Complete Me - 28
Bab 28

LAPAN tahun itu tak lama, Dhia. Take you times, take a rest and think rationally. Mama yakin kamu pasti akan dapat lupakannya juga.

Dhia menekur pandangannya ke bawah. Matanya terpejam rapat. Sedikit sebanyak apa yang dibualkan bersama mamanya melalui telefon beberapa hari lepas agak memberi kesan sedikit padanya. Skrin telefonnya dipandang. Kebelakangan ini hanya deringan-deringan telefon daripada pihak produksi drama yang memaklumkannya tentang proses penggambaraan mereka seterusnya di sana.

Bosan akibat terlentang di atas katil, Dhia mengalihkan posisi tidurnya ke arah mengiring ke kanan pula. Di kala itulah, matanya terhenti pada buku tebal di atas meja. Album yang dilakarkannya sendiri. Lambat-lambat, buku itu dicapai Dhia.

Terpampang foto Airish dan dirinya di atas kulit buku itu. Masing-masing tersenyum, tidak ubah seperti pasangan bahagia. Dhia tersenyum sendiri. Jarinya perlahan-lahan naik menyentuh wajah lelaki itu. Terasa ada getaran halus yang menghinggap dirinya di kala itu. Ya, Allah rindunya aku pada wajah ini.

Melihat sahaja wajah itu terus Dhia diterpa angin rindu yang menggila. Telefonnya pantas dicari sebelum mendail nombor Airish. Hampa. Panggilannya tidak berjawab. Bencikah lelaki itu padanya Sangkanya, lelaki itu pasti akan menerima diri dengan hati terbuka apabila dirinya membuka kisah antara dirinya dan Darina.

Tapi, Airish dengan tegasnya menolak segala andaian yang dibuatnya. Hati Dhia sakit. Itu bukan andaian Airish, tapi satu fakta. Dhia mengeluh. Hakikatnya, Dhia tahu di mana tempat duduknya kini di hati lelaki itu. Jerit, pekiklah, melolonglah tetap jua tidak mampu untuk mengembalikan cinta lelaki itu padanya. Sungguh, Dhia rindukan saat dirinya bersama Airish dahulu. Kenangan manis bersama mana mungkin dia lupakan. Hanya itu sahajalah bekalan untuknya jika dirinya sengsara separuh mati mengingati Airish.

Album itu diselak Dhia. Dari helaian pertama bergerak pula pada helaian kedua. Dan begitulah seterusnya. Tapi tidak lama selepas Dhia bertindak menutup album. Pantas, album itu dibenamkan kedalam pelukannya. Rasanya dirinya tidak kuat untuk melihat, menjadi saksi pada hubungan cintanya dahulu. Bergenang tubir matanya saat sekali lagi matanya terpanah pada foto di kulit album itu. I mintak hanyalah you. I hanya mahukan you, Airish. Dada I sakit, sakit sangat bila I tengok you berdamping dengan Afiqa. Mana janji you dulu. Hati I sakit, Airish. Sakit.

Dalam Dhia tenggelam melayani perasaannya, deringan telefon bimbitnya menyentakkan Dhia. Dengan lajunya kepalanya diangkat tinggi. Tersenyum lebar bibirnya kerana kepalanya pasti Airish yang menelefonnya kembali. Malangnya, Dhia hampa. Dhia memejamkan matanya. Terasa perit dadanya apabila berperasaan begini. Rasa jantungnya dipalu dengan kuat tanpa henti. Sampai bila dia perlu jadi penunggu setia dalam menunggu lelaki itu.

Deringan yang kian bingit di telinga Dhia mengembalikannya kepada dunia yang nyata. Skrin telefonnya dipandang. Terbit keluhan di bibirnya apabila nama itu naik lagi di skrin telefonnya. Akhirnya, panggilan itu berjawab juga.

Kenapa susah sangat nak angkat call mama

Mama. Just straight to the point. Apa mama nak cakapkan lemah suara Dhia menyapa panggilan mamanya.

