EPILOG KITA - 29
DI MANA kaki Ryan berhenti, di situ juga Hani tercegat. Tangannya sengal digenggam erat oleh Ryan. Ni mesti berbirat! Dia pandang Ryan yang melihat sekeliling. Spontan Hani mencebik. Ingatkan heret dia nak bawa ke Australia, tapi depan bangunan syarikat je. Tapi, pandai juga mamat ni cari tempat sunyi ni. Jarang orang lalu di situ.

Sekejap! Tempat sunyi Hani gigit bibir. Ni tak ada hal lain la ni, mesti nak cari gaduh! Hani melirik ke arah tangan yang masih mencengkam lengannya. Kalau dia meronta, mahu terseliuh tangan. Dah la tangan Ryan tu besar dua kali ganda dari dia! Melihat mata Hani tercacap pada lengannya sendiri, pantas tangan gadis itu dilepaskan.

Tak sedar pula dia masih pegang tangan gadis tu, tapi macam seronok je.

Saya tak tahu apa masalah awak sekarang ni, tapi awak ingat saya ni lembu ke nak heret-heret Saya ada otak, ada akal. Tak boleh suruh elok-elok ke, perlu main heret-heret berbalam mata Hani melihat Ryan.

Geram betul dengan mamat tu. Satu, dia selamba tinggalkan aku masa si Nisa tu datang. Dua, bukan main lagi kelek ke sana kemari dengan minah tu sampai timbul gosip liar. Dah rasa macam artis sekejap. Ketiga Sekarang la! Boleh lelaki tu tanpa belas kasih heret dia macam dia tak pandai berjalan. Siapa tak panas hati

Kalau kau ada otak, ada akal, kau tak kan bermesra dengan lelaki tu depan khalayak la. suara keras Ryan menerjah suasana sehingga mata Hani membulat sendiri.

Aik Pelik je bunyi suara tu Cemburu ke Tak mungkinlah!

Depan khalayak Habis tu awak nak suruh saya berjumpa dengan dia sembunyi-sembunyi Contoh macam dalam bilik kerana meluat dengan Ryan yang asyik mencari salahnya, tanpa sedar dia sudah melalut.

Hani Abdullah!

Hani terdiam namun hanya untuk seketika. Jeritan Ryan buat sarafnya kembali menegang. Entah kenapa darahnya mengelegak melihat Ryan. Bila nampak Ryan, dia asyik nampak si Nisa tu bergelak ketawa dengan suaminya. Siapa tak sakit hati. Lagi-lagi dia dah mula sayangkan suaminya cuma suami dia je tak sayang dia.

Apa Terlalu sedap ke nama saya sampai awak sebut Kenapa tak sebut je nama penuh saya Nur Hani Abdullah.

Mulut kau ni... memang tak pernah nak berhenti melawan kan

Mestilah. Allah dah bagi mulut, buat apa saya nak membisu.

Menjawab!

Dah orang tanya, saya menjawablah. Tak kan nak diam je.

Ryan ketap bibir. Lagi dia berkata, lagi Hani melawan. Dia perhatikan bibir Hani yang semakin galak melontarkan kata dengan sedikit kasar. Dia tak suka Hani yang sekarang ni! Suka bikin panas!

Memang Allah bagi mulut, tapi kau tahu apa hukumnya meninggikan suara pada suami

Suami Hani tercegat tanpa bergerak. Ryan sebut suami Lelaki tu tengah buat lawak ke Pandai betul mamat ni. Dulu dia tak nak sebut pasal hukum suami isteri ni, sekarang pula dia nak ajar aku. Huh!

Suami awak kata Sejak bila ni Setahu saya, awak dan saya cuma rakan sepasukan. Tapi, tu dulu la. Sekarang ni saya dah bebas. Bebas dari penjara yang awak ciptakan tu. So, lepas ni tolong la jangan ganggu saya lagi! laju Hani berkata tanpa menyedari apa sebenarnya yang meluncur dari bibirnya.

Buatnya Ryan tak ganggu dia terus, mereput dia rindu lelaki tu nanti.

Ryan peluk tubuh sambil memerhati batang tubuh Hani yang berdiri tegak. Boleh tahan tegang muka perempuan tu.

Selagi aku tak lafazkan apa yang sepatutnya,

kau kena ingat, kau tu aku punya!

