pagar yang memisahkan mereka dengan batu bata yang ditambak sebagai pemisah antara darat dan laut. Luas matanya menatap laut di hadapan sana ditambah cuaca cerah dan cantik sekali.
Aah jawab Arissa sambil memusingkan pinggangnya kiri dan kanan. Lega apabila ia berdetup.
Nampak sangat yang dia sudah tua. Lama dia tidak beriadah seperti ini sejak berhenti bekerja dari hotel Sweet Arena. Kalau dahulu banyak aktiviti riadah dilakukan bersama sektor kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan persendirian untuk mengutip pelbagai dana bagi membantu golongan yang memerlukan. Tiba-tiba dia merasa rindu hendak kembali beraksi seperti dahulu.
Walid okey ke Arissa menghampiri lelaki itu yang masih asyik menatap pemandangan laut.
Alhamdulillah. Kalau hari-hari macam ni, mungkin Walid boleh hidup empat puluh tahun lagi! Encik Razali ketawa tanpa memandang Arissa. Rasa lapang dadanya melihat langit dan laut yang kebiruan.
Insya-Allah Walid. Udara kat sini pun masih segar lagi.
Esok kita ke sini lagi. Dia memandang Arissa.
Insya-Allah, boleh je. Tak ada masalah.
Kena juga exercise Arissa. Dapat berjalan setengah jam pun dah okey daripada duduk terperap dalam rumah. Lagi sakit Walid dibuatnya, keluh Encik Razali menarik nafasnya dalam-dalam. Terasa ketat sedikit dadanya.
Walid penat ke Kalau penat kita boleh duduk kat playground kat sana.
Arissa menuding jarinya kearah taman permainan kanak-kanak yang ada di situ. Wah, taman permainan kanak-kanaknya pun kelihatan eksklusif. Yalah, tempat orang-orang kaya.
Walid okey Encik Razali memandang Arissa dengan senyuman.
Arissa memandang laut lepas sambil menarik nafasnya dalam-dalam. Entah mengapa ada rasa lapang, lega dan gembira.
Walid nak tanya Arissa sesuatu. Lelaki itu memandang Arissa yang sudah berdiri di sebelahnya.
Arissa senyum. Soalan apa pula ni Arissa bersoal sendiri.
Apa yang buat Arissa pilih Kimi Encik Razali memandang menantunya.
Hmm... apa yang patut dijawabnya Pandangannya beralih ke laut. Tergambar situasi semasa dia dan Hakimi bertembung di dalam lif dan membawa dirinya dalam situasi sekarang.
Dia boleh mengimamkan saya bersolat.
Betulkah jawapannya Namun itulah yang dia nampak pada Hakimi. Untuk memilih suami bukan kaya dan kacak yang dicari, tapi berakhlak dan beragama yang utama.
Encik Razali senyum sambil menganggukkan kepalanya beberapa kali.
Apa Hakimi beritahu Walid soal Arissa pula ingin tahu. Kalau dah begitu soalan Encik Razali pasti Hakimi bercerita sesuatu tentang dirinya.
Encik Razali ketawa.
Hakimi kutuk saya ya Arissa mencebik.
Tak adalah. Lebar senyumannya melihat telatah menantunya.
Habis tu Walid buat saya berdebar-debar! Arissa mengurut dadanya melihat reaksi lelaki itu yang asyik ketawa.
Biarlah Walid simpan sendiri. Dan dia pesan jangan beritahu Arissa.
Sebenarnya Hakimi tidak ada bercerita apa-apa pun tentang Arissa. Begitu pun dia suka dengan jawapan Arissa tadi. Jawapan itu sudah melambangkan peribadi Arissa. Yalah, dia tidak boleh mengharap seorang menantu yang sempurna. Terimalah seadanya.
Arissa senyap namun bibirnya mengulum senyuman. Harap-harap Hakimi tidak bercerita tentang dia dan hutangnya dahulu. Malu kalau Walid tahu, desisnya sendiri.
Arissa asal dari mana
Arissa memandang Encik Razali.
Hakimi tak cerita apa-apa tentang diri saya pada
Walid ke
Tak sempat. Encik Razali ketawa.
