Les Criaturas - 29
Somewhere In Between

Seorang lelaki dan perempuan tua sedang duduk di satu sudut. Tangan mereka diikat sementara mulut disumbat dengan kain tebal. Seorang lelaki menghampiri mereka dan mengacukan shotgun kearah kepala. Seorang budak lelaki memerhatikan keadaan itu dengan cemas.

Mak. Ayah.

Kain tebal yang disumbatkan ke dalam mulut lelaki dan perempuan tua itu dikeluarkan.

Macam mana anak kau nak cakap dengan kau buat kali terakhir kalau kain tu dalam mulut kau.

Semuanya akan selamat. Kamu duduk kat situ diamdiam, kata ayah kepada budak lelaki itu.

Shotgun beralih arah. Kini ia diacukan ke arah budak lelaki tersebut.

Jangan apa-apakan anak aku. Aku ikut kehendak kau, rayu lelaki tua itu.

Abang, jangan..

Abang terpaksa. Demi anak kita.

Lelaki tua itu menggenggam erat tangan isterinya. Dahi berkedut itu dikucupnya. Seseorang menarik lelaki tua tu masuk ke dalam kereta.

Kau nak ikut suami kau atau nak mati kat sini

Kau janji akan jaga anak aku

Aku janji. Aku akan pulangkan anak kau bila misi aku selesai.

Perempuan tua itu merenung kereta yang dinaiki oleh suaminya.

Bila aku boleh jumpa suamiku

Terpulang sama ada kau nak bekerjasama atau tidak. Aku tak ada banyak masa. Aku kena cari seorang lagi. Lelaki dalam kereta tu cuma tolong aku. Aku perlukan anak kau dan kuasa yang ada pada dia. Sekarang, kau nak mati atau nak ikut suami kau Perempuan tua memandang anak kesayangannya.

Epie, dengar sini. Mak dah pesan kan jaga kuasa tu elokelok Jangan salah guna.

Budak kecil itu mengangguk laju.

Epie dengar cakap pakcik ni. Ikut semua arahan dia. Mak dengan ayah kena pergi jauh. Nanti kita jumpa balik, ya

Perempuan tua itu memeluk seraya mencium ubun-ubun dan pipi anaknya.

Mak kena pergi sekarang. Ingat pesan mak.

Perempuan tua itu bangun dan masuk ke dalam sebuah lagi kenderaan yang menunggu. Perlahan-lahan kenderaan itu hilang dari pandangan mata. Epie terkebil-kebil memandang lelaki di hadapannya.

Kau jangan takut. Aku pinjam kau sekejap je. Nanti bila kerja dah beres, aku bawa kau jumpa diorang balik. Aku bukannya

kejam sangat. Tapi, kalau mereka buat hal..

Bang!

Seekor kucing yang kebetulan lalu mati terkena penangan shotgun lelaki tersebut.

Macam tu lah jadinya.

Kesian kucing tu, bisik Epie. Matanya tidak lepas memandang bangkai kucing tersebut.

Serta merta keadaan menjadi dingin. Kepulan asap kecil mula keluar melalui saluran pernafasan.

Bagus. Kau bertindak ikut emosi.

Keadaan semakin sejuk. Bangkai kucing tersebut dipenuhi ketulan ais.

Kau terlalu istimewa. Lelaki itu memegang bahu Epie.

Aku akan jaga kau elok-elok. Kalau kau nak apa-apa, beritahu aku. Aku boleh bagi. Tapi, kau mesti dengar cakap aku. Budak lelaki itu kelihatan ragu-ragu untuk memberikan jawapan. Dia masih mendiamkan diri. Keadaan semakin sejuk.

Tangan lelaki tersebut mula menggeletar.

Celaka!

Pap!

Tangannya dihayunkan ke pipi Epie. Dia tersembam ke lantai. Hidungnya berdarah.

Kau memang hebat. Tak sia-sia aku cari kau. Bangun!

Aku nak tengok apa lagi kau boleh buat.

Dia mengacukan shotgun ke arah Epie.

Kalau aku dengar kau menangis. Aku tembak kau biar kau mampus macam kucing tadi. Kau nak ke Epie menggelengkan kepala.

Aku tanya kau, bodoh! Jawab la!

Tak nak!

Bagus. Jom kita pergi makan. Lepas tu aku bawa kau pergi jalan-jalan. Kau kena tolong aku cari seorang budak perempuan. Dia pun ada kuasa macam kau. Kau nak makan apa

Saya lapar susu.

Dah besar masih lagi menetek

*****

Seekor kucing muncul di sebalik timbunan dawai besi di tapak pembinaan. Sesekali ia berlari laju melewati papan yang berselerak di atas simen. Kelihatan seorang lelaki bersenjatakan pistol sedang mengejar kucing tersebut. Nafasnya yang pendek membuatkannya termengah-mengah.