Sekali lagi mata Hani membulat. Kali ini siap dengan pakej tergamam. Milik dia Maksud Ryan

Kalau macam tu lafazkan apa yang sepatutnya supaya saya terlepas dari awak. Itu kan janji awak pada saya dulu.

Kau betul-betul nak aku lafazkan apa yang sepatutnya ke duga Ryan.

Hani terdiam sekejap sebelum hatinya beristighfar. Dia tanpa sedar telah meminta cerai dalam maksud yang tersembunyi. Kalau Ryan benar-benar kotakan, macam mana dengan dia

Tapi, kalau bukan hari ni pun, suatu hari Ryan tetap akan lepaskan dia. Jadi apa bezanya hari ini dengan hari yang lain. Dia tetap akan lenyap dari hidup lelaki tu.

Suatu hari awak akan lafazkan apa yang sepatutnya tu juga kan Jadi kenapa kita tak percepatkan saja. Senang! Awak boleh move on dengan hidup awak, saya boleh move on dengan hidup saya. Lagipun saya pun dah malas nak layan gosip dekat syarikat ni. Awak yang bermesra dengan perempuan tu, saya pula yang kena badi. Saya dah tak larat dengar! Meluat! Jadi mungkin kalau awak lafazkan apa yang sepatutnya tu, saya tak payah nak tadah telinga lagi dengar orang kutuk saya tak reti jaga laki la, tak reti layan suami la. Saya bosan. luah Hani panjang lebar. Semua rasanya tersimpan kemas di sebalik kata-kata itu.

Mungkinkah cinta pertamanya hanya setakat ni Betul la orang kata, cinta pertama tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan.

Kau cemburu aku dengan Nisa Ryan serkap jarang.

Saya cemburu Tak ada masa.

Habis tu kau sedih orang asyik mengata kau

Mestilah sedih ngok! Lagi sedih bila rasa nak ganyang je perempuan tu, tapi tak mampu.

Kenapa nak sedih pula. Bukannya saya ada apa-apa pun dengan awak. Suka hati awak la nak keluar dengan siapa pun.

Good, tapi kenapa aku tengok mata kau lain Macam jealous. provok Ryan lagi.

Nak je dia senyum tengok muka Hani yang mula memerah. Benarkah gadis itu cemburukan Nisa

Wah, hebat betul awak ni. Awak belajar cara mata bercakap dekat universiti mana Dari universit bawah tanah Universiti atas langit Tak payah la berlagak macam awak tahu semuanya. Hani menjeling tajam.

Ryan tetap sembunyikan senyuman. Kali ni dia yakin. Wajah Hani ditenung tanpa membalas kata-kata gadis itu. Dah lama dia tak menilik muka Hani seperti ini. Rindu pula rasa hati.

Tengok apa Kalau setakat nak tengok orang, saya rasa saya masuk dulu. Banyak lagi kerja saya dari melayan awak! Hani mengalah. Malas betul nak bertekak dengan Ryan. Buang tenaga! Ryan tu, dia hanya tahu nak menang, menang dan menang!

Bila Ryan masih mendiamkan diri, Hani berpusing. Terbias cebikan tak puas hati di wajahnya. Baru saja dia nak melangkah, tangannya terasa ditarik. Terdorong dia berpaling kembali menghadap wajah kacak Ryan.

Mata bertentangan buat sesaat. Tak sanggup memandang mata hitam kuyu itu, Hani bingkas melarikan matanya ke arah tahi lalat Ryan yang terletak betul-betul di atas dahi lelaki itu. Jantungnya seakan tak sekata. Gerun kena tusukan pandangan kuyu yang menggoda jiwa. Seingatnya ini pertama kali Ryan pandang dia seperti itu. Air liur terasa tersekat di celah kerongkongnya.

Awak nak apa lagi terkeluar juga suara Hani yang tadinya hilang dek panahan mata si arjuna. Aku... nak...kau...dengar...apa...yang...aku... nak...cakap. pinta Ryan lambat-lambat dengan mata masih rakus meratah wajah Hani.

Melihat pandangan dan suara Ryan yang gemersik dan meleret-leret itu buat Hani tak senang berdiri. Tangannya cuba ditarik dari tangan Ryan, tapi gagal! Lelaki itu seakan tekad tidak mahu lepaskan tangannya.

