KENING Airish terangkat tinggi, memanah tepat pada Afiqa yang berdiri selamba di muka pintu. Tiada sebarang riak terpancar di wajah itu. Airish terus mendekati Afiqa di muka pintu, wajahnya jelas berkerut-kerut.
Kenapa pakai macam ni soal Airish hairan. Dia tak baca ke nota aku, desis Airish pada dirinya sendiri. Afiqa mempamerkan wajah tidak tahu menahunya.
Kenapa Apa yang tak kena Afiqa menilik pakaiannya. Lawa dah rasanya! Apa lagi yang tak kenanya
Kau ni memanglah! Kata nak dinner kat luar. Pakai macam ni nak dinner apanya
Afiqa terdiam. Hatinya tersentuh tiba-tiba. Mungkin benar kata Rayhan, dia memang perempuan kampung. Tak sepadan bergandingan dengan selebriti.
Airish pula digigit rasa bersalah apabila melihat riak wajah Afiqa yang sudah berubah warna itu. Sudahnya lelaki itu menarik tangan isterinya dan memimpinnya ke kereta.
Dah! Toksah nak buat muka seposen. Tak laku tau Aku tahu apa nak buat dengan kau ni. Airish tersengihsengih sambil terus menghidupkan enjin dan menolak gear.
Afiqa hanya memandang ke arah suaminya yang sedang memandu itu. Walaupun kata-kata Airish tadi menyentuh hatinya, namun Airish sangat berbeza dengan Rayhan. Rayhan pernah menghina penampilannya, dan Airish entah ke mana Airish mahu membawa dirinya saat ini.
Airish terus tersenyum-senyum sendiri.
JIKA mengikut perkiraannya sendiri, dia memang akui bahawa penampilan yang diubah Airish padanya pada malam ini sungguh membuatkan dirinya kelihatan berlainan daripada biasa. Sumpah dia tidak tipu. Dada Afiqa dipegang kejap. Daripada perasaan tenang, bertukar menjadi debaran halus tiba-tiba. Berkocak perasaannya tatkala menyebut nama itu.
Sungguh Afiqa dilamun perasaan indah yang ternyata tiada berbelah bahagi. Keprihatinan Airish yang sanggup mengubahnya pada malam ini sangat menyentuh nalurinya. Memang pada mulanya, Afiqa bersangka buruk tentang apa sebenarnya niat lelaki itu membawanya ke butik mewah itu. Namun untunglah perasaan syak wasangkanya hanya menerpa untuk seketika cuma.
Penampilannya yang tampak selekeh selama ini barubah dalam masa kurang satu jam. Terkejut Afiqa dibuatnya. Mana pernah dia jumpa butik seperti ini yang menawarkan perkhidmatan dari segi solekan dan penampilan. Tapi apa yang nak dihairankan dengan Tengku Airish Shah
Afiqa mencebik kecil. Mengenangkan sikap lelaki itu yang kekadang cerewet dan agak menjengkelkan membuatkannya rasa naik angin sahaja. Namun, dalam sikapnya sebegitu rupa ada sesuatu yang memikat hatinya. Naluri kewanitaannya cukup tersentuh dengan sikap keprihatinan lelaki itu. Ada masanya Afiqa terpesona dengan sikap suaminya namun ditegah keras hatinya agar tidak terlalu jatuh dengan lebih mendalam lagi pada lelaki itu meskipun hatinya sekarang sudah sememangnya terjatuh padanya.
Penat berdiri menggayakan tubuhnya di hadapan cermin dengan gaya ala-ala model itu, Afiqa terlentang malas atas katilnya. Melepaskan penat lelahnya. Walaupun sudah berjam pulang ke rumah, dia masih belum belum menyalin pakaian dan membersihkan solekan pada wajahnya.
Bosan akibat terlentang, Afiqa mengiring ke kiri pula. Memandang kosong pada pintu gelongsor yang memisahkan antara dunia luar dan dunia di dalam biliknya. Terkebil-kebil mata Afiqa merenung pada langit di sebalik pintu gelonsor dari katil itu. Tampak gelap sahaja langit tika itu. Memanglah langit tu nampak gelap kalau dah cermin itu memang sudah dibuat dengan gelap! Sangkal Afiqa pada kata akalnya.
Makan malam mereka berlangsung di hotel mewah. Afiqa terasa dirinya bagai berada dalam kisah dongeng pula. Mereka menikmati makan malam yang penuh eksklusif dan kemudian diiringi dengan pemuzik khas. Amboi! Dongeng sungguh!
