Nikmatkan hidup ni. Nikmat dunia. Duduk rumah. Makan free. Tu yang penting sebenarnya. Aku student lagi (tangan ke bahu, mata pandang atas). Jadi aku takde sumber kewangan lagi. Jangan tanya aku kenapa aku belum bagi mak bapak aku duit lagi okay.
Setakat ni aktiviti luar rumah aku belum lagi mula. Aktiviti luar rumah tu macam pergi jumpa kawan-kawan, lepak bawah tiang lampu, jalan-jalan kampung naik motor, pergi rewang, solat berjemaah dekat masjid dan sebagainya. Ada pun hari tu je, masa kenduri kahwin Kak Limah. Dapatlah jumpa empat orang kawan lama. Zamir, Arep, Dja dengan Wany. Nak pecah perut. Ketawa memanjang. Benda tak lawak pun boleh ketawa. Lama tak jumpa punya pasal. Dan insyaALLAH khamis ni aktiviti luar aku akan bermula. Memandangkan cuti aku tak sama dengan cuti budak-budak U, aku dapat roger beberapa orang yang ada jela. Saja melepak, buang masa dengan buang duit.
Gembira-gembira pun, aku tetap masih teringatkan CapitalM. Kalau dia ada, mesti kami tengah mesej-mesej sekarang. Tapi sekarang dah tak sama macam dulu. Dia dah takde. Dia dah ada masa depan. Jalan hidup dia dah diaturkan. Aku ni hanya sebagai persinggahan, untuk membetulkan keadaan. Nama pun persinggahan, jadi perjalanan harus diteruskan.
Walau berat macam mana pun, walau sakit macam mana pun, dia kena teruskan perjalanan. Aku Aku masih di sini. Tetap di sini. Sentiasa di sini. Tengoklah nanti kalau ada masa dan rasa, aku geraklah. Tapi buat masa sekarang ni, aku dah selesa dekat sini. Di persinggahan ini.
Aku baca Under 18 Elite. Buku yang aku beli dekat Kinokuniya, kali terakhir aku keluar dengan dia. Aku masih lagi dapat rasa suasana petang tu. Hujan dan suram. Hanya air mata yang menemani kami. Suasana ceria KLCC dan kesesakan orang ramai belum dapat mengganggu suasana suram yang menyelubungi kami. Aku dan dia, dalam dunia kami sendiri.
Aku terfikir. Mana pergi semua rasa cinta, kasih dan sayang aku yang selalu aku ucap pada dia dulu Takkan dengan semudah ini sahaja semuanya berlalu pergi Tak, tak. Rasa cinta, kasih dan sayang ini tak pernah pergi dari dalam hati aku. Dia bukan untuk aku. Jadi aku kena hormati takdir tu. Sampai bila aku nak mengejar dia. Dia dah ada kehidupan sendiri. Aku tak mahu merosakkan hidup dia dengan kedatangan aku nanti. Nombor dia pun aku dah delete dari phone. Takut aku tak dapat menahan diri aku dari untuk mesej atau telefon dia. Soal hati, memang susah nak jangkakan
Masa tidur semalam, aku mimpi. Aku tak tahu nak kategorikan mipi tu sebagai mimpi ngeri atau mimpi apa. Entah. Aku pelik. orang cakap mimpi ni ada dua je. Mimpi mainan syaitan atau ia merupakan petunjuk. Sampai sekarang aku teringat lagi mimpi tu.
Dalam mimpi tu, suasa petang. Mendung. Sejuk sebab lepas hujan tapi langit masih gelap. Suasana suram. Aku lihat jalan besar depan kampung aku sesak di kedua-dua arah. Aku fikirkan mungkin ada roadblock. Tapi takkan dua-dua arah sesak Kalau roadblock biasanya satu arah je. Tapi aku tenang. Aku tak kisah pun. Sampailah persekitaran berubah.
Aku berada dekat rumah. Ada dua jenazah yang sedang dibacakan Yassin. Jenazah lelaki dan perempuan. Sepasang. Masing-masing lengkap berpakaian pengantin. Warna putih. Aku rasa ni mungkin sebab kemalangan sebab dekat baju pengantin tu ada darah. Jenazah pengantin lelaki dalam keadaan tersenyum. Jenazah pengantin perempuan aku tak berapa ingat. Aku agak, inilah mungkin penyebab jalan sesak tadi.
Suasana berubah lagi. Aku dekat kawasan kubur. Kedua-dua jenazah dah dikebumikan. Suasana suram menyelubungi kawasan sekitar. Keadaan suram, sejuk dan berkabus. Aku teringat balik muka jenazah pengantin lelaki tadi. Tersenyum. Aku dibayangkan dengan dua situasi. Situasi jenazah sebelum dikebumikan dengan darah dan keadaan suram, dengan satu lagi situasi di mana jenazah tersebut dalam satu kawasan yang serba putih. Kedua-dua situasi ini berganti-ganti.
Apa yang aku ingat, kedua-dua pengantin tadi hidup dalam keadaan gembira. Masing-masing tersenyum sambil memandang ke arah aku. Seperti tiada apa yang berlaku. Dan mereka kelihatan sangat bahagia, berbeza dengan keadaan ketika mereka belum dikebumikan tadi. Persekitaran tu berganti-ganti sampailah aku tersedar. Aku mengucap panjang. Aku beristighfar
Aku cari handset. Aku tengok jam. Pukul 6.20. Dah pagi rupanya. Takut Semestinya aku takut. Terkejut. Aku tak tahu apa maksudnya mimpi tu. Aku dengar bunyi bising dekat dapur. Mak aku tengah sibuk siapkan sarapan untuk Abah aku bawak pergi kerja. Abah aku pulak tengah siap-siap nak pergi kerja. Aku wudhu. Aku solat Subuh. Lepas tu, aku baring semula. Aku fikir tentang mimpi tadi. Apa maknanya Aku tertanya-tanya, Kalau seseorang itu mati dalam perjalanannya untuk melangsungkan perkahwinan, adakah ia dikira mati syahid
Aku tak sedap hati. Aku fikir dan fikir dan fikir dan terus berfikir. Sampai aku terlelap. Aku bangun pukul 11.00. Nasi baik aku tak mimpi benda yang sama.