DIARI CINTA ROMEO - 28
Bila dapat online, aku rasa macam baru boleh bernafas semula. Runsing aku. Internet dah macam makanan dalam hidup aku. Jadi bila aku tak dapat online, boleh gila jadinya. Tu pun aku online dekat cc. Dia punya laju internet tu macam nyawa-nyawa ikan. Geram aku. Line macam siput. Serupa tak payah bukak cc. Baik aku bawak laptop aku pergi lepak Starbucks. Nasib baik dekat pekan aku ni takde Starbucks.

Bila dah online, macam-macamlah konon nak cari. Perasaan excited tu hanya di rumah. Bila dekat cc, semuanya hilang. Bosan lagi adalah. Bukak twitter, tengok siapa mention, follow, unfollow, retweet, like dan balas tweet orang. Scroll timeline, baca tweet-tweet retis, baca tweet orang yang ala-ala retis, bosan. Aku stalk profile @johobaru. Takut-takut kalau tee 01 limited edition dah keluar, tapi belum release lagi. Tapi diorang ada event 30 Jun nanti. #GetUpKluang. Terus aku masukkan dalam schedule aku. Wajib hadir. Aku check email. Takut-takut result BN Youth Volunteer dah announced. Aku ada apply. Tak tahulah dapat tak. Sebenarnya aku pun kabur lagi. Apa yang kena buat, bila kena pergi, dekat mana, perbelanjaan bagai. Tapi aku apply jugak. Kalau dapat, dapatlah. Pengalaman tu yang penting. Itu yang aku mahukan sebenarnya.

Bukak tumblr, bosan. Sebenarnya aku pun tak tahu nak buat apa. Semuanya aku dah buat, tapi kenapa rasa macam kurang lagi. Ada benda yang aku tak buat. Aku tengok keadaan sekeliling. Kebanyakannya budak sekolah. Semua bukak facebook. Aku sorang je bukak twitter. Tangan ke bahu, mata pandang atas. Diorang ni, sangat budak sekolah.

Along : Kau jadi keluar tak

Aku : Dah keluar pun. Aku dekat cc

Along : Oh. Datang rumah tak

Aku : Kejap lagi. Nak cendol tak

Along : Kalau nak belanja, aku okay je

Aku : Jap lagi aku datang

Bila dah takde benda nak buat, aku sign out. Aku bayar, aku terus gerak ke rumah along aku. Sebelum tu, singgah cendol kejap. Tak bestlah pulak datang tak bawak apa-apa. Along aku ni umur 28 tahun. Dah kahwin. Anak dah dua. Anak sulong, nama dia Asyraf. Umur 6 tahun. Adik Asyraf pulak Dania. Umur 2 tahun. Dua-dua comel. Sangat comel. Geram aku dibuatnya. Kalau dekat kolej, aku lebih rindukan budak-budak ni daripada mak ayah aku.

Abang, demam eh Badan panas ni Aku

Aah Asyraf

Pening tak Jom pergi klinik Aku

Taknak. Nanti tidur hilanglah pening ni. Sikit je Asyraf

Eley, abang takut pergi klinikkan Aku

Jangaaaaaaaaaan Asyraf

Dia merengek. Comel. Petah bercakap. Badan dia panas. Demam sebab rindukan nenek dia. padahal tak sampai seminggu balik rumah mama a.k.a Along aku. Asyraf ni memang rapat dengan nenek a.k.a emak aku. Dulu masa Asyraf ni baby lagi, mak aku yang jaga dia sebab Along dengan abang ipar aku kerja. Kadang-kadang seminggu sekali baru dia balik rumah. Kadang-kadang, dia tak balik langsung. Sebab dia yang tak nak. Lepas along aku mengandungkan Dania, baru dia berhenti kerja. Masa tu lah Asyraf ni baru nak rapat balik dengan mama dan ayah dia. tapi rapat-rapat macam tu jugak.

Malam ni macam biasalah rutin harian aku, tengok tv. Ada hindustanlah. 3 Idiots. Sebenarnya dah banyak kali tengok cerita ni. Dalam laptop aku pun ada. Tapi bila ditayangkan dekat tv, tetap jugak nak tengok. Feel dia lain macam.

Esok aku nak keluar sebenarnya. Sebab masa kitorang pergi kenduri Kak Limah hari tu, kitorang ada plan nak keluar lagi hari khamis. Sebab masa kenduri hari tu, dah lewat sangat. Jadi masing-masing tak puas. Aku mesej Zamir, Dja, Arep, Idayati confirmkan balik tentang esok. Masing-masing tak reply. Macam tak jadi je diorang ni. Janganlah tak jadik. Bukan selalu boleh jumpa. Masing-masing sibuk. Sementara ada masa ni, kenalah jumpa. Keep in touch. Tak gitu.

