UASANA di tanah perkuburan Islam Taman Melawati begitu hening. Di suatu sudut kelihatan seorang lelaki berteleku
di sebelah pusara yang diikat dengan batu marmar. Setiap hari, di sinilah Khairul menghabiskan masanya.
Tangannya menarik rumput-rumput kecil di atas pusara isterinya. Setelah berpuas hati, diambilnya kain untuk mengelap batu marmar yang menjadi bingkai pusara isterinya. Hari demi hari yang berlalu membolehkan Khairul menerima kematian insan tersayang dengan reda hati.
Anak perempuannya yang saling tak tumpah seper ti wajah arwah isterinya itu dinamakan Nur Zafirah, yang bermaksud cahaya kemenanganku. Puterinya itu nyaris mengikut jejak langkah ibunya kerana masalah paru-paru. Namun, Allah SWT masih mengizinkan anak kecil itu terus bernafas untuk menjadi cahaya di dalam hidup ayahnya. Puterinya itu telah menang di dalam pertarungan pertama melawan takdirnya. Kerana adanya Zafirah, Khairul berjaya bangkit daripada ratapannya.
Sengaja Khairul membina batu marmar yang berwarna putih biru itu sebagai hadiah terakhir buat arwah isterinya. Setiap hari Khairul akan memastikan kubur isterinya berkeadaan bersih dan cantik. Sedang asyik Khairul mengelap batu tersebut, kedengaran langkah seseorang menghala ke arahnya. Khairul tidak ambil peduli langsung dengan keadaan sekeliling. Tumpuannya lebih kepada kerja yang sedang dilakukannya.
Khairul.... Suatu suara lembut memanggil namanya. Seorang wanita berusia awal 60-an, berpakaian cantik, bercermin mata hitam berdiri di belakangnya memandang dengan penuh simpati. Seorang wanita lain berdiri agak jauh memerhatikannya.
Khairul... mak datang ni, nak, panggil Datin Rafeah.
Khairul menoleh. Dia melihat wajah yang dirasanya cukup asing. Datin Rafeah mengalirkan air mata melihat keadaan anaknya yang kelihatan tidak terurus. Tidak sanggup dia mendengar kata-kata orang ramai yang menganggap anaknya sudah tidak siuman. Masih jelas pertanyaan kawan-kawannya tentang Khairul yang sudah ber ubah. Walaupun Khairul cuba menguatkan dirinya demi Zafirah, namun dia tewas juga melawan perasaan. Khairul meneruskan kehidupan seperti mayat hidup.
Setiap hari selepas menguruskan puterinya itu, dia akan meninggalkan Zafirah kepada Hajah Tuminah, jirannya yang baik hati. Selepas itu Khairul akan menghabiskan sehari suntuk di pusara Harlina. Hanya selepas malam tiba, baharulah dia akan pulang ke rumah. Khairul akan mengambil Zafirah dan menidurkan anak kecil itu. Begitulah kitaran hidupnya setiap hari. Makan minum sudah entah ke mana. Kerja di pejabat apatah lagi. Sudah lama ditinggalkan.
Khairul, sudahlah. Yang pergi biarlah pergi. Kita yang hidup ni perlu teruskan hidup. Dia memegang bahu Khairul. Namun, Khairul tidak menghiraukan kedatangan ibunya.
Maafkan mak, Khairul, kerana selama ni mak tidak melayan Harlina dengan baik. Mak sedar mak salah. Mak mengaku mak bukan mak mentua yang baik. Jika kau nak marah mak, mak terima andai itu dapat menebus kesilapan mak. Tersengguk-sengguk Datin Rafeah menahan tangisnya.
Khairul tak sanggup melihat ibunya menangis. Kini Datin Rafeah sudah sedar kesilapannya. Khairul tak mahu menyeksa ibunya dengan sikapnya pula. Khairul bersyukur kerana ibunya sudah menginsafi kesalahan lalu. Malah, dia juga bersyukur kerana dirinya tidak jauh terhanyut dengan permainan syaitan yang hampir berjaya menewaskan imannya.
