BLAUS merah jambu yang tersarung di tubuh berserta dengan seluar jeans putih dipandang.
Sengaja dia memilih seluar putih kerana warna itu merupakan warna universal, jadi mudahlah untuk dipadankan dengan mana-mana pakaian yang dia punyai. Lagipun, memang dalam almarinya sarat dengan jeans hitam dan putih sahaja. Senang, tak perlu peningpening kepala mahu memilih mana satu pakaian yang sesuai untuk dipadankan nanti .
Tangannya pula sibuk mengenakan tudung membetulkan lipatannya sebaik mungkin. Dihadapkan tubuhnya betul-betul di hadapan cermin. Lipatan tudungnya yang dirasakan tidak kena di mata pantas dibetulkan kembali sehinggalah dirinya berpuas hati dengan hasil biasan wajahnya di sebalik cermin itu.
Penampilannya dibelek lagi. Entah kenapa ada perasaan kurang enak bertamu dalam sanubari Afiqa tatkala ini. Perasaan apakah ini
Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya sebelum perlahan-lahan dihembuskan.
Lama Afiqa merenung dirinya di sebalik cermin itu, matanya dipejam seketika. Menahan debaran yang semakin memuncak. Blausnya dibetulkan buat kali terakhir sebelum kakinya melangkah keluar dari kamar. Dari atas, matanya sudah ternampak kelibat Airish di bawah sana yang sedang duduk di sofa. Bibir Afiqa spontan tersenyum seiring dengan langkahnya yang dibawa menuju ke arah Airish.
Kelihatan lelaki itu masih sibuk memeriksa bagasinya yang agak besar. Pandangannya melekat pula pada pemakaian kemas suaminya. Rasa ada getaran di dadanya sendiri tatkala terdengar ungkapan suami tiba-tiba tergantung di bibirnya. Mata Afiqa tanpa henti dari melekat pada tubuh yang sedang menunduk itu, perasaan sebak yang ingin bertandang cuba ditahankan. Ah, kenapa dengan dirinya yang dirasakan sensitif pula kali ini Rasanya tiada sebab untuknya merasakan sedemikian rupa.
Awak....
Airish mengangkat mukanya menentang pandang pada Afiqa. Kepalanya mendongak. Senyumannya terbit di bibir spontan. Afiqa membalas mesra.
Semuanya dah beres soal Afiqa prihatin.
Rasanya semuanya ada. Ah, mana passport aku Aku cari tak jumpa. Kau simpan kat mana semalam
Afiqa pantas menundukkan dirinya menghadap bagasi tersebut. Zip di ruangan yang paling kecil dibuka sebelum tangannya masuk menggagau ke dalam. Tidak lama kemudian, tangannya berjaya mengeluarkan passport lelaki itu dari situ.
Lain kali, carilah elok-elok! Ujar Afiqa geram.
Airish tersengih lebar, menayangkan wajah tidak bersalahnya. Passport di tangan Afiqa kini sudah bertukar tangan.
Eh, kau memang dah pack semua barang yang aku tinggalkan atas katil, semalam kan
Afiqa mengangguk. Rasa kelakar pula melihat wajah lelaki ini apabila gelisah macam ni. Airish mengeluh panjang sambil matanya masih lagi melekat pada bagasinya.
Semuanya dah ada Confirm soalan Afiqa cuma dianggukkan Airish sahaja.
Semuanya dah ada. Tak apa! Kau yang kemas barang aku, kan Kalau ada apa-apa tertinggal, tahulah aku macam mana nak kerjakan kau nanti.
Afiqa cuma tertawa kecil. Lelaki itu kelihatan seperti sudah berura-ura mahu pergi.
Airish...
Airish memalingkan wajahnya ke belakang, menghadap Afiqa. Afiqa mempamerkan senyuman manisnya.
Tak nak makan dulu ke
Kau masak
Afiqa mengetap bibirnya.
Tak! Cepatlah, nak makan tak
Airish ketawa kecil sebelum kepalanya menggeleng perlahan. Afiqa terdiam. Kalau itu dah dikata Airish, apa lagi yang dia mampu buat Perasaan kecewa yang bertandang cuba diketepikan. Terasa ringan tangannya kala itu mahu menghalang langkah Airish dari terus melangkah keluar dari rumahnya namun hatinya menghalang. Ruang waktu yang pantas berlalu menyebabkan Afiqa berasa waktu yang memisahkan antara mereka berdua begitu cepat. Jujurnya, dia benarbenar berharap lelaki itu mahu turut serta bersarapan dengannya.
