Les Criaturas - 26
PRESENT 15

Angin malam terasa dingin. Langit kosong tanpa bintang menandakan hujan akan turun membasahi bumi. Kelihatan seorang budak perempuan sedang asyik bermain tanpa menghiraukan kepekatan malam.

Catriona Rosselyn Javier Bardem, masuk sekarang! Suara jeritan ibu kepada budak perempuan itu memecah kesunyian. Sementara itu, kelibat seorang manusia kelihatan di satu sudut. Tangannya memimpin tangan seseorang yang kecil fizikalnya.

Terima kasih.

Untuk apa

Sebab tolong pulihkan ingatan Haikal. Sebab tolong hidupkan Haikal.

Bukan macam tu. Iman tak hidupkan Haikal balik. Iman cuma tolong pulihkan ingatan Haikal. Haikal masih lagi mati. Haikal masih stuck dengan Iman. Kita tak boleh berenggang untuk jangka masa yang panjang, terang Iman panjang lebar.

Haikal tak kisah pasal semua tu.

Haikal mendekati wajah Iman. Bibir mereka bertaut. Iman tersenyum memandang Haikal.

Betul ke Haikal nak balik rumah

Aah. Iman tak payah la risau. Tapi, Haikal rasa pelik sikit sekarang sebab sekarang ni Haikal yang banyak bergantung pada Iman.

Iman ketawa kecil.

Ego tercabar ke

Haikal turut ketawa mendengar jawapan Iman. Dia menggelengkan kepalanya.

Haikal rasa bersalah kat..

Kak Sam Sampuk Iman.

Bukan. Wajah Iman berubah. Dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh Haikal.

Iman, jangan salah faham. Haikal dengan dia dulu. Tapi sekarang, Haikal langsung tak boleh jumpa dia. Kak Sam pun tak bagi Haikal pergi kat kawasan rumah hujung tu. Haikal cuma hairan kenapa Haikal tak boleh jumpa dengan dia.

Bukan macam tu, Haikal.

Habis tu

Haikal kena faham yang Aaron Fuad dah mati. Orang yang berdiri depan Iman ni Haikal, bukan Aaron Fuad. Keadaan bukan macam dulu lagi. Haikal bukan lagi manusia tapi lebih daripada tu, jelas Iman.

Haikal hanya mendiamkan diri.

Iman janji keadaan akan jadi okay. Tapi, bukan sekarang. Haikal akan jumpa dia bila semua dah selesai.

Janji

Ya.

Okay la kalau macam tu. Haikal balik dulu. Lupa nak tanya, dah jumpa Mas

Belum lagi. Nanti Iman cari dia.

Iman menghantar Haikal pulang dengan lirikan matanya. Setelah susuk tubuh Haikal hilang daripada pandangannya, dia bangun dan berjalan menuju ke selekoh kanan berdekatan dengan taman permainan. Sesekali angin malam menyapa tubuhnya. Kepulan asap kecil keluar setiap kali dia menghembuskan nafasnya. Iman mengambil keputusan untuk duduk sebentar di taman permainan sebelum pulang ke rumah. Punggungnya dilabuhkan di salah satu buaian. Kakinya mula menolak pasir di permukaan tanah. Buaian tersebut bergerak sedikit.

Iman termenung memikirkan tentang Haikal. Api cemburu sedikit sebanyak terbit di dalam hatinya. Dia cemburu dengan hubungan antara Haikal atau Aaron Fuad dengan Atan.

Hai.

Iman berpaling. Seseorang yang baru dikenalinya menyapa mesra. Epie mengambil tempat di sebelah Iman.

Sorang je

Tak, berlima. Ada lagi empat kat gelongsor sana, jawab Iman selamba.

Epie tersenyum kelat dengan sikap sarkastik Iman.

Saya ikut awak tadi. Saya nampak awak dengan boyfriend awak. Yang tinggi-tinggi tu kan

Tu bukan urusan awak. Awak stalk saya ke

Eh! Mana ada.

Epie pantas menafikan perkara tersebut. Dia menarik bahu Iman dan mula menyentuh bibir Iman. Iman terkejut dengan tindakan Epie. Dia pantas meleraikan ciuman.

Awak ni kenapa Pervert ke Tanya Iman kasar. Dia mengelap bibirnya menggunakan belakang tangannya. Saya cium awak sebab awak tak bagi saya explain siapa diri saya. Awak nampak saya ni jahat sangat ke

Iman terdiam. Dia berfikir sejenak. Ada benarnya segala yang dikatakan oleh Epie terhadap dirinya.