Khairul, anak mak.
Mak, saya tak mahu mak meratapi nasib saya.
Sudah ditakdirkan nasib saya begini. Biarlah saya dengan dunia saya.
Tidak, nak. Mak tak sanggup tengok kau harihari melawat kubur isteri kau, makan minum tak menentu, pakaian tak terurus.
Saya tak apa-apa, mak. Percayalah. Saya boleh jaga diri saya. Khairul masih mempertahankan pendiriannya.
Ternyata kau masih belum memaafkan mak dengan sepenuh hati kau, keluhnya.
Datin Rafeah duduk menghadap kubur arwah menantunya. Diambil tanah kubur dan diciumnya berulang-ulang kali.
Harlina maafkan mak, nak. Mak bersalah pada kau. Mak berdosa pada kau. Ampuni dosadosa mak, Harlina.
Harlina dah pun maafkan mak. Khairul memotong kata-kata ibunya.
Mendengar kata-kata Khairul, raungan Datin Rafeah semakin kuat.
Harlina, mak bersalah. Kerana mak, kau dan Khairul tak bahagia. Kerana mak, kau menderita....
Datin Rafeah menepuk-nepuk dadanya. Ratap annya semakin menghibakan. Khairul hanya membiarkan kelakuan ibunya. Tangan Datin Rafeah dirangkulnya.
Mak, mari kita balik....
Datin Rafeah hanya menganggukkan kepala. Tubuhnya ternyata sudah lemah. Khairul memimpinnya memasuki kereta.
Sampai di rumah, Khairul membaringkan ibunya di atas sofa. Segera dia ke dapur mengambil segelas air suam.
Mak... mari minum. Biar lapang sikit dada.
Disuakan gelas ke mulut ibunya. Perlahanlahan Datin Rafeah menghabiskan air dalam gelas itu.
Khairul....
Apa dia, mak
Mak rasa, mak nak duduk sini. Mak nak jaga kau dan Zafirah. Kasihan dia, sudahlah tak ada ibu, tak merasa pulak kasih sayang ayah dan neneknya.
Khairul mendiamkan diri.
Nanti apa kata adik-adik, mak. Pasti ada suara-suara belakang yang tuduh Khairul me nyusahkan mak.
Biarlah mereka nak kata apa pun. Kau anak mak. Apa salah mak duduk dengan kau Lagi pun kau tinggal sendirian menguruskan anak kecil.
Memang patut mak bantu kau.
Baiklah mak, ikut maklah.
Persetujuan Khairul benar-benar menggembirakan hati Datin Rafeah. Dia sudah nekad untuk menebus kesilapan dulu dengan menjaga Khairul dan cucunya itu dengan sebaik-baiknya.
Harlina, mak akan menjaga suami dan anak kau dengan baik. Mak janji.
PAGI-pagi lagi, Datin Rafeah telah mengemas rumah. Semua pinggan mangkuk di singki telah siap dicucinya. Longkang-longkang yang tersumbat di bersihkannya. Sejak kematian Harlina, rumah Khairul sudah hilang seri.
Jiran-jiran di sebelah rumah sudah mahu ditegurnya. Datin Rafeah tidak mahu bermasam muka dengan mereka. Dia teringat kembali saatsaat pengebumian arwah Harlina. Seluruh penduduk di taman ini datang melawat jenazahnya. Itulah perkara yang paling menyayat hatinya. Berkali-kali ucapan terima kasih diucapkan kepada setiap jiran yang bersalaman dengannya.
Bila waktu kenduri, banyak kuih dan barangbarang dapur yang diterimanya. Syukur, ada rasa persahabatan di hati mereka. Hajah Tuminah juga banyak meluangkan masa bersamanya dan memberi tunjuk ajar untuk menjaga Zafirah. Cucu tunggalnya itu sudah semakin manja dan rapat dengannya.