Macam mana Kamu berkenan tak dengan calon pilihan mama tu

Dhia memejamkan matanya. Jadi sampul surat yang dikirimkan oleh mama padanya adalah tentang calon pilihan mama terhadapnya. Licik betul mamanya. Kamu suka atau tidak dengan pilihan mama

Mama, tolong berhentilah cari pasangan buat Dhia. Janganlah mama bunuh lagi perasaan Dhia, ma. Dhia memejamkan matanya buat seketika.

Dhia.

Dhia harap mama faham dengan apa yang Dhia nak. Im sorry, mama. Im hang up.

BUAIAN di halaman ditolak perlahan Airish. Tangan yang menggengam mug berisi air Nescafe dihirup perlahan-lahan. Kepalanya mendongak ke arah langit membiru nun di atas sana. Beribu bintang terserlah di situ. Masing-masing cuba menonjolkan betapa bersinarnya mereka di antara bintang-bintang yang bersinar di situ.

Airish melepaskan keluhan berat. Pertemuan antara dirinya bersama pengurus peribadinya, Daniel semalam bermain di minda. Entah kali yang ke berapa perbualan itu diulang tayangkan otaknya. Fikirannya kini benar-benar teralih pada perkara itu. Apa lagi kalau bukan tentang dirinya yang tidak lama lagi akan bertolak ke London.

Kepalanya sedang mencongak akan beberapa hari lagi yang tinggal untuknya bersama Afiqa. Gadis itu. Dia sendiri tidak lagi memberitahunya akan perkara itu. Niatnya untuk memberitahu gadis itu sewaktu makan malam mereka berlangsung tidak menjadi apabila memikirkan tidak mahu merosakkan keromantisan suasana. Jadi, keadaannya sekarang ini Afiqa masih lagi belum tahu menahu tentang perkara ini. Sampai ke sudah!

Airish mengeluh.

Cuba teka. Siapa ni Kalau tak, aku bunuh.

Airish terkejut. Pandangan yang terarah kepada kolam ikan koi segera bertukar gelap. Suara garau yang menyapa telinganya dibuat endah tak endah sahaja. Macam sudah tahu-tahu sahaja siapa yang menerpa ke arahnya.

Tangan kau bau belacanlah.

Tangan yang menutupi kedua-dua belah tangannya dilarikan dari bertapak di permukaan kelopak mata Airish. Afiqa mengerutkan dahinya. Tangannya dibawa ke hidung. Lalu, diciumnya. Airish cuma memandang. Melihat sahaja gelagat Afiqa tanpa henti. Afiqa tiada bezanya dengan budak kecil, tengoklah gayanya. Aduhai.

Mana ada bau belacan! Tipu! Saya tak makan belacan pun.

Airish tersenyum kecil. Afiqa melabuhkan duduknya di sisi Airish menjeling sahaja ke arah lelaki itu.

Suasana bertukar sunyi. Airish dan Afiqa enak melayani diri sendiri. Airish menghirup perlahan air bancuhannya sendiri. Sesekali, kepalanya mendongak ke atas dan sesekali matanya terpandangkan Afiqa yang berada di sisinya. Suasana begini jelas membuatkannya terasa canggung pula. Kepalanya lantas mencari idea. Apa cerita yang dia mahu bualkan bersama

Airish.

Airish mengangkat mukanya. Keningnya terangkat sambil menghirup perlahan air Nescafe itu. Alah, comel betul gayanya.

Tiga permintaan tu masih valid lagi tak

Airish mengalihkan pandangan memanah tepat pada

Afiqa.

Apa kau nak

Dulu-dulu, mak saya selalu cakap, penawar yang paling terbaik di dunia ni adalah kemaafan. Kalau kita dapat maafkan kesalahan seseorang, maka Allah amat merahmati kita. Bukan senang nak cari kemaafan ni, tau. Kalau kita tak dapat memaafkan seseorang yang dah lakukan kejahatan pada kita, nanti di akhirat dia akan datang kembali pada kita. Merayu-rayu agar kita memaafkannya.

Mungkin orang akan cakap maafkanlah orang itu sebab kita ni manusia biasa sedangkan Rasulullah sendiri dapat maafkan umatnya, inikan pula kita. Tapi, orang yang bercakap itu tak akan rasa sama dengan apa yang dilalui oleh kita. Tapi, cuba.