Malangnya, Airish menolak pula. Ekspresi wajahnya dikawal dari terus terlihat riak kecewanya. Senyumannya masih bergayut di bibir untuk menutupi perasaan kecewanya. Langkah Airish diikuti dari belakang. Daniel yang sudah terpacak di luar sana, segera mendapatkan bagasi di tangan Airish. Sempat senyuman antara mereka berdua berbalas. Afiqa di muka pintu hanya memaniskan mukanya tatkala pandangan Daniel terarah padanya.
Ingat, kau jangan memandai keluar rumah tau!
Duduk sini diam-diam, pesan Airish.
Afiqa di muka pintu menayangkan wajah selamba walhal dalam hati bukan main lagi bergelojak perasaannya. Rasa sebak yang bertandang serasa ingin dihamburkan di situ. Entah kenapa, hatinya benar-benar sensitif hari ini.
Saya bukan mistress, nak duduk terperap aje kat
sini.
Itu sebenarnya ayat yang ingin dituturkan Afiqa, malangnya mulutnya memberat pula. Sesudahnya, hanya anggukan sahaja berganti sebagai balasan katakata lelaki itu.
Tiga minggu ni, duduk rumah aje tau. Siapkan novel yang kau tunjukkan pada aku semalam. Pastikan bila aku balik, novel kau tu dah siap.
Afiqa tergelak kecil. Persitiwa semalam mengusik lagi di mindanya. Beria-ria semalam, dia menunjukkan hasil karyanya pada lelaki itu. Tapi, last-last tidak dihiraukan pula lelaki itu. Tapi, sememangnya itu ajelah kerjanya yang boleh menghilangkan rasa bosannya dan rindunya pada Airish nanti.
Mata Afiqa terangkat apabila hatinya seakanakan menyedari dirinya sedang diperhatikan. Tatkala, kepalanya diangkat, terpampang tubuh Airish terkaku lama di situ. Afiqa yang berasa kekok dengan renungan seperti itu cuma tersenyum manis sahaja. Airish turut membalasnya dengan senyuman yang cukup menawan hati.
Airish, jom! Semua dah beres ni.
Airish memalingkan mukanya menghadap Daniel. Kata-kata itu dibalas dengan anggukan kecil sahaja. Hati Afiqa semakin memberat. Gerak tangannya sememangnya tersedia sedari tadi untuk menerjah ke arah tubuh lelaki itu. Niatnya cuma satu! Mahu memeluk lelaki itu sebelum suaminya itu menghilang selama tiga minggu. Tapi, tangannya terasa sungguh layu untuk diangkat.
Airish, tunggu! serasa mahu dilaung sahaja ayat itu di bibir merahnya apabila Airish kelihatan ingin melangkah pergi. Dan semakin tubuh itu membelakanginya semakin hebat getaran perasaan yang dirasainya. Hatinya cukup yakin yang mulutnya bisa meluahkan ayat itu. Cuma dua perkataan sahaja, Airish tunggu! Sayangnya, semuanya tersekat di kerongkong menyebabkan segala kata-katanya makin terkunci rapat di situ.
Rasa sayu kian menebal dalam diri. Perlahan-lahan tubuh lelaki itu membelakanginya sedikit demi sedikit. Kecewa. Dirinya sungguh kecewa. Kenapa mulutnya tidak mampu meluahkan, kenapa tangannya begitu memberat, kenapa langkahnya terasa kaku dan kenapa tubuhnya mengeras Sungguh, Afiqa tidak mengerti.
Fiqa!
Panggilan Airish menyentakkan Afiqa. Pandangan yang lurus ke bawah segera ternaik dengan sendirinya, memanah tepat pada lelaki itu. Wajah Afiqa sedikit teruja apabila langkah lelaki itu mula mendekati ke arahnya.
Kau nak tinggal kat rumah aku, tak Kat sana, kau lebih selamat.
Afiqa yang mendengarnya terus menggeleng tanda tidak bersetuju. Mana mungkin dia mampu bertahan di sana. Rumah itu hanya akan dijejaki dengan kakinya jika hanya ada Airish di sisi. Tak mungkin jiwanya kuat untuk bertahan sendiri duduk di situ. Rumah itu kalah daripada rumah berhantu. Malah lebih menakutkan.
Kau betul-betul okey ke duduk sorang-sorang kat
sini
Suara lelaki itu yang seperti membimbangkannya sungguh menyentuh tangkai hatinya. Jiwa wanitanya jelas tersentuh dengan perilaku itu. Meskipun, mereka bukanlah seperti suami isteri seperti yang lainnya namun sikap menjaga lelaki itu padanya amat membuatnya terharu.
