Semalam aku letak gambar Audi A7 kawan aku baru beli. Dia kerja jual Takaful.
Letak gambar kereta power dan encourage kau kerja keras untuk dapatkan kereta tu, sangat jauh bezanya dengan letak gambar kereta dan bagitau kereta tu senang dapat, esok lusa kau boleh dapat dah kalau kau masuk bla bla bla dan bla bla bla.
Faham
Kedua, kelmarin kecoh juga video Zahra bercakap depan TPM pasal survival kehidupan pekerja yang baru graduate.
Aku tak salahkan dia sepenuhnya (walaupun banyak kesalahan dari aspek pengurusan yang boleh dikenal pasti dari sudut pandangan peribadi), sebabnya umur dia baru 23. Baru lagi bergelumang dengan real life. Mungkin dia terkejut. Dia belum faham konsep craddle to grave social security sebenarnya tak pernah ujud dalam mana-mana tamadun manusia.
Salahkan kerajaan atau salahkan sesiapa saja di dunia ini, boleh, memang boleh. Aku pun harihari menyalahkan ramai orang dalam banyak perkara. Kita marah sebab kita rasa hak kita tak diberi, hak kita di manipulasi, kita ditindas, kita kena zalim, kita tak dipatutkan oleh yang lebih di atas dan yang lebih berkuasa. Itu lumrah dalam kehidupan.
Keadilan sosial adalah utopia. Namun sejak zaman berzaman manusia berusaha untuk merapatkan jurang keadilan ini melalui pelbagai cara, sama ada melalui jalan pendidikan mahupun undangundang, dan kita masih mengimpikan keadilan mutlak ini yang kelihatannya masih belum berkunjung tiba.
Atas kesedaran yang dunia ini bukan tempat mendapat keadilan mutlak sesama manusiawi, maka setiap daripada kita harus cepat sedar lalu berusaha mencari jalan untuk bertemu keadilan ini, kalaupun tidak memberi keadilan pada orang lain atau mengharapkan orang lain berlaku adil, sekurangnya menjadi adillah kepada diri kita sendiri.
Bak kata cerdik pandai, Untuk berharap keadaan berubah, kita perlu ubah diri kita sendiri ni dulu.
Kata cerdik pandai lagi, complainers and whinners, will never win.
Kita boleh pilih untuk terus hidup (bersama komplen) dalam persekitaran yang kita tidak suka, atau kita cari jalan keluar. Begitu.
Ketiga,
Kali ni aku nak tunjuk gambar rumah banglo pula. Tuannya kami panggil Kak Zah, orang Kuantan. Dulu asalnya jual donat. Dia juga boleh pilih untuk terus komplen dan menyalahkan nasib hidup, tapi dia tak buat macam tu. Kak Zah cari dan berusaha untuk keluar daripada persekitaran dan sistem yang dia sedang terjebak.
Pilihan. Satu-satunya hal yang tidak boleh diambil daripada diri kita adalah pilihan.
Kak Zah telah membuat pilihan. Beliau keluar dan mencabar kehidupan yang serba-serbi rumit lagi menyusahkan. Jalan yang dia ambil adalah menjadi ahli TAKAFULMAN.
Setelah beberapa tahun, Kak Zah ada sebuah banglo, dia beli cash dengan harga RM1 juta.
Cuba kita letakkan Kak Zah untuk bercakap di majlis yang ada TPM, mungkin nada, mesej dan inspirasinya berbeza.
Ya, hidup sekarang ini memang sucks.