Epie! Suaranya seakan-akan tidak kedengaran. Dia betul-betul keletihan.

Seorang remaja lelaki menghampiri lelaki tersebut. Dia tersenyum melihat gelagat lelaki tua itu.

Kau dah tua.

Aku memang dah tua. Tapi, kau lupa aku bukan senang nak mati. Transformasi aku belum sempurna. Aku kena..

Ambil ni..

Epie menghulurkan sebotol kecil cecair berwarna hijau. Lelaki berusia itu kelam kabut menelan cecair tersebut. Dia bersandar buat seketika.

Dah okay ke Kalau dah, aku nak mulakan sekarang. Lelaki itu mengangguk. Dia bangun dan merenggangkan otot tubuhnya. Fikirannya cuba difokuskan kepada Epie.

Berapa kali lagi kau kena telan racun tu Tanya Epie. Tu bukan masalah kau.

Benda ni akan jadi masalah aku bila kau mati dalam proses transformasi abadi kau ni. Lepas tu, aku tak sempat jumpa mak ayah aku lagi, rungut Epie.

Kau jangan risau la. Aku ni jenis pegang janji. Aku tak bunuh manusia. Mak ayah kau tengah berseronok sekarang ni. Entah-entah diorang tak ingat langsung pasal kau.

Epie mendiamkan diri.

Dah la. Cepat tolong aku tangkap budak perempuan tu, arah lelaki tersebut sambil menghalakan jarinya ke arah tiang konkrit tidak jauh dari mereka.

Epie berpusing. Matanya dipejamkan dan tangannya diangkat ke udara. Cuaca di sekitar mereka perlahan-lahan berubah menjadi dingin. Takungan air mula membeku. Hoi, budak! Keluar cepat. Kitorang ada hal nak cakap dengan kau.

Epie masih tidak berganjak. Dia perlu berjaga-jaga. Mata lelaki tersebut tidak lepas-lepas memandang ke arah batang konkrit.

Bagus. Jaga-jaga.

Tiba-tiba seekor gajah muncul dari timbunan batu-batu pecah. Gajah itu menghampiri mereka sambil menghentakkan kakinya. Fokus Epie sedikit lari kerana hentakan kuat kaki gajah tersebut. Cuaca berubah menjadi seperti biasa.

Epie cuba untuk fokus.

Cuaca berubah menjadi kembali dingin. Namun, gajah itu tetap berjalan ke arah mereka berdua.

Aku rasa ini masa yang sesuai untuk kau bertindak, Hamzah.

Hamzah berjalan ke hadapan. Kaki gajah itu bersedia untuk membuat hentakan yang dikira boleh membawa maut. Hamzah berlagak tenang. Dia menahan hentakan itu menggunakan tangan kanannya kemudian memaut kaki binatang tersebut. Tubuh gajah itu dihentakkan ke tanah. Kawasan pembinaan itu bergegar. Gajah itu perlahan-lahan mengecil dan bertukar menjadi seorang remaja perempuan.

Biar betul. Epie terlopong melihat kejadian itu.

Kau ni macam tak biasa tengok benda-benda macam ni.

Tapi yang ni lain daripada biasa.

Dia datang dari keturunan Therion dan Anthropos.

Darahnya jenis Therianthropy. Sebab tu dia boleh bertukar jadi apa saja binatang yang dia suka. Macam skinwalker atau shapeshifter.

Bezanya dia keturunan asli yang makin pupus.

Tak sia-sia kita merantau jauh sampai ke sini.

Tak sia-sia juga aku bela kau, Epie. Remaja perempuan itu mula sedarkan diri. Perlahan-lahan dia bangun.

Tolong jangan apa-apakan aku. Aku cuma nak cari makan. Aku tak bahayakan sesiapa pun. Hamzah menghulurkan tangan.

Mari sini. Aku janji aku akan bagi kau kehidupan. Tapi,

dengan syarat kau mesti tolong aku.

Remaja perempuan kelihatan ragu-ragu untuk menyambut tangan Hamzah. Dia seperti sedang berfikir. Tidak lama kemudian, huluran tangan Hamzah akhirnya bersambut.

Siapa nama kau

Aku tak ada nama.

Tak apa. Yang tu kita fikirkan kemudian. Perjalanan kita masih jauh lagi. Ini anak pertama aku. Namanya Epie. Kau akan jadi anak kedua. Kau jangan takut. Aku boleh bagi apa saja yang

kau nak. Sekarang aku nak bawa korang pergi satu tempat.

Pergi mana

Jalan Mawar, Epie. Aku nak cari seorang perempuan yang sesuai untuk jadi mak korang.

