Antara keropok yang popular adalah:
Mamee
Sejenis keropok berbentuk seperti mee yang masih keras.
Boleh dimakan dengan mematahkan sedikit demi sedikit atau menghancurkan kesemuanya. Turut terdapat pilihan serbuk untuk rasa asli, ayam ataupun BBQ.
Mempunyai maskot raksasa berwarna biru yang bersuara garau.
Mempunyai hadiah di dalamnya seperti sticker ataupun kad.
Dijual pada harga 20 sen.
Twisties
Sejenis keropok berbentuk memanjang beralun berwarna kuning.
Didatangkan dalam perasa seperti Ayam (Hijau), Keju (Merah), Tomato (Ungu) dan Kari BBQ (Coklat). Dijual pada harga 20 sen untuk pek kecil dan 30 sen untuk pek panjang
Keropok durian
Sejenis keropok berbentuk kelongsong dan berwarna kuning. Hanya terdapat dalam perasa durian, apatah lagi namanya pun keropok durian.
Mempunyai rasa durian yang real serta bau yang kuat. Dipek di dalam pek pembungkus berwarna oren dan kuning dengan gambar durian dan jagung (!).
Satu-satunya keropok yang diisi penuh-penuh di dalam pek bungkusannya.
Super Ring
Sejenis keropok berbentuk cincin dan berwarna merah kejinggaan.
Dibuat dalama perisa keju sahaja.
Mempunyai perwarna yang kuat hingga meninggalkan warna merah kepada jari dan celahan gigi apabila dimakan yang sukar ditanggalkan.
Menggunakan maskot seorang angkasawan yang berupaya menukarkan meteor-meteor menjadi keropok.
Keropok ini selalu disarungkan ke kelima-lima jari sebelum dimakan.
Dijual pada harga 20 sen.
Maruku ikan Popo
Sejenis maruku tradisional dengan pek pembungkus bercorak minimal dengan gambar seorang bayi sedang merangkak dan warna latar putih dan kosong.
Ejaan dalam tulisan jawi pada pek pembungkus menambahkan lagi elemen klasik pada keropok
Mempunyai rasa maruku tradisional seperti yang dibuat ketika menyambut perayaan.
Sejenis keropok berbentuk memanjang berperisa ayam keju dan dibungkus di dalam pembungkus berwarna hijau.
Mempunyai gambar seekor ayam sedang bermain gitar. Bertanggungjawab menerbitkan terma cikedis yang digelarkan kepada kesemua jenis keropok.
Mimi
Sejenis keropok berbentuk memanjang kecil dan berwarna coklat kejinggaan.
Dipek dalam pek pembungkus berwarna jingga. Terdapat gambar seekor kucing sedang bermain gitar pada pek pembungkus.
Bukan keropok berperisa kucing.