TORA DATANG LAGI - 28
Sejenis permainan yang dimainkan dengan hanya menggunakan 2 pasang selipar. Ianya boleh dimainkan dengan apa jua jenis selipar. Walau bagaimanapun, selipar jepun adalah pilihan yang paling in untuk digunakan.

Permainan ini memerlukan sebuah kawasan lapang yang luas untuk dimainkan. Antara kawasan yang sering dijadikan kawasan bermain adalah padang rumput, gelanggang badminton atau halaman rumah yang tidak banyak ditanam pokok bunga kertas.

Cara untuk bermain permainan baling/tuju selipar: Satu rumah akan ditetapkan di tengah-tengah. Rumah adalah 3 buah selipar yang disusun berdiri menyandar antara satu sama lain menyerupai bentuk piramid. Terdapat juga rumah yang dibina dengan 4 buah selipar. Pun boleh. Sebuah lagi selipar akan digunakan untuk dibaling. Selipar ini boleh digantikan dengan bola getah kecil ataupun bola tenis cuma mungkin nampak bangang dan tidak relevan di atas faktor kecederaan selain boleh bergolek jauh. Permainan baling selipar ini adalah permainan berkumpulan. Setelah selesai membahagikan kepada dua kumpulan, satu kumpulan akan mengambil bahagian membaling dan satu lagi bahagian mengelak.

Dengan menetapkan jarak tertentu, setiap ahli dalam kumpulan mengelak hendaklah cuba membaling selipar dan menjatuhkan rumah. Setiap orang mempunyai sehingga 3 kali peluang untuk membaling. Jika tiada seorang pun yang dapat menjatuhkan rumah, maka kumpulan mengelak tadi terpaksa bertukar kepada bahagian dan sebaliknya juga kepada kumpulan membaling tadi.

Apabila rumah

terjatuh apabila dibaling

selipar, kumpulan mengelak hendaklah berlari mengelak

daripada dibaling

dengan selipar oleh ahli kumpulan membaling. Setiap ahli mengelak hendaklah mendirikan kembali rumah dalam masa yang sama, sambil terus mengelak dari dibaling selipar. Rumah yang telah siap didirikan hendaklah dilangkah dan permainan akan dikira tamat dengan kemenangan kepada kumpulan mengelak. Permainan akan dimulakan semula seperti tadi.

Ahli yang terkena balingan selipar dikira mati dan hilang giliran. Ahli yang mati akan hidup semula dan memperolehi kembali giliran apabila rumah berjaya dibina semula. Kumpulan mengelak dikira kalah apabila kesemua ahli kumpulan telah terkena balingan selipar tanpa sempat membina kembali rumah.

Dalam versi yang lebih hardcore pula, selipar jenama Tat Sing menjadi pilihan kerana tapaknya yang keras membolehkan balingan yang jitu dan rasa sakit yang amat bila terkena badan.

Ada juga orang yang memainkan permainan ini dengan menggantikan susunan selipar dengan susunan tin susu dan membalingnya dengan bola tenis. Cara permainannya adalah masih sama. Walaupun sama, perasaan dan kepuasan antara balingan selipar dan bola tenis yang hinggap setepek ke pihak lawan adalah sukar dijelaskan.