Aku, Dia Dan Somtam - 28
BAB 28

APA yang kau senyum-senyum tu

Anis mendongak. Sarah sudah terpacak di sebelah sofa tempatnya duduk.

Aku tersilap bancuh.

Silap bancuh Sarah tidak faham.

Haah! Aku tersilap bubuh garam dalam air kopi! Anis senyum geli hati.

Hah Garam Bila kau bancuh kopi Sarah tidak faham kata-kata Anis. Dia melabuhkan punggung di sebelah Anis.

Kat ofis tadi. Bos aku suruh buat kopi. Aku tak tahu yang tu garam. Tak ada label. Aku tibai jelah. Sekali garam daaa. Anis mula ketawa kecil.

Sarah ketawa terbahak-bahak.

Eh yang kau lebih-lebih ni kenapa Anis jeling Sarah yang ketawa bagai nak rak.

Yalah! Kalau akulah..aku dah malu sendiri.

Memanglah. Aku sebenarnya malu yang teramat. Nampak sangat kebodohan aku. Anis mengiakan kata-kata Imran kali ini.

Dia minum habis ke

Tak..dia sebenarnya ajak aku sekali minum tadi. Lepas dia minum seteguk, dia suruh aku pula minum. Apa lagiaku berlari ke sinki. Masinnya mak ai! Anis teringat semula kejadian di bilik Imran siang tadi.

Mereka berdua ketawa geli hati.

Tu la..lain kali periksa dulu. Ni tidak, main taruk je kau ni! Nasib baik dia tak marah! Sarah menahan ketawa yang masih bersisa.

Sebut pasal marah ni kan, aku peliklah. Kau tahu, hari ni bos aku asyik senyum je. Tak ada pun nak marah-marah macam sebelum ni. Aku rasakan ada sesuatu yang tak kena. Anis mula berkerut kening. Sikap Imran dirasakan sudah berubah.

Alahbiasalah tu. Malam tadi malam Jumaat kan Sarah kenyit mata pada Anis.

Apa kena mengena malam Jumaat dengan sikap dia pulak Anis garu kepala.

Kau ni kan. Lurus bendul betullah! Maksud aku malam Jumaatkan malam sunat untuk bersama bagi suami isteri..itu pun kau tak faham Sarah senyum.

Hish! Kau ni! Dia belum kahwin la! Anis mencebik.

Hah Bos kau belum kahwin Masih bujang Eh, handsome tak Berapa umur dia Bertubi-tubi soalan dari Sarah.

Kau ni soalan macam peluru keluar dari machine gun! Yang mana satu aku nak jawab pun tak tahu! Kau ni tamak tau tak! Zafran tu kau nak letak mana Anis baling bantal kecil yang dipeluk sejak tadi.

Sarah sengih.

Alah..kau kenal bos aku. Kau jugak yang selalu usik aku dengan dia. Anis berkata tanpa nada perasaan. Perasaannya kala ini sudah terasa hambar.

Maksud kauImran Terbeliak mata Sarah melihat reaksi Anis berkata begitu.

Anis hanya angguk. Pandangannya masih pada kaca televisyen. Dia sudah agak tentu Sarah akan mengusiknya lagi. Malah semakin galak.

Macam mana kau boleh kerja dengan dia

Kakak Izara yang rekomen aku kerja kat situ. Imran tak pandang pun kat aku ni!

Wah! Baguslah kalau macam tu! Kau kan suka mamat tu! Hmmkeluarga mereka kan kaya. Ada syarikat sendiri. Habis belajar terus kerja sedangkan kita terpaksa bersusah payah menjaja sijil ke hulu ke hilir. Macam aku ni..masih part time kat kedai farmasi tu! Sarah mula mengusik

Itu pun rezeki jugak cik Sarah oi! Kau kan ada Zafran dan abang kau Razif! Mereka boleh support kau apa!

Lain ! Perasaan dapat pegang duit sendiri lain. Rasa puas! Macam kaulah jugak. Kau nak ke kalau kau tu ditaja oleh orang lain Sarah jeling Anis yang tersenyum padanya.

Tak naklah aku!

Tahu tak apa!

Sudahlah! Aku nak solat isyak! Dah lama masuk waktu Anis bingkas bangun. Sengaja dia mengelak dari ditanya lagi oleh Sarah.

Sarah senyum. Anis sudah pandai mengelak. Abangnya juga ingin menagih cinta gadis itu walaupun dia tahu dia telah melukai hati seseorang yang sangat mencintainya.

