RETRO BOLA SEPAK - 26
Sesiapa sahaja yang mencipta

golden-goal ini, mereka adalah musuh kepada sukan bola sepak.

Ini kata-kata bekas legenda Jerman, Franz Beckenbauer sekitar 2003, yang mengkritik peraturan Golden Goal dalam sukan bola sepak.

Menurut Beckenbauer lagi, perlawanan separuh akhir Piala Dunia 1970 antara Jerman Barat dan Itali di Estadio Azteca, Mexico tidak akan digelar Match of the Century jika peraturan golden goal ini wujud pada waktu itu.

Peraturan gol emas ini bukan baharu. Ia sebenarnya sudah digunakan oleh lain-lain sukan selain bola sepak, seperti American Football, hoki ais dan hoki.

Mengikut sejarahnya - ia bermula di England - tempat di mana segala dasar peraturan bola sepak moden diadaptasikan.

Nun jauh lamanya pada 1868 dalam Cromwell Cup. Sungguhpun nama golden goal tidak digunakan, konsepnya tetap sama

- iaitu pasukan yang menjaringkan gol dalam masa tambahan - ia dikira pemenang mutlak.

1993 - FIFA memperkenalkan undang-undan baharu ini, bertujuan menggalakkan kedua-dua pasukan yang terikat jaringan gol - mengamalkan permainan menyerang di samping mengehadkan jumlah penentuan sepakan penalti.

Piala Dunia Remaja 1993 - kejohanan pertama yang menggunakan peraturan ini. Mula teradaptasi dalam perlawanan suku akhir antara Australia dan Uruguay. UEFA Euro 1996 dan 1998 FIFA World Cup antara kejohanan utama dunia yang mula-mula menggunakan peraturan gol emas ini.

Malah EURO 1996 - kejuaraannya juga ditentukan dengan konsep gol emas. Oliver Bierhoff memahat nama sebagai penjaring gol emas tersebut membantu Jerman menewaskan Republik Czech. Gol emas pertama di Piala Dunia, terekod di edisi 1998 - gol oleh Laurent Blanc ke atas Paraguay di pusingan akhir 16 pasukan.

Dan yang paling diingati - pasti lah perlawanan akhir UEFA Euro 2000 antara Perancis dan Itali. Itali mendahului sepanjang perlawanan, Perancis bangkit jaring gol saat akhir dan David Trezeguet pula hancurkan impian Itali.

Begitu lah pedih dan perit nya peraturan golden goal ini.

2003 - UEFA memperkenalkan silver goal - seumpama golden goal cuma - tempoh permainan tidak ditamatkan serta-merta bila mana gol dijaringkan. Satu-satunya perlawanan kejohanan utama yang menggunakan peraturan ini adalah di UEFA Euro 2004, separuh akhir antara Greece dan Republik Czech.

Peraturan ini - walaupun niatnya untuk mengehadkan penalti dan menggalakkan permainan menyerang, sebaliknya muncul satu taktikal bila mana menjengah ke masa tambahan. Kedua-dua pasukan lebih bermain bertahan dan selamat, bagi mengelak dibolosi.

2006 FIFA World Cup - peraturan tersebut dimansuhkan serta merta dan dikeluarkan dari kitab FIFA - Law of the Game. Peraturan lama diguna pakai, jika terikat seri, dilanjutkan ke masa tambahan, dan jika masih lagi terikat, penentuan penalti bakal menyusul.

Di kancah bola sepak Malaysia - perlawanan akhir Piala Malaysia 1995, merupakan perlawanan pertama yang teradaptasi peraturan ini. David Mitchell (pernah menjadi jurulatih Kedah) menjaringkan gol di minit pertama masa tambahan untuk membantu Selangor menewaskan Pahang 1-0.