MY SWEET ARISSA - 25
ARISSA menoleh sebaik terdengar derapan tapak kaki di belakangnya. Kalau dahulu dia boleh meneka siapa tetapi sejak kepulangan Puan Hanim dan Encik Razali sukar untuk meneka jika mereka datang dari belakangnya.

Tak kerja ke

Pelik dia melihat Hakimi berpakaian biasa. Ada cuti umum yang dia tidak tahu ke Sejak tidak bekerja, hari pun dia sudah lupa inikan pula cuti umum.

Tak. Sepatah jawapan Hakimi sambil melangkah ke peti sejuk untuk membasah tekaknya dengan jus oren yang dibuat sendiri oleh Arissa untuknya. Bertuah punya isteri, desisnya sambil menyimpan senyum.

Hari ini hari Khamis, kan

Ya.

Habis tu Dia tidak puas hati tiada penjelasan dari Hakimi. Sengaja lelaki itu menyuruh dia bertanya lagi. Tak boleh ke terus beritahu rancangannnya kalau tidak ke pejabat. Eee... menyampah sungguh!

Hari ni parents Wafa datang ke Penthouse. Hakimi memandang Arissa sambil meneguk jus oren yang sudah berada di dalam gelas.

Ya Dada Arissa mula berdebar-debar, tidak tahu mengapa. Saya kena ikut ke Perlahan dia menyoal Hakimi sekadar ingin tahu.

Ya, Arissa kena ikut sebab dah jadi menantu Walid!

Terkejut kedua mereka sebaik mendengar suara Encik Razali sedikit lantang di ambang pintu dapur. Mujur tiada yang pelik dalam perbualan mereka tadi. Kalau tidak matilah mereka berdua kalau Encik Razali tahu. Walidnya begitu mengambil berat akan Arissa.

Tapi Walid, Wafa masih tunang Hakimi.

Ya Allah, kenapa mulutnya begitu ringan membalas kata-kata Encik Razali.

Bulat mata Hakimi memandang Arissa. Tak sangka gadis itu boleh berkata begitu.

Itu Arissa jangan bimbang. Walid dan Umi akan uruskan!

Tapi, Walid...

Biar mereka tahu menantu pilihan Walid. Pantas Encik Razali memotong kata-kata Hakimi.

Arissa memandang Hakimi. Ucapan Encik Razali seperti sebuah harapan. Ini benar-benar menggerunkan. Nampaknya rancangan mereka sudah jauh tersasar dari asal. Ini yang buat dia bertambah gerun. Sedikit demi sedikit dia mula berasa tidak selesa berada di dalam keluarga Hakimi.

Masalah datang bertimpa-timpa. Beginikah kehidupan orang kaya Kalau beginilah tak payahlah jadi kaya. Terasa kehidupannya dulu lebih membahagiakan daripada sekarang. Barulah dia mengerti apa itu bahagia. Bersyukurlah dan kita akan rasa bahagia.

Tentang Umi... Arissa jangan bimbang. Tahulah Walid nak basuh kepala otaknya nanti. Dia jadi macam tu sebab syer nak bagi kat orang. Kalut sendirilah. Hai... tak tahulah apa kena dengan Umi tu, keluh Encik Razali dengan senyuman.

Hakimi sengih begitu juga dengan Arissa.

Jom sarapan, ajak Arissa setelah masing-masing membisu seketika. Cepat-cepat dia menarik lengan lelaki itu ke ruang makan. Saya buat sup untuk Walid.

Amboi... tangan abang tak ada pula sayang tarik macam tu, ya Sengaja Hakimi mengusik Arissa. Seronok dia melihat keduanya seperti serasi. Tidak seperti Umi yang asyik memetir bila bertemu Arissa.

Kecil besar kecil besar mata Arissa memandang Hakimi. Semakin lama semakin miang pula Hakimi ni, dengusnya sendiri.

Encik Razali ketawa kuat.

