Ake ngadap 24 jam Karang terjojol keluar biji PA benda yang kau tenungkan tu Tak jemu
mata, siapa pula nak kutip. Sudah-sudahlah tu, tegur Rudy Armani sambil membawa 2 muk berisi kopi yang masih hangat.
Sekilas Aizal Fahmi berpaling muka ke belakang sejenak dan berkalih muka semula ke arah skrin komputer riba.
Tak ada apa-apa. Aku tengah google something ni, jawabnya ringkas, berdalih.
Google ke mengayat Jangan nak membongak. Aku tau kau sibuk mengayat tadi. Apa ke namanya tadi Anggerik apa entah, lupa aku.
Bongak apanya, serius aku tengah siapkan assignment, dia berterusan pertahankan katakata. Baru dia perasan yang sahabatnya itu sedang merenung ke skrin komputer riba yang terpampang jelas tetingkap YM Anggerik_Putih. Pantas dia menutup komputer ribanya.
Aku peliklah kau ni. Aku dan TH medic student, kau seorang aje yang terbabas arkitek. Tak rasa pening ke duduk dengan kita orang
7 tahun aku lepak dengan korang normal aje. At least aku belajar something dengan kau orang, kan Jelasnya tanpa berpaling muka ke arah mereka berdua dek leka reply YM Anggerik_Putih.
Impiannya dulu adalah menjadi seorang doktor sejak dia mendaftar masuk ke University of California Los Angeles (UCLA). Dia juga yang merupakan anak tunggal dalam keluarga dan perlu mewarisi syarikat senibina, terpaksa melencong terus bidang dari perubatan ke arkitek. Walaupun begitu, ianya tak menghalang untuknya pelajari serba sedikit tentang dunia perubatan dari teman sebilik demi Anggerik_ Putih.
Tambahan pula mereka bertiga ditemukan dari sekolah persendirian yang sama, Sri Garden High School. Cuma selepas tamat Gred 6, tinggal dia dan Rudy Armani menyambung pelajaran sampai ke Gred 12 selepas Tunku Hussein dihantar belajar ke CA. Kembarnya, Tunku Hazreen pula dihantar ke United Kingdom (UK).
Aturan takdir, mereka bertiga dipertemukan semula di hari induksi siswa baru hingga berjaya tamat pengajian masing-masing. Disebabkan kursus pengajian dan kekangan masa kuliah yang berbeza, dia mengisi masa sendirian di ruangan YM. Di alam maya itulah, mengheret dirinya mengenali seorang gadis misteri yang juga menuntut kursus perubatan.
Aku nak keluar kejap. Kau nak ikut tak soal Tunku Hussein sambil duduk memakai kasut di muka pintu.
Tiada respon. Usai memakai kasut, dia menoleh wajah ke arah lelaki tadi yang leka menaip sesuatu di tetingkap YM.
Aizal Fahmi! Kau dengar ke tak
Kau nak ke mana tadi
Manhattan Beach. Aku tunggu kau kat parkir.
O okey okey, bagi aku 5 minit. TH, Kau katakatanya terhenti bila kelibat lelaki tadi sudah beredar pergi tinggalkannya bersendirian.
Dia menutup komputer riba dan menyusun buku-buku yang berselerak di atas meja. Selepas memerhatikan diri di depan cermin, dia menghayun langkah menuju ke muka pintu. Tangkas tangannya mencapai topi Adidas yang tersangkut di belakang pintu sebelum mengunci pintu.
Kenapa Anggerik_Putih dah lama tak online