Muzik jazz memenuhi segenap ruang kelab. Beberapa pasangan sedang leka menari di ruangan tengah. Ada pengunjung yang asyik berbual sambil meneguk minuman berwarna merah yang dituang di dalam gelas kaca. Seorang perempuan berjalan menghampiri bar.
One Vodka, please.
Coming.
Perempuan itu duduk. Kepalanya diletakkan di atas meja bar. Seorang bartender memerhatikan gelagatnya sambil mengelap gelas kaca.
Tough day, huh
Hmm.. Kind of. Broke up with somebody.
I see.
Tangannya mendarat di bahu perempuan itu namun dialihkan ke telinga kiri.
Interesting fetish, ujar pelayan itu sambil tersenyum.
Im a dog, balas perempuan itu.
Bartender itu tergelak besar.
Hey, vodka is on the house. If you need anything, call me.
Thanks. Sayang kau ni lelaki.
I can be anything you want.
Mereka ketawa. Perempuan itu menghirup vodka dengan penuh nikmat. Matanya dihalakan ke arah pentas yang kosong. Dia mendapat satu idea lantas bangun menuju ke arah sekumpulan musician berhampiran pentas.
Perempuan itu memetik jarinya. Beberapa pasang mata memandang tepat ke arahnya. Muzik jazz yang berkumandang turut terhenti. Pengunjung kelab mula bercakap sesama sendiri.
Apa hal pula minah ni berdiri dekat tengah stage tu. Teriak seorang pengunjung kelab.
Kau tak nampak apa aku nak buat kat sini
Perempuan itu masih tidak berganjak. Dia tidak mengendahkan caci maki dan jeritan pengunjung kelab. Salah seorang daripada pemuzik tu bangun dan mendekatinya.
Kau nak apa
Aku nak apa
Sebelum aku panggil security, baik kau turun dari stage.
Aku nak nyanyi atas pentas ni la, bodoh! Malam ni bukan open mic. Minah ni mabuk kot, bisik salah seorang pemuzik.
Hey, kau dengar sini! Aku boleh dengar apa kau cakap tadi.
Pemuzik yang sedang berbisik itu terdiam dan memandang ke arah perempuan tersebut. Mulutnya terlopong melihat kuku panjang yang keluar dari jari perempuan itu. Matanya juga turut berubah warna. Ahli pemuzik yang lain turut terkejut dan memandang antara satu sama lain.
Boleh aku nyanyi sekarang
Boleh. Nak nyanyi lagu apa Terketar-ketar suara pemuzik itu bertanya. Perempuan itu hanya tersenyum.
Ikut aku.
Perempuan itu naik ke atas pentas. Pengunjung mula memperlahankan suara mereka.
I hope you guys enjoy the show, katanya sebelum mula menyanyi.
The minute you walked in the joint,
I can see you were a man of distinction,
a real big spender,
good looking, so refined,
say wouldnt you like to know
whats going on in my mind
Pemuzik yang ketakutan pada mulanya kelihatan semakin asyik mengiringi persembahan perempuan itu. Mereka seolah-olah terpesona dengan aura dan bakat yang dimiliki olehnya. Perempuan itu mula melakukan beberapa aksi mengoda untuk menarik perhatian pengunjung kelab.
So let me get right to the point,
I dont pop my cork for every man I see,
Hey! Big spender!
Spend a little time with me.
Seseorang sedang memerhatikan persembahan perempuan itu dari jauh. Dia kelihatan seperti sedang berfikir.
Would you like to have fun Bunyi speaker bergema. Perempuan itu mula membuka butang pakaiannya satu persatu.
Pengunjung kelab makin galak bersorak.
I can show you a good time,
let me show you a good time,
hey! Big spender!
Hey! Big spender!
Dia kembali ke atas pentas. Tubuhnya masih lagi membuat aksi ghairah yang memukau pengunjung kelab. Lampu dimatikan sebaik sahaja persembahannya tamat. Pengunjung bertepuk tangan. Dia turun dan menuju ke bar. Bartender tadi menghulurkan segelas vodka kepadanya.
Its on me. Kau memang awesome. Perempuan itu ketawa kecil.
How I wish someone fikir macam tu juga.
Dont worry. Kau akan jumpa yang sepadan dengan kau. Syif aku dah habis. Aku balik dulu.
Okay. Thanks for the drink.
Hai. Suara seorang perempuan menyapa mesra. Perempuan itu melabuhkan punggung di sebelahnya.
Boleh aku tahu nama kau
Kenapa kau nak tahu nama akuPerempuan itu gelak kecil.
Seriously, whats your name Mana tahu kita boleh jadi bestfriend
Nama I Cheryl. Nama you
Nama I Tuti Zamrud.
