Les Criaturas - 25
PRESENT 14

Hello

Hai, Mas. Sibuk ke

Tak pun. Mas tengah buat brownies. Jiran sebelah order kelmarin. Ada apa Lina call

Mas rasa sempat tak buat satu round lagi brownies Untuk Lina ke Tak ada masalah. Tapi, kalau Cheryl tahu macam mana Mas tak nak gaduh. Mas penat.

Talian sunyi sebentar. Kedua-duanya mendiamkan diri. Mas jangan risau. Mas buat je brownies tu. Nanti kita pergi jalan-jalan kat Watery World. Eleina dengan Umie pun ikut sekali. Iman jadi bodyguard. Okay tak

Mastura mendiamkan diri. Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Skrin telefon direnungnya sambil berfikir.

Tapi, kalau Mas tak nak..

Siapa kata Mas tak nak Sorry tadi Mas busy tengok brownies dalam oven. Suaranya kedengaran ceria.

Sampai hati buat Lina macam ni.

Sorry. Nanti Mas buat sedap-sedap untuk korang.

*****

Watery World kelihatan lengang. Hanya beberapa orang kelihatan sedang beratur untuk menyewa sampan. Kolam kanakkanak juga hampir kosong. Iman sempat menangkap gelagat beberapa pasangan kekasih yang asyik memadu asmara. Penjual hot dog berhampirannya juga sudah beberapa kali terlelap kerana kebosanan.

Tak ramai orang pun hari ni kan Ujar Iman.

Bagus la. Aku pun pening kalau ramai sangat orang, balas Selina sambil membetulkan bajunya yang sedikit berkedut.

Kakak ni pasti ke Sekeliling kita ni semua air. Kalau apa-apa jadi kat akak nanti macam mana

Jangan la risau sangat. Aku tahu jaga diri aku. Lagipun, kau kan bodyguard aku

Bukan masalah bodyguard ke apa. Tapi, Iman tengok akak macam saja nak cari nahas. Kenapa tak pergi mall macam perempuan lain buat Kenapa datang tempat penuh air macam ni Aku cuma nak rasa secure je. Nak rasa macam dekat dengan rumah. Kau apa tahu Kau bukan asal dari air macam aku. Kau tu kotak je. Sindir Selina. Dia ketawa kecil.

Memanglah aku kotak je. Iman akhirnya mengalah.

Dia cuba berbaik dengan Selina. Dia teringat akan pesanan Hafez. Walaupun mereka selalu bertengkar, dia sayangkan Selina sebagai kakaknya. Lagipun, ini merupakan pertama kali Selina mengajaknya keluar.

Aku nampak si Gemini tu kat sana. Jom. Iman dan Selina menghampiri Eleina dan Umie yang sedang asyik membaca sesuatu di bawah pondok berdekatan dengan kolam renang.

Hai korang! Sapa Selina.

Lambat sangat la korang. Lama dah kitorang tunggu. Sampuk Umie.

Korang tak boleh sabar ke

Umie dan Eleina terus mendiamkan diri mendengar katakata Selina. Iman memandang sekeliling. Matanya melilau mencari kelibat seseorang.

Mana Mas

Kejap lagi sampai la tu. Kau ni sama macam budak dua orang ni. Tak boleh sabar.

Iman. Iman berpaling menghadap Umie.

Ya, Umie. Kenapa

Cuba tengok buku ni.

Umie menghulurkan Iman sebuah buku tebal bertajuk Myths and Peoples.

Kalau ikut mitos masyarakat Cina, ada objek atau haiwan yang boleh bertukar jadi manusia. Macam Fox Lady.

Fox Lady Bukan Fox Spirit ke

Entah. Banyak sangat version dia. Tapi, maksud dia sama. Mereka akan bertapa selama beberapa ratus tahun untuk belajar jadi manusia dan bergaul dengan mereka. Biasanya semua ini terjadi sebab ada antara mereka yang jatuh cinta dengan manusia biasa. Dalam kes Fox Lady, dia jatuh cinta dengan seorang pengembara. Dia korbankan nyawa dia untuk selamatkan pengembara tu, terang Umie bersungguh-sunguh.

Ada juga kes macam tu, sampuk Selina. Nadanya seakan-akan menyindir.

Kakak, Iman tahu akak tak berminat. Tapi, kita kena respect culture orang lain. Legenda dan mitos manusia berbeza mengikut kaum. Itu yang membuatkan kita semua ni unik. Tak payah nak sarkastik sangat. Tajam mata Iman memandang Selina. Dia sedikit berang dengan tindakan Selina.