Datin Rafeah sedar keputusannya untuk tinggal bersama Khairul bakal mendapat tentangan hebat dari Fakrul, Azura dan Linda. Tetapi, dia berhak buat pilihan sendiri. Masa tuanya lebih bermakna bila dapat duduk dekat dengan anak yang selama ini langsung tidak dicurahkan segala perhatian dan kasih sayang. Dia hanya takut untuk berhadapan dengan soalan-soalan tentang peranan dan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Inilah masa yang sesuai.
Datin Rafeah duduk di kerusi kayu yang terletak di laman rumah. Pancutan air di kolam ikan tidak langsung mendamaikan hatinya. Dia teringat mimpi yang telah berjaya membuatnya insaf di atas dosa silam yang pernah dilakukannya. Malam selepas peristiwa dia menolak Harlina, dia memperoleh mimpi yang membawa makna tersirat di sebaliknya.
Dia bermimpi berjalan di satu kawasan lapang dan bertanah gersang. Tiada pohon dan sungai. Malah, tak kelihatan seorang manusia pun. Dia menyusuri jalan tanpa hala tuju. Keadaannya benar-benar letih. Sampai di satu kawasan, dia kebingungan. Kawasan itu bertanah hitam, sungai yang mengalir juga airnya berwarna hitam. Penduduk di sekitar kawasan itu turut berkulit hitam dan memakai jubah hitam. Suasana seram membuatkannya ketakutan.
Seorang demi seorang penduduk di situ merapatinya. Mereka membaling najis dan daging busuk ke arahnya.
Aduh, tolong. Kenapa kamu menyeksa saya. Apa salah saya Dia terjerit-jerit memohon simpati, namun tidak seorang pun berasa kasihan padanya.
Manusia kejam!
Manusia hina!
Itulah kata-kata yang dilontarkan oleh mereka.
Tolong!
Dia terduduk lemah. Kesakitan menjalar di seluruh tubuh apabila ada yang bertindak memukul dan menendangnya. Namun, pukulan dan kata-kata nista itu semakin lama semakin sayup. Lama kemudian, satu cahaya putih berada tidak jauh daripadanya. Dari cahaya itu, keluar seorang wanita. Wanita itu menghulurkan tangan. Dia segera menyambut tangan itu namun belum sempat, cahaya itu menarik wanita itu kembali pergi meninggalkannya.
Mak!
Panggilan wanita itu telah menyedarkannya. Dia terbangun dari tidur. Badannya bermandi peluh. Terasa mimpi itu benar-benar berlaku. Dia merasakan mimpi itu mengejarnya. Dia pasti wanita itu adalah Harlina, menantunya.
Dia tidak menceritakan mim pinya itu kepada sesiapa pun. Dia benar-benar takut. Terbayang bagaimana dia menolak Harlina sewaktu Harlina meminta pertolongan darinya. Perlahan-lahan dia sedar. Dosa yang dilakukan pada menantunya telah membelenggu dirinya.
Malam itu juga, dia kembali membentang sejadah yang sudah lama di tinggalkannya. Mujur telekung lama yang dibeli sewaktu melancong ke Indonesia ada di dalam simpanannya. Teragakagak dia mengambil wuduk dalam keadaan raguragu sama ada betul atau tidak wuduknya. Saat itu, air matanya terasa murah. Jatuh mengalir bersama titisan air wuduk.
KEPUTUSAN ibu mereka cukup ditentang oleh Azura, Linda dan Fakrul. Mereka berpakat untuk berjumpa dengannya di rumah Khairul sewaktu Khairul tiada.
Mak, kami tak setuju langsung mak tinggal di sini, gerutu Azura.
Ya, rumah mak kan besar. Kenapa perlu tinggal di rumah yang kecil ni. Lagi pula, kat rumah tu segala-galanya dah tersedia. Apa lagi yang mak nak. Linda pula bersuara.
Datin Rafeah menggelengkan kepala. Inilah padahnya apabila terlebih membesarkan anak dengan dunia kemewahan. Langsung tidak dapat menerima kekurangan orang lain. Perasaan menyesal mula bersarang di benaknya.