Saya okey. Jangan bimbangkan saya. Lagipun, saya akan habiskan masa saya untuk siapkan novel saya di sini, nanti.
Airish mengangguk sahaja. Jika itu kemahuan Afiqa dia turutkan sahaja.
Nanti, bila saya sampai kat sana, Ill contact you immediately.
Afiqa tersenyum mendengar ayat umpama janji itu. Dia akan tunggu akan panggilan itu. Pasti!
Perlahan Afiqa menganggukkan kepala dengan bibirnya automatik mengukirkan senyuman sejurus sahaja mendengar kata-kata berbunyi janji itu. Lagaan mata antara mereka berdua terpisah apabila Airish terlebih dahulu melarikannya.
Afiqa resah sendiri. Bibir bawahnya digigit perlahan. Sangkanya, selepas mendengar kata-kata berbaur janji itu hatinya akan beransur tenang sedikit, malangnya perasaan itu semakin kuat pula menjerat hatinya.
Airish! panggil Afiqa spontan, meluncur laju dari bibirnya. Airish berpaling. Baru tubuhnya ingin memboloskan diri ke dalam perut kereta, jeritan Afiqa pula nyaring menggamit perasaannya. Sandal di rak kasut berhampiran dicapai Afiqa menuju ke arah Airish.
Mata mereka bersabung untuk seketika. Afiqa dilanda gugup. Hatinya dikuatkan. Tangannya yang memberat dipaksa sekeras-kerasnya diangkat menyalurkan huluran salam buat pertama kalinya dalam hidup dirinya sejak bergelar isteri kepada lelaki itu. Airish jelas tergamam dengan perbuatan Afiqa itu.
Dadanya dipagut rasa pilu apabila hulurannya bersambut. Terasa sungguh syahdu apabila bibirnya dapat melekap kemas pada belakang telapak tangan Airish. Lama Afiqa tunduk mengucup belakang tangan lelaki yang terasa hangat itu.
Awak, janji dengan saya. Awak mesti telefon saya, tau. Janji
Bibir Airish terkatup rapat. Hilang nadi buatnya untuk berbicara. Sikap Afiqa pada hari ini, sunggu membuatkan perasaannya dilanda sesuatu perasaan yang aneh. Wajah Afiqa kelihatan keruh, sedih dan mata itu kelihatan seperti berkaca-kaca memandang ke arahnya.
Sampai sana, jaga diri. Jangan kerja kuat sangat. Good luck! ucap Afiqa dengan matanya yang berkacakaca. Afiqa merenung Airish lama sebelum tubuhnya laju mendakap tubuh Airish. Tubuh mereka bersatu. Afiqa memejamkan matanya, serapat mungkin, menikmati pelukan hangat suaminya sendiri. Inilah pelukan yang pertama atas desakan hatinya sendiri.
Pelukkan tersebut perlahan-lahan terungkai dengan sendirinya. Airish sebarang banyak bicara terus masuk ke dalam perut kereta. Afiqa tahu lelaki itu terkejut dengan perbuatannya tadi. Namun, semuanya berlaku di atas desakan hatinya sendiri yang jelas-jelas tidak mampu dibendungnya. Dalam rasa sayu yang melingkari hatinya, semangat Afiqa tetap dikumpul sekuat mungkin. Tangannya naik melayang ke udara, melambai pada kereta itu.
Dan waktu itu, meskipun kereta itu hilang dari halaman rumahnya tangannya tetap melambai di udara, sehinggalah kereta itu benar-benar jauh daripada pandangannya. Lambat-lambat, tangannya turun. Sayu matanya menentang pada kereta itu. Pertemuan yang terakhir buat kali pertama antara mereka membuatkan hati Afiqa tidak enak dalam menghadapinya.
Tanpa dirinya sendiri menyedari, ada titisan air mata menitis di pipi. Air mata itu dibiarkan sahaja mengalir deras di pipi. Sudah tiada sesiapa di sini, jadi dibiarkan sahaja air mata itu merembes dari pipinya.
Airish. Balik sini, cepat-cepat ya
TENGKU, ada seseorang nak jumpa dengan, Tengku.
Datuk Tengku Syahir mengangkat mukanya setelah terjengul wajah Datin Fariza di muka pintu kamar kerjanya. Serius mukanya menghadap seraut wajah isterinya, kepalanya hanya mengangguk membenarkan gerangan manusia itu memasuki ke dalam lembah ruang kerjanya.
