DANIEL kelihatan mundar mandir di depan bilik kecemasan di hospital universiti PPUM. Sekejap berdiri, sekejap duduk. Dia kemudian menapak ke kaunter jururawat.
Nurse, macam mana pesakit tadi Daniel bertanya tidak sabar.
Yang mana encik
Daniel geram. Tanya lagi!
Err..yang disorong masuk ke dalam bilik kecemasan tadi. Daniel terpaksa mengukir senyum.
Oh..hah..tu doktor sudah keluar! Jururawat itu menuding ke arah bilik kecemasan.
Daniel segera berlari ke arah doktor yang mula menapak keluar dari bilik kecemasan.
Doktor..macam mana pesakit tadi
Dia isteri encik ke
Daniel tergamam. Dia menelan liur. Err..ya..
Dia masih belum sedarkan diri lagi. Harap encik dapat bersabar.Doktor lelaki itu menepuk-nepuk bahu Daniel.
Err..boleh saya tengok isteri saya
Doktor tadi hanya mengangguk.
And one more thing, isteri encik mungkin tidak akan sedar dalam tempoh seminggu dua ni. Kepalanya terhentak kuat masa kemalangan tu.
Daniel sekali lagi terduduk. Doktor tadi mula menenangkan Daniel. Bahu Daniel ditepuk-tepuk lagi.
Perlahan Daniel menapak masuk ke dalam bilik. Arissa sudah dibawa ke bilik lain yang berasingan.
Nurse, tolong tempatkan pesakit ni ke dalam bilik VIP. Daniel menyuruh jururawat itu menempatkan Arissa di bilik lain. Bilik untuk pesakit VIP.
Setelah mengisi borang, Daniel mula mengikut jururawat itu menolak katil Arissa ke bilik baru. Arissa dilihat masih tidak sedarkan diri.
Lama dia termenung di sisi katil Arissa. Jemari Arissa digenggam erat.
Arissa..please forgive me....Daniel menekup muka. Terasa sangat menyesal membiarkan Arissa terseksa sendiri.
Salahnya juga. Tadi, dia tidak sempat menekan brek. Keretanya sudah melanggar seorang perempuan yang sedang terhoyong-hayang di tepi jalan. Sangkanya perempuan itu mabuk.
Arissa..Im sorry...Im really sorry.. Tangan Arissa tidak lepas dari genggamannya. Lama wajah pucat Arissa ditatap. Rambut Arissa dielus lembut.
I love you Arissa...I love you so much!
Daniel selimutkan Arissa dan cium dahi gadis itu sebelum dia sendiri melelapkan mata di sebelah katil yang memang tersedia untuk peneman pesakit.
Daniel baring di situ sambil mata tidak lepas dari melihat Arissa. Jantungnya berdegup semakin kuat.
Ah! Gila ke aku ni Daniel pandang pula siling.
Matanya beralih pula pada Arissa. Walaupun pucat, wajah lembut gadis itu tetap manis.
Masih terbayang sebelum kejadian kemalangan itu, dia memandu laju menuju ke rumahnya di Bangsar. Panggilan Gagak yang mengatakan Nelissa sudah berada di rumah banglonya. Bergegas dia keluar dari sebuah restoran selepas berjumpa rakan bisnes. Kereta dipecut laju dari Kota Damansara. Ketika membelok ke arah rumahnya, dia ternampak seorang perempuan yang terhoyong hayang yang cuba melintas jalan.
Tidak sempat menekan brek, perempuan itu sudah dilanggar dengan kuat sehingga tercampak ke tepi jalan. Rupanya dia telah melanggar Arissa!
Arissa..maafkan aku.. Daniel meraup muka. Dia pejamkan mata rapat.
Telefon berdering kuat. Daniel capai dari poket seluar.
Yes Gagak Good!!
Daniel menggenggam kuat jemarinya. Rancangannya mesti diteruskan. Telefonnya sekali lagi berdering.
Zarul! Proceed as planned!
Daniel pandang lagi Arissa yang masih tidak sedarkan diri.
ZARUL senyum. Daniel sudah beri lampu hijau. Malam ini dirasakan malam yang cukup bahagia. Tadi Daniel telah menghadiahkannya sesuatu.
Ya, sesuatu yang selalu dia inginkan. Dia memandu laju menuju ke Bangsar. Rumah besar tersergam indah di situ hanya dihuni oleh Daniel seorang.
Gila mamat ni! Rumah besar macam ni boleh dia tidur seorang diri Kalau aku la..dah lama aku angkut perempuan setiap malam. Zarul ketawa kuat.
Dia menapak perlahan ke ruang tamu. Gagak, pengawal peribadi Daniel sudah sedia menunggunya di situ.
Mana perempuan tu Zarul sengih nakal.
