SAAT AKU BERPALING - 25
PAGI ini Nadhirah sekali lagi menerima panggilan telefon daripada setiausaha Tan Sri Malik. Tahap kesihatan Tan Sri Malik semakin merosot. Setelah mengetahui yang Papanya kini sedang dirawat di rumah, Nadhirah segera bergegas ke sana.

Papa okey ke tak ni Itulah soalan pertama yang meluncur keluar dari bibir Nadhirah saat dia masuk ke dalam bilik bacaan Tan Sri Malik.

Papa cuma penat sikit.

Itulah Papa. Nad suruh jangan fikir sangat pasal Emerald, abang Aidid kan ada. Fail berisi dokumen operasi Emerald Group yang sedang dibaca oleh Tan Sri Malik sengaja dirampas oleh Nadhirah.

Nadhirah...

Papa kan tak sihat. Buat apa nak baca semua ni. Mak Cik mana

Dia ke galeri dengan Adelia. Tak lama lagi Emerald akan buat majlis pengumpulan dana untuk untuk badan kebajikan yang bernaung di bawah kita. Mak Cik dengan Adelia yang uruskan semua tu.

Dah la Papa. Jangan fikir lagi pasal kerja. Nad nak Papa rehat. Nadhirah risau melihat keadaan Papanya yang semakin hari semakin lemah.

Kalau tak nak Papa risau, Nad kenalah tolong Papa dengan abang Aidid. Dah lama sangat masa yang Nad ambil. Papa nak Nad bekerja di Emerald segera.

Kalau boleh sebelum Papa tutup mata. Boleh

Nad ada pilihan lain ke

Tak ada. Papa buat semua ni untuk Nad juga. Bukan untuk orang lain.

Nad tahu niat Papa. Tak apalah, Nad terima tawaran Papa.

Betul ni Bila Nad nak masuk kerja

As when you wish.

Fine. Zaki, tolong panggil Aidid balik ke rumah. Ada yang perlu kami bincangkan. Ujar Tan Sri Malik pada setiausahanya.

Baik Tan Sri.

Tidak sampai setengah jam, Aidid sampai ke rumah sebaik sahaja dia dihubungi oleh Papanya.

Kenapa dengan Papa saya Dia tak sihat ke Kenapa dia nak jumpa saya Tanya Aidid pada Encik Zaki yang menyambutnya di ruang tamu.

Tan Sri tak ada apa-apa. Tapi, ada perkara yang ingin dibincangkan katanya. Jom, kita naik ke atas dahulu.

Aidid ternyata sedikit kecewa. Mati-mati dia ingatkan yang keadaan Tan Sri Malik sudah semakin buruk, namun jawapan Encik Zaki sedikit meranapkan harapannya. Dalam diam dia sebenarnya idamkan yang sebaliknya. Pada Aidid lagi cepat Papanya mati, lagi cepat Emerald jatuh ke tangannya. Malangnya nyawa Tan Sri Malik masih panjang.

Aik, kenapa Nadhirah ada di sini

Dia datang melawat Papa.

Kau keluar boleh tak Papa ada benda nak bincang dengan aku. Aidid meluat mahu memandang wajah Nadhirah apatah lagi setiap kali dia memikirkan kemungkinan yang Nadhirah bakal menjadi penghalang untuknya membolot semua harta Tan Sri Malik yang berkepuk-kepuk itu.

Tak Aidid. Papa nak Nadhirah ada sekali. Kita akan berbincang tentang Nadhirah. Jadi dia kena ada di sini.

Bincang tentang apa Aidid mula memberi perhatian. Dia seolah-olah dapat menghidu arah perbualan mereka ini.

Papa nak Nadhirah masuk ke Emerald Group segera. Tolong aturkan segala prosedurnya.

Maksud Papa, Papa nak dia masuk bekerja di

Emerald

Ya, tolong uruskan.

Papa suruh ajelah dia pergi ke Bahagian Sumber Manusia ajalah. Suruh dia orang atur dia di mana-mana bahagian. Kalau Papa nak tempatkan dia di pelabuhan pun boleh juga. Cadang Aidid.

Papa bukan nak dia jadi buruh atau pembancuh teh di Emerald. Listen to me carefully, Papa nak Nadhirah memegang jawatan eksekutif. Aturkan tempat untuk dia.

Mana ada lagi jawatan kosong, Pa. Semua dah terisi.

Papa nak Nadhirah dilantik sebagai Penolong Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi. Papa nak dia ditempatkan di situ.

Tapi, itukan tempat Ammar. Aidid membantah. Dia jelas tidak bersetuju dengan cadangan Papanya.

Mana Ammar Tanya Tan Sri Malik pada anak sulungnya.