Zamir : Pakcik..sy xda,xda pn kt rumah..esk mlm bru blik..=)

Aku : k

Argh, jawapan yang sangat mengecewakan Zamir. Tapi takpleah, kita cuti 3 minggu lagi. Ada masa. Tapi kalau kau senyap je, aku jentik kerongkong kau.

Idayati : InsyaALLAH.aku kat kemamang lgi.eh,suma dak kelas kaw an an

Aku : Tak jugak. Tak tahulah sebab masing-masing tak confirmkan lagi. Kau sampai pukul berapa ni

Idayati : Ikut jgkaan pagi dlm kul4,5 gitu kot.kalau smpisubuh aku boley je gerak lg.gha ikut.

Aku : Aku rasa better kau pergi tidur sekarang

Idayati : Aku da puas tdo dlm bus.haha.t pepagi buta aku komferm kat kau naah.kalau akungantuk nak drive,kaw kan ada.

Aku : Aku boleh drive tapi ke laut. Haa. Jangan lupa bawak penyu sekor

Idayati : Haha.esok aku bakar lesen kaw.aku xsmpt tgk penyu.aku tgk y hnsem2 je.

Aku : Amboi, gatal. Eh dah, p tdo.

Idayati : Horite.t lah aku komferm kat kaw esok.

Aku : ok

Malam ni aku tidur lambat. Pukul 3 pagi. Lambatkah Selalu dekat kampus pukul 4.00. Lewatlah jugak kalau dekat rumah. Masa cuti ni lah sebenarnya masa nak keluar dengan kawan-kawan sekolah. Setakat ni aku keep in touch dengan Zamir. Kawan-kawan lain tu ada mesej macam tu je. Jumpa pun jarang. Ada yang tak pernah jumpa lansung. Masing-masing dah ada komitmen masing-masing.

Nak dijadikan cerita, pagi ni aku bangun lambat. Sangat lambat. Aku janji dengan diorang pukul 10 tapi aku bangun pukul 9.58 pagi. Macam mana tu Nak tak nak kena tebalkan muka. Cakap dengan diorang yang aku kena lambat sikit. Idayati macam tahu-tahu aku baru bangun. Segan sikit je. Semalam aku yang suruh dia tidur awal. Tapi aku yang bangun lambat. Mandi koboi. Siap mandi, mak aku suruh aku makan dulu. Tunggu sampai dia siap masak. Makin lambatlah aku. Idayati dengan Arep dah mesej aku. Aku buat bodoh je. Serba salah. Last-last, aku jumpa diorang pukul 11. Bukan lambat sikit tapi lambat banyak. Sorry kawan-kawan. Moral of the story, jangan lupa bangun Subuh. Kalau tak, kau akan terlajak.

Sampai Kluang Mall, Dja mesej aku.

Dja : Apis , aq nak mtak maaf x dpt join . Sbb kpale aq sakit sgt , mgrain aq dtg . X blh bgnla pis . Jap g aq nak p berubt gan mak ayh aq . Sory eh

Aku : Okay, take care

Aku tak tahu pulak yang Dja ada migrain Takpelah kalau dia tak sihat. Lain kali, boleh jumpa lagi. Sehari di Kluang Mall, pergi makan dan tengok Men In Black 3. Cerita yang kelakar tapi bosan sikitlah.

Eh Kak Limah ajak datang rumah dialah Idayati

La buat apa Aku

Akukan tak datang Majlis dia hari tu. Jadi dia suruh datanglah Idayati

Dia tahu kita kat Kluang ni Aku

Tahu, tapi aku tak confirmkan lagi nak datang atau tak Idayati

Kalau macam tu, datanglah. Tak sedap pulak tak datang. Dia pun tahu kita dekat Kluang ni. Kalau dia tak tahu, takpelah jugak Aku

Okay aku beritahu dia Idayati

Kitorang gerak ke Rumah Kak Limah pukul 4.15, lebih kurang macam tu. Sampai rumah dia, bual-bual sikit. Tak boleh lama sebab dah lewat. Mak aku pun dah telefon. Dia pesan jangan balik lambat. Tak pasal-pasal kena bahan Anak Dara dengan diorang. Tapi Idayati, kau memang super awesome today. Thanks.