USAI solat isyak, Anis mula mengadap komputer riba. Laman sosial facebook dibuka. Banyak mesej dari kawan-kawan termasuk Izara dibaca. Anis pandang pada senarai kawan yang sedang online. Izara dan Jay tidak online.

Hmmnampaknya esok aku kena jumpa Zara. Dia kena temankan aku jumpa Jay hari Ahad nanti Anis berkata sendiri sambil menongkat dagu membacastatus yang ditulis oleh kawan mayanya.

Anis jeling pula telefon bimbitnya di atas meja. Sudah lama lelaki itu tidak menghubunginya. Agaknya sudah serik. Matanya beralih lagi ke arah skrin komputer. Ada mesej dari Jay yang mula bertanya khabar.

Mawar Putih > Baik

JS > Alhamdulillah

Mawar Putih > Macam mana kerja hari ni

JS > Saya cuba menjadi seorang ketua yang baik. Alhamdulillah..semua pekerja saya mudah tersenyum. Saya pun cuba mengawal rasa marah saya.

Mawar Putih > Ya ke Alhamdulillah

JS > Sampaikan pekerja saya buat salah pun saya masih boleh tersenyum dan bersabar.

Mawar Putih > Kesalahan apa

JS > Salah sikit je

Mawar Putih > Tak kisahlah apa pun kesalahan, janji awak dapat mengatasinya dengan baik.

JS > Awak pula macam mana Kerja ok

Mawar Putih > Hari ni ada perkara ganjil sikit. Bos saya tak marah-marah macam dulu lagi.

JS > Ya Alhamdulillah, Ada sebab dia berubah macam tu.

Mawar Putih > Mungkin juga. Saya pun nampak dia sudah mula bercakap lembut. Kalau tak..asyik tengking je.

JS > Hmmmungkin dia sukakan awak

Mawar Putih > Tak ada maknanyasiapalah saya ni nak dibandingkan dengan dia yang kaya raya tu.

JS > Nampaknya awak pun suka kan dia.

Mawar Putih > Kalau betul sekali pun, saya masih tak layak untuknya. Saya sedar siapa saya. Saya ni tak menepati ciri-ciri yang dia suka.

JS > Hmm..dia suka perempuan yang macam mana

Mawar Putih > Seksi, pandai bergaya, sesuai dengan dia.

JS > Awak pasti

Anis diam seketika. Dia sendiri pun tidak pasti ciri apa yang Imran suka tapi yang nyata Imran tidak pernah sukakannya. Malah Imran dengan selamba bertanya soalan peribadi tanpa ada rasa cemburu sedikit pun. Itu tandanya Imran tidak pernah peduli tentangnya.

JS > Are you there

Mawar Putih > Ya..masih di sini

JS > So, what do you think

Mawar Putih > What

JS > Bos awak

Mawar Putih > Boleh tak kalau kita tak bincang hal ni. Saya tak minat nak bincang.

JS > Hmm..ok. Up to you. So, macam mana rancangan nak sambung belajar

Mawar Putih > Masih menanti jawapan dari institusi. Part time je. Lepas waktu kerja.

JS > Ohok.

Mawar Putih > Awak pula macam mana Jadi ke nak merantau

JS > Belum decide lagimasih banyak kerja yang perlu dibereskan.

Mawar Putih > Ohtak apalah. Buat mana yang terbaik.

JS >Hmm.asa sedih pula nak berpisah dengan nota awak. Masih banyak lagi yang perlu saya baca. InsyaAllah, sebelum saya pulangkan ke tangan awak, saya akan cuba habiskan baca sampai akhir.

Mawar Putih > Saya harap awak seorang yang amanah.

JS > Jangan bimbang..saya bukan mulut tempayan..Zipp!!!!

Mawar Putih > Saya tak tuduh awak macam tu..

JS > Keburukan bukan untuk diperbaiki tetapi untuk dihilangkan sebaliknya kekurangan bukan untuk dihilangkan tetapi untuk diperbaiki.

Mawar Putih > Memang benar. Segala kelemahan adalah untuk kita perbaiki menjadi yang lebih baik dan segala keburukan eloklah kita buang. Sebagaimana kita sembunyikan keburukan kita, begitulah juga kita sembunyikan kebaikan kita.Barulah tiada perasaan riak.