Sorry. Masing-masing kembali duduk di buaian. Keadaan sunyi sepi.

Awak marah ke

Sikit je. Iman, saya nak beritahu awak yang family awak dalam bahaya sekarang.

Awak bergurau ke

Tak. Saya serius. Ada orang nak bunuh mak dan kakak awak. Dia nak hapuskan awak semua. Iman bingkas bangun. Dia menghadap Epie. Wajahnya berubah.

Maknanya, awak tahu yang..

Ya. Saya tahu tentang awak dan keluarga awak. Sebelum sampai sini, saya dan yang lain..

Yang lain Maksudnya

Senang cerita awak dalam bahaya. Saya tak nak awak dan keluarga awak terkorban sebab dendam lama.

Siapa awak sebenarnya Iman mula membetulkan kedudukannya. Dia harus berjaga-jaga.

Saya dan yang lain masuk ke Les Chateau ni dengan satu misi. Nak bunuh keluarga awak. Awak ingat tak malam yang awak kena renjatan dekat bilik gym Saya yang buat. Masa Mary kena tikam malam mesyuarat tu, saya pun ada tolong. Kes terbaru Tima kena bunuh..

Tima Mak Tima kena bunuh

Ya. Dia dah mati. Saya yang serang dia. Tapi, bukan saya yang tikam. Saya hanya tolong kucar-kacirkan keadaan. Saya belum sampai tahap membunuh. Saya tak sanggup sebab awak.

Kau ni dah gila! Jerit Iman. Mukanya bengis memandang Epie.

Saya tak gila. Dengar dulu apa saya nak cakap! Sergah Epie. Iman terdiam. Dia sedikit terkejut dengan sergahan Epie.

Saya tak sampai tahap membunuh. Dan saya takkan bunuh sesiapa sebab saya sukakan awak. Epie terduduk di atas jalan raya. Dia menekup wajahnya. Pada mulanya Iman mahu meninggalkan Epie. Namun, nalurinya kuat menyuruh dia tunggu buat seketika. Dia dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena. Epie, saya janji saya dengar apa awak nak cakap. Tapi, awak kena beritahu semuanya. Epie memandang Iman dan mengangguk perlahan.

*****

Dynah memeriksa seluruh tubuh Selina dengan teliti. Selina mula berasa bosan dengan tindakan Dynah.

Lina okay je. Jangan la over sangat.

Diam. Bagi bonda buat kerja bonda.

Selina memasamkan wajah. Eleina dan Umie tergelak kecil melihat gelagat mereka anak-beranak.

Lina pasti Lina okay Tanya Dynah. Dia tidak menemui sebarang luka pada tubuh anak perempuannya.

Ya. Hundred percent.

Eleina, mana Mastura

Err.. Terketar-ketar Eleina memikirkan jawapan. Mastura hilang lepas kejadian tu. Puas kami cari tak jumpa. Dia tak tinggalkan jejak langsung, celah Umie.

Dynah berpaling pada Selina. Wajahnya berkerut menahan marah.

Berapa kali bonda pesan Bonda tak suka Lina berkawan dengan Cheryl. Tapi, Lina degil. Kenapa Lina selalu lawan cakap bonda Bonda bukan kejam sangat tak bagi Lina berkawan. Bonda cuma tak berkenan dengan perempuan tu. Bila dah jadi macam ni baru Lina nak dengar cakap bonda Bonda dah bagi macam-macam kat Lina. Tapi Lina.. Selina memeluk tubuh Dynah seeratnya. Air matanya mengalir laju.

Lina minta maaf. Lina tahu semua ni salah Lina. Dynah mengusap lembut kepala Selina. Air matanya turut tumpah.

Bonda cuma nak keluarga kita bahagia. Bonda tak sanggup tengok anak bonda sakit. Bonda sanggup korbankan apa saja demi Lina dan Iman. Itu tugas bonda. Bonda dah janji dengan diri sendiri untuk jaga kamu berdua dengan seluruh jiwa dan raga bonda. Bonda tak kisah apa orang nak cakap. Lina dan Iman nyawa bonda. Tapi, Cheryl betul-betul dah melampau kali ni. Jangan sampai bonda bakar dia hidup-hidup!

Selina masih lagi menangis teresak-esak. Dynah mengangkat muka Selina. Dia mengelap air mata Selina menggunakan jari telunjuk.

Dah, jangan nangis. Bonda tak suka tengok anak-anak bonda menangis.

