KAMU SANG PENCULIK - 27
Akita. Belum sempat kita jumpa dia. Belum KAK tak sangka Nek Timah dah tinggalkan

sempat akak ucapkan terima kasih untuk kasih sayang dia. Belum sempat akak nak cakap yang akak sayang sangat dan rindukan dia. Belum sempat akak minta maaf untuk salah silap akak pada dia. Aku terus meluahkannya saat tiba di tasik. Air mata kembali meniti di bibir. Sungguh, aku ingin meluahkan segala rasa di hati ini pada Niel. Bagiku sekarang dialah yang paling memahami.

Pulang sahaja dari rumah Mak Leha tadi, aku terus ajak Niel ke sini. Tasik yang sama untuk piknik kami beberapa minggu lepas.

Jangan nangis macam ni. Saya tahu awak betulbetul terkejut dan sedih. Saya pun sama. Tapi, kita tetap kena reda dengan ketentuan Allah. Setiap yang hidup pasti akan mati. Sekarang kita kena banyak sedekahkan Al-Fatihah dan doa untuk arwah. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Cukup lembut dan menenangkan sekali nasihat Niel.

Aku angguk tanpa memandang wajahnya.

Beberapa titik permata jernih gugur ke pipi. Terus aku seka dengan belakang tangan.

Bunga teratai di dalam tasik aku tenung seketika. Keindahannya tidak mampu mengubat kedukaan yang baru bertandang ini. Kami mula diam membisu. Masing-masing memberi ruang. Keriuhan di jeti dan restoran berhampiran bagai langsung tidak terkesan untuk kami. Lama kami begini. Berdiri menghadap tasik dengan tangan diletakkan pada palang.

Niel. Akhirnya aku mengalah. Perlahan-lahan aku menoleh ke arahnya. Mata kami bertemu, namun tidak sampai sesaat aku tertunduk kalah. Terima kasih sebab kenalkan akak dengan Nek Timah. Walau sekejap sangat tempoh perkenalan ni, tapi kehadiran Nek Timah betul-betul bermakna dalam hidup akak, luahku dengan wajah masih tunduk.

Sama-sama. Semua ni dah ditakdirkan. Pertemuan kita dengan Nek Timah adalah satu anugerah yang terlalu indah. Saya bersyukur sangat dapat kenal Nek Timah. Dia layan saya persis seorang nenek melayan cucu. Terima saya seadanya dan jadi tempat saya luahkan perasaan bila saya ada masalah. Kehilangan Nek Timah sangat besar untuk saya. Tak dapat nak dicari ganti. Giliran Niel pula meluahkan rasa dan sungguh ia bagai menyentap jantungku.

Automatik timbul rasa sayu kepada Niel. Dia jauh lebih rapat dengan Nek Timah berbanding aku. Tapi, dia keliahtan matang memujuk. Di rumah Mak Leha tadi pun dia yang kerapkali menenangkan aku yang menangis teruk.

Niel Sekali lagi namanya kupanggil. Walau wajahnya tidak kulihat, tapi aku yakin dia sedang merenungku. Akak tahu Niel tabah untuk hadapi dugaan ni. Niel kena kuat. Walau jasad Nek Timah dah tak ada dengan kita, tapi kasih-sayangnya akan sentiasa utuh di hati kita. Setiap nasihat, teguran, gurauannya akan jadi kenangan yang akan tersemat kukuh hingga akhir nyawa kita, Insya-Allah. Aku berusaha memujuk Niel, walau hakikatnya air mataku yang sedang berjuraian.

Insya-Allah. Pendek balasan Niel. Sehelai sapu tangan putih berjalur merah muncul di bawah mukaku. Perlahan-lahan aku ambil dan lap ke pipi.

Aliya Terasa menjalar terus ke jantung saat Niel lembut memanggil. Satu perasaan yang terlalu halus mula menjengah jiwaku. Gagal untuk aku tafsirkan. Perlahan-lahan aku mendongak dan terus wajah Niel menyapa pandangan. Aku cuba mencari maksud di sebalik panggilannya tadi.

Azan zuhur jelas kedengaran dari masjid berhampiran. Aku dan Niel masing-masing tamatkan perang mata kami. Usai azan, masing-masing menadah tangan untuk membaca doa selepas Azan.

Kita balik dulu ya Niel runtuhkan tembok bisu antara kami.

Aku hanya mengangguk perlahan. Langkahku terasa lemah. Kereta kami diparkir kira-kira 200 meter dari tasik. Niel biarkan aku berjalan di hadapan dan dia setia mengikut dari belakang. Sampai ke Iriz dan Ferrari, kami sama-sama menoleh. Hanya mata yang berbicara, mulut diam terkunci. Aku memandu Iriz terlebih dahulu meninggalkan kawasan parkir.

Mataku kerap kali mencuri pandang Ferrari Niel melalui cermin pandang belakang. Apabila kami melalui jalan berhadapan masjid, aku nampak Ferrari Niel masuk ke perkarangan masjid. Dalam hatiku mengucapkan syukur. Tersenyum aku dalam masih berteman tangisan.