Apa yang kau cuba nak sampaikan ni Airish pintas laju. Mendengar ceramah free Afiqa di tengah-tengah malam buta begini, kekadang membuat bulu romanya berdiri tegak pun ada. Lain macam saja gadis ni malam ni. Kenapa awak kahwin dengan saya

Airish mengeluh. Bukan aku dah jawab ke masa ke taman dulu

Afiqa menggeleng.

Awak tak cakap pun. Lepas awak culik Miss Universe ni, awak terus bawa saya ke taman. Then, awak cakap pada saya marry me! Then, puf! Kita balik macam tu aje.

Tu mimpi kau ke

Dalam mimpi, saya tak pernah mimpikan awak. Tahu ujar Afiqa geram.

Aku kahwin dengan kau sebab, pa, Airish termati sendiri dengan kata-katanya. Akalnya menegah sama sekali daripada membangkitkan nama papanya. Airish terdiam sebelum bersuara akhirnya.

Aku kahwin dengan kau sebab aku nak selamatkan karier aku.

Kenapa awak tak selamatkannya dengan kahwin dengan Dhia Pujuk dia. Kan kalau macam tu, lebih senang spontan soalan itu terkeluar dari mulut Afiqa.

Airish yang mendengarnya terdiam. Soalan membunuh itu agak menyentap perasaannya. Terus, takkanlah dia mahu katakan semua itu atas suruhan papanya

Entah. Aku tak jumpa sebarang solusi dengan kahwin dengan Dhia masa tu.

Afiqa mengangguk dengan soalan Airish. Mengiakan sahaja.

Jadi, awak kahwin dengan saya selama ni hanya disebabkan karier aje, kan Tak lebih dari tu, kan

Airish tergamam. Semakin banyak soalan Afiqa, lidahnya semakin kelu untuk menjawab. Lambat-lambat Airish mengangguk. Suasana bertukar 100 peratus menjadi sunyi sepi. Masing-masing mendiamkan diri, melayani perasaan sendiri. Mata mereka berpandangan sesama sendiri.

Airish, Panggil Afiqa lembut.

Hmm...

Inilah masa untuk awak berdiri dengan lebih megah lagi. Ingat, saya wujud di sisi awak hanya sebagai penyelamat karier awak. Dan awak wujud di sisi saya sebagai penyelamat saya. Penyelamat daripada kesengsaraan diri sendiri. Awak dah bukak mata saya. Pergilah. Teruskan karier awak. Afiqa berjeda seketika. Nafas yang sekian lama berkurung dalam diri, dilepaskan perlahan.

Apa yang saya maksudkan, pergilah ke London. Ingat di mana dan apa yang awak angan-angankan dulu. Jangan risaukan saya. Im okey. Saya bukannya budakbudak lagi. Saya boleh jaga dirilah.

Airish terpempam sudah. Lama matanya melekat di mata bundar gadis itu.

Tak penting dari mana saya tahu. Tapi, theres no

need for you to worry about. I can take care of myself, pintas Afiqa lembut.

Kepalanya ditunduk menekur rumput di bawah sana. Entah kenapa kata-katanya sedikit sebanyak mengusik perasaannya sendiri. Rasa canggung akibat suasana yang bertukar itu menyebabkan Afiqa yakin dengan langkah yang dibawanya.

Malangnya, baru tubuhnya ingin pergi tangannya direntap Airish. Memaksanya untuk berhenti. Afiqa memusingkan wajahnya ke belakang.

Kau betul-betul okey

Afiqa tersenyum seraya mengangguk.

Lagipun selama ni, saya memang hidup sendiri, pujuk Afiqa lembut. Sedikit sebanyak hatinya terusik dengan sikap lelaki yang tidak disangka-sangkanya itu. Beginikah rupa dan rasanya apabila dikasih oleh seorang lelaki Ah! Terlalu indah buatnya jika ia menjadi kenyataan.

Tapi, kalau Rayhan datang sini, macam mana

Afiqa terkejut dengan pertanyaan Airish itu. Namun, bibirnya mengukirkan senyuman. Cuma senyuman tawar sahaja.

