Gadis Kebaya Merah - 28
BAB 28

PAGI lagi, selepas sarapan, Kudin menghantar Tok Imam Ngah, Senah dan Anum pulang ke kampung Pinang Patah. Sempat Senah dan Anum singgah di balai polis untuk membuat laporan dan memberi maklumat tentang sindiket itu. Sepanjang perjalanan pulang, banyak perkara yang dibualkan termasuk hal mistik yang dialami dulu. Bermula dengan kemunculan gadis kebaya merah, kemudian pula muncul sihir Mak Jemah dan kisah yang tak diduga, Chad dengan ilmu sihirnya, terbaharu, alam bunian.

"Abang Kudin, Senna tak sangka, abang Chad tu sanggup tipu Senna dan Anum. Nasib baik kami tidak sempat dijual." Senah turut menyampuk bila mendengar Kudin dan Tok Imam Ngah bersembang tentang hal itu.

"Alhamdulillah..Senah dan Anum selamat. Tentang Chad tu, biarlah undang-undang yang menghukumnya nanti jika dia didapati bersalah tetapi sekarang ni dia pun dah hilang di alam bunian tu." Kudin berkata dengan nada lega.

"Hmm..saya pun geram dengan Chad tu! Dia tipu saya hidup-hidup!" Anum mengetap bibir.

Kudin jeling Anum yang duduk di tempat duduk belakang bersama Senah. Tok Imam Ngah pula duduk di sebelah penumpang depan. Matanya beralih pada jam di dashboard. Hampir sepuluh pagi. Pedal minyak ditekan semakin kuat, kereta meluncur laju ke destinasi.

"Jo macam mana" Anum pula bertanya hal Jo. Dia akan korek rahsia Jo dari Kudin. Dia tidak berani menuduh lelaki itu tanpa ada bukti yang kukuh. Setakat mendengar perbualan Karim saja tidak mencukupi tetapi Karim juga patut dihukum.

"Entahlah..tadi dia tergesa-gesa keluar dari rumah. Tak sarapan pun." Kudin teringat pagi tadi, Jo keluar dari rumahnya dengan tergesa-gesa setelah menerima panggilan dari seseorang.

"Saya rasa Jo tu ada kaitan dengan sindiket tu." Anum meneka sendiri.

"Tak baik tuduh Anum. Selagi tak ada bukti jelas, kita tak boleh sembarangan menuduh orang bersalah." Tok Imam Ngah menegur.

Anum diam. Dia tunduk dan kemudian melepaskan pandangannya ke arah luar tingkap kereta. Pemandangan sawah padi sungguh mendamaikan. Terasa semakin dekat dengan kampungnya. Hatinya bagai ditarik-tarik untuk segera sampai dan dia sudah tidak sabar bertemu ayah tercinta yang sudah lama dirindui. Entah apalah keadaan ayahnya sekarang ini. Sihat ke dia

Kereta Kudin mula membelok ke simpang kiri ke arah jalan masuk ke Kampung Pinang Patah setelah hampir tiga jam lebih memandu. Kudin menghantar Tok Imam Ngah dahulu dan kemudian memandu ke rumahnya. Kereta diparkir di laman rumah. Senah dan Anum turut keluar dari perut kereta. Jalan ke rumah mereka sukar untuk kereta masuk. Hanya muat basikal saja.

"Assalamualaikum!" Kudin mula beri salam.

"Wa'alaikumussalam!" Nek Tom muncul di muka pintu. Terkejut dia melihat Kudin pulang bersama Senah dan Anum. Dan lebih dia terkejut, Anum yang sudah sekian lama menghilang kini sudah berada di depan mata.

"Nek, siapa tu" Kuyah jenguk ke muka pintu yang terbuka luas. Matanya tertancap pada Senah. Anum dia tidak begitu kenal.

"Abang Kudin kamu la. Dia bawa sekali Senah dan Anum!" Nek Tom sudah teruja.

Kusha dan Puan Karina pula menjenguk. Mereka berdua memang tidak kenal siapa Senah dan Anum.

"Nek, Kudin dah sampai ni. Bawa bunga dua kuntum." Kudin berkias sambil menjeling ke arah Senah dan Anum.

