Kamu patut jadi pelacur saja.
Pertama kali aku mendengar kalimat tersebut semasa aku berusia 13 tahun. Pada ketika itu, aku sedang makan malam bersama ibubapaku di sebuah restoran. Seorang lelaki tinggi lampai berjaket biru duduk di meja bersebelahan kami. Lelaki berjaket biru itu asyik memandang Ibu sejak kami mula menjejak kaki ke dalam restoran itu. Selepas selesai makan malam, lelaki tinggi berjaket biru itu berdiri dan menghampiri meja makan kami. Sambil memandang Ibu, dia berkata: kamu terlalu cantik untuk dimiliki seorang lelaki. Kami patut jadi pelacur saja.
Suasana terus menjadi senyap. Kami tergamam sehingga tidak tahu bagaimana untuk menjawab lelaki itu. Kami hanya memandang dia.
Lelaki berjaket hitam tu tersenyum lebar. Dengan perlahan, dia mengalih arah dan berjalan keluar, sambil ketawa dengan kuatnya.
Selepas peristiwa aneh yang berlaku di restoran itu, kehidupan kita tidak sama seperti biasa. Ibu tidak lagi bertanggungjawab sebagai seorang isteri lagi. Beliau berhenti menjadi seorang ibu.Ibu meminggirkan kami. Ibu menjadi seorang pelacur.
****
Tidak ada sesiapa dapat menyayangi dia seperti aku menyayangi dia.Cinta aku akan mengembalikan dia semula, ujar Bapa.
Bapa berdoa tatkala melihat Ibu berjalan keluar. Kata Bapa: Dia kekasih pertama aku dan aku kekasih pertama dia. Tidak ada sesiapa akan lupa akan cinta pertama kami. Ibumu akan balik. Dia akan menjadi ibu yang lebih baik kepada kau dan isteri yang lebih baik untuk aku.
Bapa menjadi seorang alim. Setiap hari, dia merayu kepada Nabi Isa untuk kembalikan wanita yang dicintai ke dalam hidupnya. Sebelum ini, Bapa percaya semua agama adalah ciptaan manusia.
Sebelum ini Bapa selalu beritahu, Nabi Isa itu Bapa Santa untuk orang dewasa.
Dia suka menjengkelkan Tuhan, Nabi Isa dan para alim ulama secara umum. Tapi sekarang tidak lagi. Katanya: Tuhan berlaku baik terhadap aku. Tuhan telah merestui kehidupan aku dengan mengurniakan kebahagiaan dan kasih sayang. Tetapi aku yang tidak bersyukur. Aku telah mengabaikan Tuhan. Aku memperlekehkan Dia. Dan Tuhan telah membalas perlakuanku. Tuhan telah menjadikan isteri aku mengabaikan aku.Tuhan mahu aku rasakan sengsara yang Tuhan rasakan tatkala Dia diabaikan. Tetapi sekarang masanya untuk aku menebus dosa. Suatu hari nanti, Tuhan akan memaafkan dosa yang telah aku lakukan. Tuhan akan jadikan ibu kau berdiri di depan pintu dengan dua beg pakaiannya, merayu untuk dimaafkan kesalahannya. Aku pula akan memaafkannya sama seperti Tuhan telah mengampuniku. Kita akan kembali menjadi sebuah keluarga bahagia.
Bapa tidak menyangkal bahawa Tuhan akan memberikan kebahagiaan hakiki. Bagiku, aku percaya bahawa Tuhan lebih menyukai pengakhiran cerita yang sedih.
****
20 tahun masa berlalu. Ibu tidak pulang pulang. Doktor mendapati Bapa menghidap barah. Bapa tidak dapat hidup lama. Kata Bapa: Aku nak mati di riba ibumu, wanita yang aku cintai. Aku mesti berdoa dengan lebih supaya Tuhan dapat memakbulkan permintaan terakhir aku ini.
Semua kawan-kawan aku serta saudara-mara telah berputus asa mengharap kepulangan Ibu. Tetapi Bapa tidak.
Aku percaya rahmat Tuhan, katanya.
Tuhan tidak zalim. Tuhan tidak akan biarkan aku mati dengan perasaan kecewa.
Dengan tidak disangka-sangka, doa Bapa dimakbulkan. Ibu terpancul di depan pintu rumah, dengan dua beg pakaiannya. Ibu kelihatan menangis-nangis tanda menyesal. Dia minta ampun. Bapa tidak membuang masa lalu memeluknya dengan sepenuh jiwa. Kata Bapa: Saya maafkan awak. Lupakan masa lalu. Jangan cakap lagi pasal peristiwa lampau. Mari kita mulakan penghidupan baru.