JS > Saya mula terfikir. Selama ni keburukan yang ada pada saya tidak pernah saya sedari. Saya tenang setelah saya cuba membuang sedikit demi sedikit perangai buruk saya. Maaf saya berterus terang macam ni. Saya akui selama ini saya telah banyak membawa sikap tak baik dalam diri saya. Dan hari ni saya merasa tenang.

Mawar Putih > Alhamdulillah.saya doakan awak sentiasa istiqamah.

JS > Terima kasih..saya juga doakan semoga awak menjadi seorang yang solehah. Saya minta diri dulu. Esok ada kerja penting. Assalamualaikum.

Mawar Putih > Waalaikumussalam

Lama Anis termenung di depan komputer. Jay dan Imran jauh berbeza tapi sikap Imran hari ini juga berubah. Walaupun dia tersilap bancuh kopi masin, Imran hanya ketawa. Sikit pun tak marah. Lepas tu, siap beri nasihat lagi. Duduk di sofa berborak. Mimpi panjat pokok kut mamat tu!

Hmm..mungkin perasaan aku je.

Anis mula tutup lampu dan baring sambil memandang ke arah tingkap yang hanya diterangi cahaya lampu dari luar. Matanya dipejam.

ANIS sudah berjanji dengan Izara berjumpa di restoran Bali. Sebaik sahaja menghantar somtam ke kedai, dia bergegas pula menaiki bas ke Damansara. Tiba di restoran, jam baru menunjukkan pukul sebelas pagi. Masih awal, Anis mula melihat-lihat sekitar pasar raya di situ. Dia sudah berjanji berjumpa dengan Jay pada jam dua belas tengah hari.

Mana pulak Zara ni Kalau dia tak ingat habislah aku. Takkan aku nak jumpa Jay tu sorang-sorang Adoi! Haru macam ni! Anis jeling jam. Sudah sebelas empat puluh lima pagi.

Anis kembali ke restoran. Dia berdiri di hadapan pintu masuk restoran. Matanya melilau mencari kelibat Izara. Sesekali dia menjenguk ke dalam restoran. Mana tahu Izara sudah ada di dalam.

Anis!

Anis berpaling. Izara sedang melambai-lambai dari jauh sambil tersenyum. Lega.

Dah lama sampai Izara mula menegur.

Tak..baru sepuluh saat. Anis sengih.

Izara turut sengih. Sudah faham kata-kata sindir Anis tadi. Matanya melilau mencari kelibat seseorang.

Eh mana mamat cyber kau tu Izara terjenguk-jenguk ke dalam restoran.

Entah! Dia kata nak jumpa kat sini. Ni dah sepuluh minit aku tunggu. Anis turut memanjangkan leher ke arah restoran.

Kalau macam tu kita masuk dululah! Aku dah lapar ni! Izara tarik tangan Anis ke dalam restoran.

Lama menunggu, mereka mula menikmati makanan yang dipesan. Izara pula sudah tiga gelas jus diminum.

Anis, mana mamat cyber kau Tu la! Aku dah cakap, kau tak nak dengar! Sekarang ni siapa yang mungkir janji Betulkan apa aku agak dulu, dia memang penipu! Izara merengus sambil mengacau jus oren dengan straw.

Mungkin dia ada hal penting agaknya.. Lemah suara Anis. Cuba bersangka baik. Dia melihat sekitar restoran. Sesekali matanya melilau mencari kelibat Jay di luar restoran.

Sudahlah tu. Lupakan saja mamat tu. Sebenarnya aku ada rancangan lain. Izara kenyit mata.

Rancangan apa

Kau tunggu la. Kejap lagi Izara bingkas bangun bila terpandang seseorang.

Anis hanya memerhati gelagat Izara yang melambai-lambai ke arah seseorang di luar restoran. Dia juga turut terjenguk-jenguk melihat siapa yang Izara maksudkan. Imran

Assalamualaikum.

Izara sengih. Waalaikumussalam! Jom duduk!

Laju tangan Izara menarik tangan Imran duduk di sebelah. Dengan meja bulat kecil macam tu, duduk di mana-mana pun terasa dekat.

Apa hal adik panggil abang ke sini Imran turut senyum. Sempat dia jeling Anis yang mula tunduk. Direnung seketika Anis yang mengenakan baju kurung biru dan tudung putih. Berfikir sejenak.. Ah! Tak mungkin.