Afiqa merengus. Dia terharu, namun dalam masa yang sama semua itu terasa tidak cocok dengan dirinya. Lalu, tubuhnya ingin mengiring pula. Namun, saat bebola matanya ingin dilarikan ada sesuatu yang bagaikan menarik minatnya.
Pandangannya terhenti pada sebuah buku nota yang berada kemas di atas meja. Buku nota yang tidak tebal dan tidak nipis, manakala saiznya sederhana lebih kurang tingginya sama dengan buku tulis pelajar sekolah. Bebola matanya terhenti lama pada buku itu.
Itulah buku nota yang dicuri Afiqa dari kamar Airish. Bosan menunggu kelibat lelaki itu, Afiqa dengan idea nakalnya telah membuat kerja gila di mana dia menyelinap masuk menyelongkar kamar Airish. Hasilnya, dia terjumpa buku nota ini. Buku nota yang dijumpai di dalam kotak usang di bawah katil lelaki itu. Curiganya dirinya terhadap buku itu telah memaksa Afiqa untuk membeleknya.
Tatkala lincah tangannya meraba kulit buku itu datang pula suara garau enjin kereta suaminya masuk ke perkarangan halaman rumah mereka. Terus, tanpa berfikir panjang Afiqa keluar dari bilik Airish dengan buku nota yang tersemat kemas dalam pelukannya. Kelam-kabut Afiqa ketika itu hingga dirinya nekad meletakkan buku nota itu di atas meja kerjanya tanpa berfikir lanjut. Harapannya lelaki itu tidak perasanlah, detik Afiqa sendiri.
Kalau mengikut prinsipnya, memanglah dia tidak mahu mencampuri urusan lelaki itu. Dan bahkan dirinya bukanlah seorang yang dikenali dengan panggilan perempuan busy body. Cuma, kehadiran buku nota itu ditambah pula dalam kotak usang bawah katil sememangnya mencuri tumpuan Afiqa. Tapi, dia bukan sengaja ops! Afiqa tersilap, memang dia sengaja mengambil buku nota ini dengan akalnya pada waktu itu memikirkan dirinya yang layak menyelongkar hak milik lelaki itu atas alasan dirinya adalah isteri Airish.
Afiqa mengeluh. Betulkah apa yang dia buat Sekian lamanya buku itu direnung, Afiqa akhirnya mencapainya. Bantalnya ditegakkan sebelum disandarkan pada kepala katil. Kulit buku yang berwarna hijau gelap direnung dengan pandangan yang berbeza. Bermacam-macam andaian bermain di mindanya. Patutkah dia menyelongkar privasi suaminya Tidakkah dinamakan kurang ajar nanti
Tapi, buku ini ternyata memberi Afiqa berjuta rasa dan yang paling ketaranya ialah rasa curiga. Pasti ada sesuatu yang sangat Airish mahu simpan. Habis Apa yang perlu dia lakukan Buka dan bacanya! Tersentak Afiqa mendengar gerak hatinya sendiri. Bibirnya bagaimanapun mengorak senyuman nakal. Well, kalau dah hati duk mengajarnya untuk berbuat begitu lantas apa lagi yang Afiqa ingin katakan.
Rasa hormat terhadap privasi orang yang dipupuk sejak tadi sudah ditolak ke tepi. Buku itu direnung buat kali terakhir sebelum dirinya bertindak untuk menyelak halaman buku tersebut kepada halaman yang pertama. Dititipkan ucapan bismillah sesaat.
Tatkala buku itu diselak. Terserlah tulisan tangan yang sungguh cantik di pandangan mata Afiqa. Ungkapan menarik yang tercoret di halaman pertama menjadi penyalur nadi buat Afiqa sebelum dirinya bertindak yakin sebelum membuka halaman seterusnya. Pasti ini adalah diari, telah Afiqa sendiri.
Ceritera cinta aku dan dirinya segalanya bermula di sini.
Cintaku 16 Jan 2007
Kata-kata pembuka bicara di pertemuan matanya pada halaman pertama tadi terngiang-ngiang dalam kotak fikirannya. Barisan perkataan Cintaku itu sungguh menarik perhatiannya. Ditujukan kepada siapa Afiqa musykil. Atas rasa ingin tahunya yang menggunung memaksa Afiqa untuk menyelak lagi helaian kedua.
Sungguh aku tak sangka, asalnya gadis yang sempoi dan manja sebenarnya jatuh cinta pada aku Hoho Macam tak percaya pulak. Aku yang selama ini asyik memencilkan diri daripada bersosial pun masih ada juga yang hendak Pelik.
