Kalau ikutkan Adwan tak benarkan dia ke Lovely Bakery, tapi dia berkeras. Tak kan nak membiarkan Amanda menguruskan kaf seorang diri. Cukuplah ketika kehilangan sementara dia beberapa bulan yang lalu. Kasihan Amanda seorang diri terkontang-kanting buat semua kerja. Mana nak uruskan kaf. Mana nak menjaga Adwan.
Siapa Qaireen Sergah seorang perempuan yang berpakaian agak menjolok mata menerjah masuk ke dalam kaf. Suaranya yang tinggi membuatkan pengunjung lain menoleh ke arahnya.
Mata Qaireen mengecil. Cuba untuk mengingati siapakah perempuan seksi ini. Pernahkah dia berjumpa.
Ada apa
Terhinggut bahu Qaireen. Baru saja dia nak menyahut, Amanda yang tiba-tiba muncul di belakangnya terlebih dulu menjawab.
Kau siapa Qaireen Soal perempuan seksi itu. Merenung Amanda dari atas ke bawah.
Kau yang masuk ke sini, kau boleh tanya aku siapa Mata Amanda dah terjegil.
Rasa nak saja dia tampar perempuan biadap ni. Sudahlah perempuan tu tengok dia dari atas bawah serupa macam nak telanjangkan dia. Masuk kedai orang ada hati nak marah-marah.
Qaireen dah rasa lain. Dia dapat lihat bungabunga pergaduhan bakal berlaku. Kalau dia tidak bertindak sekarang, ada acara tarik menarik rambut dan tudung bakal berlaku nanti. Tapi, siapakah gerangan perempuan seksi ni Jangan cakap dekat dia perempuan seksi ni salah seorang skandal Encik Playboy Pencen tu.
Babe, dia sentuh lengan Amanda.
Amanda cuma beri isyarat mata, jangan-masukcampur, biar aku yang uruskan.
Bahasa mata Amanda semakin membuat Qaireen tak senang hati. Sudahlah hampir semua orang dalam kaf macam seronok aje tengok drama sinetron ni.
Kau Qaireen Isteri Adwan Tanya perempuan seksi itu sekali lagi.
Aku Amanda, adik dia. Ada hal apa kau cari Qaireen Kasar suara Amanda bertanya semula. Langkahnya semakin didekatkan dengan perempuan seksi itu.
Qaireen mengekor rapat. Seboleh mungkin dia tak mahu apa-apa pergaduhan tercetus. Malu pada pelanggan mereka. Amanda ni pun satulah. Tak perlu kut melayan kerenah kurang matang perempuan seksi ni.
Adik Hmmm tak sangka pula aku Adwan ada adik perempuan yang mulut biadap macam ni. Berbeza betul perangai kau orang dua beradik. Hei, Adwan aku tu sopan dan penyayang orangnya. Bahasa dia pun sedap di dengar, perempuan seksi itu mencemik. Mengejek sikap Amanda. Siap ditunjalnya lengan Amanda.
Automatik Amanda menoleh pada Qaireen dengan mata yang terbuntang sambil menepis jemari perempuan seksi itu.
She said what Adwan aku Kening Qaireen bercantum. Rasa-rasanya telinga dia belum nak pekak lagi. Seriuslah, siapa perempuan seksi ni Dah tahu Adwan tu suami orang, kenapa berani-berani mengaku Adwan aku
Saya Qaireen. Nada Qaireen Binti Mohd Noh. Isteri kesayangan Zulfan Adwan Dato Zayd, dengan berlagaknya dia perkenalkan diri kepada perempuan seksi itu.
Tanpa amaran perempuan seksi itu menampar Qaireen.
Ouchhh! Suara Qaireen bergema.
Tangan kirinya naik menyentuh pipi. Perit. Nasib sahaja dia tidak jatuh. Menyesalnya memperkenalkan diri. Itulah Amanda dah tak bagi, tapi dia beria-ia nak juga beritahu nama. Sudahnya, dapatlah hadiah percuma.
Cuma sekarang ini dia hairan. Macam pernah alami perkara yang sama. Macam dejavu. Oh, ya! Dia baru teringat. Dia pernah ditampar sebelum menjadi isteri Adwan.
Kurang ajar! Amanda membalas tamparan perempuan seksi itu. Sakit hati dia bila Qaireen diperlakukan begitu.
Ouchhh! Giliran perempuan seksi itu pula menjerit.
Astaghfirullahalazim!
Semua mata tertumpu pada pemilik suara garau yang menegur. Lelaki itu kelihatan terkedu melihat adegan yang berlaku di hadapan matanya.
Smeluru pada pemilik suara garau sambil AYANGGG perempuan seksi itu terus
memegang pipinya yang baru ditampar.