Impian Bapa tercapai. 13 bulan kemudian, Bapa mati di atas pangkuan wanita yang dicintainya. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Bapa memberitahuku: Kan aku dah cakap Tuhan tu tak zalim. Tuhan itu berkuasa. Tuhan mampu membuat keajaiban Tuhan tidak biarkan aku mati dengan perasaan kecewa.
Tetapi Tuhan zalim. Tuhan tidak berkuasa. Tuhan tidak membuat keajaiban. Tuhan tidak berbuat apa-apa pun. Tuhan hanya berdiri senyap terpacul macam patung dan hanya melihat Bapa menderita.
Aku pergi mendapatkan Ibu. Saya nak bagi upah.
Itulah ayat pertama aku kepada Ibu yang aku tidak pernah jumpa selama dua dekad. Dia masih seorang pelacur dan tuan punya sebuah rumah pelacuran.
Aku beritahu Ibu tentang penyakit yang dialami Bapa. Aku beritahu Ibu: Permintaan terakhir Bapa adalah untuk mati di pangkuan Ibu. Saya nak upah Ibu untuk Ibu memainkan peranan seorang isteri yang baik kepada Bapa. Ibu dapat jadikan Bapa bahagia sebelum dia meninggal.
Aku cuma boleh mencintai seorang lelaki jika aku dibayar dan servis aku tak murah, terang Ibu.
Saya akan bayar harganya. Bapa tidak harus tahu yang saya upah Ibu, ya. Ibu mesti yakinkan Bapa yang Ibu pulang ke rumah atas kemahuan sendiri, rasa menyesal atas apa yang Ibu telah lakukan, kata aku.
Seminggu selepas itu, terpacullah Ibu di depan pintu rumah dengan dua beg pakaiannya. Dia menangis menyesal.
****
Wang yang aku laburkan kepada Ibu amat berbaloi. Ibu memainkan peranan seorang Ibu dengan baik sekali. Dia membawa pulang kebahagiaan, kasih sayang dan senyum tawa dalam hidup Bapa. Bapa mati dalam senyuman. Bapa langsung tidak perasan bahawa apa yang dilakukan Ibu semuanya lakonan. Tatkala Bapa dikebumikan, Ibu mula mengemas beg pakaiannya. Dia sudah bersedia untuk pulang ke kehidupan lamanya.
Cepatnya balik tanyaku.
Aku dah lakukan apa yang sepatutnya aku buat, jawab Ibu.
Tambah aku: Ibu boleh tinggal di sini kalau mahu. Saya boleh bayar untuk jadi ibu saya.
Dia pandang aku dengan mata tak berkelip. Katanya: Aku boleh bermain apa peranan pun yang orang mahu aku lakonkan kecuali ibu. Aku rasa aku tak boleh jadi seorang ibu yang baik.
Aku jadi radang. Aku marah. Aku tak sangka Ibu menolak tawaran aku menjadi ibu aku. Dengan nada yang marah, aku berkata: Ibu, kenapa Ibu abaikan Bapa Kenapa Ibu tinggalkan saya Kenapa Ibu pilih jalan yang jijik ni
Dengan sabar, Ibu memegang tanganku dan mengucupnya. Dia melihat tajam ke mataku. DIa berkata: Bila seorang bayi perempuan dilahirkan, semua orang mahu mendidik anak itu menjadi anak perempuan yang baik.. jadi isteri yang setia jadi ibu yang baik. Tapi bagaimana kalau dia tak mahu jadi anak yang baik Bagaimana kalau dia tak mahu jadi isteri yang setia Bagaimana kalau dia tak mahu jadi ibu yang baik Bagaimana kalau dia tak nak jadi manusia yang baik Kau rasa seorang wanita tidak mempunyai pilihan untuk tidak menjadi baik ke
Aku tidak ada jawapan. Kami terkedu senyap. Kemudian, dengan perlahan, dia mengucup pipiku dan membisik ke telingaku seraya berkata: Bukan semua wanita mahu menjadi baik. Ada wanita dilahirkan menjadi wanita yang tiada moral.
Sambil memegang beg pakaian di tangan kiri dan kanannya, ibu aku berjalan keluar dari rumah dengan perlahan. Sejak itu, aku tidak lagi bertemu dengan Ibu.
Kamu terlalu cantik untuk dimiliki seorang lelaki. Kamu patut jadi pelacur saja.
Kata-kata itu ku tulis di seluruh tubuh bogel aku. Lelaki berjaket biru sedang ketawa berdekah-dekah. Aku menerpa dia. Aku pukul kepalanya. Kepalanya mula berdarah. Tetapi dia tidak nampak sakit. Lebih banyak pukulan yang aku hentak, dengan kuat lagi dia berdekah.
Apa yang berlaku semua ini tidak nyata. Ini sebuah mimpi.
Ungkapan itu tidak pernah berhenti daripada igauan aku.
