KALENDAR atas meja dilihat seketika. Pejam celik dah hampir enam bulan Anis bekerja di Stephen Holdings. Selama tulah jiwanya terseksa. Terpaksa mengadap muka Imran hari-hari. Kena tengking, kena bambu, kena herdik dah macam biasa bagi Imran. Ada saja benda yang tak kena di mata mamat tu. Satu hari kat ofis dah rasa macam sebulan!
Apa dia ingat aku tak ada perasaan ke
Perlahan Anis melangkah ke bilik air. Waktu maghrib sudah setengah jam berlalu. Usai solat maghrib, Anis melangkah longlai ke arah dapur. Peti sejuk dibuka. Entah apa yang difikirkan. Semuanya seperti tidak kena. Pintu peti sejuk ditutup semula. Segelas kopi O panas dibancuh. Dia menapak semula ke bilik. Sarah belum pulang dari kerja.
Kalau berterusan mamat tu layan aku macam tu, boleh jadi biul otak aku ni. Mungkin aku tak akan lama di syarikat tu. Biarlah. Banyak lagi syarikat lain yang aku boleh pohon. Lagipun aku dah sambung belajar dalam bidang kulinari separuh masa. Bolehlah perniagaan somtam aku berjaya. Anis menyedapkan hati sendiri.
Komputer riba dibuka. Mengadap pula kelas online se;ama satu jam. Habis mencatat nota kuliah, laman facebook pula dibuka. Membaca status rakan alam maya yang sudah mencecah lebih lima ratus orang. Ada yang dia kenal dan ada yang tidak kenal termasuk Jay. Esok dah hari
Jumaat. Bermakna tinggal dua hari saja lagi janjitemunya dengan Jay. Kelas praktikal pula hanya tiga kali sebulan.
JS > Assalamualaikum
Mawar Putih > Waalaikumussalam..
JS > Awal hari ni buka FB
Mawar Putih > Bosan..tak tahu nak buat apa
JS > Hmmchat dengan saya tak bosan ke
Mawar Putih > Tak..saya suka..
JS > Ya..jadi saya ada can la
Mawar Putih > Can
JS > Maksud saya..saya ni ada can la jadi calon suami awak
Mawar Putih> lol!!!
JS > Kenapa gelak
Mawar Putih > You still the same..tak pernah nak mengalahkan
JS > Soal jodoh kena berusaha cari..
Mawar Putih > Dahlah cerita hal tuapa perkembangan awak sekarang
JS >Alhamdulillah..dah nak habis nota awak saya baca..banyak ilmu yang saya dapat. Saya juga ada beli majalah dan buku agama untuk rujukan.
Mawar Putih > Kalau awak berminat nak menuntut ilmu, kenalah berguru.
JS > Berguru Maksud awak
Mawar Putih > Ya. Dengan berguru, kita akan lebih yakin dan faham. Buat masa sekarang cukuplah mendengar ceramah dan kuliah agama dulu. Lepas tu kalau awak rasa nak menambah ilmu lebih mendalam, banyak institusi yang menyediakan kuliah rasmi.
JS > Hmmbetul tu. Buat masa sekarang saya baca dulu buku dan nota awak ni. Lagipun saya sibuk sejak diberi amanah tugas berat.
Mawar Putih > Ohhsaya rasa tentu awak ni seorang yang rajin bekerja.
JS > Tak jugaorang kata..work smart!
Mawar Putih > Betul tu!
JS > Oh ya! Jadi ke janjitemu kita hari Ahad ni
Mawar Putih > InshaaAllah..kalau tak ada apa-apa halangan.
JS > Alhamdulillahsaya pun tak sabar nak kenal awak.
Mawar Putih > Tapi kita tak boleh jumpa selalu. Kita bukan mahram. Tak elok.
JS > Hmm..memang betul kata awak. Tak macam sesetengah perempuan yang saya jumpa. Pakai tudung tapi berkepit dengan lelaki yang belum sah nikah.
Mawar Putih >Maksud awak berpegangan tangan
JS > Ya! Malah berpelukan. Termasuk diri saya juga sewaktu zaman jahil dulu. Saya hilang arah hidup lepas putus cinta. Diri sendiri tak terurus. Dendam pada perempuan terutama yang bertudung.
