Linangan air mata menitis perlahan ke pipi sambil memerhatikan setiap urat wayar yang melekat di tubuh Tunku Hardie.
Pilu dan hiba. Begitu tragik sekali kehidupan yang akan ditempuhi oleh anaknya selepas ini. Apatah lagi, penjelasan dari Azmeer meragut sekali lagi kedukaan relung di hati. Derita Tunku Hardie, bererti deritanya juga.
Suasana di wad VIP, ICU sunyi sepi. Hanya alat bantuan pernafasan saja yang berbunyi di dalam bilik ini. Tangan Tunku Hardie digenggam erat. Dia beralih menatap kembali wajah anak terunanya. Kepala yang masih berbalut menambahkan lagi sentap di tangkai hati.
Apa yang kamu dah buat sebenarnya sampai balasan sebegini yang harus kamu terima, Hardie soalnya dalam esak tangis.
Reza Rizman yang berdiri di belakang turut meratap sayu. Perlahan-lahan tangannya mendarat di atas bahu Tun Tunku Harith bagi menenangkan gangguan jiwa lelaki itu.
Bersabarlah, Tuan. Semua yang berlaku di atas kehendak-Nya. Qada dan Qadar yang Allah SWT tentukan. Kita sebagai hamba-Nya harus reda dan ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Yang penting, jangan berhenti berdoa agar Hardie pulih semula, pujuk Reza Rizman lembut. Dia juga turut terasa hiba dengan musibah yang menimpa teman karibnya itu.
Ayah siapa yang boleh menerima berita yang anak mereka dilahirkan sihat walafiat disahkan lumpuh sementara dalam sekelip mata. Ini bermakna, Tunku Hardie tak mampu berjalan seperti biasa jika tak disusuli dengan rawatan terapi pemulihan selepas ini.
Selepas diagnosis dilakukan ke atas Tuan Hardie, didapati dia mengalami Traumatic Spinal Cord Injury yang menyebabkan beliau lemah pada anggota badan hingga ke kaki. Jadi, Tuan Hardie disahkan Temporary Paralysis. Apabila beliau sedar nanti ada kemungkinan beliau mengalami Spinal Shock Syndrome.
Bingung. Sungguh bingung dia memikirkan jika Tunku Hardie tahu tentang perkara ini. Sudah tentu anaknya tak dapat terima hakikat. Lumpuh, sudah tentu membataskan pergerakannya selepas ini. Apatah lagi Tunku Hardie merupakan VP di THSC, tentu sekali MC mengusulkan jawatan Tunku Hardie perlu ada pengganti.
Ini semua salah perempuan tu!! jerit Tun Tunku Harith, mengetap gigi menahan geram memandang ke arah luar tingkap wad. Amarahnya semakin membuak. Dari kejauhan, dia terlihat beberapa orang yang datang menghampiri Maria. Mungkin ahli keluarganya.
Assalamualaikum kedengaran seseorang memberi salam di muka pintu.
Mereka berdua menoleh serentak ke arah empunya suara tadi. Tunku Hazreen melangkah masuk tergesa-gesa dengan raut wajah yang resah gelisah.
Waalaikummussalam. Kenapa, Rein Papa nampak kamu gelisah semacam aje. Mana Qamra Tak datang sekali dengan kamu Bertalu-talu soalan dilemparkan dek hatinya meronta-ronta untuk mengenali sang kekasih hati Tunku Hardie. Sambilsambil itu dia tercari-cari juga kelibat gadis yang diceritakan oleh Reza Rizman tadi.
Kawan Rein, Qamra dah tinggalkan kondo. Rein tak tau dia ke mana. Kain bajunya pun tak ada di dalam almari.
Tun Tunku Harith melepaskan sekali lagi keluhan berat. Begitu juga dengan Reza Rizman. Dia tahu ke mana pergi gadis itu membawa diri. Dia yakin, gadis itu pergi tak jauh dari sini atau pun sudah berangkat pulang ke kampung halaman di Brinchang.
Qamra Ain, bukanlah jenis gadis yang suka merayau tak tentu hala. Sepanjang mengenali personaliti Qamra Ain, gadis itu banyak habiskan masa di A-AH, Tunku Hardie, kaf dan pulang ke kondo, tak lebih dari itu. Walaupun, dia pernah mengajak gadis itu keluar di kala ketiadaan Tunku Hardie namun Qamra Ain tak pernah setuju. Katanya, dia tak mahu Tunku Hardie menimbulkan lagi masalah yang berpunca dari hamburan fitnah Maria.