Epie dan remaja perempuan saling bertukar pandangan.

*****

Suasana di Jalan Mawar riuh rendah. Jalan di situ sesak

dengan kenderaan yang tidak putus-putus. Lampu neon menerangi lorong-lorong gelap. Keadaan bertambah kecoh dengan suara peniaga yang mahu menarik perhatian pelanggan. Kelihatan beberapa orang perempuan berpakaian seksi berdiri di tepi jalan untuk mencari mangsa. Sesekali mereka menari ghairah.

Seorang lelaki berusia menghampiri pintu masuk

Heartbreak Hotel yang merupakan antara hotel termewah di Jalan Mawar. Kakinya melangkah ke kaunter pendaftaran.

Selamat datang. Encik nak booking suite atau Gold

Privilege Harga antara dua ribu setengah dan tiga ribu setengah untuk satu malam termasuk pakej breakfast dan lunch.

Lelaki itu memerhatikan brochure sambil bermain dengan kumisnya.

Aku nak pakej pertama. Dan aku nak menu special. Wanita itu seakan-akan memahami permintaan lelaki tersebut. Tangannya mencapai katolog bertanda Safe House dari dalam laci.

Encik boleh pilih menu kat sini. Harga menu bergantung kepada bilangan orang yang nak servis.

Lelaki berusia itu membelek-belek katalog di hadapannya. Matanya tertancap pada helaian muka surat empat. Dia agak tertarik dengan menu tersebut.

Aku nak order menu 139.

139 Sebentar, encik. Saya log in data. Pandai encik pilih menu. Boleh saya tahu untuk berapa orang

Tiga.

Okay. Encik jangan risau. 139 antara menu terbaik kami. Kalau Encik tak puas hati, kami akan bayar separuh daripada harga bilik. Ini jumlah yang perlu dibayar dan ini kad bilik.

Pekerja wanita itu memusingkan skrin computer ke arah lelaki berusia tersebut.

Cash atau credit card

Cash.

*****

Loceng bilik hotel ditekan tiga kali namun tiada respon dari dalam. Wanita yang lengkap berpakaian kulit hitam berkilat itu mula membebel seorang diri. Dia cuba mengetuk pintu hotel.

Pintu bilik dibuka dari dalam.

Wanita itu melangkah perlahan masuk ke dalam. Matanya melilau melihat hiasan dalaman suite berkenaan. Kakinya mendaki anak tangga kecil. Dia kini berdiri hampir dengan lelaki yang sedang baring di atas tilam empuk. Wanita itu mengoleskan senyuman paling manis.

So, abang nak sekarang ke Jarinya dimainkan di dada lelaki tersebut. Matanya melirik melihat wajah lelaki di hadapannya. Sebenarnya, aku ada proposal untuk kau.

Proposal yang macam mana abang suka Abang nak saya.. Perempuan itu bertanya dengan nada manja. Dia tersenyum.

Tangannya mula merayap di sekitar tubuh lelaki itu.

Bukan. Maksud aku..

Atau abang nak cerita masalah rumah tangga abang

Isteri abang main kayu tiga ke atau abang yang tak puas. Lelaki berusia itu tergelak besar.

Kau jangan main-main dengan aku. Sekali kau dapat, meraung tak ingat dunia.

Abang ni confident betul. Saya tak percaya la. Entahentah nanti saya yang kena pura-pura puas.

Dah la. Aku ada benda penting nak cakap dengan kau. Pasal bisnes.

Wanita itu duduk di birai katil.

Macam ni

Lelaki itu turut bangun dan duduk di atas kerusi berdekatan dengan meja makan.

Aku akan bagi kau segala kemewahan yang kau nak..

No! No! Saya tak berminat nak kahwin.

Aku tak habis cakap lagi. Sabar dulu, dong.

Wanita itu mencapai buah anggur dan mengunyah perlahan. Tangannya mula mengupas buah epal yang diletakkan di atas meja makan.

Macam yang aku cakap tadi, aku nak kau tolong aku memburu. Aku ada misi penting. Kalau kau setuju, aku akan bagi apa saja yang kau nak. Kalau kau setuju, kau sign kat paper paling last.

Tangannya menghulurkan kontrak kepada wanita itu.

Kau janji akan tunaikan segalanya

Aku janji.

Aku tak percaya. Macam mana kalau kau tipu aku Terserah pada kau nak percaya atau tak. Kalau aku tak ada duit, aku tak mampu tempah suite ni. Tapi bilik ni tak sampai standard aku. Cekik darah betul hotel ni.

Wanita itu tidak menjawab. Mulutnya asyik mengunyah potongan epal yang terakhir.