Selina memandang Iman tanpa berkelip. Eleina dan Umie menahan nafas. Mereka menanti reaksi daripada Selina.

Sorry. Aku silap. Aku lupa pasal orang lain. Gemini, teruskan. Aku nak tahu kisah dorang. Selina memaniskan wajahnya. Iman turut tersenyum melihat usaha Selina mengawal egonya.

Okay, sambung balik. Burung pipit perlukan 570 tahun untuk jadi demon. Ular pula perlukan 820 tahun. 1000 tahun untuk musang. Lama betul mereka bertapa untuk jadi demon. Menarik betul!

Hmm.. Kalau objek lain macam mana Sebab tadi Umie ada sebut pasal objek kan Contohnya, The Candle of Buddha dalam Legend Pilgrimage to The West tu Tanya Iman.

Kejap. Umie cari dulu.

Umie membelek laju buku tersebut. Masing-masing menanti jawapan daripada Umie sehingga tidak perasan akan kehadiran Mastura.

Amboi, khusyuk betul! Mas menyapa mereka dari belakang. Tangannya menjinjit paper bag berisi brownies. Mas duduk di sebelah Iman dan mula membuka bungkusan brownies. Dia mengeluarkan pisau plastik.

Potong pakai pisau plastik je, Mas Iman cuba berseloroh.

Kalau pisau betul nanti ada yang kena tikam. Masingmasing ketawa besar dengan jawapan Selina. Selina berasa senang hati melihat cara Mastura melayan Eleina, Umie dan Iman. Sesekali dia mengakui bahawa hatinya terpaut dengan kelembutan Mastura. Namun, cintanya tetap milik Cheryl.

Korang, dengar ni. Aku jumpa benda yang menarik. Masing-masing memasang telinga dan memandang Umie dengan penuh minat.

Aku nak cerita pasal immortality. Keinginan untuk mengelakkan kematian disebabkan perasaan takut atau terlalu taksub untuk hidup. Ada banyak cara nak jadi immortal. Yang paling popular ialah makan ikan duyung.

Good luck cari ikan duyung, kata Selina. Dia ketawa seakan-akan menyindir.

Jangan la sombong sangat, balas seorang daripada pasangan kembar tersebut.

Diam la, Eleina. Kau Eleina ke Umie Pening kepala aku

nak cam korang.

Umie, kau jangan layan dia ni. Cepat la sambung cerita. Iman cuba mengalih perhatian Umie.

Lina, jom makan brownies. Mas buat yang macam Lina nak hari tu.

Thanks, Mas. Mas baik betul dengan Lina. Tangannya mencapai sepotong brownies dan disuakan ke mulutnya. Selesai menjamah brownies, Selina menarik tangan Mas meninggalkan yang lain. Mereka menuju ke arah loker yang sedikit terlindung. Selina menarik Mastura ke dalam dakapannya. Bibir lembut milik Mastura dicium rakus. Mastura yang ketakutan cuba berundur dua tapak ke belakang.

Mas, tunggu dulu. Lina boleh explain.

Err.. Tak payah explain apa-apa kat Mas. Selina tidak berganjak. Begitu juga Mastura. Masingmasing cuba untuk bersikap tenang.

Kenapa Lina buat macam tu

Sebab Lina dah tahu dari dulu yang Mas sukakan Lina.

Lina tak patut layan Mas dengan Cheryl macam ni. Mas tahu Lina tak cintakan Mas.

Tapi, Lina cuma nak..

Selina tidak menyambung ayatnya apabila melihat ada air jernih bertakung di mata Mastura. Selina memegang bahu Mastura namun tangannya ditolak lembut.

Jom kita pergi kat diorang. Mesti diorang tengah tunggu kita. Mastura bingkas bangun dan berjalan laju meninggalkan Selina. Iman, Umie dan Eleina sedang khusyuk menjamah brownies.

Mas pergi mana Tanya Iman.

Toilet.

Mas nangis ke

Mana ada.

Jangan tipu.

Iman memandang Selina yang baru tiba. Dia cuba mengagak apa yang terjadi antara kakaknya dan Mastura. Selina mencapai brownies yang masib berbaki. Dia cuba mengelak daripada bertentang mata dengan adiknya.

Korang pergi mana tadi Penat je aku cari info-info best. Rungut Umie. Dia menutup buku tebal tersebut dan memasukkannya ke dalam beg.

Umie, aku nak pinjam buku tu, kata Selina sambil menghulurkan tangannya.

