memandangnya, tapi tidak memberikan sebarang reaksi bila disoal. Berkerut dahi Faliq melihat Nadhirah yang seperti terlalu banyak berfikir.
Nadhirah!!! Panggil Faliq kuat. Huh Apa awak cakap tadi
Awak mengelamun ke apa ni
Tak adalah. Saya cuma tak dengar je apa yang awak cakapkan tadi. Nadhirah sekadar menggeleng mendengar soalan Faliq.
Saat dia terbangun dari lena panjangnya, Nadhirah sudah sedikit tenang. Keadaan rumahnya yang berterabur menyesakkan matanya lantas dia keluar ke balkoni untuk mencari sedikit ketenangan. Dia langsung tidak perasan akan kehadiran Faliq sebentar tadi. Kini Faliq kelihatan sedang sibuk menguruskan sebuah kotak yang agak besar. Seperti selalu mereka terpisah dan berdiri di balkoni masing-masing.
Awak pula tengah buat apa tu
Tengah balut hadiah. Leceh... Rungut Faliq.
Untuk siapa
Mama. Birthday dia minggu depan.
Mak Cik sihat ke
Sihat. Dia ada tanya pasal awak hari tu.
Tanya apa
Tanya bila awak nak datang rumah lagi
Awak cakap dekat Mak Cik, nanti kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. Ill be super busy this month. Kirim salam saya pada dia nanti.
Baiklah nanti saya sampaikan.
Eh, awak belikan apa untuk Mak Cik
Saya tak sempat pergi ke mana pun. One of my colleague travel to Bali last week, saya just pesan dia belikan pasu. Balinese style. Hopefully she like it.
Mak Cik suka gubah bunga juga ke Setahu saya, dia suka planting, kan Nadhirah masih ingat akan keindahan taman mini di rumah Faliq yang dipenuhi denga bunga Orkid, Mawar, Melur dan Bunga Kertas.
Suka juga. Dia selalu buat Ikebana. Sebab tu saya belikan vase yang agak besar sikit. Tak tahu lah apa dah jadi dengan kotak vase ni. Susah betul nak bungkus.
Apa yang susahnya
Awak keluarkan dulu vase tu. Bungkus kotak kosong dulu. Bila dah hampir siap baru awak masukkan vase tu dalam kotak. Cadang Nadhirah.
Betul juga. Tak terfikir pula saya tadi. Faliq menggarukan kepalanya.
Bak sini, saya tolong balutkan. Tawar Nadhirah.
Setelah seharian terperap menangisi yang terjadi, Nadhirah keluar ke ruang balkoni. Dia yang masih diselubung kekusutan dengan pengakuan Tan Sri Malik perlu melakukan sesuatu untuk mengalih perhatiannya dari terus memikirkan perkara berkenaan.
Betul ni Nah ambil. Sepantas kilat Faliq mengangkat kotak yang sudah pun kosong melangkaui ruang balkoninya ke unit sebelah. Berbunga rasa hatinya kerana ada yang sudi membantu.
Is everything okay Faliq bertanya sebaik terpandangkan wajah Nadhirah yang kurang seri.
Saya okey. Maybe terlebih tidur kot. Nadhirah sekadar tersengih sambil tangannya sibuk menyambut huluran dari Faliq.
Lepas ni awak ada rancangan apa-apa tak Soal Nadhirah sambil membalut kotak hadiah Faliq.
Tak ada. Kenapa Faliq yang sedang menjadi pemerhati menjawab.
Saja. Nak ikut saya keluar tak
Pergi mana Faliq membesarkan matanya. Dia tidak menyangka Nadhirah akan mengajaknya keluar.
Makan ais krim. Lepas siap benda ni, kita keluar makan ais krim boleh Nadhirah memang begitu.
Setiap kali masalah menimpa, dia akan mengajak Alana untuk menemaninya makan ais krim. Memandangkan Alana sibuk dengan tugasannya, Nadhirah mengajak Faliq sebagai pengganti. Itu pun jika lelaki ini sudi.
Pagi-pagi macam ni
Tak adalah pagi sangat. Sekarang dah pukul berapa dah, kita pergi lepas saya balut ni semua dulu. Boleh tak
Boleh juga. Saya pun dah lama rasanya tak makan ais krim. Awak nak makan ais krim di mana
Dekat-dekat sini juga. Ada satu kafe dekat Seksyen 6. Saya suka pergi sana. Homemade ais krim dia sedap.
Ada kafe ke dekat sana Faliq mengerutkan dahi. Baru buka dua ke tiga bulan lepas.
Awak siapkan cepat balutan tu. Saya nak masuk mandi sekejap. Lepas tu kita pergi sama-sama. Faliq membuat keputusan.
Dhampir 15 minit dia menghilangkan diri AH siap ke belum Soal Faliq setelah
ke dalam rumah.
Dah siap dah. You just need to stick the card over here. Nadhirah menunjukkan ruang yang tersedia buat Faliq meletakkan kad ucapannya.
