Aku rasa aku lagi cantik. Perempuan tu setakat seksi je, tu nampak cantik. sinisnya.
Tapi...
Lelaki suka perempuan seksi! Lagi-lagi stok lelaki macam Ryan, mestilah dia pandang yang seksi. Hesy! semangatnya hilang dibawa angin.
Muka ditunduk bersama hati yang mula gelisah. Takut kalau Ryan jatuh cinta pada perempuan tu. Mahu merana dia. Memang la dia bakal merana saat Ryan sudah bersedia nak lepaskan dia nanti, tapi jangan la biarkan dia kecewa secepat ni. Tak semena-mena matanya tertumpu pada kasut di kakinya.
Kasut! Ya! Dia teringat kembali kasut yang tersarung di kaki gadis asing tadi. Kasut berwarna merah jambu tu macam dia pernah nampak. Dia cuba mengingati. Habis berkerut dahi dibuatnya.
Kasut... kasut... kasut... dia terus cuba mengingati.
Hah! Kasut!
Mata Hani terbeliak mengingati sesuatu. Sekarang dia ingat! Kasut tu sama seperti kasut arwah Riana pakai saat kemalangan. Dia memang ingat kasut tu sebab kasut tu sangat menyerlah malah dia sendiri yang mengutip kasut Riana yang terjatuh saat tubuh Riana diangkat ke dalam ambulance. Dia masih ingat!
OU LAH...
YEh I pula You baru balik, jadi you la
belanja I. I nak juga merasa duit dari orang luar negara.
Hani berkalih dan bebola matanya mengembang besar! Patutlah aku getik sangat dengan suara ketawa tu, rupanya minah tu dengan mamat tu! Sakit jiwa betul bila dia tengok Nisa bertepuk tampar dengan Ryan. Ryan pun boleh tahan, tak elak malah ketawa. Ni ke Topeng Raksasa Ni topeng hantu gatal namanya! Huh!
I-you-I-you. Sakit telinga la!
Staff you tadi, kan Soal Nisa dengan jari menunjuk ke arah Hani.
Bengkek je muka Hani. Lagi bengkek bila Ryan tarik bibirnya ke tepi.
Yes. Staf I.
Okey! Hani tersangat sakit hati dengar jawapan Ryan. Dia jeling Ryan, tapi lelaki tu langsung tak pandang dia.Bunyi lif terbuka menyedarkan Hani. Dia pantas masuk ke dalam lif. Saat Ryan dan Nisa ingin melangkah untuk masuk, tangannya menahan.
Eh bos, lif ni naik ke tingkat atas. Bos nak turun ke nak naik
Ryan tersentak. Dia pandang Nisa yang mula berkerut dahi. Baru dia perasan lif itu menuju ke tingkat atas.
Nak naik ke tak bos Kalau tak nak saya tutup sekarang. Hani selamba tekan butang kecil supaya lif tertutup sebelum mendengar balasan dari Ryan.
Dia nampak mulut Ryan terkumat-kumit, tapi saat itu lif dah tertutup. Huh! Jangan harap aku nak naik sekali lif yang ada perempuan tu! Nanti tak pasal-pasal aku jadi batu belah batu bertangkup, telanlah perempuan cantik tu. Eh Cantik ke
HABIS saja waktu pejabat, Hani terus memecut keretanya ke rumah Datuk Fatimah. Dia memang ada satu perangai buruk. Selagi dia tak pasti dengan apa yang dia rasa, selagi tu la dia akan cari kebenaran. Sekarang ni dia tengah tertanya-tanya sama ada betul kasut yang dipakai oleh perempuan tadi adalah kasut yang sama dengan arwah Riana tu atau tidak.
Bunuh kasut sebab rantai. ucapan yang pernah meniti di bibir Riana kali terakhir itu bermain di mulut Hani.