Nek Tom segera melangkah turun dan meluru ke arah Anum. Gadis itu dipeluk lama. Ada titis jernih mengalir di pipi. Lama wajah Anum ditatap. Terasa rindu pada anak gadis Pak Sahak seorang ni.

"Alhamdulillah Anum selamat..syukur pada Allah." Sekali lagi Nek Tom peluk Anum.

Senah tunduk. Dia mula sebak dan cemburu. Nampaknya Nek Tom tidak pernah hiraukan kehadirannya di situ. Sejak dulu lagi, Nek Tom tidak begitu melayannya sebagaimana dia melayan Anum dan Ana Dahlia. Dia pandang pula Kudin yang tersenyum-senyum melihat gelagat Nek Tom dengan Anum.

"Abang Kudin, saya nak balik dulu. Ayah tentu risaukan Senna nanti." Senah berkata sebak. Dia mula ingin melangkah pergi dari situ.

"Nanti.." Kudin sempat sambar tangan Senah yang masih murung.

Senah mendongak.

"Nenek dah masak tu. Kita makan dulu sama-sama." Kudin pandang Senah yang sudah merajuk. Dia tahu Senah sejak dulu cemburukan Anum.

"Ha'ah Senah. Makan dulu. Nek Tom dah masak ni. Lauk kegemaran Senah pun ada." Nek Tom mula sedar tingkah Senah yang sudah merajuk sakan. Tubuh Senah turut dipeluk.

"Yalah Senah. Alhamdulillah kau pun selamat." Kuyah peluk Senah, cuba ambil hati gadis itu. Dia juga tahu Senah cemburu dengan Anum. Itu yang diceritakan oleh abang Kudin dulu tentang kisah cintanya sejak sekolah tetapi sekarang rasanya keduanya melepas bila abang Kudin sukakan Ana Dahlia.

Senah menangis di bahu Kuyah. "Kuyah..terima kasih.."

"Dah, jom naik ke rumah." Nek Tom mengajak semua yang ada di situ naik ke rumah dan menjamu selera hidangan tengahari.

DI RUANG DAPUR, mereka semua menikmati juadah tengahari bersama. Masing-masing senyap. Hanya kedengaran sudu berlaga dengan pinggan lauk saja. Nek Tom pula sibuk menambah lauk dan nasi. Sudah lama dia tidak merasa makan beramai-ramai seperti itu. Seronok melihat masing-masing berselera menikmati ikan keli berlada, ayam kampung masak lemak cili api, sambal belacan, sayur kangkung goreng belacan dan ulam-ulam. Walaupun tidak mewah tetapi cukup membuat tetamunya menambah-nambah. Matanya beralih pada Senah dan Anum yang begitu berselera seolah tidak pernah jumpa lauk seperti itu.

"Nek, nak tambah lagi!" Senah hulur pinggan nasinya. Senyumannya semakin lebar.

"Ha'ah la nek. Anum pun nak tambah lagi, boleh" Anum turut menghulur pinggan nasinya kepada Nek Tom.

"Sedap ke" Kudin senyum.

Senah pula pandang Kudin. Asyik tanya Anum saja. Dia muncung. Nasi yang diceduk atas pinggannya tadi dimakan laju.

"Sedap! Dah berbulan saya tak makan macam ni. Asyik nasi kosong dan ikan kering je. Kedekut betullah Karim jahat tu!" Anum mengetap bibir. Teringat ketika dia dikurung dulu, asyik melantak nasi kosong dengan ikan kering. Badan pun dah jadi macam ikan kering.

"Betul tu. Naik juling tengok ikan kering tu." Senah mengiakan kata Anum. Walaupun tadi dia seperti cemburu pada Anum tetapi dia tidak simpan dalam hati. Anum tetap sahabatnya sejak sekolah.

"Makanan kat sana macam mana" Kudin teringat Senah dan Anum terperangkap hampir seminggu lebih di alam bunian.

"Sana" Senah pandang Kudin. Berkerut dahi.

"Tempat yang ada bunga melati putih tu.." Kudin tidak berkata terang-terangan bimbang banyak soalan nanti dari nenek. Kusha, Kuyah dan Puan Karina juga tidak perlu tahu tentang hal itu. Benda mistik susah untuk otak percaya.