Jangan jeles... layanan first class dari Arissa untuk Walid ni. Dia membalas usikan Hakimi.

Umi mana Perlahan soalan Arissa sebaik dia menyeduk sup untuk Encik Razali.

Pening dia memikirkan sarapan pagi untuk lelaki itu. Semalam dihidangkan oat bersama susu. Memetir Puan Hanim kerana tidak puas hati dengan sarapan yang disediakan. Mujurlah Encik Razali dan Hakimi meredakan suasana.

Ada di atas tu.

Acuh tak acuh jawapan Encik Razali yang sudah menghirup sup ayam yang dimasak awal pagi. Bersebelahan pinggannya diletak beberapa keping roti gandum asli. Roti yang mempunyai pelbagai gizi dan boleh menurunkan kolestrol di dalam badan. Memang sesuailah untuk pesakit jantung seperti Encik Razali.

Arissa senyap. Dia menyeduk pula mi goreng untuk Hakimi. Kalau disuruh makan sup seperti Encik Razali mesti lelaki itu tidak kenyang. Hakimi ni jenis asyik lapar bila berada di rumah. Macam perut buaya! Ingat esok pagi nak pergi jalan-jalan. Arissa boleh teman Walid

Encik Razali memandang Hakimi seperti meminta izin untuk mengajak menantunya itu menemaninya pagi esok. Rasa rimas asyik terkurung di dalam rumah. Rumah mereka di Doha dia tingkat lapan jadi tiada sesiapa yang mahu menemaninya keluar berjalanjalan. Masing-masing mempunyai urusan sendiri.

Arissa memandang Hakimi seperti meminta izin dari lelaki itu. Err Boleh, jawab Arissa sebaik tiada reaksi dari Hakimi. Rasa serba salah pula dia. Boleh, kan bang Arissa menyiku Hakimi di sebelahnya.

Terkejut Hakimi. Haa boleh.

Tersengih Encik Razali melihat reaksi anak dan menantunya. Rasa lega melihat Hakimi boleh tersenyum seperti sebelumnya. Rasanya pilihan Hakimi tepat sekali.

Umi pergi sekali ke Walid soal Hakimi. Entah mengapa dia merasa berdebar-debar dengan kedatangan kedua orang tua Wafa ke situ.

Ya Encik Razali mengangguk.

Kalau betul apa yang Umi letak dalam perjanjian tu, Kimi kena kahwin dengan Wafa ke Tiba-tiba Hakimi bimbang dengan apa yang terlintas di fikirannya.

Arissa sengih mendengar soalan Hakimi.

Kita tengok dulu apa yang ada dalam perjanjian tu. Encik Razali menarik nafas dalam-dalam. Dia benar-benar kesal dengan apa yang telah dilakukan oleh isterinya. Sanggup membayar satu harga untuk kebahagiaan anak mereka.

Salinan Umi ada kat Doha. Hakimi mengeluh.

Macam mana Umi boleh lupa password peti dia Keluh Encik Razali pula. Isterinya menyimpan semua barang-barang berharga di dalam sebuah peti berkod di dalam bilik mereka di kondo mereka di Doha.

Entahlah. Hakimi menggeleng sendiri.

Mereka datang dengan lawyer yang buatkan perjanjian tu ke celah Arissa ingin tahu.

Walid pun tak pasti Arissa. Tapi harap-harap begitulah. Jangan pula ada macam-macam helah. Itu yang dibimbangkan. Zaman sekarang orang sanggup menipu untuk dapatkan duit. Tambah-tambah perkara sebegini. Ini yang paling dibimbangkan.

Harap-harap tak ada yang bertukar di dalam perjanjian tu. Arissa memandang Encik Razali.

Kau jangan sibuk! Ini tak ada kena mengena dengan kau! Tengking Puan Hanim tiba-tiba muncul di antara mereka. Entah mengapa dia merasa geram apabila mendengar ayat-ayat yang dituturkan oleh Arissa. Gadis itu membuat dia berasa takut.

Terkejut Arissa dan Hakimi.