Rantai. Adakah rantai yang ditunjukkan oleh Puan Laila hari tu Rantai yang tertulis nama tiga huruf. Tapi, kasut tu apa pula Tak kan kasut merah jambu tu
Hani... kau fikir ni cerita CSI nak siasat kes pembunuhan enam tahun lepas Kau ni banyak sangat tengok drama thriller la! satu hatinya mengejek dirinya.
Hani mengeluh. Mungkin dia je banyak terfikir. Tapi, selagi dia tak pastikan kasut yang perempuan tadi tu pakai sama atau tak dengan kasut arwah Riana pakai, selagi tu dia tak senang duduk. Namun melihat Nisa tadi, jiwanya seakan berbisik sesuatu. Dia tak suka gadis itu dan...
Dia rasa macam pernah tengok perempuan tu sebelum ni. Macam pernah bertemu. Sekilas pemandu perempuan yang keluar saat tubuh Riana terbaring, terbayang.
Nampak macam sama, tapi tak mungkinlah. Aku ni je yang perasan kut. Hani sedar diri sikit boleh tak. Tak kan kau nak cakap perempuan tu yang langgar Riana Tak relevan! Dia pun tak kenal Riana. tempelak Hani sendiri.
Malas berlawan dengan diri sendiri, kereta terus dilajukan. Rasanya Ryan belum balik lagi. Lelaki tu kan suka balik malam. Kira-kira dua puluh lima minit, keretanya dipakir di luar rumah Datuk Fatimah. Bingkas rumah itu dihampirinya.
Eh, Cik Hani. Ada apa Nak jumpa Tuan Ryan Tuan Ryan belum balik lagi.
Hani tersenyum mendengar teguran pengawal keselamatan rumah Datuk Fatimah. Bagus sangat la tu, mamat tu belum balik lagi.
Tak Pak Zim. Saya nak jumpa Puan Laila. Dia ada tak
Ada. Nak jumpa dia. Sekejap Pak Zim bagi tahu dia. sejurus saja berbicara, Pak Zim mendekati pondok pengawalnya. Saat itu juga pagar tinggi itu terbuka. Hani masuk.
Pergi la masuk. Puan Laila tunggu tu.
Hani angguk sebagai tanda berbudi bahasa, sebelum dia berlari ke arah rumah. Baik dia cepat sebelum Ryan balik dan meroyan tengok dia datang ke rumah ni. MHani sejak Hani keluar dari sini.
INUMLAH. Dah lama tak nampak
Hani datang ni kenapa Pak Zim
cakap tadi, Hani nak jumpa ibu.
Hani tersenyum sikit. Ibu Patutlah dia panggil Ibu di saat dia tahu apa pengakhirannya dengan Ryan.
Er.. Sebenarnya Hani ada benda nak tanyakan pada..hm.. Ibu.
Apa dia dahi Puan Laila berkerut. Tiba-tiba tak ada angin ribut, menantunya datang. Terkejut juga dia. Ingat Hani tak ingin kembali ke situ dah.
Pasal kasut.
Kasut
Ibu ingat tak kasut yang arwah Riana pakai sewaktu dia kemalangan hari tu. Hani... Oh... Kasut pink tu
Hani tergamam. Puan Laila masih ingat Dia masih ingat saat dia menahan kereta untuk membantu Riana. Kereta tu adalah kereta Puan Laila. Dia masih ingat wajah terkejut Puan Laila saat melihat Riana berlumuran darah. Rupanya perempuan tu adalah emak kepada kekasih Riana.
Emak Ryan!
Ibu masih ingat
Mestilah ingat. Tapi, kenapa Hani tanya
Gadis bertudung coklat itu mula resah. Benda apa dia nak goreng ni Tak kan dia nak cakap, sekarang ni dia kena rasuk mood penyiasat persendirian pula. Sah-sah Puan Laila gelakkan dia.
Hani cuma tertanya sebab tadi masa Hani jalan-jalan ternampak macam kasut tu. Tapi, tak sure. Tiba-tiba Hani teringatkan masa arwah meninggal. Kadang-kadang Hani asyik mimpikan hari tu. jelas Hani. Ayat pertama tu dia menipu, tapi mimpi tu dia bercakap benar. Kenangan itu asyik datang dalam mimpinya.
