DIA merenung jauh ke arah ladang teh yang luas terbentang di hadapan. Dari kejauhan itu, diperhatikan pekerja-pekerja yang sibuk memetik daun-daun teh yang masih muda dimasukkan ke dalam bakul. Sungguh tekun mereka mencari rezeki demi sesuap nasi di pagi yang hening.
Qamra Ain tersenyum sendiri. Di sini juga arwah Babahnya mencari rezeki dan membesarkannya bersendirian setelah ibunya pergi mengejar lelaki yang berharta. Kata Babah, mereka lambat mendapat zuriat. Itupun setelah puas berubat ke sana ke mari. Selepas 10 tahun berusaha, lahirlah dia ke dunia.
Walaupun mereka berdua hidup bersederhana, tak pernah arwah Babahnya lupa akan tanggungjawab yang digalas oleh seorang ayah. Membesarkan dan menyekolahkannya sehingga ke tahap ini. Dia masih berasa terkilan kerana di saat semakin hampir mengapai impian, tak sempat insan mulia itu mengecapi kejayaannya.
Air mata yang menitis tanpa disedari membasahi lencun ke dua pipinya. Hari ini, genap 2 tahun Babah pergi tinggalkannya sendiri. Mak Piah ada juga mengajak tinggal bersama namun dia menolak dengan alasan lebih suka tinggal di rumah peninggalan arwah Babahnya. Sekurang-kurangnya dia dapat merasai aura Babah yang masih ada di dalam rumah usang itu.
Anak Babah seorang ni, dah besar nanti citacita nak jadi apa
Ain nak jadi Doktorlah, Babah. Ain nak rawat ramai orang yang sakit macam Babah. Nanti bila Ain dah jadi doktor, Ain nak rawat penyakit Babah. Doakan Ain berjaya tau!
Babah, maafkan Ain sebab tak tunaikan janji Ain pada Babah Ain tak sanggup lagi, Babah. Sesungguhnya Ain tiada kekuatan untuk teruskan impian yang Babah mahukan ucapnya dalam nada teresak-esak di kala tangan ligat mengutip daun-daun teh muda.
Diseka air mata dengan hujung lengan baju. Setahun berlalu dirasakan arwah Babah masih ada jauh di tengah ladang teh sana. Bersama-sama Pak Mael dan Mak Piah.
Jauh kau mengelamun teguran seseorang dari belakang menyentak terus dari lamunan yang panjang.
Dia terus mendongak ke atas. Kelihatan seorang yang sedang berdiri segak berpakaian suit hitam merenung tepat ke arahnya sambil menghadiahkan sebuah senyuman.
Reza
Ingatkan kau dah lupa nama aku, usik lelaki itu. Disebabkan cuaca panas, Reza Rizman menanggalkan blazer hitam lalu disidai atas lengan.
Macam mana kau tau aku di sini tertanyatanya juga Qamra Ain setelah sekian lama lelaki ini tak didengari khabar berita sejak di hari Babahnya meninggal.
Aku singgah ke rumah kau tadi. Jiran sebelah bagitau yang kau bekerja di ladang teh. Jadi terus aku ke sini. Kulit kau pun dah gelap, jom aku belanja kau minum teh. Boleh kita berborak panjang, ajak Reza Rizman serta menghulurkan tangan membantu Qamra Ain naik ke dataran.
Dia yang teragak-agak pada mulanya hanya memaut lengan Reza Rizman yang beralaskan lengan kemeja.
S
EMENTARA menanti Reza Rizman, Qamra Ain meluaskan pandangan ke luar jendela. Ladang
Teh Boh di Sungai Palas yang nun menghijau luas terbentang. Di sini dia merasakan ketenangan seketika ditemani oleh lelaki yang masih lagi mengingatinya walhal setahun tak berjumpa.
Kenapa mesti Reza Kenapa tak Hardie yang datang cari aku
Bunyi cawan bertemu piring dihidang atas meja mematikan terus lamunannya. Qamra Ain mengalih pandangan terus ke wajah Reza Rizman yang sedang mengalihkan cawan teh satu lagi. Kemudian dia pergi meletakan tray di tempat yang disediakan dan kembali semula ke meja. Blazer disidai belakang kerusi lalu duduk mengadap Qamra Ain.
Kau dah tukar nombor ke Puas aku call tak dapat, bicara Reza Rizman memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
Sejak dari di ladang teh tadi hingga ke sini, Qamra Ain lebih banyak diam. Hanya dia yang bersuara bertanyakan itu dan ini. Sepuluh soalan, sepatah jawapan dari Qamra Ain.
Reza Rizman meneguk perlahan air yang beransur suam. Sambil itu diperhatikan hujung jari telunjuk Qamra Ain bermain-main di hujung cawan. Dia melepaskan keluhan perlahan sambil meletakkan cawan ke piring semula.
Sampai bila kau nak terus diam begini, Qamra Mana karakter kau yang aku pernah kenal dulu Aku tau aku tak layak untuk bertanya, tapi berilah aku peluang untuk aku bantu kau
Aku bukan Qamra Ain yang kau pernah kenal dulu
Bersuara juga kau akhirnya penat aku nak tunggu kau buka mulut, seloroh Reza Rizman dalam suasana yang masih tegang. Dia harus beri ruang untuk gadis itu menerima kedatangannya secara mengejut.