Afiqa mencebik. Cis! Berlagak nak mampus! Sempat, Afiqa mengutuk Airish sebelum melancarkan bacaannya pada perenggan di bawah pula.
Aku cuba lari daripada gadis itu dengan harapan dia dapat lupakan aku. Mana mungkin aku dapat jadikan gadis pujaan aku dalam diam selama ini menjadi peneman hidup aku.
Cintaku Mac 2005
Afiqa menarik nafas panjang. Kalau macam ini gayanya membaca coretan Airish tak sampai halaman kedua memang dia dah campak diari ni jauh-jauh. Dalam keadaan dirinya yang mencuba menenangkan dirinya, matanya tertacap pada tarikh keramat yang ditulis Airish. Afiqa tercengang pula. Macam mana pula diari diputar ke belakang masanya Dari 2007 ke 2005 Lalu, coretan itu diulanginya lagi. Lambat-lambat, kepala Afiqa mengangguk faham setelah lama matanya memerhati satu persatu patah perkataan itu.
Oh, mungkin coretan ini adalah sebelum bagaimana mereka sebelum bercinta. Pada 16 Januari itu mungkin mereka secara rasminya mereka telah menjadi pasangan mungkin. Afiqa mengangguk yakin dengan suara hatinya apatah lagi matanya baru sahaja terperasankan akan coretan Airish kali ini yang hanya menyematkan bulannya sahaja tanpa tarikh yang lebih terperinci. Jelaslah, apa telahannya itu memang benar sebenarnya.
Tanpa membuang masa, dengan perasaan berkobar-kobarnya selakan helaian kedua dilancarkan dengan kasar sekali.
Aku cuba berlari dan berlari, tapi ter nyata semakin kuat pula dia mengejar. Katanya, selangkah aku pergi seribu langkah akan di kejarnya. Oh, Dhia Anna, aku penat Cukup penat. Patutkah aku beralah denganmu, dengan melayangkan bendera putih dari terus melarikan diri darimu
Cintaku Ogos 2005
Afiqa kaku. Peluh renik di dahinya terpancar di wajah. Berderau darahnya tatkala membaca sebaris nama itu. Diulang dan terus diulang kembali. Enggan percaya pada naluri hatinya sendiri. Dhia Anna
Dhia yang mana satu Dhia yang dia kenal sekarang inikah Atau Dhia yang lain Afiqa jelas bingung. Perasaan bingungnya memaksa dirinya untuk menyelak ke halaman yang seterusnya demi untuk merungkaikan persoalan yang bermain di dalam mindanya.
Alhamdulillah, nampaknya keputusan aku untuk mengikat hubungan antara aku dan Dhia membuahkan hasil juga apabila hubungan aku dan cintaku kini sudah mendapat restu ibu dan Bella. Hatiku berlagu riang. Tapi, mengenangkan papa pula. Hati aku berdebar kencang. Bimbang bagaimana penerimaan papa terhadap Dhia.
Rasa takutku cuba kuketepikan. Aku tetap pertahankan Dhia. Kerana, hanya kau yang satu bertakhta di hati, sayangku. Sungguh aku berharap pelangi cinta kita akan sentiasa bersinar, sayangku. Insya-Allah.
Cintaku November 2005
Afiqa berasa terharu. Seakan-akan dirinya dapat memahami akan perasaan lelaki itu. Pasti, hidup Airish sekeluarga tak bahagia. Oleh kerana itulah mungkin Airish takut untuk mempunyai apa-apa hubungan dengan orang di luar. Namun, melihat bagaimana kuatnya azam Airish untuk mempertahankan Dhia sungguh membuatkan hati Afiqa dipagut rasa sayu. Dalam rasa sayu timbul juga perasaan cemburu buat Dhia, pasti perasaannya bahagia apabila ada lelaki di sisi yang senantiasa menjaganya.
Hari ini, aku telah belajar sesuatu. Belajar untuk bertegas atas keputusan yang diambil. Semuanya kerana Dhia. Dan kerana itulah, azamku untuk menjadi seorang selebriti semakin kuat. Tentangan tak sudah daripada papaku, aku cuba untuk hiraukan. Entah kenapa, bila bersama Dhia terasa bagaikan aku diberi kekuatan untuk menghadapi sebarang bencana nanti. Oh, Ya Allah! Terima kasih atas kurniaan-Mu yang tidak terhingga ini.
