SEBELUM subuh, Imran sudah bangun. Pagi yang memberi semangat dan kesegaran kepadanya. Kini dia sudah semakin membiasakan diri untuk bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh. Dulu, kalau tidak ada kelas pagi, pukul sebelas baru nampak cahaya matahari. Lama dia menatap dirinya di cermin besar. Kemaskan tali leher dan baju yang dipakai.
Hmm..handsome juga aku rupanya. No wonder ramai perempuan yang nak dekat dengan aku kecuali minah somtam tu! Imran senyum sendiri.
Kunci kereta dari atas meja dicapai. Laju kakinya melangkah ke ruang dapur. Jam tangan sudah menunjukkan pukul tujuh setengah pagi. Hanya Kak Leha seorang saja berada di situ.
Mama belum bangun lagi ke kak
Sudah..dia ada kat laman tu. Tengah siram pokok bunga. Kak Leha senyum sambil menggoreng mi.
Pagi lagi dah siram pokok Mimpi apa mama tu Imran jenguk melalui tingkap dapur.
Entahlah! Abang dah nak pergi kerja ke Tak nak makan dulu
Nak! Lapar ni! Imran segera menuang kopi O panas ke dalam cawan. Sekeping roti bakar dikunyah perlahan.
Wah! Paginya anak mama ni bangun! Muka pun berseri je mama tengok! Ada apa ke Puan Zaharah muncul di pintu dapur.
Takkan nak muram je. Habislah muka handsome abang ni! Imran berjenaka.
Puan Zaharah ketawa. Dia mula duduk bersama Imran di meja makan.
Adik mana sambung Puan Zaharah lagi.
Entah! Tidur lagi la tu! Imran mencebik.
Taraaa!!! Izara melompat ke arah Puan Zaharah. Sopan dengan berbaju kurung merah dan bertudung corak polka dot.
Hish! Anak dara apa ni! Salam apa pun tak bagi! Adik bukannya kecil lagi. Sudah boleh jadi isteri orang! Puan Zaharah mula membebel namun ada senyuman di bibirnya.
Entahnya! Anak dara mama sorang ni memang macam ni. Tak reti nak sopan. Tak sesuai dengan baju kurung tu! Imran mencelah. Sempat menjeling Izara yang duduk di sebelah mama.
Alah, abang tu apa kurangnya!Sejak akhir-akhir ni je adik tengok berubah watak. Dulu, jangan harap nak pakai kemas macam ni!
Tambah lagi masa Natasha tinggalkan abang dulu. Izara juga tidak mahu mengalah.
Imran diam. Hatinya terasa sakit bila Izara menyebut nama Natasha. Mendidih!
Errabang nampak ceria je pagi ni. Ada apa-apa ke sambung Izara lagi setelah melihat riak Imran berubah.
Imran tidak menghiraukan pertanyaan Izara. Dia menghabiskan mi goreng dan meneguk kopi sampai habis. Sebelum keluar, dia mencium tangan Puan Zaharah yang sudah lama tidak disentuh.
Sejuk hati mama melihat abang dah banyak berubah. Alhamdulillah Puan Zaharah mengusap lembut rambut Imran sebelum Imran meminta diri untuk ke pejabat.
Yalah mama. Adik pun perasan perubahan abang tu. Balik dari kerja je, dia memerap dalam bilik. Melekat dengan laptopnya.
Dah jarang keluar malam. Apa agaknya yang menyebabkan dia berubah kan mama Izara pandang Puan Zaharah. Berkerut keningnya memikirkan perubahan abang kembarnya.
Tak kisahlah asalkan dia dah berubah. Mungkin dia dah jumpa pengganti Natasha agaknya. Mama dapat rasa, tentu perempuan yang menyebabkan dia berubah begitu sebagaimana dia berubah dulu pun kerana Natasha. Puan Zaharah senyum. Dalam hatinya cukup terharu dengan perubahan anak bujangnya.
Hmmsiapa agaknya perempuan tu Izara mula berfikir. Hanya Anis yang terlintas di fikirannya tika ini.
Takkan adik tak tahu Dalam ramai-ramai teman wanita abang tu, takkan satu pun tak berkenan di hatinya.