Kalau nak cakap, cakap je la. Tapi, lepaskan tangan saya ni boleh tak

Tak boleh, selagi kau tak dengar apa yang aku nak cakap.

Fine! Cakap la apa yang awak nak cakap tu. Saya tunggu. Sekali lagi Hani mengalah. Tangannya dibiarkan saja di dalam genggaman hangat itu. Kalau dia meronta pun, yang sakit akhirnya adalah dia. Lagipun bukan dosa Ryan pegang tangan dia. Pahala lagi.

Aku nak lafazkan apa yang sepatutnya aku lafazkan.

Hani tergamam. Lafazkan apa yang sepatutnya itu bermakna lafaz cerai! Perlahan-lahan degupan jantung Hani yang normal menjadi irama rock. Berdebar hingga dia rasa kakinya mula lemah.

Tapi, tak ada saksi. ujar Hani perlahan. Tibatiba dia rasa tak sanggup menghadapi hari ni. Saat ini dan kala ini.

Aku tak perlukan saksi. Cukup kau sebagai saksi.

Spontan Hani angkat wajah bila ayat itu keluar dari bibir Ryan. Sudah tekadkah Ryan

Nur Hani Abdullah...

Ibu jari kaki yang tersorok dalam kasut bertutupnya, mula bergerak resah. Hatinya mula tak sedap. Tangannya seakan menggeletar untuk menutup mulut Ryan. Dia masih belum bersedia.

Bersaksikan hari ini... khamis, jam empat petang...

Hani semakin berdebar. Ryan memang tekad nak lepaskan dia sampai hari dan masa pun disebut dengan tepat. Hani pejam mata kuat-kuat menunggu lafaz yang paling genting keluar dari mulut Ryan.

Aku mengaku yang aku jatuh cinta pada kau.

Hani tersentak. Macam spring kepalanya naik ke atas dan matanya terjegil besar bersama mulut yang ternganga luas. Mulutnya terkumatkamit menyatakan sesuatu, tapi tak keluar nada suaranya.

Aku dah lafazkan apa yang sepatutnya aku lafazkan dan sekarang, giliran kau. Kau reject atau terima aku tenang suara Ryan.

Tenang pada suara, tapi tidak hatinya. Irama dari alat muzik dram seakan bermain di hatinya. Terasa seluruh tubuhnya gemuruh saat melafazkan apa yang sepatutnya dia lafazkan. Hanya satu jawapan yang patut keluar dari mulut kecil itu untuk hilangkan rasa gemuruhnya yang mula hadir.

Reject atau terima Agak kelakar pertanyaan lelaki tu, tapi... Hani mengeluh. Ryan jatuh cinta pada dia Betul ke Dia rasa macam bermimpi, tapi dia sedar Ryan yang baru saja meluahkan perasaannya, memang betul-betul wujud di hadapannya. Bibirnya terkelu sendiri.

Ini lah perempuan. Cakap benda aneh sikit, buat muka terkejut. Buat muka tergamam. Hesy! Macam ni la, kau tak payah nak terima atau reject aku sekarang. Aku bagi kau masa tiga hari untuk jawab. Kalau kau tak jawab, kita jumpa dekat mahkamah. dengus Ryan tiba-tiba. Rasanya satu nafas saja dia guna untuk menuturkan apa yang baru dia tuturkan.

Serentak dengan itu, Ryan lepaskan tangan Hani dan tubuh gadis itu ditolak lembut ke tepi. Hani seakan terpukau walaupun Ryan dah mula berlalu dari situ. Dia macam tak mampu terima kenyataan. Ryan jatuh hati pada dia. Maknanya cintanya tak bertepuk sebelah tangan Mulutnya ingin menjerit memanggil Ryan, namun tiada satu patah perkataan pun yang terkeluar.

Sambil berjalan, Ryan menarik nafas berulang kali. Rasa macam hati dia bertubi-tubi ditikam. Rasa tubuhnya terkejut mendengar luahannya yang penuh jujur. Bukan niatnya nak tinggalkan Hani, tapi dia dah tak boleh kawal hatinya. Ada rasa malu dan saat itu juga ada rasa teruja. Semuanya buat dia nanar.

Dia tak pernah takut pada seseorang dalam hidupnya tapi sekarang dia betul-betul takut!

Takut jika Hani menjawab... You are rejected!