Cintaku Dec 2005
Jantung Afiqa bergetar halus. Kini, Afiqa faham. Tidak sangka, begitu bermakna Dhia pada lelaki itu. Maknanya, kejayaan Airish hingga kini semuanya adalah berasal daripada Dhia Selebriti Afiqa diam tidak berkutik. Membayangkan jika dirinya turut berada di situ waktu itu. Pasti telinganya tidak putus-putus mendengar dorongan yang tanpa henti Dhia buat Airish.
Maklumlah bukannya senang untuk mengajar lelaki ini. Pasti, Dhia ini seorang yang tabah dalam menangani segala-galanya tentang Airish. Sedikit sebanyak Afiqa turut dapat merasai bagaimana berharganya kehadiran Dhia dalam hidup suaminya.
Pertama kali aku dapat melihat wajah bengis Dhia. Merah padam wajahnya kerana memarahi rakan sekelasku yang asyik mengejek aku yang menyuarakan hasrat ingin menjadi seorang selebriti. Rasa sedih dengan ejekan itu serta merta hilang dengan melihat betapa kuatnya Dhia mempertahankan aku. Alahai, terasa aku sangat dihargai dan dilindungi oleh superwomen sahaja. Sungguh aku terpersona denganmu, sayangku. Namun, malangnya pula dalam hari yang sama Dhia dimarahi papa sekeras-kerasnya gara-gara menjadi penyebab kenapa aturan hidup oleh papa aku bangkang tempoh hari.
Merah padam wajah Dhia. Tidak henti-henti dia menangis. Bila aku pujuk makin dia malalak lagi. Jangan pernah bimbang sayangku, diriku ibarat pokok pisang. Sekali sahaja berbuah, dan takkan ada yang keduanya. Dhia tergelak mendengarnya. Katanya, aku poyo. Poyo Apa-apalah, asalkan dia sudah berhenti menangis. Cintaku untukmu, sayang. Hanya untukmu.
Cintaku Dec 2005
Afiqa jelas tergamam sebaik sahaja membaca coretan ini. Nampaknya Dhia begitu melindungi Airish. Afiqa mengeluh seketika. Aih, kenapa sikap Airish di dalam diari ini dan realiti sekarang ini benar-benar berbeza, ya
Kepalanya dinaikkan sambil jarinya menyebak rambut ke belakang. Terasa panas hatinya membaca isi diari ini. Membaca diari Airish sangat menganggu jiwa dan emosi dalamannya. Huh! Tapi, Airish kini memang tampak berbeza dari apa yang digambarkan di dalam diari ini. Sudah berubabahkah lelaki itu Kerana siapa Dhiakah
Jantung Afiqa terasa berkobar-kobarlah pula mahu mengetahui kisah cinta mereka berdua. Berjayakah Adakah penamatnya sama seperti novel-novel melayu Bahagia di penghujungnya Ataupun.
Dhia kelihatan sangat cantik di airport hari ini. Sedih yang menghuni di hati kutahankan. Perbuatan papa yang mengurung aku seharian di dalam kamar sungguh menyesakkan dada. Semestinya, papa sudah mula merencana sesuatu untuk pisahkan kami. Huh!
Foto yang dikirimkan Dhia padaku kutatap sayang. Sayu hati ini tatkala memandang baju kurung tersarung di tubuh gadis kesayanganku, dengan rambut Dhia pula dibiarkan lepas, sungguh membuatkan aku terpaku melihatnya dalam keadaan seperti itu. Senyumannya dan segala-gala tentangnya pasti akan aku rindukan nanti bila gadis itu mula menjarakkan diri dengan berangkat pergi bersama mamanya mengikuti keluarganya yang mula akan menetap di Kota Paris itu nanti.
Pasti aku akan rindukanmu, sayangku. Hidup dengan baik di sana. Aku di sini akan sentiasa setia menantimu dan terus mencintaimu. Dhia berada di Paris, dan aku menjadi penunggu cintanya di Malaysia. Ya, Allah. Hatiku sentiasa berdoa agar, hubungan kami akan senantiasa selamat. Jagalah hati kami berdua.
Cintaku 25 Dec 2005
Afiqa digulung perasaan resah. Hatinya merontaronta ingin tahu kisah selanjutnya. Kesian Airish. Pada siapakah tempat untuk dia mengadu nanti
Hari ini hari jadi Dhia. Dhia menangis apabila mendapati aku tiba-tiba muncul di hadapan rumahnya. Dhia tak sangka aku sanggup datang ke sini. Demimu, sayang. Lautan merah pun aku sanggup renangi. 2 tahun di Malaysia sudah cukup menyesakkan nafasku. Dan kini, aku akhirnya membuat keputusan untuk menetap di sini menemani Bella. Untung juga Bella ditempatkan di sini. Kita memang ada jodohlah, sayang.