Anis terdiam seketika. Apa yang diluahkan oleh Jay sama seperti apa yang diceritakan oleh Izara tentang kisah cinta Imran. Apakah Jay juga mempunyai sejarah pahit dalam percintaan sama macam Imran Atau..entah-entah Jay adalah Imran! Anis cuba menidakkan tekaannya. Tidak!
Mawar Putih > Kenapa awak berdendam
JS > Pada saya perempuan memakai tudung hanya sebagai fesyen. Halal haram belakang cerita. Malah ada juga yang buka tudung bila disuruh oleh teman lelaki. Bukan ke bertudung itu satu kewajipan bagi perempuan
Mawar Putih > Hmm..saya rasa dalam hal ni awak telah meletakkan semua perempuan bertudung mempunyai perangai macam tu. Kerana segelintir yang buat begitu maka semua disangka berperangai begitu. Macam juga lelaki, saya juga boleh tuduh begitu berdasarkan sikap segelintir lelaki. Dan satu lagi, saya nak perbetulkan. Menutup aurat lebih tepat digunapakai daripada perkataan bertudung. Bertudung tidak semestinya menutup aurat.
JS > Maksud awak
Mawar Putih > Dalam al Quran, tidak menyebut bertudung tetapi tutuplah auratmu dan yang hanya dibenarkan melihat adalah kedua tapak tangan dan muka sahaja. Terpulang pada perempuan itu. Kalau cara dia bertudung memenuhi apa yang dikatakan dalam al Quran, maka dia telah menutup aurat yang sempurna.
JS Jadi maksud awak, bertudung itu bukan menutup aurat Macam tu
Mawar Putih > Bukan macam tu. Menutup aurat yang sempurna adalah dengan menutup rambut dan seluruh badan kecuali kedua tapak tangan dan muka. Maksudnya memakai tudung itu biarlah menutupi seluruh rambutnya dan labuh hingga menutupi dada. Pakaian yang dipakai pula longgar tidak menampakkan bentuk tubuh. Kalau perempuan itu bertudung sekalipun tapi kalau pakaiannya ketat dan sendat, itu belum dikatakan menutup aurat dengan sempurna
JS > Hmmjadi kena pakai baju kurunglah macam tu. Kalau pakai seluar panjang dan blaus macam mana
Mawar Putih > tak semestinya..awak jangan pulak salah faham. Tak kiralah pakai apa pun asalkan jangan ketat kerana ia mengundang fitnah dan menuju ke arah maksiat.
JS > Maksud awak
Mawar Putih > Pakaian yang ketat menampakkan bentuk tubuh boleh mengundang lelaki untuk berbuat tidak baik pada perempuan itu. Banyak dosa di situ. Sebelum berlaku zina, sebenarnya telah ada zina mata.
JS > Zina mata
Mawar Putih > Ya! Zina mata bila seseorang itu melihat dengan pandangan mata yang mempesonakan. Apatahlagi jika perempuan itu memakai pakaian yang seksi.
JS > Jadi kalau macam tu tak boleh tengok perempuan lah
Anis senyum. Nyata perbualannya kali ini lebih menjurus kepada lelaki dan perempuan.
Mawar Putih > Bukan macam tu. Kalau tengok perempuan itu dengan tiada rasa apa-apa maka tiada zina mata. Sebab itu
lelaki hanya dibenarkan melihat sekali sahaja ke arah perempuan kerana pandangan kedua itu adalah lebih kepada nafsu.
JS > Sekarang ni mana ada lelaki yang menundukkan pandangannya pada perempuan. Termasuk diri saya sendiri. Kenalah pandang perempuan itu kalau nak berurusan apa-apa.
Mawar Putih > betul kata awak tu. Urusan kerja adalah diharuskan dengan syarat kerana kerja semata-mata dan tiada rasa apa-apa.