Saya pun tak pasti dari mana asal saya. Kami tinggal di Kangar. Kedua-dua orang tua saya bekerja di rumah anak yatim, selepas mereka meninggal dunia akibat kemalangan saya terus tinggal di situ, cerita Arissa membuang pandangannya ke laut.
Kembali dia mengutip serpih-serpih kenangan lalu yang samar-samar dalam ingatannya. Cepatnya masa berlalu. Rasa tidak percaya yang dia mampu melalui hidup ini sendirian. Tiba-tiba ada rasa pedih di hatinya. Pedih yang disimpan kemas jauh di sudut hatinya.
Encik Razali mengangguk-anggukkan kepalanya. Hatinya terusik dengan kisah menantunya itu.
Tak ada orang tolong carikan saudara mara Arissa masa tu dia menyoal lagi.
Dulu tak ada macam sekarang. Sekarang senang... semua di hujung jari. Letak je dalam FB, seminit dua sudah jumpa dengan saudara mara kita. Dahulu... jenuh nak menunggu. Sampai sekarang menunggu pun tak jumpa-jumpa. Arissa ketawa dengan kata-katanya.
Tentu ada kan
Itu saya tak pasti... tapi kalau ada, tentu saya tak tinggal di rumah anak yatim tu sampai habis belajar, ujar Arissa lagi.
Encik Razali senyap dan membenarkan kata-kata Arissa. Apa nama Ayah Arissa Dia menyoal lagi. Entah mengapa dia ingin tahu sangat tentang latar belakang gadis ini.
Arissa ketawa. Mohd Salleh bin Ibrahim.
Sekali lagi Encik Razali mengangguk. Mak
Arissa
Marini Abdul Hamid, jawab Arissa.
Tegak tubuh Encik Razali memandang gadis itu yang tidak memandangnya.
Ibu saya cerita... dia keturunan Cina. Tapi dibesarkan oleh keluarga Melayu, cerita Arissa lagi. Dia tidak lupa tentang kisah yang pernah diceritakan oleh emaknya. Wanita itu suka bercerita tentang kebaikan keluarga angkat yang memeliharanya.
Tergamam Encik Razali mendengar cerita Arissa. Namun dia tidak pasti dengan kebenaran dan telahannya. Air liurnya diteguk beberapa kali.
Ar... Arissa pernah jumpa tok dan wan yang jaga emak Arissa Dia menyoal dalam rasa tidak menentu.
Tak pernah. Ibu bagitahu wan meninggal masa di Mekah. Itu je... cerita Arissa lagi.
Dadanya berasa agak panas mendengar cerita Arissa. Encik Razali mengurut dadanya beberapa kali.
Walid okey ke terkejut Arissa melihat Encik Razali seperti menahan kesakitan.
Tarik nafas perlahan-lahan Walid, suruh Arissa sambil mengusap belakang lelaki itu.
Encik Razali akur dan dilakukan perlahan-lahan namun ada rasa pedih dan sayu di hujung hatinya. Cuba di simpan air matanya. Dia tidak mahu Arissa tahu walaupun perkara itu masih samar-samar.
Muka Walid pucat. Kita balik, ya, ajak Arissa.
Ada rasa cemas melihat wajah lelaki itu. Matilah dia kalau tiba-tiba Encik Razali pengsan di situ. Telefon bimbitnya pula ditinggalkan di rumah pula.
Encik Razali mengangguk.
Arissa memimpin tangan lelaki itu berjalan menuju ke jalan tempat mereka mula-mula berjalan.
Walid okey ke Kalau tak Walid duduk di bangku tu. Saya balik ambil motosikal Bad. Arissa membuat cadangan. Rasa cemas masih bertapuk di hati.
Senyum Encik Razali mendengar cadangan Arissa.
Arissa boleh bawa motosikal ke
Boleh... lori dengan kereta kebal je tak boleh.
Encik Razali ketawa. Gadis ini memang lucu. Dalam sedih mendengar kisahnya tadi terselit katakata lucunya.
Tak apalah... Walid takut bonceng motosikal, akui Encik Razali sambil ketawa lagi.
Arissa menyambut tawa lelaki itu sambil terus memimpin tangan bapa mentuanya menuju ke rumah Hakimi yang terletak hampir lima ratus meter.