"Oh...hari-hari kami makan sayur bang. Puas makan sayur, makan buah. Tak ada langsung ikan ke, ayam ke, daging ke..agaknya mereka tu tak makan binatang kut.." Senah sengih. Dia habiskan nasi dalam pinggan.

"Errkkk! burp!" Senah cepat-cepat tutup mulut. Sendawanya tadi jelas kuat.

Semua yang ada di situ ketawa mengekek. Senah hanya sengih. Dia sudah biasa dengan situasi itu.

"Mereka Siapa" Kuyah masih tidak faham.

"Penjahat tu la.." Anum cepat-cepat mencelah.

"Tadi kata makan ikan kering dan nasi je. Mana datang sayur dan buah tu" Kuyah masih bertanya.

Nek Tom senyum. Sejak Kuyah tinggal dengannya, Kuyah memang banyak persoalan dan pertanyaan itu ini. Selagi tidak dijawab dan memuaskan hatinya, selagi itulah Kuyah akan bertanya.

"Sudahlah. Makan tu. Lepas ni abang hantar Senah dan Anum ke rumah masing-masing." Kudin buat-buat tak dengar.

"Kudin, mama minta maaf. Selama ni mama banyak buat salah pada Kudin." Puan Karina akhirnya bersuara. Dari tadi dia ingin bercakap tetapi banyak cerita dari anak-anak muda di sekelilingnya itu. Dia beri peluang kepada mereka dulu.

"Mama..sudahlah. Perkara yang dah berlaku, biarlah ia pergi. Let bygone be bygone. Sekarang ni, kita tumpu pada kehidupan sekarang ni. Kudin tengok mama pun dah banyak berubah. Sudah menutup aurat dengan sempurna. Kusha pun sama. Abang gembira sangat." Kudin senyum lebar. Tadi lagi dia merasa lega melihat perubahan Puan Karina dan Kusha yang sudah jauh berubah.

"Terima kasih Kudin. Mama ingat nak tunaikan umrah bersama Nek Tom dan bawa sekali Kusha dan Kuyah. Kudin ikut sekali ya" Puan Karina pandang Kudin dengan wajah sugul.

"InsyaAllah mama. Apa kata kita pergi bulan ramadhan nanti" Usul Kudin. Kebetulan bulan puasa pun tidak lama lagi.

Puan Karina senyum. Matanya melirik kepada Anum dan Senah. Dia turut senyum.

"Bila Kudin nak bernikah" Puan Karina mula bertanya soalan cepu mas.

Tersedak Kudin mendengar pertanyaan Puan Karina. Dia segera menyapu mulutnya yang sedikit comot. Matanya beralih pada Anum dan Senah.

"Terus terang sajalah abang. Sekarang ni abang suka kat siapa sebenarnya" Kusha menjeling manja pada Kudin.

"Abang kena pilih betul-betul...kak Ana tu macam mana" Kuyah jeling Senah dan Anum. Dia lebih suka Ana Dahlia yang menjadi kakak iparnya. Senah dilihat tidak sekufu dengan Kudin. Anum pula, abang Kudin sudah lama lupakan kisah cinta sejak sekolah dulu itu.

Senah cepat-cepat mendongak dan memandang Kudin. Jadi, memang betullah Kudin sukakan Ana Dahlia

"Hish! Abang tak ada sesiapa la." Kudin mula bangun dan basuh tangan.

Mereka yang lain hanya senyum melihat tingkah Kudin yang nampak malu-malu. Anum pula tunduk. Kini dia tahu, Kudin sudah berputus asa dengan cintanya dulu. Senah juga turut tunduk memikirkan kisah cintanya yang tak kesampaian.

Selepas menjamu selera, Kudin mula menghantar Senah dan Anum ke rumah masing-masing.

PULANG dari menghantar Senah dan Anum tadi, Kudin menghala pula ke sawah padi dan berehat di pangkin, tempat dia selalu lepak dan berehat dulu sambil menikmati udara segar dan angin sepoi bahasa yang menghembus sungguh terasa nyaman dan mendamaikan. Ketika ini teringat perkampungan orang bunian yang dia masuk dulu. Itulah pertama kali dia dapat melihat suasana dan kehidupan penduduk orang bunian di situ. Kudin perhati pula pada sawah padi yang sudah dituai. Kini hanya tinggal petak sawah yang sudah dibajak semula untuk tanaman seterusnya. Melihat itu semua, dia bersyukur kerana ternyata alam nyata jauh lebih indah dan sedap mata memandang berbanding perkampungan orang bunian. Itu yang dia rasai sebenarnya.