Lina akan cuba kawal ego lepas ni. Dynah tersenyum. Dia mencium pipi Selina. Umie dan Eleina yang menyaksikan drama sebabak itu hanya mendiamkan diri.

Kamu berdua dah makan Mak Dynah ada masak laksa kat dapur. Jom kita pergi makan. Eleina bingkas bangun dan berjalan mendahului mereka.

Amboi kalau bab makan, usik Selina.

Dia ni memang macam ni. Pantang dengar perkataan makanan, balas Umie.

Lina tak risau pasal Mastura Dynah tiba-tiba bersuara. Mereka semua terdiam.

*****

Maksudnya, dia sanggup merantau ceruk dunia untuk hapuskan kami sebab dendam lama

Aah. Dia dah tangkap parents saya. Sampai sekarang saya tak tahu mereka hidup atau tak. Bukan family saya je yang jadi mangsa. Dia dah tangkap satu lagi family dan culik anak mereka untuk tolong dia. Hamzah nak gunakan kebolehan saya dan Dayah untuk balas dendam. Saya minta maaf. Tima mati disebabkan kami. Saya pun pernah cederakan awak dulu.

Maaf awak takkan kembalikan Mak Tima. Iman bingkas bangun.

Saya nak balik dan ceritakan hal ni pada bonda. Baik awak larikan diri sebelum bonda cari awak. Saya tak nak awak terkorban. Epie memegang lengan Iman.

Saya tak pernah membunuh. Iman memandang wajah Epie.

Tapi awak tetap tolong diorang kan Tak ada bezanya. Tangan awak ada darah mereka.

Saya minta maaf.

Awak tak perlu minta maaf dengan saya. Saya rasa baik awak keluar dari Les Chateau ni secepat mungkin. Ajak Dayah sekali.

Saya tak kisah apa awak fikir pasal saya. Saya tetap sukakan awak. Awak still ingat nama sebenar perempuan tu Iman mengangguk dan berlalu pergi. Seekor burung hantu terbang melintasi kepala Epie. Seseorang menghampirinya dari belakang.

Kau memang menempah maut. Epie masih tidak berpaling.

Aku buat apa yang aku rasa betul. Aku tak nak kita bunuh siapa-siapa lagi lepas ni. Kau sanggup ke Kita manusia bukannya binatang.

Masalahnya mereka semua tu bukan manusia. Dayah berdiri di sebelah Epie. Dia memeluk diri sendiri.

Benda ni complicated.

Kau rasa

Aku tak tahu apa yang patut aku rasa. Aku tak nak kau mati. Aku ingat lagi waktu kau dengan Hamzah cari aku dekat tempat terbengkalai tu. Masa itu aku kotor. Hidup pun merempat.

Aku jadi tikus dan kucing semata-mata nak hidup. Aku terhutang Iman tahu siapa yang bunuh mak Tima. budi pada Hamzah. Walau sekejam mana pun dia, dia yang kutip Mereka semua terdiam. dan bagi aku kehidupan. Tapi, sejak dia jumpa betina penumpang tu, aku memang sakit hati. Kalau tak sebab dia boleh menumpang masuk tubuh orang lain, dah lama aku hancurkan muka perempuan tu. Sekarang ni, aku cuma percayakan kau sorang je. Epie memegang tangan Dayah.

Dayah, jom kita lari

Kalau la semudah tu.

Kenapa Kau sanggup teruskan kerja kotor ni

Aku sanggup buat apa saja untuk anak aku.

Anak

Dayah mengusap perutnya.

Ni anak Hamzah.

Sejak bila

Kau tak perlu tahu pasal tu. Yang penting aku tak boleh tinggalkan Hamzah. Anak aku perlukan seorang ayah tak kira betapa buruk perangai ayahnya.

Kau nak menyerah macam tu je

Aku tak kata aku menyerah. Kau jangan risau. Aku akan lindungi kau daripada Soraya. Aku dah anggap kau macam adik aku. Epie tersenyum. Tangan Dayah digenggam erat.

*****

Pintu rumah dibuka kasar. Mata Iman melilau mencari Dynah dan Hafez.

Bonda!

Eleina, Umie, Selina dan Dynah keluar dari dapur. Mereka memandang Iman dengan penuh tanda tanya.

Iman, kenapa ni

Babah mana

Kat kedai lagi dengan Kak Siti. Iman kawal diri sikit. Kita ada tetamu.

Kita kena lari. Sekarang!

Tenang, Iman. Cuba cerita kat bonda.