Mereka tu semua bukan dalam senarai calon isteri abanglah mama! Abang sendiri yang cakap. Dia hanya suka-suka je
berkawan. Semuanya gedik! Izara ketawa. Imran pernah memberitahunya dulu fasal itu.
Habis tu siapa
Hmmadik rasa adik tahu tapi tak tahulah pulak apa yang mama tahu. Izara sengih sambil mengangkat kening. Wajah Anis mula terbayang di kotak fikirannya.
Anis ke Bulat mata Puan Zaharah sambil memandang Izara dengan senyum lebar. Kalau benarlah tekaannya, alangkah bahagianya.
Mama rasa Izara kenyit mata nakal kepada Puan Zaharah.
Senyuman Puan Zaharah semakin lebar. Dia faham maksud kata-kata anak gadisnya sebentar tadi.
Izara juga turut melemparkan senyuman penuh makna. Dia mula minta diri untuk ke pejabat.
TIBA di pejabat, Imran segera ke bilik. Sempat jeling Anis yang sudah tercongok di meja mengadap komputer. Senyuman yang dilemparkan tidak berbalas malah salam yang diberi hanya dijawab acuh tak acuh saja oleh Anis. Ah! Biarlah!
Imran mula berdoa sebelum memulakan kerja. Dia menyusun semua fail dan kertas kerja dan surat-surat yang perlu ditandatangani dengan kemas. Senyuman di bibirnya masih terukir. Sesekali dia intai dari celah tirai dinding cermin. Anis masih mengadap komputer menaip kerja yang disuruh kelmarin. Hmmbagus!
Anis masih mengetuk papan kekunci. Melihat perubahan Imran, hatinya mula tertanya-tanya. Sesekali dia menoleh ke arah bilik luas itu. Kelihatan Imran leka menulis sesuatu. Mungkin sibuk menandatangani surat-surat penting yang perlu dihantar segera hari ini.
Apa kena dengan bos aku tu Masuk je terus senyum. Hmm..dalam bilik pun senyum sorang-sorang! Dah putus fius agaknya..
Anis berfikir sendiri. Dia menoleh lagi ke arah bilik Imran. Masih senyum lebar. Dia cepat-cepat melarikan matanya ke arah lain bila mata mereka bertembung.
Memang sah! Imran tu dah tak betul! Selalunya dia asyik nak marah je kat aku! Tapi hari ni lain macam pulak. Ah! Lakonan je tu, sekejap lagi melalaklah marahkan aku! Anis cuba menidakkan tekaannya. Dia menyambung semula kerja.
Hai!
Anis mendongak. Seorang lelaki muda sedang tersenyum kepadanya. Dia amati wajah itu yang pernah bersua dengannya di dalam lif.
Err..Encik Fuad nak jumpa tuan pengarah ke Anis bermanis muka sambil berdiri. Senyuman manis di bibirnya dirasakan terpaksa.
Ya. Cik Anis ni dah kahwin ke
Anis mendongak sekali lagi. Begitu berani Fuad bertanya soalan peribadi begitu. Namun dia cuba mengawal perasaannya ketika ini.
Err..saya rasa saya tak perlu jawab soalan tu. Encik Fuad duduklah dulu. Nanti saya panggil tuan pengarah.
Anis beranikan diri menjawab. Berhati-hati dia berkata-kata agar tidak dianggap biadap dengan tetamu.
First time I saw you, I feel like to know you more. Fuad mula mendekati meja Anis.
Anis mula menggelabah. Tangan Fuad dah mula merayap ke arah tangannya. Cepat-cepat dia mengelak. Fuad semakin hampir dengannya.
If you be my girl, you tak perlu kerja teruk macam ni. Berapa sen sangatlah yang you dapat. Fuad berbisik. Sempat dia memegang bahu Anis.
Anis cepat-cepat jarakkan dirinya dari Fuad. Jantungnya mula berdegup kencang. Pandangan Fuad begitu menakutkan.
Err..tak apalah Encik Fuad. Saya selesa kerja di sini. Anis cuba berbohong. Entah kenapa perkataan keramat itu terpacul keluar dari mulutnya.