Fikiranku kembali teringatkan keadaan di rumah Mak Leha tadi.

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN. Niel terus mengucapkannya saat berita pemergian

Nek Timah disampaikan.

Aku pula hanya mampu menggeleng sambil menutup mulut. Mata sudah terasa basah dengan air mata. Nek Ti mah sebutku dengan tersekat-sekat.

Sha dengan Niel kena terima dengan reda pemergian Mak Timah. Ini semua dah tertulis. Arwah tahu kamu berdua sayangkan dia. Arwah pun sangat sayangkan kamu berdua. Hingga ke hujung nyawanya pun masih ada nama kamu berdua meniti di bibirnya, luah Mak Leha dan aku benar-benar pilu.

Ya Allah Nek Timah Sha dengan Niel salah pada nek. Maafkan kami Mak Leha. Kami langsung tak sempat jumpa dengan Nek Timah, sambungku diselangi dengan esakan yang mula kedengaran.

Aliya, ini salah saya. Saya yang tak jenguk Nek Timah di gerai. Jangan salahkan diri awak. Niel kembali bersuara dalam nada memujuk.

Aku pandang dia seketika. Nampak matanya yang berair walau tiada setitik yang tumpah ke pipi.

Mak Leha, apa sebenarnya yang berlaku Niel menyambung. Suaranya kedengaran sedikit bergetar.

Seminggu yang lepas Mak Timah pengsan dekat depan rumah. Kami bawa ke hospital dan doktor sahkan ada jangkitan kuman dalam darahnya. Tiga hari Nek Timah di hospital sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Mak Leha cuba telefon Niel melalui nombor yang ada dalam telefon arwah. Tapi, tak dapat. Penjelasan Mak Leha makin menghimpit rasa bersalah kami.

Aku lihat Niel tertunduk sambil memegang dahi. Pasti dia sangat kesal dengan apa yang berlaku.

Masa di hospital, arwah sempat minta Mak Leha tuliskan surat untuk kamu berdua. Arwah cakap dan Mak Leha catitkan. Dia minta Mak Leha bagi pada kamu berdua, sambung Mak Leha sebelum bangun dari sofa. Dia kembali bersama dua pucuk surat di tangan. Dihulurkan pada kami satu sorang.

Nanti dah sampai rumah, kamu berdua bacalah. Permintaan Mak Leha kami balas dengan anggukkan.

Sepanjang pertemuan kami itu juga Mak Leha ada maklumkan beberapa pesanan arwah Nek Timah yang lain. Baju-baju miliknya dan arwah suami yang masih elok diminta untuk disedekahkan pada golongan gelandangan. Manakala mana-mana perabot yang masih elok disedekahkan pada rumah-rumah anak yatim berhampiran. Aku dan Niel berjanji akan sama-sama menolong Mak Leha dalam melaksanakan amanah yang telah dititipkan arwah.

Namun, ada hadiah yang ditinggalkan untuk kami berdua. Sepasang baju kurung biru dan baju Melayu biru. Walau usianya sudah lama namun masih cantik dan elok. Akan kusimpan baik-baik pemberian terakhir Nek Timah itu.

K

AKIKU laju melangkah ke dalam restoran makanan Jawa ini. Jika dihitung, aku sebenarnya sudah lewat 10 minit dari masa yang dijanjikan. Tidak perlu jenuh mencari kerana mataku terus menangkap seseorang yang sedang menantiku. Walau dia duduk membelakangkan aku, namun aku yakin itu dia.

Assalamualaikum. Salam terus kuberi berserta senyuman manis.

Waalaikumussalam. Inayah menjawab lantas terus bangun. Senyuman yang lebih manis darinya untukku.

Maaf akak lambat. Tadi tertinggal purse, terpaksa patah balik ambil. Jujur aku memberitahu.

Inayah tergelak kecil lantas menyalamiku. Usai duduk kami terus memesan makanan. Aku ikut pesanan Inayah sahaja kerana ini kali pertama aku ke sini. Pasti yang dipesan Inayah adalah yang terbaik.

Ayam penyet bakar yang dipilih benar-benar kena dengan seleraku. Sambil makan kami turut rancak berbual. Kata Inayah, Mak Cik Ruqayyah tidak dapat hadir kerana ada usrah di masjid.

Akak, Inayah sebenarnya nak minta maaf dengan akak, luah Inayah tiba-tiba usai kami makan.

Eh, kenapa pula nak minta maaf dengan akak Inayah tak buat salah apa-apa pun. Aku tergelak kecil sambil menggeleng. Minda sudah ligat bertanda tanya.

Ada seseorang nak jumpa akak melalui Inayah. Maafkan Inayah sebab berselindung dengan akak. Tanganku dicapai Inayah sebelum renungan matanya dilarikan sedikit ke arah kanan restoran.

Aku turut menoleh dan mataku terus membulat.