Atas, bilik tetamu! Gagak turut senyum. Robin di sebelah Gagak juga tersenyum lebar.
Zarul menapak perlahan ke tingkat atas menuju ke bilik tetamu. Pintu dikuak perlahan. Terlentang seorang perempuan yang sudah pengsan di atas katil.
Hmm...Zarul kunci pintu. Dia merapati perempuan yang sudah tidak sedarkan diri di situ.
Rambut yang menutupi wajah gadis itu diselak sedikit.
What Terlompat Zarul dari atas katil. Dia menelan liur.
Aduh! Macam mana ni Zarul mundar mandir di situ. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Sekali lagi matanya menala ke arah gadis yang masih terlentang di atas katil. Skirt labuh dan blaus ketat yang membaluti tubuh gadis itu diperhatikan seketika.
Lama dia termenung di atas sofa yang terletak di sebelah katil. Wajah gadis itu ditatap lagi. Serba salah. Sekali lagi dia mendekati gadis itu.
Nelissa mula buka mata. Berpisat-pisat. Dia pandang sekitar bilik. Pandangannya jatuh pada wajah yang cukup dikenalinya..
You Nelissa menelan liur.
Hai sayang..lama tak jumpa kan Since....let me think..hmm..four years ago Zarul senyum.
Nelissa bingkas bangun. Oh, jadi kau yang culik aku
Zarul tidak menjawab sebaliknya dia menghampiri Nelissa. Tangan Nelissa dipegang erat.
Nelissa cuba menampar pipi Zarul sempat ditahan oleh Zarul.
Stop it!! Let me go!! Nelissa tolak tubuh Zarul dengan kuat. Tersandar Zarul di hujung katil.
Wow! Sekarang ni kau dah pandai memberontak ya Kenapa tak macam dulu Serah tubuh kau tanpa buat macam ni Come on la Nely...I know you! Zarul senyum sinis.
Aku ditipu! Kau sengaja letak ubat khayal dalam minuman aku kan Lelaki jenis apa kau ni hah Kau khianati cinta aku!! Nelissa menjerit bagai histeria. Masih terbayang dirinya diperkosa Zarul masa di kampus dulu. Zarul cinta pertama dan terakhir. Selepas kejadian itu, dia bagaikan benci pada cinta lelaki, semua lelaki yang ingin mendampinginya akan dipermainkan.
Zarul ketawa kuat.
Memang aku cintakan kau tapi bapak kau yang bongkak tu hina aku dan keluarga aku!! Apa kau ingat dengan harta berkepuk tu, bapak kau boleh buat sesuka hati Apa bapak kau tu ingat dia hebat sangat ke hah Zarul mengetap bibir.
Bila papa aku hina kau dan keluarga kau Nelissa tak nak mengalah. Suaranya juga turut tinggi.
Ayah aku jatuh sakit! Dia meninggal. Aku cari bapak kau untuk buat perhitungan tapi rupanya bapak kau pengecut! Dia upah orang untuk pukul aku! Zarul menghamburkan kata-kata. Dendamnya pada Tan Sri Johari masih membara. Ikut hati ingin saja dia mengulangi kejadian dulu.
Bapak bongkak kau tu sanggup upah orang untuk rogol adik aku. Kau tahu tak!! Zarul semakin geram.
Maafkan aku Nely...rasa dendam aku pada bapak kau masih aku simpan sampai sekarang. Kali ini pipi gadis itu diusap lembut.
Zarul..please marry me. Rayu Nelissa berkali-kali.
Zarul kembali duduk di sofa. Dia sendiri sudah buntu dengan apa yang sudah berlaku dalam hidupnya. Nelissa dipandang tak berkelip. Gadis yang pernah menghuni hatinya suatu ketika dulu.
Im sorry my dear. Now, leave this house..just leave..Zarul tunduk. Dia tidak sanggup melaksanakan dendam Daniel pada Nelissa. Tak sangka, gadis yang dimaksudkan Daniel tadi adalah Nelissa.
Zarul melangkah lemah ke ruang tamu. Gagak dan Robin sedang leka menonton tv.
Perempuan tu macam mana Gagak menunggu arahan seterusnya.
Zarul diam sebentar.Send her back! .
Gagak dan Robin hanya mengangguk tanda faham.
DANIEL masih menunggu Arissa di wad. Rambut Arissa diusap lembut. Wajah lembut yang pernah diusap dulu diperhatikan seketika.
Arissa..Im sorry.. Daniel meraup muka. Tunduk.
Telefonnya berdering lagi. Dia melihat jam. Hampir satu pagi.
Yes Zarul! Good!! Daniel tersenyum puas. Dia genggam kuat tangannya. Tan Sri Johari yang angkuh itu sudah menerima padahnya!! Nelissa sudah jadi bahan melepas nafsu Zarul!