijanjikan, Song kembali ke posisi asal. Dia di dalam pakaian sut.
SONG: Aku sebenarnya tak sangka aku mampu sampai ke tahap ni. Aku patut ucap terima kasih pada dia. Betullah tu apa yang dia cakap, aku memang miskin melarat papa kedana masa aku mula-mula sampai ke sini. Aku ingat lagi, aku jalan kaki dari lapangan terbang pergi ke bandar yang asing ni. Dan nasib aku baik. Dalam aku berjalan tanpa arah tujuan tu, aku sampai ke Chinatown. Tapi aku nak bagitau korang eh; walau apa pun yang orang cakap pasal orang cina, ada satu benda yang takkan berubah sampai bila-bila- orang cina ni memang kedekut! Tiga hari tiga malam aku tidur di kaki lima tu mencari tukang jahit yang boleh aku berhutang untuk jahitkan aku kimono tu. Kalau fikir-fikirkan balik, aku sebenarnya tak perlukan pun kimono tu. Dia tetap akan terima aku walau apa pun yang aku pak-
ai. Aku tau tu.. tapi..lebih baik aku fikir benda yang buruk dulu kan.
Itu cerita tahun 1970. Masa aku mula-mula sampai ke Paris. Untuk lima belas tahun kemudiannya, aku hidup senang. Walaupun tak mewah tapi kau boelh bayangkan betapa leganya aku rasa lepas empat tahun duduk di kem pemulihan di negara aku tu. Rene yang menyara aku dan anak kami tu sementara aku pulak sibuk berjalan seluruh perancis atas tiket duta pertukaran budaya. Kemudia datanglah tugas-tugas aku sebagai pengintip. (Song duduk di atas kerusi. Toulon masuk memakai jubah hakim. Dia duduk di sebelah Song. Ini adalah di dalam tahun 1986 di mana Song menjadi saksi kepada kes Gallimard di mahkamah) Mula-mula tu banyak informasi yang saya dapat. Rene masa tu dah tak berhubung langsung dengan kawan-kawan kelas atasannya. Dan Komrad Chin pulak asyik bagi tekanan pada aku. Akhirnya, dengan pujuk rayu aku, rene bekerja di jabatan kurier dimana dia ada akses terus kepada dokumen-dokumen rahsia. Dia akan ambik gambar setiap dokumen tu dan aku akan hantar gambar-gambar tu pada kedutaan China.
HAKIM: Dia tak pernah bertanya untuk apa dokumendokumen tu untuk awak
SONG: Dia tak pernah tanya pun. Dia Cuma tau saya perlukan dokumen-dokumen tu dan itu dah cukup untuk dia buat apa saja untuk saya.
HAKIM: Takkanlah dia tak tahu yang dokumen-dokumen tu dokumen sulit
SONG: Entah. Saya tak pasti dia tau atau tidak.
HAKIM: Dia tak pernah tanya apa awak buat dengan dokumen-dokumen tu
SONG: Tak pernah.
HAKIM: Ada satu perkara yang semua orang di dalam mahkamah ni.. dan semua orang di perancis ni nak tau.
SONG: Apa dia, tuan hakim
HAKIM: Dia tau tak yang awak ni sebenarnya seorang lelaki
SONG: Saya tak pasti. Tapi dia memang tak pernah tengok saya bogel sepenuhnya. Sekali pun tak pernah.
HAKIM: Tapi takkanlah dia.. hmm macamana saya nak tanya ni ya..
SONG: Tanyalah macamana pun. Saya tak kisah dan saya tak malu nak jawab. Maksud tuan hakim tu, takkanlah dia tak pernah menyentuh seluruh tubuh badan saya Itu ke soalannya
HAKIM: Mmm..