Baik, aku setuju. Mana pen

Lelaki berusia itu menghulurkan sebatang quill berwarna merah.

Kau biar betul

Lelaki itu tersenyum. Wanita itu mengambil quill yang dihulurkan. Ketika dia mahu menurunkan tanda tangannya ke atas kontrak, jarinya seolah-olah digigit sesuatu.

Aduh!

Darahnya menitis perlahan-lahan membentukkan satu nama di atas permukaan kertas kontrak. Beberapa bilangan huruf bergabung membentu nama Mata Hari.

Siapa kau sebenarnya!

Suhu di suite mewah itu tiba-tiba menurun. Tiba-tiba, seekor kucing keluar dari bawah katil dan bertukar menjadi seekor anjing hitam yang besar. Air liur binatang itu menitis perlahan membasahi karpet. Seketika kemudian, Epie muncul dari bilik air. Dia berjalan sambil cuba mengawal suhu.

Korang semua ni siapa! Perempuan itu mengulangi pertanyaan. Dia kelihatan takut.

Lelaki itu ketawa berdekah-dekah.

Jangan takut, Mata Hari. Aku bukan nak apa-apakan kau.

Aku nak ucapkan terima kasih sebab kau sudi tolong aku.

Apa yang kau dah buat dengan kontrak tu

Kontrak tu dijampi oleh bomoh terkuat dan tertua dari puak Roia. Darah kau dah bersemadi dalam kontrak tu. Maksudnya, kau tak boleh melompat dari satu jasad ke jasad yang lain tanpa kebenaran aku. Tapi, kau akan terus hilang kalau kau mati dibunuh atau kau cuba bunuh diri. Kontrak ni berguna selagi misi aku tak selesai. Bila dah selesai, ianya akan hancur dengan sendiri. Aku tak kejam sangat antara manusia. Tapi, kau dah jadi bekas manusia. Setuju

Mata Hari perlahan-lahan menghampiri lelaki itu.

Siapa nama kau

Nama aku Hamzah. Epie dan Dayah akan jadi anak kau. Anak! Mata Hari memandang anjing hitam tersebut berulang kali.

Sebaik sahaja mendengar pertanyaan Mata Hari, anjing hitam itu bertukar menjadi seorang remaja perempuan. So, boleh kita sambung main.. Hamzah merapati tubuh Mata Hari.

Sekejap. Bagi aku masa untuk..

Mata Hari mengundur ke belakang dan membaling pisau yang digunakan untuk mengupas epal tadi tepat ke dada Hamzah.

Argh!

Dayah bersiap untuk menyerang tetapi dihalang oleh Hamzah. Dia mencabut pisau yang tertanam di dada. Darah pekat berwarna hitam berlumba-lumba keluar.

Aku dah agak. Kau bukan manusia biasa. Darah kau lain. Aku tak dengar langsung jantung kau berdegup laju atau perlahan. Rentak degupannya sama. Tenang seolah-olah kau tak risaukan apa-apa langsung.

Hamzah ketawa kecil.

Kau memang bijak, Mata Hari.

Panggil aku Soraya.

Okay, Soraya. Sekarang, kau nak apa Aku boleh bagi semua.

Aku nak kontrak tu balik.

Tak semudah itu.

Tak salah aku cuba kan

Boleh aku tanya satu soalan

Mata Hari mengangguk.

Apa perasaan kau bila jadi spy wanita pertama dunia yang hidup menumpang dari satu jasad ke jasad yang lain berabad lamanya

Kadang-kadang dendam boleh buat kita jadi apa yang kita tak nak. Aku masih lagi dapat dengar dan rasa berpuluh-puluh butir peluru menembusi tubuh aku. Celaka betul skuad penembak France.

Tapi, kau dah lama dalam jasad ni. Kau tak nak masuk jasad lain

Aku selesa. Jangan risau. Habis je kontrak aku nak masuk dalam jasad seorang artis popular ni. Aku dah lama aim dia baq hang.

Mereka yang berada di situ ketawa kecuali Dayah.

Kenapa dengan budak perempuan tu Emo semacam. Period ke

Dia tu protective. So, kau dah sedia

Sedia untuk apa

Untuk memburu.

Mata Hari mengambil pisau yang digunakan untuk menikam dada Hamzah di permukaan lantai. Hujung pisau yang diperbuat dari silver itu sedikit terhakis.

Kita nak buru apa

Hantu. Lepas tu, pembunuh yang terlepas daripada hukuman bunuh. Akhir sekali nenek kebayan. So, jumlahnya 3 orang. Tak ada yang lagi gempak ke Hamzah memasukkan kontrak ke dalam poket jaketnya.

Yang last tu dah cukup gempak. Percaya cakap aku.