Hanim! Tegur Encik Razali sedikit keras walaupun masih bernada lembut.

Puan Hanim senyap dan terus duduk bersebelahan Encik Razali seperti tiada apa-apa rasa bersalah terhadap apa yang dikatakan sebentar tadi.

Arissa hanya bagi pendapat dia. Takkan itu pun nak marah! Encik Razali masih memandang isterinya yang berwajah selamba.

Dia tak ada kena mengena, bang! Jeling Puan Hanim pada Arissa.

Tak ada kena mengena Dia isteri Kimi dan menantu saya. Awak jangan lupa tu! tekan Encik Razali dengan nafas turun naik.

Walid dahlah tu, pujuk Hakimi. Bimbang dia melihat lelaki itu seperti tertekan dengan kata-kata Puan Hanim tadi. Dia pun pening dengan sikap Uminya. Menantu abang. Bukan menantu saya! Merah padam wajah Arissa.

Umi! Hakimi mula rasa tidak senang.

Apa masalah dengan awak ni, Hanim Encik Razali masih memandang isterinya.

Walid, dahlah. Walid tak boleh stres sangat, pujuk Arissa.

Puan Hanim mencebik. Rasa menyampah dia dengan sikap baik Arissa terhadap suaminya.

Encik Razali senyap kemudian bangun. Walid nak naik sekejap. Pukul berapa kita nak ke hotel Dia memandang Hakimi sejenak.

Dalam pukul 11.30 macam tulah, balas Hakimi.

Encik Razali mengangguk dan mula melangkah meninggalkan mereka di situ. Puan Hanim meneruskan makan tanpa mengendahkan mereka.

Arissa bangun dan mengangkat pinggan-pinggan yang sudah digunakan tadi ke dapur. Tidak tahu apa yang patut dibuatnya memandangkan Puan Hanim berada di meja makan. Biarlah Hakimi melayan Uminya. Dia tidak sanggup menentang wajah wanita itu. Akhirnya dia ke belakang untuk menyidai kain yang sudah kering di dalam mesin basuh.

PUAN HANIM menyelak helaian demi helaian perjanjian itu. Terasa ada beberapa syarat yang kurang tetapi dia tidak pasti. Diselak lagi dan lagi untuk memastikan yang helaian itu adalah seperti salinan asal kepunyaannya di Doha.

Macam ada yang kurang.

Dia memandang kedua suami isteri yang duduk di hadapan mereka. Perjanjian tadi dihulur kepada peguam Sweet Arena Management, Mr Ruben. Dia pasti sangat ada syarat yang tiada dalam perjanjian itu.

Adakah suami isteri ini mahu menipunya Tidak mustahil. Duit percuma. Dapat tanpa bersusah payah.

Siapa yang tidak mahu Bodohnya dia ditipu oleh kawan sendiri!

Apa yang kurang soal Encik Razali memandang isterinya.

Kembali Puan Hanim memandang Puan Talha kemudian beralih ke wajah Encik Razali yang duduk di sebelahnya.

Syarat-syarat tu ada lapan rasanya. Tapi dalam salinan ni ada lima. Mana lagi tiga

Dia pasti sangat, tiga syarat tu dia yang pinta peguam Puan Talha dan Encik Amar masukkan. Dan mereka bersetuju. Tetapi dia tidak ingat apakah syarat yang diletaknya di dalam perjanjian itu. Yalah perkara itu sudah berlalu hampir tiga tahun yang lalu.

Apa yang kurangnya Itulah yang kita setuju hari tu Hanim! Puan Talha mula tidak senang dengan apa yang diajukan oleh Puan Hanim.

Puan Hanim senyap.

Mana peguam yang akak dan abang lantik masa buat perjanjian ni Kata nak datang keras suara Encik Razali. Dia sudah mula rasa curiga sebaik kedua suami isteri itu muncul tanpa peguam yang pernah dilantik semasa perjanjian itu dibuat.

