ke arah Syarikat. Balik dari makan tengah hari. Lunch pun dekat cafe berdekatan je. Daripada naik kereta baik jalan kaki. Selain dapat melenturkan lemak-lemak, minyak kereta pun jimat.
Pelik apanya
Pelik la. Kau tu isteri big bos, tapi aku tengok kau orang tak mesra pun. Lagi satu, aku tengok kau sporting habis. Suami keluar dengan perempuan lain pun kau boleh buat derk je.
Hani tersenyum kecil padahal dalam hati nak je dia cepuk Liana. Dah la dia panas bila adik tiri Riana tu datang menyendeng dekat Ryan, sekarang Liana pula ingatkan dia pasal tu.
Tak kan kami nak tunjuk kemesraan depan kau kut. Kemesraan tu rahsia aku dengan Ryan je tahu. Kau tu jangan sibuk. Ala... aku kenal la perempuan tu. Dah Ryan nak keluar dengan dia, tak kan aku nak rantai kaki suami aku pula.
Liana pelik. Memang Hani dari dulu pelik jadi tak perlu dia tengok aneh pada kawannya itu. Tapi, betul la! Hani sporting gila! Kalau perempuan lain, mahu makan kuali gadis yang keluar dengan suami dia orang.
Tapi, kau tak takut ke Perempuan tu cantik kut. Suami kau tu dah la kacak. Nanti kena curi, menyesal tak habis. provok Liana.
Hani telan air liur. Kena curi Dia ada hak ke nak tahan Ryan dari dicuri Sekarang Liana baru nampak Ryan dengan perempuan lain. Kalau nanti Liana tahu mereka akan bercerai, agaknya pengsan tak kawan dia tu
Aku percaya dia. Kalau dia sayang aku, dia akan setia. Kalau dia ada hati dengan orang lain, aku nak buat macam mana. Dah nasib.
Serius kau Hello, sebelum berserah pada takdir, fight la dulu.
Fight Kalau fight aku menang, tapi hati laki aku dekat orang lain buat apa Merana hidup wei.
Saat ni memang dia rasa dia dah kalah. Memang dia akan kalah sebab Ryan bukan miliknya. Dia je yang sibuk nak bagi hati pada Ryan, tapi lelaki tu tak ada rasa nak sambut pun. Sedih!
Aku tak faham la dengan kau ni. Cakap macam makan kacang. Senang sangat.
Dah boleh senangkan, nak susahkan buat apa. balas Hani dengan suara mengejek.
Panas pula Liana jadinya. Dia bagi nasihat, tapi minah ni ambil senang. Nanti apa yang dia cakap jadi kenyataan, baru tahu! Liana mendengus lembut sebelum meliarkan matanya. Saat matanya terarah pada satu arah, kakinya berhenti melangkah.
Kenapa pula ni Kau berhenti kenapa Ada pak we hensem ke Hani panjangkan tengkuknya.
Liana kalau dia berhenti saat berjalan, satu je.... dia ternampak lelaki kacak la tu. Bukan dia tak tahu betapa obsesnya Liana pada lelaki kacak. Tapi, bila ditanya ciri calon suami, dia tak nak pula yang kacak. Alasannya tangan dia ada dua, jadi mana cukup nak kepung suami kacak dari dingorat perempuan lain.
Hani, kereta kau...
Kereta aku Hani berkalih memandang keretanya yang dipakir tidak jauh. Sejenak, matanya membesar.
Aku rasa ada orang dah pedajal kau.
Liana berpusing ke tepi, tapi hilang! Hani dah hilang dan kaki perempuan tu dah lari ke kereta Myvi miliknya. Lajunya! Liana mengejar dari belakang.
Hanya suara desahan geram kedengaran keluar dari mulut Hani saat kakinya melekat di depan keretanya. Wajah perempuan tu terkejut habis. Macam nak hempuk orang pun ada. Dah la kereta tu baru seminggu dibeli Hani. Memang cari pasal betul pelakunya ni.
Aku rasa ni mesti perempuan punya kerja. Cantik gincu. Membazir je. jari Liana mencalit gincu yang sudah mencemar baby putih Hani.