SONG: Tak, tuan hakim. Saya yang buat semua. Dia hanya baring saja. Tapi adalah sekali-kala tu kami.. dan saya tau dia tertanya-tanya juga kenapa saya selalu melakukannya dengan meniarap.. tapi.. tapi itu bukan persoalannya, kan Persoalannya adalah.. takkanlah dalam masa 20 tahun ni, sekali pun tak tersentuh bahagian-bahagian tubuh saya yang tak sepatutnya, kan Tuan hakim, itu tanggungjawab saya untuk buat apa saja supaya tak pecah rahsia. Dan tuan hakim, bukan susah pun. Mak saya dulu pelacur dan dia ada banyak pengalaman dengan lelaki-lelaki orang putih. Jadi saya pinjam sikit pengalaman dia tu. Demi berkhidmat untuk negara saya.
HAKIM: Boleh awak kongsi sedikit pengalaman mak awak tu Saya rasa semua di sini nak tau apa rahsianya.
SONG: Mestilah kan (senyap seketika) okei. Nombor satu, kita hanya perlu bagitahu apa yang lelakilelaki ni nak dengar. Tipu pun tak apa sebab walau apa pun yang terjadi lelaki tetap akan percaya.. contohnya..inilah kali pertamasaya tak pernah tengok yang sebesar ini.. atau cakap je kedua-duanya sekali. Tak pelik pun.. saya pasti tuan hakim pun pernah dapat kata-kata pujian ni dalam hidup tuan kan Betul tak, tuan hakim
HAKIM: Kita bukan memperkatakan kisah hidup saya dalam mahkamah ni, Encik song.
SONG: Okei..okei.. sajalah bergurau.. serius sangat semua orang dalam bilik ni.
HAKIM: Teruskan..
SONG: Nombor dua, di saat seorang lelaki barat masuk ke dunia timur saja, dia dah keliru sebab orang-orang barat ni ada satu perangai yang saya panggil, merogol secara terhormat. Tuan hakim tau apa maksudnya tu
HAKIM: Terangkan..
SONG: Maksudnya mulut kata tak nak, tapi mata kata ya. Barat selalu merasakan diaorang tu besar dan kuat dalam apa hal sekalipun kekuatan senjata, perniagaan, duit- jadi kami di timur ni di anggap bersifat feminine lemah-lembut, sopan, miskin tapi kaya dengan seni dan spiritual sama macam mistiknya seorang perempuan. Jadi ayat mulut kata tak nak, mata kata ya tu datangnya dari kepercayaan orang barat yang kami ni mahu dikuasai kerana perempuan tak mampu untuk berfikir untuk dirinya..
HAKIM: Jadi apa relevannya jawapan awak ni untuk soalan saya tadi
SONG: Relevannya pada sikap. Sikap orang Barat yang merasakan kami akan menyerah pada kuasa diaorang yang kuat tu. sikap orang barat yang merasakan perempuan-perempuan kami akan menyerah pada lelaki-lelaki yang kuat tu. Bukan ke itu sebabnya perempaun-perempuan kami ni dikatakan calon isteri yang terbaik di dunia ni
HAKIM: Jadi itukah jawapan awak kepada persoalan bagaimana dengan mudahnya awak memperdaya Encik gallimard Tolonglah. Tak payah nak berkias-kias dalam mahkamah ni ya. Jawab dengan tepat.
SONG: Jawapannya ada dua saja. Satu, takkanlah encik Gallimard mau menidakkan keperempuanan saya sedangkan saya ini sudah pun menepati ciri-ciri perempuan idamannya. Dua, kerana saya ini datangnya dari timur, maka saya takkan boleh menjadi lelaki sepenuhnya.
HAKIM: Teori awak ni membebankan fikiran, encik song!
SONG: Ya Patutlah negara awak tak pernah berjaya dalam urusan apa-apa pun dengan negara kami.
HAKIM: Jawab soalan ini; dia tahu ke tidak awak ni lelaki
SONG: Saya tak boleh jawab soalan tu tuan hakim sebab saya tak pernah pun bertanya pada dia.