By the way, jangan lupa Khamis depan I jemput you! Fuad semakin rapat. Cuba memegang jemari Anis.
Anis segera mengelak. Jemput
Ya! Kan ada meeting di Cameron Highlands. Remember Fuad senyum. Dia semakin rapat dengan Anis.
Err..maaf. Saya boleh pergi sendiri. Terima kasih. Anis tunduk. Tindakan Fuad yang cuba dekat dengannya begitu merimaskan.
Hmm Imran marah ke kalau you temankan I
Tak. Itu keputusan saya sendiri.
Oh ya Emm.. bermakna dia tak kisahlah kalau I nak ajak you Fuad sengih.
Anis diam seketika. Tidak tahu alasan apa lagi yang perlu dijawab. Lelaki itu seperti mendesak.
Sebenarnya saya dah ada teman. Dia yang hantar saya nanti. Anis mula berbohong. Tidak mahu Fuad berterusan memujuknya.
Siapa Lelaki ke perempuan Fuad terus mendekati Anis.
Err..saya rasa saya tak perlu jawab soalan tu Anis jarakkan dirinya dari Fuad.
Hmm..tentu lelaki kan Siapa dia Fuad semakin mendesak.
Aku!
Serentak Anis dan Fuad berpaling. Imran sudah tercegat di depan pintu biliknya. Merenung tajam ke arah Fuad.
Hei! Imran, pengarah muda ternama! Kau apa khabar Fuad menapak ke arah Imran.
Kenapa nak datang tak bagi tahu aku dulu Imran cuba senyum. Dia jeling Anis yang sudah pucat. Fuad segera diajak masuk ke bilik.
Anis masih berdiri di situ. Tergamam dengan kata-kata Imran sebentar tadi.
Biar betulis he really mean it Ataudia berlakon je Anis duduk semula di kerusi.
Ah! Mati hidup balik pun aku tak percaya! Aku pun bukan terhegeh sangat kat dia! Anis menghela nafas panjang. Dia menyambung semula kerja.
Anis jenguk jam di dinding. Sudah hampir dua belas tengah hari. Dia intai dari celah tirai di bilik Imran. Dua jejaka itu bergelak ketawa dari tadi. Hatinya mula terusik. Bermakna kata-kata Imran tadi hanyalah gurauan semata. Dan kini dia merasa dirinya dipersendakan pula. Jelas terpancar di wajah Imran dan Fuad.
Lelaki kaya semua macam tu. Ingat perempuan ni barang mainan! Baik aku hati-hati. Anis mendengus kecil.
Siapa pula yang call aku ni Anis mencari telefon bimbitnya dari beg tangan. Izara!
Keluar makan Kat mana Kalau lambat, aku tak nak lah! Nanti tuan pengarah marah aku kalau masuk lambat! Anis sedikit risau bila Izara mengajaknya makan tengah hari di Bangsar. Namun dia terpaksa juga temankan Izara. Izara banyak membantunya selama ini. Hati Izara juga perlu dijaga. Biarlah dia kena marah dengan Imran.
Anis segera mencapai beg tangan dan meluru keluar ke tempat letak kereta. Izara sudah berjanji menunggunya di situ.
ANIS jeling jam. Sudah dua setengah petang. Dia bergegas ke tingkat tujuh. Sebaik Izara menghantarnya ke pejabat, kereta Honda Accord milik Izara memecut laju meninggalkan kawasan itu. Entah ke mana pergi, dia sendiri tidak mahu ambil tahu. Dia hanya makan gaji di syarikat itu. Terkocoh-kocoh Anis melangkah ke mejanya. Kelibat Imran tidak ada di biliknya. Lega.
Fuh! Legakalaulah dia ada tadi, mahunya dia marah aku berapi-api agaknya! Anis senyum sendiri. Dia menyimpan tas tangannya di dalam laci. Komputer dibuka semula dan menyambung kerja yang masih belum siap dari pagi tadi. Sudah setengah jam dia menaip. Imran masih belum muncul.