Bukan dia tak tahu betapa sayangnya Hani pada baby putih dia tu.
Hani genggam tangan. Sumpah, dia tak mampu bercakap melihat keadaan keretanya. Satu body Myvi dah comot dengan lukisan hodoh! Sakit hati dia tengok bermacam-macam mimik wajah terlukis dengan gincu di dinding keretanya. Ada muka senyum. Ada muka marah. Ada muka sedih. Ada muka jahat. Pendek kata, lengkap semua emotions.
Siapa Lelaki Sepuluh Juta, Hani
Hani pandang Liana yang terbongkokbongkok di sebelah kiri. Laju dia mendapatkan Liana. Jari Liana terhala pada satu arah dan saat itu Hani tahan rasa.
Yang ikhlas dari Lelaki Sepuluh Juta. Liana membaca perkataan yang tertera di pintu pemandu.
Lelaki Sepuluh Juta tu siapa sekali lagi Liana menyoal.
Gatal betul tangannya saat ni. Rasa nak cekikcekik lelaki yang mendajalkan keretanya. Siapa lagi kalau bukan Ryan. Sepuluh juta konon! Aku tampar berjuta-juta baru tahu!
Wei, kau balik dulu. Aku ada hal nak selesaikan. ucap Hani kelam-kabut sebelum berlari ke arah syarikat.
Liana tergamam. Melihat Hani dah mula berlari dia ikut berlari. Tak mahu la kena tinggal seorang diri. Tapi, siapa Lelaki Sepuluh Juta Bukan main merah muka Hani. Siapa pun Lelaki Sepuluh Juta tu, dia harap lelaki tu selamat.
Dengan muka bengang kawannya, rasanya memang Hani dah naik minyak.
THani palingkan muka dengan rasa IK-tok-tik-tok-tik-tok
geram. Sakitnya hati tengok Ryan saat ini. Memang dia datang bilik Ryan, tak ketuk terus masuk macam singa lapar. Ryan pula macam tengah tunggu dia. Elok je bersandar di meja sendiri sambil melihat jam. Mulut pula tak habishabis tik-tok-tik-tok!
Cepat juga kau datang kan. Boleh tahan kepantasan kau. puji Ryan penuh dengan ejekan.
Tak payah nak puji sangat. Jadi maknanya awak tahu yang saya akan datang sini
Mestilah! Tak kan kau tak nak jumpa pelaku yang dah cantikkan kereta kau Macam mana Cantik tak lukisan aku. Rare kan macam tak ada perasaan, Ryan mengaku.
Mula la Hani sakit kepala. Ini yang paling dia suka pada Ryan. Jujur! Tapi, ini juga yang buat dia meluat pada Ryan. Cara cakap tu boleh buat hati orang berdarah-darah!
Apa motif awak conteng kereta saya hah Awak tahu tak lukisan awak tu paling buruk yang saya pernah tengok. Saya tak kira, awak pergi bersihkan kereta saya balik!
Kau suruh bos besar macam aku cuci kereta kau Kau ingat aku ni hilang akal ke
Dah pandai conteng, pandai la cuci!
Tak akan.
Awak ni kenapa hah Awak nak apa sebenarnya Nak cari gaduh Kalau nak cari gaduh, pergi cari yang setanding dengan awak! Awak tahu tak perangai awak tu macam budakbudak tak cukup umur! hambur Hani tanpa berselindung.
Ambil kau Ryan!
Fikirnya, Ryan akan naik angin, tapi elok pula lelaki tu senyum. Senyum mengejek pula tu.
Kalau aku budak-budak kau tu apa Orang dewasa yang cakap, tapi tak pakai otak Cik Hani, kalau namanya budak-budak, memang la tak cukup umur.
Patutlah mamat tu gelak. Loyar buruk kau!
Sekarang ni saya tak nak bahas pasal budak ke, orang dewasa ke, datuk atau nenek. Saya tak nak! Sekarang ni saya nak tahu satu benda je. Awak nak cuci kereta saya tu balik atau tak tekan dalam nada Hani. Suara tekad sebab di kepala otak dia dah terlintas satu benda. Nak mengajar Ryan!
