Hafez sedang mengira-ngira jumlah sale. Dia menyelak naskah surat khabar satu-persatu. Tangannya lincah mencatat jumlah kos dan hasil untung untuk hari tersebut. Pelik betul. Tadi aku rasa surat khabar ni ada lebih. Ni tak cukup pula. Kena songlap ke
Siti tercegat di luar kedai. Dia masih lagi sibuk menyapu daun kering dan beberapa bungkusan gula-gula. Semua sampah dikumpulkan setempat. Dia mengambil penyodok yang disandarkan pada pintu kedai.
Kenapa leher aku ni tiba-tiba rasa panas semacam Sesekali Hafez cuba mengintai Siti dari kaunter. Dia perlu memastikan Siti sentiasa berada dalam keadaan selamat. Hafez memanjangkan lehernya mencari kelibat Siti. Mulutnya bising memanggil nama perempuan itu namun tidak bersahut. Matanya memerhatikan beberapa botol kaca yang berselerak. Pak Hafez. Hafez berpaling. Siti keluar dari dalam kedai perlahan-lahan.
Kamu pergi mana tadi Aku panggil tak berjawab. Siti pergi seberang jalan tadi. Ada kucing kena langgar. Siti kutip bangkai tu pergi tanam dekat seberang sana. Kenapa Pak Hafez panggil Siti
Mari kita sembang kat dalam.
Mereka beriringan masuk ke dalam kedai. Pintu kedai dikunci daripada dalam.
Pak Hafez bukan tak bagi kamu ke mana-mana. Tapi, sekarang ni keadaan tak selamat. Aku risaukan kamu. Majid pun dah tak ada. Nasib baik la Mak Fetty dengan Mak Mary sudi masih ada. Tadi Mak Mary ada kerja luar dari Les Chateau. Pak Hafez rasa ada eloknya kamu dengan Mak Fetty pindah masuk rumah Pak Hafez sementara tunggu Mak Mary balik. Kita berkumpul satu tempat. Siti ketawa kecil. Dahi Hafez berkerut memandang Siti.
Kenapa kamu gelak Aku serius ni.
Stok air tin kat belakang banyak lagi
Aku rasa ada dua karton lagi. Kamu jangan tukar topik. Kalau tak silap, esok roti manis yang kat depan tu expired kan
Aah. Siti, aku tengah cakap pasal..
Pak Hafez dah call supplyer minta tambahkan stok makanan frozen French fries dah nak habis. Nugget ada lagi rasanya.
Bang!
Siti! Aku tengah bercakap dengan kamu ni! Siti terdiam apabila mendengar hentakan meja dari Hafez. Dia tersenyum. Air matanya tumpah. Hafez yang menyedari akan perkara tersebut menjadi serba salah.
Maafkan aku. Aku tak berniat nak buat kamu takut. Siti merapati meja counter.
Siti sentiasa takut. Tak pernah satu saat pun dalam hidup Siti yang Siti tak rasa takut. Sejak mak dah tak ada, macam-macam Siti fikir. Boleh ke Siti hidup sendiri
Mesti la boleh, Siti. Kamu kan anak kepada..
Ya, Siti tahu. Tapi, Siti takut sebab Siti keturunan mak. Macam mana kalau lepas ni pembunuh tu cuba bunuh orang lain Siapa yang dia nak bunuh Pak Hafez Mak Dynah Mak Fetty Pak Yop Iman Satu-persatu nama penduduk Les Chateau meniti di bibirnya.
Kehidupan kita sekarang ni dah tak aman. Ada orang yang cuba nak kucar-kacirkan keadaan. Apa salah dari jenis kita dah buat
Jenis dari kami, bukan dari kamu. Kamu manusia.
Manusia Dari segi apa
Sudah la. Kamu jangan ikutkan sangat emosi tu. Apa yang penting aku dengan yang lain-lain sentiasa ada dengan kamu. Kami dah jadi keluarga kamu walaupun darjat kita berbeza. Les Chateau ni semua perancangan mak kamu. Kita semua bersatu disebabkan dia. Dia juga yang mengajar kami serba sedikit tentang manusia.
Belajar untuk jadi lebih baik, ujar Hafez.
Terima kasih, Pak Hafez. Siti pergi belakang kejap. Nak buang sampah.
Siti masuk ke dalam bilik pantry. Dia menjinjit dua plastik hitam bersaiz sederhana.
Tunggu, Pak Hafez ikut kamu.
Tak payah la. Siti pergi sekejap je. Pak Hafez kira sales
untuk hari ni.
Hafez akur. Dia menuju ke kaunter. Tangannya sempat mencapai bungkusan roti manis.
Cepat sangat expired roti ni. Rasanya kena complain kat supplier. Nasib baik la Siti tolong cek. Kalau nak harapkan aku, memang tak..
Aduh!
Hafez berlari keluar. Pintu kaca dirempuh sekuat hati. Hafez terus melompat ke atas bumbung kedai dan mendarat di bahagian belakang berdekatan dengan tong sampah. Bajunya koyak dan kulitnya luka disebabkan rempuhan tersebut. Namun, Hafez seolah-olah tidak mempedulikan hal tersebut. Warna matanya bertukar sebaik sahaja gigi taringnya keluar. Sementara itu, Siti bersandar pada dinding pembahagi blok. Tangannya diletakkan di bahu kiri yang dibasahi darah. Hafez menyedari ada pisau terbenam di bahu perempuan itu.