Pertanyaan yang semudah itu pun gagal dijawab oleh Aidid. Keberadaan Ammar langsung tidak dihiraukan oleh sesiapa termasuklah Aidid.

Macam mana nak jalankan tugas kalau dia asyik menghilang Aidid tahu tak yang banyak kerja tergendala sejak Ammar tak ada. Takkanlah kita nak biarkan jawatan tu kosong. Nadhirah ada, biar dia yang gantikan tempat Ammar. Itu lebih baik.

Berat tanggungjawab dia Pa, Aidid takut dia tak boleh bawa.

Aidid kan ada. Tunjuk ajar dia macam mana Aidid ajar Ammar. Nadhirah tahu apa yang dia buat dan Papa yakin dia boleh. Terang Tan Sri Malik.

Maksud Papa, kita pecat Ammar dan gantikan dengan Nadhirah Mana boleh macam tu, selalunya kita akan ambil pegawai sedia ada yang dah lama berkhidmat untuk isi jawatan eksekutif macam tu.

I dont care! Banyak kerja yang dah tak terurus di bawah Ammar. Tempat dia perlu diganti segera.

Macam mana dengan Board of Directors yang lain. Mereka takkan bersetuju seseorang yang tak ada pengalaman macam Nadhirah untuk gantikan tempat Ammar. Aidid masih berusaha untuk membatalkan niat Papanya.

Dia orang dah setuju. Papa dah berbincang dengan mereka terlebih dahulu. Macam biasa, mereka bersetuju dengan pendapat Papa.

Papa dah approach dia orang tanpa pengetahuan sayalah ni Aidid sedikit terkesima. Papanya bertindak lebih laju.

Dia orang semua kawan-kawan Papa dan sejak bila pula Papa nak kena minta izin Aidid untuk buat keputusan dalam Emerald ni. Ingat Aidid, Papa masih Pengerusi Emerald Group yang sah.

Aidid tahu Pa. Tak apalah Aidid akan uruskan. Minggu depan dia dah boleh mula kerja.

Aidid tiada pilihan. Tindakan Tan Sri Malik yang mula mengingatkan Aidid perihal kedudukannya membuatkan Aidid terpaksa berjaga-jaga. Tika ini dia perlu terus menjaga hati Tan Sri Malik jika mahukan jawatan Pengerusi Emerald Group yang seterusnya. Tindakan membantah arahan Tan Sri Malik ketika ini dilihat tidak akan membantu dia untuk meraih sokongan Tan Sri Malik nanti.

Gantikan apa Siapa Tiba-tiba ada suara yang menyampuk perbualan Tan Sri Malik dan Aidid di dalam bilik ini. Kelihatan Puan Sri Munirah dan Adelia sedang berdiri di depan pintu bilik.

Nadhirah akan menggantikan Ammar. Jawab Aidid laju. Dia memang sengaja mahu menyimbah minyak. Kalau bantahannya tadi tidak dihiraukan Tan Sri Malik, Aidid mahu Mamanya pula membantah. Apa Abang dah gila ke

Kenapa pula gila Jawatan tu kosong, kita perlu cari orang yang berkebolehan untuk isi jawatan tu.

Nadhirah adalah calon yang paling layak.

Ammar nak letak di mana

Dia ada ke di sini Kerja tak pergi, balik rumah pun tidak. Dia di mana Awak tahu

Buat apa tanya saya, abanglah cari dia. Dia anak abang juga. Dia hilang dah dekat dua bulan, tak ada sesiapa pun yang teringin nak cari dia. Pengawalpengawal abang yang berlambak di luar tu, abang nak buat apa Suruhlah dia orang cari.

Buat apa cari orang yang memang tak nak balik Jawab Tan Sri Malik.

Ma, janganlah macam ni. Nanti Mama sakit lagi. Adelia, bawa Mama masuk bilik. Arah Aidid.

Kenapa Adik pula nak kena bawa Mama Drama dekat sini seronok nak tengok. Betul apa Mama cakap. Adelia yang turut berada di situ turut terhibur. Dia seronok melihat Mamanya mengamuk dan melihat wajah keruh Nadhirah.

Aidid ingat Mama boleh rehat ke Mama nak tidur pun tak boleh fikirkan Ammar. Tak ada sesiapa pun pedulikan dia. Jerit Puan Sri Munirah. Sungguh dia geram.

Abang tahu tak kenapa dia tak nak balik Bila dia balik abang akan sumbat dia semula di pusat pemulihan. Abang selalu buat dia macam tu sebab tu dia lari.

Kalau abang tak buat macam tu, Ammar akan terus menagih awak tahu tak Dia takkan pulih. Awak faham tak Tan Sri Malik meyandarkan tubuhnya. Munirah tahu dia tengah buat apa sekarang Tengah lalok, tengah ketagih. Buat apa nak cari budak macam tu Tambahnya lagi.