JS > Hmmmacam mana pula kalau suka pada seseorang Contohnya seorang pekerja suka kepada pekerja yang lain di tempat kerja yang sama Adakah itu juga zina mata
Anis renung soalan dari Jay. Hmmbijak juga dia ni bertanya. Aku bukannya pandai sangat dalam hal ni. Silap jawab nanti, berdosa pula aku ni. Dagunya diusap dengan hujung jari telunjuk, masih memikirkan apa yang perlu dijawab.
Mawar Putih > Ya kalau pandangan mereka atas dasar nafsu. Maksud saya dari mata turun ke hati dan lepas tu ada rasa ingin membelai dan menyentuh antara satu sama lain. Dan ini adalah bunga zina iaitu permulaan zina. Kenapa awak tanya Awak suka kat seseorang ke
JS > Sort of..macam saya suka awak jugaklah.
Mawar Putih > Baguslah macam tu. Saya doakan awak bertemu jodoh dengannya.
JS > Terima kasih. Sebenarnya saya masih mencari calon yang sesuai. Perempuan tu adalah salah seorang yang saya rasa sesuai dijadikan isteri tapi
Mawar Putih > Tapi apa
JS > Mungkin awak lebih baik untuk saya. Mana tahu kita ada jodoh.
Mawar Putih > Awak belum kenal saya. Kita hanya kenal di alam maya. Perempuan itu awak telah kenal dan tahu sikapnya. Itu lebih baik sebenarnya untuk awak.
JS > Mungkin juga. Awak macam mana Sudah buat pilihan
Anis senyum. Ingat lagi rupanya dia ni.
Mawar Putih > Belumperjalanan saya masih jauh. Saya nak sambung belajar lagi.
JS > Oh ya Belajar apa
Mawar Putih >Kulinari. Saya minat memasak.
Anis lihat skrin. Apa hal dia ni tak balas Aku offline karang, baru tahu!
JS > Ohbaguslah. Boleh saya tahu awak pandai masak apa
Mawar Putih > Nak kata pandai sangat tu tak adalah tapi bolehlah. Kenapa
JS > Ohtak ada apa. Saja nak tahuesok-esok bolehlah awak masak untuk saya..
Anis menatap lama ayat terakhir itu. Esok-esok
Mawar Putih > Awak suka saya
JS > Memang sejak dulu saya suka awak dan ingin kenal awak. Boleh kan
Mawar Putih > Tak salah asalkan jangan ambil kesempatan sudahlah..:)
JS > Awak rasa saya ni jenis yang suka ambil kesempatan ke
Mawar Putih > Entahlah. Hati orang saya tak boleh baca. Kita belum jumpa. Bila jumpa mungkin saya boleh baca dari riak wajah awak.
JS > Awak ni ahli nujum ke apa
Mawar Putih > Takkalau saya nujum saya dah tahu siapa jodoh saya, berapa banyak rezeki saya, bila dan di mana saya meninggal kelak. Betul tak
JS > Betul tuanyway, terima kasih. Hari ini saya telah mendapat ilmu yang berguna. Okjumpa awak pada hari Ahad nanti jam 12 tengah hari.Err..awak pakai baju kurung warna apa ya
Mawar Putih > Biru dan tudung putih tapi kalau saya tak dapat hadir, saya wakilkan orang lain boleh
JS > Kenapa pulak
Mawar Putih > Mana tahu..tiba hari tu nanti saya ada hal yang tak boleh dielakkan.
JS > Hmm..kalau macam tu kita jumpa lain kalilah.
Mawar Putih > Awak merajuk ke
JS > Tak..saya open. Kalau awak sibuk, saya faham dan saya lebih faham jika awak tak suka berjumpa dengan lelaki yang hanya dikenali melalui FB ni.
Mawar Putih > Tak adalah sampai macam tu. Saya seboleh mungkin ingin menjaga pergaulan. Tak salah jumpa kalau kita ditemani seseorang..maksud saya bukan berdua saja.
JS > Ok..Assalamualaikum.
Mawar Putih > Waalaikumussalam.
Tak sangka Jay sudah pun berjumpa calon isterinya. Hanya doa yang mampu dipanjatkan kepada lelaki itu. Semoga Jay beroleh bahagia. Gembira kerana dapat membawa seseorang kembali ke jalan yang benar.