Sejak Tunku Hardie bertugas di THSC, banyak masa terluang dihabiskan bersama Maria dan dia. Patutlah sejak beberapa bulan lalu, Maria jarang sekali hadirkan diri di A-AH rupa-rupanya ini agendanya. Dia juga pernah saksikan bagaimana sikap cemburu buta Tunku Hardie menuduh Qamra Ain curang. Sampaikan, ringan sungguh tangan lelaki itu menampar pipi Qamra Ain di depan matanya sendiri. Kejam dirasakan! Semuanya, gara-gara Tunku Hardie termakan dengan hasutan dan fitnah Maria.
Keadaan semakin kritikal, Rein. Hardie disahkan Paralysis dan jawatan VP perlu ada urgent replacement. Kita harus selesaikan masalah ni sebelum berita tersebar luas. Papa harus lantik Raff untuk gantikan
Hardie.
Raff, pa Kenapa tak Sein Anak Papa sendiri
Apa Nak harapkan, Sein! Biar dia melingkup di sana!
Papa! Tak baik cakap begitu! Sein, kembar Rein darah daging Papa! Sakit Sein, sakit juga Rein Papa!
Rein! Sejak Sein di sana, ada pernah tanya khabar kita semua kat sini Ada Entah apa yang jadi dia di sana pun kita tak tau! Susah betul nak mendidik anak kalau tak dengar kata ni!
Itu salah, Papa! Bukan salah Sein! Papa yang hantar Sein ke sana sebab sangkal Tunku Hazreen. Geram sungguh dia bila Tun Tunku Harith berterusan menyalahkan adik kembarnya di atas kematian bonda mereka.
Sudah, Rein! Jangan diungkit lagi kisah yang lepas. Kamu dan Sein sama aje! Kembar yang sama degil! Melawan cakap! Semakin meninggi suara Tun Tunku Harith bila Tunku Hazreen menyangkal keras kata-katanya.
Sampai hati Papa kata begitu pada kami berdua! Baiklah, kalau itu kata Papa, biar Rein pergi dari hidup Papa jika ketiadaan kami berdua lebih buat Papa bahagia! Pergilah pada anak kesayangan Papa yang terbujur kaku di atas katil tu! Tegas Tunku Hazreen seraya menyeka air mata yang jatuh ke pipi dek tersentap ditengking oleh Tun Tunku Harith di depan Reza Rizman.
Malu sungguh rasa diperlakukan begitu oleh Papa sendiri. Dia tak kisah jika dimarahi walau seteruk mana pun tapi biarlah kena pada situasi dan tempat.
Sejak dari kematian bondanya, Tun Tunku Harith mula bersikap membeza-bezakan mereka berdua dengan Tunku Hardie dan sepupunya, Tunku Raffzul. Hendak dikatakan mereka berdua anak angkat keluarga ini, tak pula ditunjukkan dalam sijil kelahiran. Mereka adalah darah daging yang sah, anak kandung kepada Tun Tunku Harith tapi diperlakukan seperti anak tiri dalam keluarga kerabat ini.
Reza Rizman terkedu melihat pertelingkahan kedua beranak itu. Dia tampak jelas riak wajah Tunku Hazreen berubah pucat selepas ditengking oleh Tun Tunku Harith. Sebab itulah adik kembarnya, Tunku Hussein dihantar ke California (CA) disebabkan ketegangan konflik yang melanda dalam keluarga itu.
Saya tak boleh biarkan perkara ni, Reza. Seseorang harus bertanggungjawab apa yang terjadi pada anak saya, Tun Tunku Harith mundar mandir tak tentu hala.
Jenuh dia memikirkan. Jalan penyelesaian perlu dicari malam ini. Rahsia keaiban keluarganya harus ditutup sebaik mungkin sebelum viral tersebar di media massa.
Dia harus berbuat sesuatu. Sambil berfikir, dia terpandang ke arah perempuan yang mencalit sejarah pahit dalam keluarganya. Tun Tunku Harith mengerling ke arah Reza Rizman yang sedang bersandar di dinding. Sesekali lelaki itu menguap menahan ngantuk.
Reza, kamu pergi panggil Ustaz Azli dan perempuan tu sekali masuk ke dalam private room sekarang.
Tuan ada rancangan ke
Jika perempuan tu yang mulakan, perempuan tu juga yang jadi penamatnya!