Tetapi kini api yang marak itu semakin suram air yang menyusur itu semakin perlahan angin yang menyihir itu semakin songsang dan tanah yang pejal itu semakin merekah dalam kerana obor yang dipegang kini beralih tangan kerana air yang laju kini berubah haluan kerana angin yang syahdu kini disekat dinding penghadang
kerana tanah yang dipijak kini berganjak sempadan oleh tangan-tangan kejam yang berlagak pahlawan mempermain-mainkan api dan air angin serta tanah bahasaku.
Kerana api itu milik kita menyala di perdupaan bangsa kerana air itu milik kita mengalir di lembah negara dan kerana angin serta tanah itu milik kita masih berhembus dan masih dalam genggaman warga sentosa
mari kita ambil semula hak kita hak warga bermaruah bangsa bersusila
supaya bahasa kita tidak lagi diusung dalam keranda
menjadi mayat lalu diarak untuk dibawa ke kubur masa.
Nimoiz T.Y
Rumah PENA, Kuala Lumpur
Dewan Bahasa, Mac 2009