Mak cuma nak jaga abang kamu, Khairul.
Kamu pun tahu, dia baru kematian isteri. Siapa nak jaga makan minum dia, sakit dia... anak dia pun perlukan neneknya....
Alah, dia dah besarlah mak. Lelaki pulak tu. Saya ni lebih muda dari dia, kalau tak dah lama saya ajar dia. Dah besar, masih nak bermanja bawah ketiak orang tua! Fakrul berleter.
Datin Rafeah menelan air liur. Tekaknya terasa perit. Dadanya sesak. Dia kesal anak-anak yang dididik dengan penuh kemewahan mula mempersoalkan tindakannya.
Mak nak menebus kesilapan mak dulu.
Eh, mak tak silap. Abang Khairul tu yang silap memilih jalan hidup dia. Kita dah pilih calon yang sesuai eh, dia main ikut kepala dia saja, marah Azura.
Kau jangan cakap macam tu, Azura. Kita semua bersalah kerana tak langsung memikirkan perasaan Harlina. Kita hanya fikir kemahuan kita. Harlina dah banyak menderita kerana kita semua. Datin Rafeah mula membantah.
Kita tak salah! jerit Fakrul. Cuba mak fikir, guna otak tu sikit! Dia yang pilih isteri yang langsung tak sesuai dengan darjat kita. Malu, mak... malu dengan orang sekeliling tahu anak Datin
Rafeah beristerikan orang biasa, orang bawahan! Diam kamu, Fakrul!
Anak-anaknya terkejut mendengar ibu mereka menjerit. Apa yang telah merasuk ibu mereka Mengapa dia berubah sikap
Kamu semua dah melampau. Kamu semua masih muda. Jangan ikut darah muda kamu. Kenapa Kamu malu jika dapat orang biasa yang tak berharta Aku ni mak kamu semua. Mak tak mahu kesilapan yang pernah mak buat dulu akan menghancurkan anak-anak mak. Kamu tak lihatkah, kerana kita semua abang kamu, Khairul menderita.
Ah, bukan kita tak tegur dia. Kita siap carikan calon yang paling sesuai dengan dia. Seratus kali lebih baik dari Harlina, bantah Fakrul lagi.
Terduduk wanita itu. Sukar benar untuk dia melembutkan hati anak-anaknya agar berubah. Agar menyedari kesilapan mereka.
Biarlah mak tinggal di sini. Rumah mak tu, mak boleh jenguk bila-bila masa. Sekarang, mak cuma nak berehat di rumah Khairul. Nanti, mak berehat pula di rumah kamu semua.
Mujur kata-kata itu dapat diterima. Mereka tanpa banyak soal bergegas kembali ke tempat kerja masing-masing. Namun masih terngiang-ngiang di telinga Datin Rafeah kata-kata terakhir Azura.
Nanti, jika berlaku sesuatu pada mak jangan pula nak libatkan kami. Ingat tu, kami tak akan masuk campur hal mak lagi. Apa-apa mak tanggung sendiri, luah Azura penuh kesal.
Kelopak matanya mula digenangi air mata. Dia benar-benar terasa hati dengan sikap Azura, Linda dan Fakrul.
Ya Allah, jika inilah balasan di atas dosa yang telah aku lakukan terhadap Khairul dan isterinya, aku reda....
Datin Rafeah menyapu air matanya. Bunyi jam di dinding mengejutkannya. Dia mengucap pan jang. Segera dia ke dapur menyiapkan hidangan tengah hari. Sekejap lagi tentu Khairul akan pulang. Dia sudah berpesan pada Khairul agar balik ke rumah untuk makan tengah hari. Mujur Khairul setuju memandangkan tempat kerjanya pun hampir dengan rumah. Zafirah pun akan bangun pada waktu ni. Datin Rafeah menjerang air untuk membancuh susu buat cucu kesayangannya itu.