Saya tak kisah kalau dia nak terus menagih, saya tak kisah kalau dia tak pulih. Apa nak buat pun saya tak kisah asalkan dia ada depan mata saya. Setiap kali dia muncul abang akan suruh pengawal abang hantar dia ke pusat pemulihan. Abang yang buat dia lari, abang yang bertanggungjawab. Bentak Puan Sri Munirah.

Pa... tegur Nadhirah lembut sambil menggelengkan kepalanya bila melihat Tan Sri Malik seperti mahu berlawan cakap.

Memang ini yang abang nak, kan Buang Ammar lepas tu masukkan budak tak guna ni dalam Emerald supaya senang dia nak bolot hak anak-anak saya nanti. Munirah! Tengking Tan Sri Malik.

Apa Tak payah nak tengking-tengking saya. Memang itu yang abang nak buat. Tak payah nak nafikan sangat. Nadhirah ni tak layak pun nak duduk dalam bilik ni apatah lagi dalam Emerald. Abang jangan nak bodohkan saya.

Mama! Mungkin kerana merasa begitu terhina, Nadhirah hilang logik akalnya. Gelaran Mama itu terluncur keluar dari mulutnya tanpa sengaja.

Mama Siapa Mama kau! Aku bukan Mama kau! Aku tak ada anak haram macam kau. Puan Sri Munirah seakan-akan dirasuk rasa marah.

Ma, sudah Ma. Nanti tekanan darah Mama naik lagi. Pengawal, bawa Puan Sri ke bilik, bawa sekali dengan Adelia. Aidid berbelah bahagi.

Niat di hati mahu membiarkan Puan Sri Munirah terus memaki hamun, tapi hati Papanya juga perlu dijaga. Oleh itu dia mengambil jalan mudah dengan membawa keluar mamanya dari bilik itu.

Jangan pegang saya. Saya belum habis cakap lagi. Puan Sri Munirah memberi amaran pada dua orang pengawal yang mula mendekatinya.

Perempuan hina, lidah bercabang. Kau sukalah sekarang Kau dah boleh masuk dalam Emerald. Kau memang hina. Sama macam Mama kau juga! Jerit Puan Sri Munirah pada Nadhirah yang sejak dari tadi hanya membatu mendengar setiap caci maki yang diberikan kepadanya.

Bawa Puan Sri ke bilik sekarang. Arah Tan Sri Malik pada pengawalnya. Geram pula dia dengan gelagat isterinya ini.

Perempuan beracun! Ular!

Ular itulah kali pertama dia dimaki sebagai ular. Beracun, lidah bercabang. Nadhirah hanya mampu menelan sahaja semua itu walaupun dia langsung tidak melakukan apa-apa sehingga dimaki sebegitu rupa.

Dia tarik nafas panjang. Selepas dimaki begitu, baru kini dia rasa sepertinya dia perlu membolot Emerald. Biar caci maki yang baru diterima tadi berbaloi untuk didengar.

Abaikan apa yang Mak Cik cakap. Dia tak berapa sihat sekarang. Papa nak Nadhirah bersedia untuk masuk ke dalam Emerald. Kebanyakan Ahli Lembaga Pengarah sudah tahu tentang kedudukan Nadhirah. Tak perlu risau pasal status atau taraf Nadhirah, Papa akan pastikan semua tahu yang Nadhirah anak Papa. Mereka semua akan tahu tak lama lagi.

Apa lagi rancangan Papa Soal Aidid yang sedang memasang telinga.

Nadhirah perlu dapat apa yang sepatutnya dia dapatkan dari dulu.

Papa nak buat pengumuman tentang status Nadhirah Aidid mahukan kepastian.

Dalam masa terdekat. Papa akan daftarkan dia sebagai anak Papa yang sah. Peguam sedang uruskan semua sekarang. Sebaik sahaja semua urusan selesai, Papa akan dedahkan pada semua tentang Nadhirah.

Jawapan Tan Sri Malik menyebabkan Aidid menggigit bibirnya. Dalam diam Tan Sri Malik sedang berusaha menjadikan Nadhirah sebagai salah seorang pewarisnya yang sah. Aidid tahu yang dia perlu mencari jalan untuk menghalang semua itu terjadi. Tak mungkin dia membiarkan harta yang sepatutnya cuma dibahagi tiga untuk dibahagi empat. Tak mungkin!!!

Ikut suka Papa lah. Aidid tahu tiada guna dia membantah.

Ingat Aidid, Papa nak Nadhirah segera mendapat jawatan di Emerald. Kalau boleh Papa nak Aidid

confirmkan minggu ini juga.

Baik, Pa. Aidid akan uruskan.