Puan Talha memandang suaminya Encik Amar seperti meminta jawapan.

Dia ada hal. Outstation, jelas Encik Amar dengan nada agak tegas.

Kalau macam tu macam mana nak tahu yang kontrak ni yang asal atau tak Tegas Encik Razali dengan rasa bengang.

Kau nak kata kami ni menipulah, begitu! Suara Puan Talha mula bergema di ruang tamu Penthouse itu.

Itu saya tak tahu! Balas Encik Razali. Akak dan abang yang tahu kontrak ni yang asal atau tak! Selarnya.

Bang! Puan Hanim menepuk paha suaminya agar bertenang.

Ini awak punya pasallah. Memandai buat keputusan sendiri! marah Encik Razali memandang garang Puan Hanim.

Kaget Puan Hanim bila ditempelak oleh suaminya. Merah padam wajahnya. Diakui dia sudah membuat satu kesilapan yang besar.

Semua buat keputusan sendiri langsung tak pernah nak bincang dengan abang. Semua nak ikut cakap awak. Konon nak anak tu bahagia bahagia dengan cara awak! Bebel Encik Razali geram dengan sikap isterinya.

Walid sudahlah tu. Hakimi menghampiri Encik Razali mengurut lengan lelaki itu perlahan-lahan.

Habis macam mana kita ni Zali Hakimi dah pun nikah. Kami dah berhabis hampir lima puluh ribu untuk persiapan perkahwinan Wafa-Hakimi. Kad dah siap tempah, dengan booking dewan untuk nikah dan majlis bersanding dia orang lagi! bebel Puan Talha.

Tentang tu akak jangan bimbang. Kita akan teruskan macam biasa! tegas Puan Hanim.

Umi! Hakimi yang duduk tidak jauh terus bangun.

Apa yang awak cakapkan ni Hanim! Encik Razali memandang isterinya.

Saya nak Kimi nikah juga dengan Wafa! tegas Puan Hanim sekali lagi.

Umi! terpekik Hakimi mendengar kata-kata Uminya.

Eh, aku tak mahu anak aku bermadu! celah Puan Talha agak terkejut dengan jawapan Puan Hanim sekejap tadi. Perempuan ni betul-betul gila agaknya!

Wafa tak akan bermadu Kimi akan ceraikan Arissa! Puan Hanim memandang Hakimi. Rasanya itulah keputusannya untuk menyelamatkan sahamnya.

Dia sudah tidak mampu untuk berfikir cara lain lagi.

Hanim! Terpekik Encik Razali.

Apa Umi ni! Terkejut Hakimi mendengar cadangan Puan Hanim untuknya.

Yang awak memandai buat keputusan untuk Hakimi ni kenapa Jangan harap perkara itu akan terjadi! bentak Encik Razali memandang isterinya dengan rasa amat marah. Namun ditahannya sebagai mengingat pesanan Arissa.

Jadi atau tak dia orang nikah lima belas peratus saham Hanim kena juga ditukar kepada Wafa! Celah Encik Amar membangkitkan kembali perkara tadi.

Ooo tujuan Wafa bernikah dengan Hakimi bukan memenuhi tuntutan sunnahlah ya Mengembang zuriat, membangunkan umat dan memelihara iman Selar Encik Razali bengang.

Nampaknya dia sudah melihat wajah sebenar bakal besan tak jadinya. Alhamdulillah Hakimi memintas rancangan Puan Hanim. Inikah hikmahnya Hakimi bernikah senyap-senyap

Hanim dah janji, kita dah ada perjanjian ni pun! tegas Encik Amar menahan rasa marahnya apabila dia dileter oleh Encik Razali sebentar tadi.

Perjanjian tu tak telus. Daripada lapan syarat ada lima je. Mana pergi yang tiga lagi soal Encik Razali.

Perjanjian tu memang ada lima syarat je! tekan Puan Talha dengan suara agak keras mempertahankan perjanjian yang sedang dipegang oleh Mr Ruben.