*Big Spender - Dame Shirley Bassey*
*****
Cheryl membuka kelopak matanya. Matanya berpinarpinar. Kepalanya terasa berat. Dia dapat menangkap imej seorang perempuan dalam posisi terbalik. Cheryl menggelengkan kepalanya berulang kali. Dia cuba memfokuskan padangan matanya. Seketika kemudian, Cheryl sedar dia berada di sebuah kamar mandi. Tubuhnya digantung terbalik. Kepalanya berada hampir dengan permukaan tab mandi. Mulutnya dilekatkan dengan pita pelekat. Dia cuba untuk melepaskan diri tetapi gagal. Kuasanya juga tidak dapat digunakan. Tubuhnya seolah-olah diberi suntikan dadah yang mengehadkan pergerakannya.
Kamu sudah sedar Bagus.
Seorang wanita yang berbogel menghampiri Cheryl. Tubuhnya putih melepak sehingga menampakkan urat-urat hijau di sekitar lengannya. Rambutnya hitam pekat. Bibirnya merah bak delima.
Maaf, mana budi bicaraku. Namaku Ernawati Mulia. Wanita itu duduk bersebelahan altar yang dihiasi pelbagai barang pemujaan. Ada colok yang dibakar dan parang panjang yang dibalut dengan kain kuning. Sebuah potret wanita bangsa asing berpakaian formal kuno sedang memeluk seorang lelaki yang berwajah bengis digantung di depan altar.
Kamu tahu mengapa kamu dipilih Kerana kulitmu yang mulus. Aura kamu yang cocok buat diriku. Sesuai untuk dijadikan korban yang akan menyempurnakan kecantikanku. Cheryl meronta beberapa kali. Dia tidak faham apa yang dikatakan oleh perempuan itu.
Kamu boleh cuba untuk melepaskan diri. Tetapi, kamu pasti mati saat leher kamu menghempap marmar keras di dalam kolah tadahan itu. Kamu milikku. Kamu sudah tidak dapat lari lagi.
Kaki wanita itu melangkah masuk ke dalam tab mandi. Dia mendongak memandang wajah Cheryl.
Malam ini merupakan malam yang sesuai mengikut kalendar luna Bathory. Kau akan kukorbankan. Darah kau akan kumandi dan telan sepuasnya untuk mengecapi kecantikan abadi seperti yang diperturunkan oleh almarhum bapaku, Suparman Mulia dan ibuku, Anasztasia Bathory. Kamu jangan khuatir. Pengorbanan kamu tidak akan sia-sia. Selepas semua darah kamu kering, aku akan menyaluti jasadmu dengan cairan emas. Kamu akan aku tempatkan di taman laranganku buat menemani lima yang lain. Cheryl masih lagi meronta-ronta. Dia belum bersedia untuk mati. Dia teringatkan Selina. Air matanya jatuh mengenai wajah Ernawati Mulia
Air mata kamu pelik rasanya. Tidak terlalu masin seperti air mata gadis-gadis yang pernah menjadi korban. Lihat! Bulan sudah naik dengan cantiknya.
Ernawati Mulia memandang ke arah tingkap yang terbuka luas.
Nampaknya, dadah buatan Tuti Zamrud betul-betul berkesan kali ini. Bakawali Mulia!
Pintu kamar mandi dibuka oleh seseorang. Dia menanggalkan jubah yang dipakai hingga menyerlahkan susuk tubuhnya yang gagah.
Ayuh, adikku. Kita bersetubuh dengan darah atas nama keturunan Bathory dan Mulia.
Bakawali Mulia mengambil parang panjang di atas altar. Parang itu ditujukan ke leher Cheryl.
Darah keluar membuak-buak membasahi tubuh Ernawati Mulia. Dia menyapu darah tersebut dengan cermat ke segenap tubuh. Sesekali dia mengeluarkan lidah untuk menelan titisan darah dari leher Cheryl. Mata Cheryl terkebil-kebil. Tubuhnya menggeletar.
Ayuh, adikku.
Bakawali Mulia masuk ke dalam tab mandi dan mula menjamah tubuh kakak kandungnya sendiri.
Kita akan pertahankan kemuliaan keturunan kita. Kita akan...
Mata Ernawati Mulia terbuntang luas melihat ke atas.
Aduh! Keluar! Keluar!
Bakawali Mulia yang keliru dengan tindakan melulu kakaknya yang melompat keluar dari tab mandi. Dia mengerutkan dahinya.
Ini.. Semua ini apa!
Bakawali Mulia mendongak ke atas. Matanya bulat memandang tubuh Cheryl yang sudah bertukar menjadi bangkai seekor anjing betina putih.