Tidak lama kemudian, daun pintu terselak dari luar. Ada seorang gadis dan seorang lelaki sebaya dengannya datang menghadap di muka pintu. Kepala Datuk Tengku Syahir terangkat tinggi. Kaca mata yang tersarung di kepala dibetulkan posisinya. Tangannya memberi isyarat kepada kedua-dua manusia tersebut untuk duduk di sofa berhampiran. Mereka berdua menurut. Tongkat yang tersandar di kepala meja, dicapai Datuk Tengku Syahir. Perlahan-lahan, langkahnya dibawa menuju ke arah mereka.
Sofa single dilabuhkan duduknya. Tongkat didirikan di hadapannya. Kedua-dua tangannya dilabuhkan di atas tongkat yang berdiri megah itu.
Selamat sejahtera, uncle. Apa khabar bicara gadis manis itu lembut menyapa telinganya. Tajam matanya menyoroti perempuan itu. Matanya bagaikan dapat mengecam kelibat gadis ini. Wajah gadis itu persis seperti.... Datuk Tengku Syahir terdiam sejenak. Ucapan permulaan antara mereka tidak dibalas Datuk Tengku Syahir. Kurang berminat untuk membalas kata-kata yang sia-sia.
Kalau Datuk sudilah. Can we have a short
conversation. Just three of us.
Datuk Tengku Syahir terdiam. Pekerja lelaki dan wanita yang berdiri di sisinya dijeling. Sempat air liurnya ditelan sedikit sebelum kepalanya mengangguk sekaligus memperkenankan permintaan lelaki di sebelah gadis itu.
Ini anak perempuan saya.
Setelah melihat pemergian pengawal di sisi Datuk Tengku Syahir, bicara lelaki itu bermula.
Just tell me straight forward. We dont need those introduction.
Lelaki tersebut terdiam sebelum tertawa kecil. Sempat dia berdehem seketika, mengawal gelora perasaan di dada. Dalam hati lelakinya, sempat dikutuk keperibadian Datuk Tengku Syahir yang sombong ini. Matanya tertacap pada pandangan Datuk Tengku Syahir yang sedikit pun tidak memandang ke arah mereka. Sekejap lelaki itu, memandang ke hadapan meninggi, dan sekejap kepala itu menunduk bermain-main dengan cincin di jarinya.
Saya dengar Datuk cuma ada seorang sahaja anak perempuan yang sedang menguruskan pentadbiran segala syarikat kepunyaan Datuk. Ditambah pula dengan keadaan Datuk yang sememangnya tidak lagi bertandang ke pejabat kerana sakit, saya rasakan saya ada sesuatu untuk Datuk.
Mata Datuk Tengku Syahir segera terarah tepat pada anak mata lelaki itu. Gadis di sebelahnya hanya tersenyum mesra.
Ya, sekarang hanya anak saya yang uruskan segala-galanya. Saya hanya mengurusnya melalui di rumah sahaja, tegas suara garau itu bersuara. Lelaki itu tersenyum.
Pasti Datuk kadang-kala terfikir akan selamatkah syarikat Datuk jika Datuk hanya berpandukan seseorang, betul Maklumlah, saya memang sedia maklum tentang syarikat kepunyaan Datuk yang kini sudah jauh diterbangkan pula di luar negara. Saya juga seperti Datuk. Punya syarikat yang sama dan matlamat yang sama.
Datuk Tengku Syahir terdiam. Kelu lidahnya.
Then, whats your point here terus tanpa berselindung soalan tu terpacul laju dari bibir Datuk Tengku Syahir. Lelaki tersebut tergelak kecil.
Ive a great offer for you, Datuk. Kalau Datuk, terima cadangan saya then saya pasti syarikat kita akan makin berkembang dengan kerjasama yang kuat. And, of course Datuk, tak perlu risau lagi tentang syarikat Datuk, kerana saya akan tolong Datuk menguruskannya sekali.
Nafas panjang ditarik Datuk Tengku Syahir sejurus sahaja mendengar cadangan daripada lelaki itu. Matanya mengecil pada mereka berdua.
Saya pasti syarikat Suria Holdings dan Kelana Jaya Holding pasti akan bertambah maju, nanti. Im very sure, Datuk.
Terangkat kepala Datuk Tengku Syahir saat mendengar nama syarikat Kelana Jaya Holdings meniti di bibir lelaki itu. Matanya kini memanah tepat pada keduadua manusia yang berdiri di hadapannya. Lambat-lambat, senyuman terukir di bibir Datuk Tengku Syahir.
