KHAIRUL melangkah perlahan-lahan di gigi air. Deruan ombak menerpa kuat menerjah pantai tidak dihiraukannya. Malah telinganya tidak menghiraukan langsung bunyi-bunyi di pantai itu. Dia tinggal dalam dunianya sendiri.
Hidupnya sepi dari kehidupan masa lalu. Sekarang sudah hilang segala kemanisan yang pernah dikecapinya dulu. Begitu lama dia mengambil masa untuk melupakan isterinya, Harlina. Sekarang, adalah masa untuk dia bangun semula melakar kembali kegembiraan dan kebahagiaan yang hilang dulu dengan membesarkan Zafirah, cahaya mata belahan jiwanya yang tunggal.
Khairul berhenti di kawasan yang penuh batu-batu besar. Dia memanjat batu yang paling besar dan tinggi. Dia duduk sambil menghadap ke arah laut lepas.
NURUL menguis anak rambut yang terkeluar dari celah-celah tudung. Angin Laut Cina Selatan ini menampar kuat ke wajahnya.
Nasib pakai seluar, getus Nurul perlahan.
Agaknya jika dia memakai blaus atau skirt panjang yang terbelah sudah tentu dirinya akan menjadi perhatian umum. Nurul menuruni kawasan tanah yang agak tinggi dan terlindung dari orang ramai. Cuaca yang tenang dan redup sebegini menyebabkan kawasan pelancongan itu sering menjadi tumpuan ramai orang.
Dari jauh Nurul terlihat bayangan batu-batu besar di sebelah penjuru hujung menghala ke chalet. Dia sempat memuji kekuasaan Allah SWT yang telah mencipta alam yang begitu indah. Sesampai sahaja Nurul di celah sebuah batu besar, sekujur tubuh tiba-tiba menerjah di depannya.
Arrghhhh.... Nurul menjerit ketakutan. Kedua tangannya memeluk tubuh. Matanya juga terpejam rapat.
Seorang lelaki melompat menuruni batu itu. Nyaris-nyaris lagi mereka berlaga.
Cik errr puan... maafkan saya. Suara lelaki itu mengeletar.
Nurul menghela nafas setelah yakin lelaki itu bukan lelaki yang jahat. Dia membuka mata untuk melihat lelaki tersebut. Nurul tergamam. Lelaki itu turut tergamam. Matanya bulat memandang ke arah gadis itu.
Nurul
Encik Khairul
Maafkan saya, Nurul. Tak sangka awak ada di sini.
Tak apa, Encik Khairul. Errr... Encik Khairul pula buat apa di sini
Kami akhirnya sama-sama ketawa setelah masing-masing bertanyakan soalan yang sama. Khairul duduk di atas pasir. Nurul turut berbuat demikian.
Kak Lina mana tanya Nurul. Matanya meliar memerhatikan kawasan pantai.
Khairul mendiamkan diri. Soalan Nurul benarbenar menghiris hati lelakinya. Kerinduan terhadap arwah isterinya itu serta-merta menerpa. Harlina... dah meninggal dunia, Nurul. Nurul terkesima.
Benarkah, Encik Khairul Dia meminta kepastian.
Khairul hanya mengangguk.
Lina meninggal sewaktu melahirkan anak kami.
Bagaimana dengan anak Encik Khairul
Ada... dialah satu-satunya sebab untuk saya teruskan hidup.
Khairul menundukkan kepalanya untuk seketika. Nurul spontan mengeluh. Banyak persoalan di benak yang mengasak-asak untuk dia ber-
tanya. Nurul cuba memilih perkataan yang paling lembut dan menyenangkan.
Bersabarlah, Encik Khairul. Allah tak akan uji kita lebih daripada apa yang mampu kita tanggung. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya arwah tinggalkan kenangan untuk Encik Khairul. Siapa namanya
Apabila mendengarkan pertanyaan tentang puterinya, Khairul serta-merta tersenyum. Terbayang di tubir matanya keletah anak kecil itu yang semakin mencuri hati. Seharian di pejabat terasa terlalu lama tanpa gelak tawa Zafirah. Oleh kerana itu, Khairul tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah dan bermain dengan anak kesayangannya itu.