Pak Hafez, belakang!
Hafez berpaling. Seeekor singa betina bersedia untuk menerkamnya. Mulut singa itu terbuka luas seolah-olah bersedia untuk menelan Hafez hidup-hidup. Sesekali ia mengaum garang.
Siti, kamu boleh bangun tak
Boleh. Luka sikit je ni.
Bagus. Kamu ada bawa cermin tak Seru Mak Mary kamu sekarang!
Baik, balas Siti. Tangannya diselukkan ke dalam poket seluar.
Pak Hafez, cermin dah hancur. Tak ada sikit pun yang selamat. Siti menjadi semakin cemas.
Apa aku nak buat ni Macam mana nak panggil Mary
kalau..
Otak Hafez ligat berfikir cara untuk menyeru Mary.
Dia hampir terlupa akan kewujudan singa betina tersebut. Tibatiba, binatang itu mara dan menerkan Hafez. Namun, dia sempat menahan terkaman tersebut menggunakan tangannya. Wajahnya dibasahi air liur singa tersebut.
Celaka punya singa!
Hafez melempar singa tersebut ke dinding blok menggunakan segala tenaga yang ada. Singa itu bangun dan mula melompat ke arah Siti.
Siti menjerit kuat. Dia menutup wajahnya menggunakan telapak tangan. Satu cahaya kehijauan muncul dari situ. Sebaik sahaja melihat cahaya tersebut, singa itu berundur. Dia melangkah ke belakang. Hafez segera menghampiri Siti. Dia menghidu pisau kecil di bahu Siti.
Nasib baik pisau biasa. Jom Siti. Kita balik. Hafez membantu Siti bangun.
Singa tu dah hilang.
Hafez memejamkan matanya. Dia menarik nafas dalamdalam.
Dia masih ada kat sini. Aku boleh bau badan dia. Dia bukan singa biasa. Dia tu siluman.
Macam Mak Fetty
Mak Fetty kamu lain. Singa tadi bahaya. Bau dia pun pelik sikit. Kamu boleh berlawan lagi ke
Siti cuba.
Aku nak kamu bersiap sedia sebab.. Pap! Pap! Pap!
Bunyi tepukan datang daripada seseorang yang menghampiri mereka. Hafez tidak dapat mengecam pemilik tubuh tersebut. Seekor harimau kumbang tercegat di sisinya.
Kan betul apa aku cakap. Dia tu siluman, bisik Hafez perlahan.
Kamu masih handal, Raja Mawas.
Siti terkumat-kamit membaca sesuatu. Telapak tangannya kembali mengeluarkan cahaya kehijauan.
Celaka kau!
Susuk tubuh tersebut terpelanting ke belakang. Hafez memapah Siti untuk berdiri.
Dia hidup lagi ke
Siti, kita dalam bahaya. Dia bukan manusia. Dia.. Itu je kuasa yang kau ada Mana kuasa nenek kebayan yang kononnya hebat sangat tu Dia tak turunkan ilmu sebelum dia mampus Dia ketawa berdekah-dekah.
Kau silap besar bila kau suruh kawan kau tinggalkan tempat ni. Kau ingat aku tak boleh cari dia
Majid
Susuk tubuh misteri itu bangun perlahan-lahan. Dia mengusap kepala harimau kumbang di sisinya.
Sayang, serang!
*****
Suasana rumah itu gelap gelita. Tiada bunyi yang kedengaran melainkan esakan daripada seorang lelaki.
Maafkan aku. Semua ni salah aku.
Lelaki itu meratapi dua jasad perempuan di hadapannya. Matanya memerhatikan kesan kelar di leher sambil mengenggam erat tangan mayat tersebut. Air matanya menitis. Cermin yang digantung di ruang tamu tiba-tiba berubah warna. Seseorang muncul dari cermin tersebut seraya mendekati lelaki itu.
Majid, aku dah sampai.
Dah terlambat. Aku dah tak ada sesiapa lagi. Mary memeluk Majid. Kepalanya diusap perlahan.
Ni bukan salah kau. Ni salah aku.
Diorang ikut aku sampai kat sini. Anak dan bini aku dah kena bunuh.
Kau jangan bimbang. Aku akan pastikan diorang terima pembalasan.
Aku nak balik ke Las Chateau.
Kau nak buat apa Kau tak selamat kat sana.
Saki baki keluarga aku semua ada kat sana. Mereka semua dalam bahaya. Mary melepaskan pelukan. Dia duduk memandang wajah Majid yang sugul.
Majid, kau manusia. Kau tak boleh nak buat apa. Kuasa kau terhad, pujuk Mary.
Kau rasa orang yang sama bunuh anak bini aku ada kat
sana
Aku rasa ada. Sekarang aku dengan Fetty jaga Siti. Ni aku tinggalkan dia kejap dengan Hafez.
Kau lupa, Mary.
Lupa
Kita dah tak ada siapa-siapa. Kita cuma ada satu sama lain je.
Aku tahu.
Kau ingat pesan Dynah Masa mula-mula kita berkumpul dekat Les Chateau
Mary mendiamkan diri.
Kau pasti
Aku dah sedia nak bayar semua hutang aku. Aku dah sedia nak hadapi hukuman yang patut aku terima dari dulu lagi. Nyawa harus dibayar dengan nyawa.
Mary menggenggam erat tangan kanan Majid. Dia tersenyum.
Betul kau dah sedia nak balik kampung