Cintaku 20 Jan 2007
Afiqa terkebil-kebil memandang sebaris tarikh itu. 2007 Bermakna sudah dua tahun mereka berpisah. Dan kalau tak salah, coretan lelaki itu pada halaman pertama merupakan bulan Januari pada tahun yang sama.
Bermakna pasti coretan ceritera cinta antara Airish dan Dhia bermula di Paris. Paris Afiqa kaku.
Seronoknya mereka dapat mengabdikan cinta mereka di Paris. Kota Paris yang sememangnya dikenali dengan kota cinta. Dengan semangat yang berkobar-kobar, helaian seterusnya pantas diselak.
Terasa percaturan Tuhan sangat indah buatku. Meskipun aku hidup dalam kesunyian, namun kehadiran Dhia di sisi sering menjadi pengubat rindu. Jodoh yang terasa jauh semakin terasa dekatnya. Malah, bibit cinta antara kami semakin terasa akan bahangnya. Cintaku, Dhia. Tiada kata-kata pemanis bicara buatmu cuma hanya dengan perilakuku akan membawamu ke dunia cintaku. Kuabadikan memori indah kita berdua untuk tatapan bersama untuk memadam memori cinta luka, untuk selamanya. Hanya kita berdua. Aku dan cintaku.
Airish-Dhia Anna. Tersemat kemas, umpama cinta tersimpul rapi.
Cintaku 4 Feb 2007
Rasa sebak yang menyerbu dalam dadanya ditahan sekuat mungkin. Bait-bait ayatnya sungguh menyentuh nalurinya. Afiqa tersenyum pahit. Barulah dia tahu, betapa romantisnya Airish dalam diam. Mungkin lelaki itu kaku untuk meluahkan oleh itu dizahirkannya sahaja agar ia jelas di mata. Afiqa sempat termenung. Membayangkan jika apa yang ditulis di dalam buku ini adalah antaranya dan Airish. Afiqa tersenyum sendiri. Jika dialah wanita itu, sudah tentu dia akan lebih merasa bangga dan sentiasa lemas dalam kehangatan asmara lelaki itu.
Sudah tentu. Ah, seronoknya Dhia! Helaian seterusnya diselak lagi. Diselak dan terus diselak. Hampa perasaannya kerana tiada lagi coretan seterusnya. Hanya dihiasi dengan gambar-gambar sahaja. Halaman yang menempatkan gambar Airish dan Dhia itu dibelek.
Baru sahaja matanya mahu terhenti pada gambar pertama, matanya sudah terasa mahu membuntang. Wajah Dhia Anna sebijik seperti wajah Dhia model itu. Kenapa wajah mereka sama Afiqa jelas terkejut dengan perkara itu. Terasa tidak percaya dengan apa yang dilihat matanya. Dibelek lagi muka surat seterusnya. Dan seterusnya. Ternyata, matanya tidak menipu. Muka itu sememangnya terpampang jelas seperti Dhia. Tiada bezanya akan wajah mereka.
Dahi Afiqa berkerut-kerut apabila mendapati sesuatu yang aneh terpalit di atas helaian gambar itu. Jika hanya salah satu sahaja gambar itu dia faham, tapi ini hampir semua gambar di sini jelas ada tompokan berwarna putih. Jelas sekali, tompokan itu telah mencacatkan foto itu. Sekali pandang, macam tompokan air mata yang kekeringan di atas foto ini sahaja. Air mata siapa Airishkah
Afiqa terdiam. Jarinya berhenti tepat pada helaian gambar yang terakhir. Di situ, terpalit satu perkataan. Namun, tulisan itu begitu kecil sehingga memaksa mata Afiqa mengecil tiba-tiba. Matanya mula mengecam rapat dari satu patah perkataan sehinggalah kepada satu patah perkataan berikutnya.
Apa yang kau buat tu
Ah! Afiqa kaget.
Kuat jeritannya bergema di segenap ruang di biliknya. Wajahnya pucat tatkala mula tersedar dari khayalannya. Gulp! Terasa kelat air liurnya apabila ditelan. Wajah tenang yang bersandar di muka pintu itu sungguh memeranjatkannya.
Perlahan-lahan, buku nota Airish itu ditolak masuk ke bawah bantalnya. Tubuhnya mengeras di situ. Apa yang perlu dia buat Afiqa kalut.