Kreatif juga awak ni. Faliq mengangguk-angguk. Dia jelas berpuas hati.
Jom kita keluar.
Jom.
Mereka berdua akhirnya bertemu di depan pintu rumah Nadhirah dan menuju ke The Igloos Caf yang menyediakan pelbagai jenis manisan, minuman panas dan sejuk serta pai. Kafe ini juga menyediakan ruang yang selesa dan privasi kepada pelangganpelanggannya untuk melayari internet, membaca buku dan sebagainya. Tempat ini baru sahaja Nadhirah kenali ketika dia keluar bersama-sama Alana beberapa minggu lepas.
Cantikkan tempat ni
Faliq senyum, bersetuju dengan pendapat Nadhirah. Kafe ini memang unik. Dekorasi Inggeris yang diterapkan bersesuaian dengan perabot kayu yang digunakan. Dinding kafe pula dipenuhi dengan foto-foto pelanggan yang datang berkunjung di caf ini. Banyak memori yang terakam di kafe ini.
Would you mind sir Tegur seorang pelayan datang bersama sebuah kamera meminta izin bagi merakam gambar Faliq dan Nadhirah.
Boleh ke Faliq bertanya pada Nadhirah.
No problem! Nadhirah menjawab sambil mereka berdua akhirnya mengukir senyuman yang paling manis pada pelayan berkenaan.
Boleh ke kita habiskan Ini bukan mangkuk ni, dah boleh panggil besen. Saya tak tahu pula yang saiz bekas ais krim boleh sebesar ini. Bulat mata Faliq memandang bekas-bekas ais krim yang cermat diletakkan oleh seorang pelayan kefe berkenaan.
Faliq sekadar memandang sahaja tiga bekas ais krim bersaiz besar yang terhidang di depan mata mereka. Dia sedikit terpana melihat saiz ais krim yang dipesan Nadhirah. Mahunya sakit perut nanti kalau semua ais krim ini dihabiskan.
Apa pula besen. Ini namanya generous portion orang cakap. Kalau awak tak habis makan, saya ada. Nadhirah bersuara sambil tangannya mencapai sebatang sudu kecil dan straw.
Memang bukan Encik Faliq Helmi Mazlan lah kan kalau tak komplen Nadhirah membebel perlahan.
Faliq menangkap suara Nadhirah walaupun seperti berbisik sahaja. Ooo, okey! Selagi tak habis, kita jangan balik. Faliq memberi amaran.
Okey, selagi tak habis, kita jangan balik! Nadhirah menyahut cabaran Faliq.
Setelah hampir 15 minit, Faliq memerhati tingkah Nadhirah dan dia akhirnya bersuara. Ada sesuatu yang pelik dengan tingkah laku Nadhirah. Gadis ini seakan-akan cuba menyumbat ke semua ais krim yang dipesannya tanpa mempedulikan orang sekeliling. Nadhirah nampak terlalu khusyuk dengan aiskrim, sudu dan mangkuknya.
Dah. Cukuplah. Belum pun sempat Nadhirah menyuap ais krim oreonya yang berbaki lagi sedikit, Faliq merampas sudunya.
Kenapa
Awak pakai gigi palsu ke apa Tak sakit ke gigi awak makan sebanyak ni
Tinggal sikit je lagi. Baklah sini sudu tu. Nadhirah mahukan sudunya semula yang sedang berada di tangan Faliq.
Two large bowl, Nadhirah. Awak sakit perut nanti. Faliq mula bertegas. Dia tidak sangka yang Nadhirah mampu makan seperti tiada lagi hari esok.
Esok kan Ahad, cuti lagilah. Sakit perut pun tak apa. Membazir kalau tak habis. Hampa hati Nadhirah apabila melihat ais krimnya yang masih berbaki.
Tak boleh. Kalau awak nak makan benda lain or hot drink boleh. Ais krim dah tak boleh. Saya serius ni. Garang wajah Faliq.
Yelah, saya berhenti.
Ketegasan Faliq menyebabkan dia mengalah namun baki ais krim yang masih berada di depannya seolah-olah sedang merenung dan menyeru namanya.
Hampa betul Nadhirah kini.
Saya nak Chocolate Wafer with Strawberry Jam. Awak nak makan lagi Awak ada masalah ke Makan sampai tak ingat dunia ni Faliq pelik dengan gelagat Nadhirah.
Saya cuma lapar. Boleh, kan Nadhirah cuba menceriakan wajahnya. Dia tidak mahu Faliq menghidu apa-apa.
Kita makan nasi nak Wafer wont satisfy your appetite, tawar Faliq. Badan kecil tapi
Jom. Awak nak bawa saya makan dekat mana
Dekat mamak. Banyak benda awak boleh pilih dekat sana. Jom, Faliq sudah bangun. Dia tidak mahu menunggu lagi. Takut-takut Nadhirah enggan pulang pula nanti.