Hei, jangan kau berani sentuh dia! Cepat-cepat Qaireen menghalang bila melihat perempuan seksi itu cuba memaut lengan kekar pemilik suara garau itu. Dia besarkan matanya pada pemilik suara garau.
Saya tak tahu apa-apa, sayang. Adwan menggeleng. Tangannya melingkar pada pinggang Qaireen. Menarik rapat tubuh Qaireen ke badannya biar pun Qaireen berkeras tidak mahu.
Adwan, how dare you Suara gedik perempuan seksi mengganggu permainan mata Adwan dan Qaireen. Dia mencuba lagi untuk memaut lengan Adwan.
Dont touch him! Qaireen menepis lagi.
Malas mahu menjadi perhatian orang ramai, Adwan bawa Qaireen ke sudut kaf. Perempuan seksi itu tanpa silu turut mengekori mereka.
Amanda ketawa lalu beredar dari situ. Dia malas nak masuk campur. Pandai-pandailah pasangan suami isteri itu menguruskan perempuan seksi ini. Asalkan pelanggan dia tak lari tinggalkan kedai sudah cukup.
Apa you buat dekat sini, Norish Pandangan Adwan beralih pada perempuan seksi itu.
Hmmm Norish. Bekas awek ke Qaireen berbisik.
Masa zaman jahiliah dulu. Adwan membalas. Berbisik sama.
Teruk betul selera awak. Macam orang duduk zaman batu. Tak cukup kain. Dasar playboy. Qaireen mengejek.
Saya dah tak ada seleralah dengan dia. Saya suka yang bertutup semuanya. Adwan hadiahkan ciuman kilat pada pipi Qaireen. Membuktikan kebenaran kata-katanya.
Yalah tu. Qaireen menjeling manja.
Adwan, sampai hati you buat I macam ni Sekali lagi suara gedik perempuan seksi yang dipanggil Norish mengganggu perbualan Adwan dan Qaireen.
I buat apa dekat you Adwan bertanya garang. Matanya kembali memaku pandang Norish.
Sebenarnya dia tak sangka Norish masih mengejar dia. Seingat dia sudah lebih dua tahun mereka tidak berhubungan. Entah mimpi apa agaknya perempuan ini datang mencari dia. Dah tak ada poket tebal yang nak dikikis agaknya.
You jangan berpura-pura tak tahu, Adwan. Bukan ke selama ini you seronok mengulit I Norish mula menabur fitnah. Dia menjeling Qaireen di sisi Adwan. Mahu melihat reaksi isteri Adwan.
QAIREEN merenung Adwan tajam. Mencari andai ada riak bersalah pada wajah Adwan.
Tak ada. Dia tak nampak riak itu. Malah dia nampak Adwan lebih tenang. Macam selalu. Maknanya Norish sudah memfitnah Adwan. Ya Allah, terima kasih kerana memberi aku keyakinan dalam mempercayai suamiku ini.
You jangan buat fitnah, Norish. Tolong jangan ganggu I lagi. I dah berkahwin. I dah ada isteri.
Pergilah. Pergi cari lelaki lain.
I tak nak lelaki lain. I nak you, Adwan. I nak you macam dulu-dulu. Please, Adwan. Be mine. Norish merengek. Dia tahu kata-katanya tadi tidak terkesan. Baik pada Qaireen mahu pun Adwan sendiri.
Terkebil-kebil Qaireen mendengarnya. Eh, perempuan seksi ni Buat drama pula. Yang kau nakkan tu suami aku. Yang kau merayu tu suami aku. Kau faham tak maksud suami orang Ada juga yang makan penampar ni nanti.
Adwan memperkemaskan pelukannya pada pinggang Qaireen. Dia nampak ada aura nak membunuh pada wajah Qaireen. Dia tersenyum segaris. Kalaulah Qaireen tahu apa yang hati dia katakan, bukan Norish sahaja yang kena bunuh. Dengan dia-dia sekali agaknya.
Adwan, please Norish merayu lagi.
I tak boleh jadi lelaki yang you nak, Norish. I bukan lagi lelaki yang dulu yang pernah you kenal. I dah berubah. I minta maaf atas sikap I yang dulu-dulu tu pada you. I kesal membuat you jatuh hati pada I. Tapi, sekali lagi maaf, I memang tak boleh terima you, panjang lebar Adwan menerangkan duduk perkara sekarang ini. Dia berharap sangat Norish faham pendirian dia sekarang.
Sampai hati you, Adwan suara Norish berubah serak. Air matanya mula mengalir. Mula-mula sedikit. Lama-kelamaan semakin lebat.