Rayhan, kan ikut awak sekali

Airish menggeleng dengan kenyataan Afiqa itu.

Rayhan just stay there in around one week only.

Afiqa jelas kaget lagi. Tapi, wajahnya pantas dikawal riaknya agar tidak terlalu jelas menampakkan dirinya yang terkejut dengan berita itu. Hanya renungan Airish dibalas tanpa sebarang reaksi.

Tak apa. Saya boleh jaga diri nanti.

Tak mustahil dia boleh datang sini nanti. Kalau dia buat apa-apa pada awak, macam mana gengaman Airish langsung tidak dilarikan dari lengan Afiqa, malah semakin kuat pula. Afiqa langsung tercengang. Tidak terjangka sebegini rupa Airish risaukannya. Hati perempuannya cukup terharu saat mendengarnya. Terasa dirinya dilindungi.

Airish mengangkat keningnya tatkala Afiqa mendiamkan dirinya lama. Lengan Afiqa enggan dileraikan. Kuat pegangan digengamnya sama seperti hatinya sendiri tatkala ini. Kuat, langsung tiada petanda akan pegangan itu akan dileraikan nanti.

KOMPUTER yang terpasang di hadapannya langsung tidak terusik. Sebaliknya hanya matanya terarah di situ, hakikatnya bukan hatinya. Fokusnya sudah melayang entah ke mana. Niat ingin menyambung tulisan novel, tergendala begitu sahaja. Tidak berminat.

Apa yang lebih menarik minatnya, adalah Airish. Peristiwa semalam begitu meninggalkan kesan yang mendalam padanya. Ada rasa terharu dan ada juga rasa berat hati. Mr. Teddy pemberian Airish dijeling Afiqa.

Lalu, teddy bear tersebut diambil lalu dipeluk sekuat hati. I heard that Airish is hesitating to go to London because of you. Itu yang Daniel bagitahu I. Betulkah lembut Dhia bertanya.

Disebabkan saya

Dhia mengangguk sahaja dengan kata-kata itu.

I bukannya berniat nak masuk campur, but whatever the problems between you guys, you tak boleh buat Airish macam ni. Airish dah lama tunggu saat-saat macam ni. Dia dah lama pasang cita-cita nak jadi selebriti ni. You tak boleh musnahkan masa depan dia.

Kenapa disebabkan saya soal Afiqa tersekatsekat. Ingin kepastian yang pastinya. Dirinya benar-benar dilanda rasa aneh begini.

Entah. Tapi, apa yang Daniel cakap pada I, dia tak sanggup tinggalkan you sorang-sorang. Dia bimbangkan keadaan you.

Sungguh Afiqa tidak menyangka begitu sekali prihatinnya lelaki itu terhadapnya. Sedangkan dirinya Adakah dirinya juga seprihatin begitu terhadap Airish Mr. Teddynya dijulang meninggi ke atas.

Tuan kau betul-betul sayangkan aku ke bulu di sekitar kepala Mr. Teddynya diusap-usap berkali-kali.

Airish..., ujar Afiqa sendiri, menganggap teddy bear itu adalah Airish. Matanya seolah-olah ternampak wajah Airish terpampang di muka teddy bear tersebut.

Saya suka awak. Awak tahu, tak I dont know where

this feeling does starts but now what Ive realized. Saya dah tak boleh membenci awal lagi walaupun saya nak berlagak yang saya tak sukakan awak pun rasanya tak boleh. Cara yang tinggal untuk saya adalah saya akan buat awak rasa saya seolah-olah tak sukakan awak, luah Afiqa jujur dari lubuk hatinya yang paling dalam. Betul. Ini adalah perasaannya. Dia tidak mampu menafikannya lagi.

Semakin lama berhadapan dengan Airish, semakin hatinya terasa sesak. Mana mungkin dia mahu mengelak dari berjumpa lelaki itu jika sudah namanya duduk sebumbung. Setiap minit dan jam, hanya wajahnya bertamu di mata. Sukar dibuang wajah itu.

Patut ke aku cuba meluahkannya