Meja kecil yang lebih kurang sama tingginya dengan sofa di sebelahnya diterpa ke arah telefon di situ. Baru sahaja papan kekunci telefon tersebut ingin ditekan, dedaun pintu itu telah terbuka luas. Muncul dua gadis datang membawa sedulang berisi air teh nipis bersama sepotong kek sebagai hidangan santapan. Sempat, kepala kedua-dua gadis tersebut menunduk tanda hormat sebelum berlalu ke arah pintu kembali.
Siti.
Ya, Datuk
Gadis itu pantas berpaling pada gerangan suara itu. Dadanya memuncak dengan debaran kecil, bimbang jika dia ada melakukan kesalahan di mata lelaki itu. Jika berlaku seperti itu, memang habislah dirinya. Tangannya yang sedikit menggeletar disembunyikan di belakang apron bersama dulang di tangan.
Siapkan makanan tengah hari. Kita ada tetamu.
Siti mengangguk laju, sebelum meninggalkan perkarangan kamar itu. Fuh! Lega perasaannya. Macam mana dengan cadangan saya, Datuk lebar senyuman lelaki itu memandang seraut wajah Datuk Tengku Syahir. Begitu juga dengan perempuan di sebelahnya. Sudah mendapat gambaran melalui reaksi Datuk Tengku Syahir itu.
Jadi, apa plannya
Membulat mata perempuan di sebelah lelaki tersebut, menunjukkan reaksi gembira. Mereka saling bertatapan sebelum gadis itu bertindak melarikannya dahulu.
Perkenalkan, ini anak perempuan saya, Dhia Anna Dato Sulaiman. Perjanjian antara kita akan tertunai sekiranya Datuk setuju untuk menjodohkan kembali anak saya dengan anak Datuk Tengku Syahir, Tengku Airish Shah.
Datuk Tengku Syahir kelihatan seperti tercengang. Namun, tidak lama kemudian bibirnya spontan tersenyum seraya tertawa kecil.
Wajah gadis di sebelah Dato Sulaiman itu dipandang. Kalau tidak silapnya inilah gadis yang pernah dia temui di dada akhbar beberapa bulan yang lalu sebagai pasangan gosip bersama Airish, dan juga wajah ini jugalah jika tidak silapnya pernah bertembung secara empat mata dengannya selepas lapan tahun yang dulu. Oh, sungguh tidak sangka.
Ini adalah Dhia, perempuan yang pernah didampingi Airish lapan tahun dahulu. Youre still rememberi it, right
Datuk Tengku Syahir tersenyum kecil. Kepalanya mengangguk. Nampaknya telahannya sebentar tadi akhirnya bertemu jua dengan konklusinya. Perempuan yang dikenali dengan panggilan Dhia itu turut mengukirkan senyuman yang melebar sama seperti papanya di sebelah.
Then, Ive no choice. Takkan cinta yang wujud perlu dipadamkan begitu sahaja. Am I right
Tergelak besar Dato Sulaiman apabila mendengarnya. Kepalanya mengangguk laju. Gadis tersebut turut tergelak. Namun tidaklah suaranya sebesar suara papanya.
Saya rasa saya patut menyediakan makan malam yang besar-besaran nanti bersama ahli keluarga kita, sekaligus untuk mengumumkan berita gembira ini, yang pastinya, ucap Datuk Tengku Syahir dengan penuh perasaan teruja.
Tapi, uncle. Saya sudah ada plan saya tersendiri. Tapi, sebelum tu, Im so sorry uncle, saya agak tamak dalam perihal peribadi. Saya rasa uncle pasti faham akan maksud saya, betul Dan kalau uncle sudi menerima cadangan papa saya, saya rasa saya memang memerlukan bantuan uncle sekarang, sampuk gadis itu bersahaja.
Datuk Tengku Syahir tersenyum panjang.
Baik. Saya pun memang suka kalau sudah ada perancangan tersendiri. Lebih mudah untuk saya selesaikannya, nanti. Whats the plan
Mereka serentak bergelak ketawa bersama. Seisi kamar itu penuh dengan gelak tawa. Suasana yang dari awalnya disinari dengan cuaca mendung bertukar menjadi cerah tidak semena-mena. Terpancar indah senyuman tersungging di bibir masing-masing. Dalam kepala mereka, sudah tersemat akan azam tersendiri. Azam yang perlu dilaksanakan.
Di kala itulah, senyuman penuh dengan seribu satu kemanisan terpancar di wajah gadis yang diperkenalkan sebagai Dhia Anna itu. Apa benarkah itu adalah Dhia