Saja! Abang asyik duk rumah je tiap minggu! Dulu abang tak macam ni. Asal hujung minggu je, abang mesti keluar. Dari pagi, malam baru nampak batang hidung. Sekarang ni dah macam anak dara pulak! Asyik terperap di rumah. Izara mula mengomel.

Pantai pun boleh berubah inikan pula manusia. Imran berkata selamba. Dijeling sekilas Anis yang masih tunduk membisu.

Anis masih tunduk. Tidak sangka Izara sudah rancang lebih rapi. Pertemuan yang sepatutnya dengan Jay sudah bertukar bertemu dengan Imran. Dia mula mendongak. Imran sedang galak merenungnya. Dia kembali tunduk. Hish! Apa pula mamat ni nak

Anis! Kau orderlah lagi. Abang aku belanja! Izara mula panggil pelayan restoran.

Hai! Perut badak ke apa Imran tegur Izara yang tersengih-sengih.

Tak kisahlah perut badak ke, perut gajah ke, janji abang belanja! Tadi kami makan benda ringan je. Tu! Kentang goreng je dengan salad. Mana nak kenyang! Izara petik jari sekali lagi memanggil pelayan restoran.

Anis mula senyum melihat gelagat Izara yang kuat makan. Mengalahkan orang berpuasa!

Awak pulak

Hah Anis pantas mendongak.

Tak nak melantak ke Imran sengih.

Ingat aku ni buruk lantak ke Anis mengomel antara dengar dengan tidak.

Cepatlah nak order apa Izara hulur menu kepada Imran dan Anis.

Anis membelek menu yang dihulur oleh Izara. Mata je kat menu tapi otaknya ligat memikirkan mengapa Jay tak muncul.

Hoi! Berangan la tu! Izara menepuk bahu Anis.

Hah Apa kau cakap Anis mula gabra. Memang dia mengelamun tadi. Kalau bukan Izara menepuk bahunya tadi, dia masih termenung begitu.

Tak payahlah kau fikirkan mamat cyber kau tu! Dia dah mungkir janji. Orang macam tu kau nak Izara mencebik. Dia mula membaca menu yang ingin dipesan. Pelayan restoran dipanggil lagi.

Imran memandang Izara dan kemudian beralih pula pada Anis. Mamat cyber Siapa pulak lelaki tu Kekasih Anis

Maafjadi korang berdua ni datang sinimemang ada temu janji dengan seseorang ke Imran mencelah.

Tak..

Ya! Izara menidakkan jawapan Anis.

Mana satu yang betul ni Imran bersandar di kerusi.

Sebenarnya Anis ni..

Belum sempat Izara menghabiskan kata-kata, Anis sudah menendang kaki Izara. Bibirnya memberi isyarat.

Hmm..makanan dah sampai. Silakan! Imran senyum penuh makna. Dia sengaja tidak mahu bertanya lebih lanjut. Dia boleh agak yang Anis sudah mempunyai seseorang yang istimewa. Lega bila tahu keadaaan itu. Sekurang-kurangnya keluarganya tidak memaksa dia menikahi gadis itu. Namun dia juga turut merasa resah saat ini. Matanya melilau mencari seseorang.

Suasana mula sepi bila masing-masing asyik menikmati makanan yang dipesan walaupun sekitar restoran agak bising dengan pelanggan yang semakin memenuhi restoran itu. Sekali sekala, hanya Izara yang bersuara kecoh menceritakan itu ini.

Eh, korang berdua ni senyap dari tadi kenapa Macam ada emas je dalam mulut tu! Izara mengelap mulutnya yang comot terkena kuah spagetti.

Tak ada apa.. Serentak Imran dan Anis bersuara. Masing-masing berpandangan.

Hmmsomething wrong Izara menyedut jus epal yang dipesan buat kali ketiga.

Hai Im!

Serentak mereka bertiga mendongak. Seorang perempuan berambut perang, seksi dalam pakaian ketat menampakkan bentuk tubuh. Kaca mata hitam menutupi matanya disingkap ke atas rambut yang dibiar mengurai.

Natasha! Kau buat apa kat siniImran kaget.

What a small world! Tak sangka dapat jumpa you kat sini. You still the same. Handsome! Tanpa rasa segan, Natasha melabuhkan punggung di sebelah Imran. Rapat.

Anis tergamam. Dia memerhati perempuan bergaya dan seksi itu. Sungguh cantik. Memang kena dengan Imran.

Hei perempuan! Kau nak apa lagi hah Izara jengilkan mata.