Rajin pulak kau nak membaca Umie memandang

Selina dengan pandangan ragu-ragu.

Semua ada kat sini ke

Wajah Iman berubah. Dia membetulkan kedudukannya.

Umie dan Eleina bergerak ke hadapan untuk melindungi Mastura. Selina masih lagi tidak berganjak. Dia seperti tidak kisah dengan kehadiran Cheryl.

Cheryl, panjang umur kau.

Aku ada banyak nyawa.

Cheryl melabuhkan punggung. Tangannya mencapai sepotong brownies.

Siapa la yang pandai sangat buat brownies ni. Sedap betul.

Kau boleh blah tak, betina

Relaks la. Aku bukan nak cari gaduh. Aku singgah pun sebab aku terbau Si Lina. Dah lama aku tak jumpa dia. Kuat betul bau dia hari ni. Macam ada sesuatu je. Pandangan matanya sengaja diarahkan ke wajah Mastura.

Lina, kenapa you tak ajak I I kan girlfriend you atau you dah ada girlfriend lain sekarang

Dah la, Cheryl. Jangan nak buat kes pulak kat sini. Selina bingkas bangun.

Aku atau kau yang buat kes Kau yang syok bercium dekat loker tu bukan buat kes ke Semua terdiam mendengar katakata Cheryl.

Aku boleh bau air liur betina ni kat kau. Kau jangan melampau. Selina meninggikan suaranya. Aku atau kau yang melampau Cheryl membeliakkan matanya.

Tiba-tiba air di dalam kolang renang menggelegak. Cuaca bertukar mendung. Umie dan Eleina saling berpelukan namun mereka masih tidak berganjak daripada melindungi Mastura. Iman datang memegang lengan Selina.

Dah la tu. Kawal emosi. Jom balik.

Ikut la cakap adik kesayangan kau tu. Keluarga bahagia sangat, cebik Cheryl. Dia masih tidak jemu membuat provokasi.

Eleina dengan Umie jaga Mastura. Kita balik sekarang. Tinggalkan betina meroyan ni kat sini. Mereka mengangguk. Pasangan kembar mula mengemas barang-barang. Selina turut membantu. Namun, Cheryl memegang tangannya kemas. Matanya mula bertukar warna. Kuku yang tajam mula kelihatan.

Kau memang dah kemaruk dengan benda tu kan Sekarang kau boleh pergi mampus, perempuan!

Lina!

Cheryl mencampakkan Selina ke kolam renang mengunakan semua tenaganya. Tubuh Selina sudah ditenggelami air. Cheryl tersenyum. Beberapa saat kemudian, Selina timbul ke permukaan air. Tubuhnya tidak dibasahi air langsung kerana satu medan kuasa seperti kepompong sempat melindungi tubuhnya.

Cheryl terlopong melihat kejadian itu.

Mana Mas

Dia hilang lepas jerit nama Lina tadi. Suara pasangan kembar kedengaran cemas. Mata mereka melilau mencari kelibat Mastura.

Cheryl mengambil peluang tersebut untuk lari meninggalkan mereka. Umie yang tersedar akan tindakan Cheryl sempat menghadiahkannya satu objek berbentuk bulat. Dia terpelanting keluar dari kawasan Watery World.

Si Umie ni kalau marah boleh tahan jugak, ujar Iman. Dah la tu. Cepat pergi tolong kakak kau yang terpingapinga macam orang tak betul tepi kolam tu.

Iman terkocoh-kocoh mendapatkan Selina yang masih lagi terkebil-kebil di tepi kolam.

Dia campak aku dalam kolam. Berani betul betina tu. Selina masih tidak percaya dengan tindakan Cheryl.

Yang penting kakak selamat. Jom balik. Mas dah hilang. Iman memimpin Selina keluar dari taman tema. Umie dan Eleina sudah menunggu di kereta.

Korang ada nampak Mas tak Tanya Iman.

Tak ada. Puas kami cari.

Nanti kita fikir macam mana nak cari Mas. Aku rasa dia selamat. Cheryl takkan berani kacau dia lagi. Eleina, kau drive la. Iman jaga Selina dekat belakang, arah Umie.

Kereta milik Umie berlalu meninggalkan Watery World. Mereka tidak menyedari kelibat Mastura yang memerhatikan mereka disebalik tong sampah.

Aku harap kau okay, Selina. Mastura menggigil sambil melihat tangannya yang sekejap-kejap berubah menjadi lutsinar seperti satu bayang-bayang.