Nur Zafirah. Cahaya kemenanganku. Awak patut jumpa dia, Nurul. Comel sangat! Muka dia saling tak tumpah macam Lina.
Nur Zafirah... wah, cantiknya nama. Mesti secantik pemiliknya!
Datanglah rumah saya. Zafirah dah boleh merangkak. Bukan main lagi dia. Sampai tak cukup nafas nenek dia mengejar, Khairul tertawa kecil.
Nenek dia...
Khairul terdiam seketika mendengarkan soalan itu. Dia mengeluh kecil sambil tersenyum dan memandang ke arah Nurul.
Betul cakap awak, Nurul. Allah takkan uji kita lebih dari apa yang mampu kita tanggung. Semua ni ada hikmahnya. Mak saya dah tinggal dengan saya sekarang ni. Dia dah banyak sedar kesilapannya selama ni. Dia jugalah yang bersusah payah menjaga dan membantu saya membesarkan Zafirah.
Nurul tersenyum manis sambil berkata, Alhamdulillah.
Nurul buat apa di sini Khairul mengulangi semula pertanyaannya.
Saya bercuti. Saja sesekali rehatkan minda. Encik Khairul pula
Tak payahlah berencik-encik dengan saya, Nurul. Panggil Khairul saja. Saya bukan majikan awak lagi. Kita sama.
Nurul terasa malu dan segan pula mahu memanggil tanpa berencik-encik seperti dahulu.
Errr... Khairul buat apa di sini
Sama macam Nurul juga. Berehat.
Mereka terus berbual sehinggalah Khairul melangkah pergi setelah meminta izin untuk berehat di biliknya. Nurul mengambil kesempatan untuk berjumpa dengannya pada hari esok. Pada mulanya, Khairul seakan mahu melarikan diri dan memberikan pelbagai alasan namun akhirnya bersetuju setelah Nurul menjelaskan bahawa pe-
tang esok dia akan balik semula ke Kuala Lumpur.
KEESOKAN harinya Nurul kembali menjadi penghuni setia pantai. Ombak yang datang silih berganti. Tiada istilah penat atau bosan. Hempasan yang kuat ibarat meluah kemarahan yang terpendam. Tiba-tiba suasana menjadi hening. Air laut berubah menjadi tenang. Tidak nampak tanda-tanda ombak besar mengganas semula.
Kaki dilunjurkan ke hadapan. Terasa pasir pan tai yang kasar mengenai kulit kakinya. Tangan Nurul mengepal pasir. Lalu dilontarkannya jauh.
Lama tunggu Sapa satu suara. Nurul tidak segera menoleh.
Lama juga.
Khairul duduk di sebelah Nurul. Turut melunjurkan kakinya.
Nurul mengeluh. Tanpa sangka keluhanku didengari olehnya.
Tak elok mengeluh. Ada masalah ke
Nurul menggeleng. Sepatutnya dia yang bertanyakan soalan sebegitu. Awak nampak kurus sekarang. Keadaan awak macam seekor kucing yang kehilangan ibunya.
Saya sihat. Tak ada apa yang nak dirisaukan, Khairul menafikan.
Awak boleh menipu diri tapi bukan orang di sekeliling awak. Pantas Nurul menidakkan.
Saya saya tak ada apalah!
Nurul membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Dia tidak mahu ketenangan pantai dicemari dengan sikapnya.
Semoga berjumpa lagi. Itulah kata-kata terakhir daripada Khairul. Nurul memandang pe mer gian lelaki itu dengan hampa. Langkah kakinya seakan tidak teratur. Pancaran matanya membuktikan keinginan yang belum tertunai.
Nurul sedar yang Khairul masih belum bangkit sepenuhnya daripada kesedihannya.