Tak nak, tak nak dan tak nak. berulang kali Ryan menggeleng. Betul la! Mamat ni kena sampuk dengan hantu budak tak cukup umur.
Kalau macam tu, okey. Saya keluar dulu. tenang ucapan Hani dengan satu senyuman penuh makna tersirat. Tahu la kau lepas ni Ryan!
Melihat Hani yang berjalan ingin keluar dengan tenang, Ryan jadi gelisah. Tadi bukan main-marah, alih-alih keluar siap senyum lagi.
Kau..kau nak pergi mana tu tergagap sikit Ryan bila menangkap aura nakal pada wajah Hani.
Hani pulas tombol pintu dan melangkah keluar. Satu tapak di luar, dia berpaling menghadap Ryan yang masih berdiri di tepi bucu meja.
Pay back!!!
HANI pandang kereta BMW keluaran terkini milik Ryan. Bibirnya ditarik ketepi dengan senyuman jahat. Tangannya yang memegang gincu dipandang bersilih-ganti dengan badan kereta Ryan.
Kau fikir kau saja boleh turunkan bakat lukisan Ni, Hani pun boleh la. Lagi cantik lukisan aku. ujar Hani sendiri.
Dengan muka teruja, dia mendekati kereta Ryan. Gatal je tangannya nak menconteng kereta Ryan. Biar mamat tu histeria!
Tapi, aku nak lukis apa hah otaknya ligat berfikir. Hah! Aku tahu. Mamat tu suka duit kan, agaknya mesti dia suka bila dinding-dinding kereta dia ni penh dengan gambar duit.
Perlahan-lahan tangannya didekatkan pada badan kereta Ryan. Ada rasa gerun. Maklumlah kereta mahal. Tapi, teringatkan baby putih dia yang didurjanakan oleh Ryan tanpa simpati, dia tekad. Hanya seinci lagi hujung gincu bertemu dengan kereta kelabu itu, tangannya terasa direntap.
Dont you dare!
Terpelanting gincu ke lantai dan tanggannya terkilas ke belakang. Serentak dengan itu, jeritan Hani bergema.
Berani kau nak conteng kereta aku. Kau dah hilang akal ke apa Kau fikir kereta aku murah macam kereta kau suara Ryan membelah suasana.
Hani mengetap bibir. Misi gagal! Terasa dada Ryan melekat di belakangnya dengan tangan masih terkilas. Sakit kut! Pantas dia meronta.
Lepas...lepas...lepas!
Aku tak nak.
Saya menjerit!
Tangan Hani dilepaskan. Hani berpusing dan tersungging senyuman meluatnya.
Tahu takut saya menjerit. Huh!
Aku bukan takut dengar kau menjerit. Tolong sikit! Aku cuma takut jeritan kau yang bingit tu bangkitkan mana-mana raksasa yang tengah tidur. Kau tahu tak, suara kau tu dah sama taraf dengan isteri gergasi. selamba Ryan mengata sampai muka Hani berkeriuk menahan geram.
Dah la kereta kena conteng, suara pula disamakan dengan isteri gergasi. Tak boleh jadi ni!
Lebih baik jadi isteri gergasi daripada topeng puaka! sindir Hani.
Giliran muka Ryan berkeriuk. Suka hati je minah ni tukar Topeng Raksasa jadi topeng puaka. Boleh samakan muka dia dengan puaka, Terlebih kacak dia tahu la!
Mulut kau ni tak pernah berubah. Bising macam wisel! Aku rasa macam nak...
Nak apa Nak sumbat cili Nak ganyang Buatlah. Tengok dahi saya, ada tertera perkataan takut ke Daripada melayan awak ni, lagi baik saya melukis. Ada faedahnya.
Hani pantas tunduk, ingin mengutip gincunya balik, tapi kaki Ryan selamat menjahanamkan gincu miliknya. Bengkek mukanya tengok barangnya di kaki Ryan. Muka diangkat dan tajam matanya bersabung dengan anak mata itu.