Isteri saya kata ada lapan! Tekan Encik Razali.

Hanim silap. Semua tu ada lima syarat je! Encik Amar pula bersuara.

Semua syarat tu berpihak kepada Wafa. Berat sebelah! tekan Encik Razali.

Terkebil-kebil mata Encik Amar dan Puan Talha.

Hakimi senyap begitu juga Puan Talha.

Mr Ruben bangun dan duduk bersebelahan Encik Razali lalu membisikkan sesuatu kepada lelaki itu kemudian bangun menuju ke bilik bacaan Encik Razali.

Baik saya nak jumpa dengan peguam yang abang dan kakak lantik hari tu. Saya akan datang dengan Mr Ruben dan beberapa orang peguam dari Sweet Arena Management untuk tengok perkara ni. Lagi satu salinan asal yang dipegang oleh isteri saya akan Hazami hantar nanti kemudian!

Encik Amar meneguk liurnya beberapa kali sebaik mendengar keputusan Encik Razali. Perkara ini bukanlah mudah seperti yang disangka.

Mana boleh macam tu Zali! bantahnya.

Bang saya tak boleh buta-buta buat tak tentu hala. Perkara ni ada prosedur dia sendiri. Ini bukan kuasa saya. Perkara begini sudah melibatkan banyak pihak termasuk Lembaga Pengarah semua, jelasnya kepadanya Encik Amar. Dia tahu lelaki itu tidak tahu akan prosedur perkara-perkara yang melibatkan syarikat. Dia tidak menyalahkan lelaki itu.

Encik Amar senyap dan memandang Puan Talha.

Kau dah tipu kami! Tiba-tiba suara Puan Talha melengking.

Bagaimana kalau akak yang menipu kami dengan memotong syarat perjanjian yang sudah di stamp tu. Saksi ada kak! Encik Razali mengingatkan wanita itu.

Puan Talha memandang suaminya, tidak tahu apa yang patut dikatakan lagi.

Encik Razali mengeluarkan sesuatu dari beg kecil yang dibawanya. Seketika dia menulis sesuatu di atas buku ceknya. Dihulur cek tadi kepada isterinya untuk diserahkan kepada Puan Talha.

Ini lapan puluh ribu. Ganti rugi untuk persiapan yang dah kakak dan abang buat. Jelas Encik Razali. Abang Terkejut Puan Hanim dengan keputusan yang dibuat oleh suaminya.

Insya-Allah, lusa saya akan hantar orang untuk putuskan pertunangan anak-anak kita. Saya minta maaf bagi pihak Hakimi, pinta Encik Razali.

Sepi.

Lama Puan Talha memandang cek di tangan kemudian dihulurkan kepada suaminya. Salinan perjanjian yang dihulurkan oleh Mr Ruben disimpan di dalam begnya.

Kau buat anak aku macam tak berguna! Herdik Encik Amar lalu bangun tanpa mengambil cek di tangan isterinya. Dia mula melangkah menuju ke pintu.

Puan Talha juga bangun dan bergegas mengekori suaminya keluar dari Penthouse milik Encik Razali.

Kenapa abang buat Kak Talha dan Abang Amar macam tu! Puan Hanim memandang garang suaminya.

Encik Razali senyap sambil menyandarkan tubuhnya disofa. Rasa penat duduk tegak begitu.

Yang awak pandai-pandai janji kepada dia orang kenapa jeling lelaki itu.

Puan Hanim senyap.

Walid nak balik lepas solat asar. Arissa masak apa untuk minum petang kita soalnya memandang Hakimi.

Hakimi senyum. Dia rasa lega yang perkara itu hampir selesai.

Entahlah

Tadi dia tanya Walid, petang ni Walid nak makan apa Encik Razali ketawa sendiri.

Tak sudah-sudah dengan menantu dia! Puan Hanim bangun dan melangkah menuju ke biliknya.

Ya, menantu saya! Kuat suara Encik Razali seperti mengejek isterinya.

Hakimi senyum.