Qaireen gigit bibir. Tak sampai hati pula dia melihat keadaan Norish. Dah macam perempuan mati laki. Memanglah tamparan Norish tadi masih terasa keperitannya, tapi sebagai seorang perempuan dia faham apa yang Norish rasa sekarang ini.
Dia hela nafas dalam-dalam sebelum berbicara.
Buat rugi aje Cik Norish menangis kerana lelaki
ini, Qaireen jeda seketika.
Norish panggung wajah. Merenung Qaireen.
Sebab lelaki ini tak akan pandang perempuan lain selain yang halal buat dia. Qaireen menyambung. Lembut. Kata-kata yang diungkapkannya walaupun mudah, tapi berbisa pada yang terasa.
Way to go, girl! Spontan Adwan mengucup pipi Qaireen.
Serentak itu Qaireen memukul lengan Adwan. Malu diperlakukan begitu di tempat awam. Dah beberapa kali dia cuba untuk melepaskan tangan Adwan yang memeluk pinggangnya tetapi tidak berjaya. Malas nak bergaduh, dia membiarkan sahaja perlakuan Adwan.
Norish seka air matanya. Dia merenung Qaireen dan Adwan bersilih ganti. Tanpa melontar sebarang kata, dia keluar dari situ. Tak berpaling walau sekali.
Adwan menarik nafas lega. Qaireen di sisinya dipandang.
Terima kasih, sayang, dia tersenyum.
Untuk Kening Qaireen terjongket tinggi.
Menjaga maruah saya. Maruah awak.
Itu kisah silam awak. Saya tak berhak nak menghukum. Saya terima awak selepas awak berhijrah. Berhijrah dari yang negatif kepada yang positif. Qaireen mengangguk bila Adwan buat muka tak faham.
Qaireen, awak buat saya semakin jatuh cinta. Semakin jatuh sayang pada awak, tahu tak Adwan kenyit mata nakal.
Qaireen menggeleng. Adwan ni ayat tu kalau tak beli jiwa dia memang tak sah. Manis bergula. Macam gula penuh satu lori yang tumpah di atas jalan raya.
Sudah-sudahlah bercengkerama tu. Tak malu ke orang sekeliling tengok. Amanda yang berdiri di balik kaunter menegur.
Cemburulah tu. Adwan mencebik.
Perlahan-lahan pelukan pada pinggang Qaireen dilonggarkan. Waktu itu, barulah dia pandang sekeliling. Malunya bila mata dia bertembung dengan mata pengunjung kaf ini. Tadi masa buat, dia tak terfikir pula nak rasa malu.
Eh, tak ada masa orang nak cemburu bagai! Amanda jelir lidah.
Boleh percaya ke Adwan masih tak puas lagi masih mahu mengusik Amanda. Rasa macam dah lama dia tak bergurau begini dengan si adik.
Awakkk satu cubitan Qaireen hadiahkan pada lengan Adwan.
Kalau dia tak hentikan, memang pertikaman lidah dua beradik ini akan berterusan. Silap-silap bersambung-sambung sampai keesokan harinya. Bukan dia tak tahu perangai keanak-anakan Adwan dan Amanda. Kalah budak tadika.
Sayang dah ready ke Adwan baru teringat sesuatu. Fokusnya kembali pada si isteri.
Ready Bersedia untuk apa Bersedia ke mana Bertalu-talu Qaireen menyoal.
Lupalah tu. Kitakan dah bincang malam tadi. Adwan jegilkan matanya.
Ada ke Allah, saya lupalah. Ready apa ya Puas Qaireen kerutkan keningnya. Namun sampai ke sudah dia tak dapat jawapannya.
Kan kita nak jumpa doktor hari ni. Pemeriksaan kehamilan awak tu, beritahu Adwan.
Aahlah. Sekejap, saya pergi ambil beg. Qaireen mahu berlalu tetapi langkahnya terbantut bila Adwan melelar semula pergelangan tangan dia.
Sakit tak Adwan menyentuh pipi Qaireen.
Dia baru ternampak bekas tamparan pada pipi Qaireen. Sangka dia hanya Amanda sahaja yang menampar Norish tadi. Rupa-rupanya tindakan Amanda itu bersebab. Mahu membela Qaireen. Kalau nak harapkan Qaireen yang membalas, memang taklah. Dia kenal Qaireen. Qaireen bukan pendendam orangnya.
Sentuhan awak ni Qaireen meletakkan tapak tangannya di atas belakang tangan Adwan. Dia tersenyum.
Adwan kerut dahi. Pelik.
Dah hilangkan rasa perit di sini, sambungnya dan terus berlalu.
Subhanallah. Ya Allah, aku pohon kepadamu untuk tetapkan hatiku ini hanya untuk dia. Adwan berbisik dalam hati.