Papa! Jerit Melia sebaik menyedari kehadiran Filman di muka pintu. Filman yang terkejut disergah begitu segera ketawa apabila anak gadisnya menerpa ke arahnya secara tiba-tiba. Dia merangkul tubuh kecil itu ke pangkuannya.
Maaf sayang, papa lambat sikit.
Danira yang tercegat di situ, memerhatikan perbualan kedua-duanya dengan senyap. Tapi sebaik matanya memerhatikan lelaki itu dengan lebih teliti, wajahnya segera berubah. Alamak! Lelaki yang dijumpainya di pusat beli belah kelmarin! Apakah lelaki itu ayah Melly
Papa selalu macam ni. Selalu lambat. Suara anak kecil itu berubah nada. Wajah itu sengaja dicebikkan, pura-pura merajuk. Filman sempat mencuit hidung si kecil di hadapannya.
Papa ada meeting dengan datuk. Sebab tu lambat habis. Lagipun anak papa ni, papa tengok seronok aje makan aiskrim sampai tak sedar papa datang. Filman mengusik sambil mengerling ke arah gadis yang berdiri di belakang Melia. Gadis itu diam sahaja. Filman sempat meraut wajah itu dalam-dalam. Manis! Hatinya berbisik tidak sengaja.
Siapa tu Bisik Filman pada Melia meskipun dia sedar suaranya mampu didengari gadis itu, kerana jarak mereka bukanlah jauh mana pun. Melia memandang sebentar ke arah Danira sambil tersenyum. Seketika matanya kembali mencari wajah Filman.
Itu Kak Nira. Dia temankan Melly tadi. Seronok pa.kami makan aiskrim strawberry. Cerita Melia bersungguh-sungguh. Filman tersenyum kecil.
Habis, aiskrim papa mana Kenapa tak simpan untuk papa sekali Soal Filman, sengaja mahu mengumpan anak kecilnya.
Untuk papa mana ada sebab papa lambat. Jawab Melia keletah. Tergelak besar Filman mendengar kata-kata Melia yang adakala nakal tapi menghiburkan. Dia memandang ke arah Danira yang sejak tadi membisu seribu bahasa.
Hai, kita jumpa lagi. Filman menyapa seraya tersenyum.
Danira turut tersenyum lalu mengangguk. Saya tak sangka Melly ni anak Encik Filman.
Dia anak kesayangan saya. Terima kasih sebab tolong tengok-tengokkan dia. Kak Mila tak beritahu pulak yang Cik Danira kerja kat sini.
Err..sebenarnya saya baru datang dari kampung. Saya cuma membantu-bantu apa yang patut. Ujar Danira merendah diri.
Filman meraut wajah anak gadis itu dengan penuh minat. Entah kenapa semakin lama dia memandang wajah Danira, semakin comel pula gadis bertudung itu kelihatan di matanya.
Danira tidak jadi meneruskan kata-kata apabila tatapan mata Filman seakan tidak mahu beredar dari wajahnya. Dia mula lemas direnung begitu. Tiba-tiba dia merasa tidak senang dengan sikap lelaki itu. Kalau dah kahwin tu buatlah cara dah kahwin! Ini pandang aku macam tu sekali buat apa Dia melarikan wajahnya ke arah Melia di sisi Filman.
Menyedari gadis itu kelihatan tidak selesa, Filman seolah tersedar. Dia turut melarikan matanya ke arah Melia di sampingnya.
Okey sayang, masa untuk balik. Jom, datuk dengan nenek dah lama tunggu kat rumah tu. Ucap selamat tinggal pada kakak. Suruh Filman.
Selamat tinggal Kak Nira! Ujar Melia. Secara tiba-tiba gadis kecil itu meluru ke arah Danira lalu mencium tangannya. Danira tergamam. Tidak menyangka dirinya akan diperlakukan begitu oleh anak seusia Melia.
Dia dah biasa buat begitu. Ujar Filman bagaikan tahu apa yang bersarang di fikiran Danira. Danira menoleh ke arah Filman yang sudahpun mengendong tubuh kerdil Melia. Terkeheh-keheh gadis kecil itu ketawa apabila diagah-agah. Matanya tidak mahu lepas memerhatikan gerak-geri Filman melayan anaknya. Dadanya berdebar-debar sedikit. Tiba-tiba dia merasa bersalah. Kalaulah Filman masih bujang, tentu tidak ada salah dia merasakan sesuatu pada lelaki itu. Tapi sayang, lelaki sekacak itu sudah berpunya!
Filman tiba-tiba berpaling ke arahnya. Danira terpanar. Dia tidak sempat melarikan anak matanya. Wajahnya merah padam menahan malu. Apakah lelaki itu menyedari perbuatannya
Thanks again. Ucap Filman lalu beredar bersama Melia.
Danira hanya memerhatikan kedua-duanya beredar ke arah kereta yang diparkir di bahu jalan di luar pagar. Entah kenapa, matanya seakan-akan tidak mampu dilarikan dari susuk Filman. Ada sesuatu pada lelaki itu yang membuatkan hatinya berdebar-debar tidak keruan apabila bercakap-cakap dengan lelaki itu.
Sekali lagi Filman menoleh memandangnya. Danira terkedu. Tiba-tiba dia rasa segan kerana berdiri di hadapan muka pintu dan memerhatikan kedua beranak itu. Aku dah gila agaknya! Dia cepat-cepat menutup pintu di hadapannya, meskipun Filman belum beredar dari situ.
SEBAIK terlihat sebuah kereta Honda Gti tersadai di perkarangan rumah itu, Filman segera mengerutkan dahinya. Siapa pula yang datang petang-petang begini Melia segera menerpa turun dari kereta. Wajah itu tampak girang.
Melly, hati-hati sayang. Jangan lari, nanti jatuh, larang Filman. Tapi anak itu langsung tidak ambil pusing dengan kata-katanya. Sekejap sahaja tubuh kecil Melia menghilang ke dalam rumah.
bersambung
Bab akan datang:
Siapakah yang datang ke rumah Filman