Jangan harap kau nak buat apa yang kau tengah fikirkan tu dekat kereta aku. Buka mata tu sikit. Banding kereta aku dengan kereta kau tu. Setakat kereta cokia macam kau tu, sepuluh aku boleh beli la. Lagipun kereta kau tu, entah kau beli baru atau secondhand.
Okey! Sekarang Hani rasa dia pula teringin nak pakai topeng puaka biar hidup Ryan diselubungi puaka. Kereta aku tu tempatan tau. Sekurangkurangnya aku sokong kereta buatan Malaysia! Lagipun, buat apa nak beli kereta besar-besar macam tu. Macam la kereta tu boleh terbang!
Cakap molek sikit. Kereta baru okey! Tak kisah la murah atau mahal, bagi saya kereta tu berharga buat saya. Saya beli dengan titik peluh saya. Beli kereta hasil dari penat lelah saya. Lainlah awak tu, lahir-lahir dah mewah. Habis belajar tak payah nak cari kerja. Terus dapat jawatan besar. Memang la awak tak hairan setakat kereta yang saya guna tu. Tapi, kereta tu mahal bagi saya walaupun murah bagi awak. Jadi awak tak ada hak nak kacau kereta saya!
Macam peluru berpandu, amarah yang Hani lontarkan. Pantang betul kalau orang hina kereta dia. Jangan tak tahu, dia siap menangis lagi masa dapat kereta tu. Rasa bersyukur habis.
Ryan terkaku sekejap. Percayalah, ini pertama kali dia tergamam dengar orang bercakap. Bercakap ke Lebih tepat marah. Tapi, macam tengah meluah perasaan pun ada.
Okey... Kalau ya pun tak payah nak marahmarah. Suara Ryan seakan meminta Hani bertenang, tapi agak-agaknya, tenang ke minah mulut wisel tu
Macam mana tak marah. Saya tak kira! Tepi kaki awak tu. Saya nak conteng kereta awak yang konon mahal tu. Tepi! Hani bertinggung dan tangannya galak memukul betis Ryan.
Minah ni buat hal pula! Ryan mengeluh, tapi kakinya langsung tak diinjak. Pukul la sampai lembam pun, jangan harap nak kotorkan kereta aku!
Bangun lah. gesa Ryan. Ni kalau staf nampak, kecoh!
Hani buat tak dengar. Semakin galak dia memukul betis Ryan. Ryan yang tertunduk memandang kepala Hani, mula sakit hati. Tak dengar cakap betul la dia ni! Dah la tumbuk kaki aku ni macam tengah tumbuk batang kayu. Dia ingat aku ni kebal
Dengan satu dengusan, laju Ryan mencangkung. Terhenti tangan Hani dengan tindakan drastik Ryan.
Kenapa berhenti Tak nak lepaskan geram dekat kaki aku dah Sekarang ni aku ada depan muka kau. Kau nak tampar apa Muka, dada, lengan, kepala Silakan. mencerlun biji mata Ryan.
Dia melihat Hani seakan menelan air liur. Diam pun mulut bising ni. Bagi Hani pula, dia terkaku sebab panahan mata arjuna yang cukup tajam. Cara cakap pun macam samseng. Ryan tepuk setiap anggota badan yang dia cakap tu macam semseng. Memang wajib la dia takut.
Hani tertunduk tanpa suara. Kecil hatinya dengan tindakan Ryan. Tahu la dia bukan siapasiapa pada lelaki tu, tapi jangan la layan dia macam dia tu kuman! Ryan pula, ikut mendiamkan diri. Wajah Hani yang tertunduk hingga hanya menampakkan dahi itu untuk dipandang. Ada rasa kasih mula bersemi. Orang cakap cium dahi tanda kasih dan sekarang hatinya meronta-ronta untuk mengucup dahi itu. Dia sudah terlanjur mengasihi gadis itu.
Ryan
Dua kepala yang bertentangan tadi, samasama berpusing. Ryan dan Hani bangun serentak dengan muka terkejut.
Nisa... terlontar nama itu dari bibir Ryan.
Perempuan ni lagi getus hati Hani tak senang.