Mana pulak dia pergi Setahu aku hari ni tak ada mesyuarat atau jumpa client. Hmmentah-entah keluar dengan lelaki gatal tu la tu! Anis meneka sendiri. Dia perlu menjauhkan diri dari Fuad. Lelaki seperti itu tidak perlu dilayan sangat. Imran dengan sikap suka marahnya dan Fuad pula dengan sikap gatal. Eiii!!!
Apa yang awak senyum-senyum ni
Anis mendongak. Imran sudah terpacak di depan meja. Dia menelan liur. Alamak! Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi Anis pandang Imran yang masih berdiri di situ.
Err..tak ada apa. Tuan nak apa-apa Anis mula tersasul.
Hmm..awak nak bagi apa Imran masih senyum.
Errkopi Anis menggelabah. Alamak.apasal kopi pulak
Kopi Sejak bila awak baik dengan saya Setahu saya tak pernah awak buat kopi untuk saya.Senyuman Imran semakin lebar.
Anis tunduk. Kepalanya diluku berkali-kali. Apa pulak yang aku merepek tadi
Baiklah kalau awak nak buat kopi untuk saya, saya terima. Tapi ingat, jangan terlalu manis! Imran mula menuju ke biliknya.
Anis duduk terjelepok di kerusi. Lemah lututnya bila mengingati semula segala kata-katanya tadi.
Erk! Buat kopi Anis garu kepala. Apasal lah aku cakap nak buat kopi! Adoi!!
Terpaksalah dia ke bilik rehat membancuh kopi. Mana pulak gula ni
Melilau dia mencari bekas gula. Ditenungnya gula dalam bekas bulat itu. Macam gula halus
Anis segera membancuh kopi. Satu sudu gula dimasukkan ke dalam air kopi. Imran sudah berpesan kepadanya agar tidak terlalu manis. Dia mula membawa secawan kopi dengan berhati-hati.
Err..tuan..ni kopi. Anis meletakkan cawan kopi di atas meja di hadapan Imran.
Hmmsedap baunya. Tentu sedap. Awak tak nak minum sekali Imran mencapai cawan kopi dekat kepadanya.
Anis senyum. Nak minum macam mana kalau sudah satu cawan sahaja. Takkan nak berkongsi kut! Eii tak ingin!
Tak apalah tuan. Ada apa-apa lagi Anis masih bermanis muka. Dia menundukkan wajah.
Hmm..apa kata awak bancuh satu lagi kopi dan temankan saya minum
Sekali lagi Anis mendongak. Erk! Err..apa kena dengan mamat ni hari ni Lain macam je. Bagai dipukau, Anis segera ke bilik rehat semula membancuh satu lagi cawan kopi. Ikut saja apa yang disuruh. Dia kembali semula ke bilik Imran bersama secawan kopi.
Hmmmarilah duduk di sofa. Ada perkara yang saya nak bincangkan dengan awak. Imran membawa cawan kopinya ke arah set sofa.
Anis pula hanya menurut langkah Imran. Dalam hatinya berdetik seribu persoalan. Pelik, keliru dan bermacam-macam rasa bermain di benaknya ketika ini. Cawan diletakkan atas meja. Masing-masing diam seketika.
Awak suka kat FuadImran memulakan bicara.
Anis mendongak. Matanya membuntang memandang Imran.
Kenapa tuan tanya macam tu
Pagi tadi..riak awak macam suka. Kalau awak suka, berterus terang jelah.
Anis beranikan diri merenung lelaki bermata biru itu. Cuba mengamati riak di wajahnya. Tiada apa-apa. Hampa.
Kenapa dengan tuan ni Apa tuan ingat perasaan saya ni murah sangat ke Mudah suka pada lelaki Anis melepaskan geram.
Saya tak kata macam tu. Saya hanya teka saja, yang awak nak melenting ni kenapa Kalau awak tak suka, sudahlah! Imran berkata tanpa nada perasaan.
Anis semakin bingung dengan sikap Imran. Tak faham. Sudah seperti roda. Marah, benci, suka semuanya berpusing-pusing macam roda! Dulu marah dengan Razif. Sekarang ini pula seolah melayan kehendak kawannya Fuad.
Kalau tuan nak cakap pasal ni, saya minta diri dulu. Banyak kerja yang perlu saya siapkan. Anis mula bangun dari duduknya tetapi tangan Imran cepat-cepat menahannya.