Pantas Anis menoleh ke arah Izara yang mula meninggikan suara. Pandangannya beralih pula pada gadis berambut perang di sebelah Imran. Siapa perempuan ni sebenarnya

Bertenang! I datang ni nak sambungkan semula apa yang telah terputus. Tangan Natasha mula merangkul lembut tengkuk Imran.

Imran bingkas bangun. Maaf! Pada aku, kau dah lama mati!

Im..maafkan I sayang. I yang bersalah. I yang tak tahu menilai. Natasha turut bangun dan memaut lengan Imran dengan manja.

Uwek! Nak muntah aku dengar! Izara juga bingkas bangun.

Apa kau nak sebenarnya Tambah Izara lagi.

Imran rentap tangannya dan mula berlalu pergi. Natasha mula mengejar Imran yang laju meninggalkan restoran itu.

Anis hanya mampu melihat babak drama di depannya. Dia masih bingung dengan apa yang berlaku. Lain yang diharap, lain pula yang jadi.

Huh! Perempuan tak tahu malu! Dah robekkan hati abang aku, senang-senang nak datang balik! Izara menghempas genggaman tangannya ke meja.

Zara..siapa perempuan tu Anis memberanikan diri bertanya.

Tulah ex gf Imran. Dulu bukan main lagi pakai tudung..la ni, kau tengok! Kerana mat saleh keparat tu dia sanggup buka tudung. Entah-entah dara pun dah kena tebuk! Izara mengetap bibir.

Zara..tak baik kau cakap macam tu. Mungkin dia sudah berubah sekarang ni..sebab tu dia cari Imran semula.. Lemah Anis menutur kata.

Aku tak fahamlah dengan kau ni Anis. Kau sendiri tengok tadi kan Abang aku dah muak tengok muka perempuan tu! Terhegeh-hegeh datang cari abang aku lagi! Memang dasar perempuan tak tahu malu! Izara bercekak pinggang.

Zara, sudahlah. Tak baik buruk sangka. Mungkin dia benar-benar sudah berubah dan ingin kembali ke pangkal jalan. Kita kena bantu dia kalau dia benar-benar nak bertaubat. Anis mendekati Izara yang sudah mula menyinga.

Ah! Kau tahu apa Abang aku dulu separuh gila tahu tak Ini tak boleh jadi. Aku kena halang dia dari rapat semula dengan abang aku. Kau mesti tolong aku. Izara masih memandang ke arah luar restoran walaupun Natasha dan Imran sudah lama menghilang.

Tolong Tolong apa Anis masih keliru.

By hook or by crook, kau kena nikah dengan abang aku..itu saja jalannya untuk menghalang perempuan tu dari menganggu abang aku.. Selamba Izara menyusul kata.

Anis membuntang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Izara.

Kau demam ke apa Dahi Izara dijamah dengan telapak tangan kanan.

Aku okey je..

Tak! Kau demam panas ni. Kalau tak, takkan kau cakap meracau macam ni sekaliAnis sentuh pula pipi Izara.

Aku okeylah Anis. Aniskau mesti tolong abang aku. Aku tak nak perempuan tu kembali pada abang aku. Please Izara menyusun sepuluh jari, merayu pada Anis.

Kaukau serius ke ni Anis mula menggelabah.

Aku serius nibukan main-main! Ada muka aku ni main-main Izara tuding jarinya ke muka sendiri.

Tapi..aku..aku.. Anis mula rasa serba salah. Dia mengaku ada menyimpan kasih pada Imran tapi dia juga ingin melupakan Imran dan menyambung persahabatan dengan Jay. Ah! Kalut!

Boleh lah Anis..aku tak tahan tengok abang aku menderita sekali lagi. Izara tunduk. Ada titisan jernih di pipinya.

Anis mula memujuk Izara yang mula menangis. Begitu kasih Izara pada kembarnya. Tubuh kecil Izara didakap erat.

Sudahlah Zara..kalau ada jodoh aku dengan abang kau, tak ke mana juga nanti. Dahlah. Jom kita balik. Aku pergi bayar dulu. Anis cuba menyedapkan perasaan Izara sedangkan hatinya sendiri dilanda keresahan. Gelisah.

Anis berlalu pergi menuju ke kaunter.

Mereka berdua terus pulang ke rumah. Izara hanya diam membisu. Tiada sepatah kata pun keluar dari bibir gadis itu. Anis pula hanya memerhati tingkah Izara.