"Hmm..apa khabar agaknya Chad di sana Entah-entah Chad sudah bernikah dengan puteri bunian tu."Kudin mengeluh.

Pesanan Tok Imam Ngah supaya tidak mendekati apa lagi mengahwini golongan makhluk halus itu dipegang kuat. Mana mungkin kehidupan manusia hendak disamakan dengan kehidupan orang bunian, alam ghaib yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Memang tidak dinafikan ada pernikahan berlaku di antara orang bunian dan manusia di dunia ini. Namun, semua itu bersyarat. Buat apa nak menyusahkan diri dengan semua itu sedangkan Allah s.w.t telah menjanjikan jenis yang sama untuk manusia menikmati alam rumahtangga.

Sekali lagi Kudin melepaskan keluhan sambil memandang jauh ke tengah sawah yang tidak lagi menghijau. Fikirannya mula teringat pula pada Ana Dahlia yang kini sudah diketahui siapa gadis itu sebenarnya. Tadi, Kusha sudah beritahu kepadanya siapa Ana Dahlia.

Terkejut juga pada mulanya, ya la, selama ini dia tidak ingin percaya yang gadis tinggi lampai itu adalah seorang pegawai polis berpangkat detektif dan sudah menjalani latihan berat. Sama juga dengan Jai, sungguh tidak sangka.

"Nampak sangat aku ni bodoh. Patutlah Ana Dahlia sampai sekarang tak beri jawapan pada aku. Mungkin dia tunggu Jai." Sekali lagi Kudin melepaskan keluhan. Kini dia pasrah tentang siapa jodohnya yang sebenar. Jodoh itu rahsia Allah. Walau macam mana hebat pun cinta pada seorang itu, jika Allah tidak mengizinkan, maka tidak terjadi pernikahan antara keduanya.

Tadi masa menghantar Senah ke rumah setelah menghantar Anum, Senah kelihatan sugul dan merajuk. Siapa yang tidak merajuk bila cinta tidak diendahkan. Siapa yang tidak kecewa bila kekasih hati menyintai orang lain. Begitulah juga dengan dirinya, kecewa seandainya Ana Dahlia memilih Jai. Saat ini, dia mula teringat Jo yang juga seperti menaruh hati pada Ana Dahlia. Dari riak Jo pada malam pertemuan di taman bunga di perkampungan bunian itu, dia perasan, Jo asyik memandang Ana Dahlia. Macam mana Jo kenal dengan gadis itu

"Ah! Pening otak aku fikirkan semua ni." Kudin mula bangun dari pangkin dan berjalan melalui batas sawah melihat keadaan sekitar. Dia senyum bila terpandang petak sawah yang pernah Ana Dahlia jatuh dulu.

Kakinya terus melangkah melalui batas sawah menuju ke rumah neneknya. Esok dia akan kembali ke KL semula. Puan Karina dan Kusha nampaknya lebih senang berada di rumah nenek. Kuyah juga seperti tidak mahu kembali ke KL semula.

Kudin capai telefon bimbit dalam poket seluarnya yang mula berdering. Dia lihat skrin telefon. Nama Jo terpapar di situ.

"Hello! Jo!" Kudin sengih. Namun senyumannya bertukar cemas bila dia mendengar suara Jo di hujung talian ada nada cemas dan panik. Seolah sesuatu telah berlaku. Sempat dia menangkap kata-kata Jo yang terakhir sebelum talian putus. Ditambah lagi dengan isyarat penerimaan yang tidak begitu memuaskan di kampungnya.

"Gudang Buat apa dia ke situ" Kudin berkerut kening. Dia pasti Jo tentu ada masalah. Dari apa yang diceritakan oleh Jo tadi, dia tahu di mana tempat itu.

Langkahnya dipercepatkan. Kudin tergesa-gesa menuju ke rumah nenek. Dia perlu kembali ke KL hari ini juga.