Saya bukan nak campur hal peribadi awak tapi saya sebenarnya ingin menguji awak. Itu saja. Imran mula melepaskan tangannya bila Anis menjeling tajam ke arahnya.
Uji Sejak bila syarikat ni buat ujian seperti ni pada pekerjanya Anis duduk semula.
Saya kenal siapa Fuad. Saya tak mahu awak terperangkap dalam cinta palsunya. Tapi yalah. Saya hanya boleh beri nasihat.
Maaf..saya bukan bahan uji kaji nak kena kaji bagai.
Awak jangan salah faham. Saya sekadar memberi nasihat. Terpulang pada awak. Anggaplah nasihat saya ini datangnya dari seorang kawan dan bukan dari seorang bos. Imran pandang Anis dengan riak bersahaja.
Cara tuan beri nasihat tu macamlah saya ni kemaruk sangat nak bercinta. Sedangkan saya Anis menutur lemah. Hatinya mula sebak bila berbicara soal hati. Imran tidak pernah ingin cuba mengenali hatinya selama ini. Terasa kaku. Beku.
Jadi awak tak pernah bercinta
Cepat-cepat Anis mendongak. Bilik yang dingin dan luas itu dirasakan sudah mula membahang dengan soalan Imran. Dah macam berada di dunia lain. Tidak percaya perbualan mereka adalah berkisar cinta dan perasaan. Dipandang lagi wajah putih dengan sedikit janggut nipis itu sekali lagi.
Maaf..itu bukan hal tuan. Anis tunduk. Ingin saja dia menjerit yang dia sebenarnya cintakan lelaki yang sedang berbicara dengannya ketika ini. Lelaki yang duduk di depannya sekarang! Tapi itu semua hanya ilusi semata.
Hmm..baiklah. Saya pun tak suka campur hal peribadi orang. Minumlah. Sudah sejuk kopi tu. Imran mencapai cawan. Dia meneguk perlahan.
Uhuks!!
Anis bingkas bangun dan menepuk belakang Imran yang tersedak. Baju Imran dah melekat air kopi. Cepat-cepat Anis ke bilik rehat mengambil air kosong dan berlari semula ke bilik. Imran masih tersedak. Mukanya berkerut. Dihulur segelas air kosong.
Tuan okey
Imran masih terbatuk-batuk. Air kosong yang dibawa Anis diminum sampai habis. Dia mengurut dadanya berkali-kali.
Tuan okey ke Anis mengulangi soalannya. Dia mula cemas melihat Imran berkerut muka. Serba salah. Tak tahu macam mana nak tolong. Aduh..takkan nak urut dada dia pula..
Okey..saya tak apa-apa. Mungkin ada orang yang sebut nama saya barangkali. Minumlah! Imran mula mengukir senyum setelah merasa lega sedikit. Dia turut mempelawa Anis minum sekali.
Betul tuan tak apa-apa Anis masih cemas.
Imran angguk sambil tersenyum. Dia menghulurkan cawan kopi kepada Anis.
Uhuks!! Masinnya!! Anis meluru berlari ke arah bilik rehat semula.
Imran ketawa terbahak-bahak. Rasakan!
Anis kembali semula ke bilik Imran. Dia segera mengambil cawan kopi dan meminta maaf kepada Imran.
Awak sengaja nak kenakan saya eh Imran mula bersikap serius.
Err..tak ada tuan. Saya ingatkan itu gula. Maafkan saya.
Lain kali baca label dulu
Tak ada label. Tu yang saya yakin sangat itu adalah gula. Maafkan saya. Berkali-kali Anis meminta maaf.
Kalau tak ada label, takkan awak tak boleh rasa dulu, garam ke gula. Memang betullah kebodohan awak ni tak boleh hilang. Imran terus ketawa terbahak-bahak.
Anis mula geram. Kali kedua Imran menggelarnya bodoh. Tak apakau pun sama bodoh. Rasakan minum kopi masin aku! Anis senyum sendiri.
Mengapa awak senyum
Tak ada apasaya minta diri dulu. Anis segera keluar dari situ. Imran menggeleng geli hati. Pertama kali dia merasa kopi masin!