Qamra, aku ke sini bukan sebagai seorang yang pernah menjadi sahabat kau tujuan aku ke sini
Kalau kau ungkit lagi! Baik kau balik! Qamra Ain pantas bangkit dari kerusi dan sudah bersedia untuk beredar namun sempat dihalang oleh Reza Rizman.
Sabar dulu, Qamra. Dengar dulu penjelasan aku. Jangan ikutkan amarah dendam di hati kau. Aku ke sini sebagai seorang abang. Aku tau kau tiada sesiapa lagi di samping kau sekarang. Aku nekad dalam diri aku yang kau, aku anggap seperti adik aku sendiri. Aku nak kau sambung semula pengajian kau. Aku nak kau berjaya capai cita-cita kau Qamra. Tentang yuran atau apa saja, kau jangan risau. Semuanya aku dah uruskan.
Kau dah banyak bantu aku cukuplah, Reza. Aku tak nak susahkan kau lagi. Qamra Ain duduk semula di kerusi bila hati kembali reda. Pada mulanya dia mensyaki kemunculan lelaki ini semula adalah menagih semula cinta darinya.
Susah apanya, Qamra. Aku tak nak kau sia-siakan usia muda kau. Kau berhak miliki kebahagiaan. Kisah lalu, lepaskan ia pergi. Aku nak kau kembali seperti yang aku kenal dulu, yang cekal dan tabah. Oh ya lupa aku nak bagitau, aku dah kerja tau lepas graduate.
Mels Express soal Qamra Ain dengan seciput senyuman sekilas memandang ke arah sulaman nama Reza Rizman berserta logo syarikat perkhidmatan penghantaran itu. Sebagai kenalan lelaki itu, dia turut lahirkan rasa bangga.
Reza Rizman mengangguk. Terasa lega selapanglapangnya selepas dapat mengembalikan semula keceriaan di raut wajah Qamra Ain.
Penolong Pengurus IT Audit aje, Qamra. Dah setahun aku kerja kat situ. Kalau kau nak aku boleh rekemen, kan Nak
Ada jawatan apa
Kau cakap aje jawatan apa kau nak. Pegawai ada, Penyambut Tetamu ada, Despatch ada ops! Baru aku teringat, despatch untuk lelaki aje. Pengasingan Mel
Pengasingan Mel, aku nak kerja kat tempat tu.
Tempat tu sibuk sikit kerjanya, Qamra. Takut kau tak terbuat nanti.
Kalau tak, tak apalah jawab Qamra Ain bersaja. Bertukar intonasi suara serius. Kalau tadi, ada juga kelembutan dalam setiap bicara.
Okey okey boleh aje. Janji kau selesa dari kerja kat sini tak sesuai dengan kau, Qamra. Terpaksa Reza Rizman mengikut kemahuan Qamra Ain sebelum gadis itu mengubah keputusan, masak dia hendak memujuk sekali lagi.
Nasihat Reza Rizman membuatkan Qamra Ain terdiam. Setahun tiada satu khabar berita yang diterima dari Qamra Ain apatah lagi sukar untuk dihubungi bila mendapat tahu nombor talian ditamatkan. Tunku Hazreen pula setiap kali berjumpa, tak jemu-jemu bertanyakan tentang Qamra Ain. Setiap kali bertanya, setiap kali jawapan tetap sama. Sampai ke hari ini, dia merahsiakan lokasi di mana Qamra Ain bersembunyi.
Tunku Hazreen juga yang menyuruhnya memujuk gadis ini menyambung semula pengajian yang tergendala. Segala-galanya telah diatur oleh keluarga kerabat itu. Tun Tunku Harith juga telah berbincang dengan pihak pengurusan A-AH membenarkan gadis itu menyambung semula pengajian dengan syarat tak terikat dengan jadual kuliah. Dia mahu Qamra Ain tinggal dengannya semula dan kerja di kaf seperti dulu. Qamra Ain juga diberi kebebasan sepenuh untuk mengambil ujian bila-bila masa sehingga tamat pengajian. Hanya tinggal kata putus dari Qamra Ain.
Betul kata kau, Reza. Sampai bila aku perlu teruskan kehidupan begini, kan Kalau tu yang kau nak, aku ikut cadangan kau tapi dengan syarat Pertama, aku tak nak sesiapa pun tau yang aku kembali ke KL. Kedua, sebab susah payah kau pujuk aku, maka aku akan sambung semula pengajian aku. Ketiga, kau carikan aku tempat tinggal, yang sewanya murah. Tak kisahlah rumah kedai ke, flat ke aku nak tinggal sendiri dan ke-empat, kalau boleh aku nak dikecualikan dari terikat waktu core hour Mels-E, pasal gaji ciput pun aku terima. Deal
Bila Qamra Ain mengungkit tentang tempat tinggal, tiba-tiba dia teringat pesanan Tunku Hazreen supaya mencadangkan Qamra Ain tinggal di kondo bersamanya.
Buat apa kau nak tinggal seorang. Apa kata kau tinggal dengan kawan tempat lama kau dulu, kan lebih baik. Ada juga berteman.
Tunku Hazreen, dia teringat semula sahabat lamanya. Entah apa perkhabaran gadis itu sekarang. Mungkin sudah berkahwin atau beranak pinak, atau masih lagi sendiri dan menjalankan perniagaan kaf, atau pun sudah melupainya. Ah! Sesungguhnya, dia rindukan bau-bauan aroma kek cawan dan bancuhan kopi dari air tangan gadis itu.
Demi Babah, Ain berjanji Ain realisasikan impian Babah!