Tak mungkinlah. Tu kasut limited edition je. Ryan yang hadiahkan pada Riana dan design kasut tu, Ibu yang buat tau.
Ibu buat mata Hani terbelalak.
Kenapa Tak percaya Sebelum Ibu kahwin dengan arwah papa Ryan, Ibu ni seorang designer kasut. Kasut tu Ibu yang design atas permintaan Ryan.
Oh ye ke Jadi Hani silap tengok la tadi. Maknanya ada satu je la dekat dunia ni kasut macam tu Hani tak berpuas hati.
Dia yakin kasut tu sama dengan perempuan tu pakai tadi.
Ada dua pasang.
Hani angkat muka. Dua pasang. Mula la terpancar tanda tanya di matanya.
Satu untuk Riana dan satu untuk adik tiri
Riana.
Riana ada adik tiri
Ye. Kawan baik Ryan. Sebab Adik tiri dia la, Ryan bertemu Riana. Tapi, nak buat macam mana. Dah tak ada jodoh. keluh Puan Laila. Kehadiran Riana akhirnya merubah Ryan seperti ini. Kadang-kadang dia rasa menyesal juga sebab anaknya bertemu dengan gadis itu. Tapi, jodoh dan pertemuan itu ditangan Allah S.W.T.
Adik tiri dia tu... Hmm.. Hanisa ke
Puan Laila terdiam. Matanya mengecil dek kedutan halus yang mula bersambung di dahinya.
Mana Hani tahu
Muka terkejut ibu mertuanya, menjawab segala-galanya. Sah! Kasut yang sama. Patut lah dia pernah nampak.
Er... Sebenarnya.. Hmm...
Hani
Dua kepala berpusing terdengar jeritan halus di belakang mereka.
Ryan
Kau buat apa dekat sini Ryan ketawa sinis sebelum menghampiri ibunya dan Hani yang saling bertatapan.
Hani kecut perut. Kenapa lelaki ni balik awal pula
Saya jumpa dengan ibu awak. berani-berani takut je dia menjawab.
Puan Laila sekadar memerhati. Amboi! Takut sangat ke Hani dekat anak dia. Ryan kalau tayang muka tegang, siapa pun takut. Tapi, wajah kacak yang diwarisi dari ayahnya, memang mampu mencairkan hati. Kalau la anak dia tak garang, mesti ramai perempuan berebut.
Apa motif kau jumpa dengan Ibu aku soalan perangkap Ryan bagi.
Apa punya soalan tu! Haih lelaki ni memang saja la.
Saya rindu Ibu awak. selamba Hani menjawab sampai Ryan tayang muka pelik. Puan Laila tersentak. Menantu rindu tu.
Hani...
Saat Ryan dan semua di situ terdiam kerana jawapan rindu dari Hani, satu suara menegur. Hani mengeluh. Memang semua dalam rumah ni kalau nak tegur, mesti seru nama dia eh Ada Ryan, ada Puan Laila, tapi nama dia juga kena seru. Dia berpusing.
Datuk Fatimah
Kedengaran degusan kasar dari Ryan. Saat Hani ingin melihat Ryan yang merengus kuat, lelaki itu sudah hilang. Hilang ke arah tangga. Lari dari nenek dia la tu.
Dia masih marahkan Mak. Datuk Fatimah kecewa. Walaupun tahu tentang penyakitnya, hati Ryan tetap juga keras.
Tapi, tak macam dulu kan Mak. Bagi la masa dekat dia supaya dia boleh lepas semua dendam dia. Puan Laila mendekati ibu mertuanya.
Datuk Fatimah hanya mampu mengeluh sebelum memandang Hani. Perlahan-lahan senyumannya berbunga.
Canggung Hani dibuatnya. Eh Datuk garang tu senyum dekat dia la Ni senyum ikhlas atau ada benda dia nak ni
Thanks...
Satu ucapan dari bibir Datuk Fatimah cukup buat Hani cuak.