Benakku berkata yang aku benar-benar perlu bersemuka denan lelaki berjaket biru yang telah merubah hidupku dan kedua ibubapa aku selama-lamanya. Aku ada banyak persoalan untuk dia jawab.
Aku pun mengupah seorang penyiasat persendirian untuk mencari lelaki yang berjaket biru itu. Bertahuntahun aku cuba menjejaki lelaki berjaket biru itu tetapi tidak ketemuan sehinggakan aku berputus asa daripada misi pencarian tersebut. Tetapi, sehingga pada suatu pagi aku menerima panggilan daripada penyiasat persendirian yang aku upah.
Saya sudah jumpa lelaki yang Tuan cari itu, katanya.
Lelaki berjaket biru itu sudah menjadi seorang kaki botol yang tidur di kaki lima. Lalu, aku pun mengupah beberapa orang yang dipercayai untuk menculik lelaki berjaket biru itu dan membawanya ke suatu bangunan terbengkalai. Lelaki berjaket biru itu aku ikatkan ke sebuah kerusi. Lelaki-lelaki upahan aku memukulnya kiri dan kanan sehingga bengkak seluruh badan.
Kenapa korang buat macam ni ke aku Korang nak apa Kata lelaki berjaket biru itu sambil menahan kesakitan.
Aku cuba mengingatkan lelaki itu tentang pertemuan pertama kali kami di sebuah restoran beberapa tahun yang lalu.
Kenapa kau kata macam tu kat mak aku hah, tanya aku.
Katanya: kau tak payahlah nak pukul aku sampai macam ni kalau nak tahu benda tu. Aku akan beritahu segalanya.
Semasa dia berumur 13 tahun, sedang dia menikmati makan malam di restoran yang sama bersama ibu dan bapanya, seorang lelaki berjambang duduk di meja sebelahnya.
Lelaki berjambang itu asyik memerhatikan mak aku, katanya.
Selepas mereka selesai makan, lelaki berjambang tersebut datang kepadanya.
Sambil memandang ke arah mak aku, lelaki berjambang itu berkata: kamu terlalu cantik untuk dimiliki seorang lelaki. Kamu patut jadi pelacur saja.
Lelaki berjambang itu senyum dan keluar dari restoran itu sambil ketawa gila. Selepas kami mendengar katakatanya, kehidupan kami tidak sama seperti dulu lagi. Mak aku tinggalkan bapak aku dan aku sekali.
Memang kita tak boleh terima yang mak kita adalah seorang wanita yang tidak ada moral. Perempuan yang melayan mana-mana lelaki yang akan membayarnya. Aku bingung. Jiwa aku terseksa.
Sama macam kau, aku nak sangat mencari lelaki berjambang itu. Tapi aku tak jumpa mana-mana pun. Sehinggakan, pada satu hari, dengan rasa kecewa, aku telah ke restoran yang sama di mana aku berjumpa lelaki berjambang itu .
Aku duduk di tempat yang sama di mana lelaki jambang itu duduk pada waktu itu. Aku pesan makanan yang sama lelaki jambang itu makan. Tiga puluh minit kemudian, kau masuk ke dalam restoran dengan mak bapak kau. Korang duduk sebelah aku.
Aku tergerak untuk lakukan perkara yang sama seperti apa yang orang berjambang itu buat kepada aku dan ibubapa aku.
Aku tunggu sehingga korang habis makan. Bila aku cakap ayat gila itu kepada mak kau, aku perasan di matanya yang aku dah menggerakkan sesuatu ke dalam jiwanya. Dia bukan lagi wanita yang sama yang berjalan masuk ke dalam restoran itu Dia akan lepaskan suaminya. Dia akan abaikan anaknya Dia akan menjadi pelacur Ada perempuan dilahirkan untuk menjadi perempuan dengan tidak ada moral.
Kenapa kau senyum Kenapa kau ketawa aku bertanya.
Dia menjawab: Sebab aku bukannya satu-satu lelaki yang mempunyai wanita dengan tiada moral sebagai ibu. Aku dah bagitahu apa yang kau nak tahu. Pegang janji kau dan lepaskan aku.
Aku tidak pegang kepada janji aku. Aku tidak menunjukkan belas kasihan. Aku arahkan lelaki-lelaki upahan aku untuk membunuh dia sahaja.
****
Aku kembali ke restoran yang pertama kali aku berjumpa lelaki berjaket biru itu pergi. Restoran itu tampak usang dan tidak terurus. Aku duduk di tempat yang sama di mana lelaki berjaket biru itu duduk. Aku pesan makanan yang sama lelaki berjaket biru itu makan.
TIga puluh minit kemudian, seorang remaja lelaki belasan tahun masuk ke dalam restoran bersama kedua ibubapanya. Mereka duduk di meja sebeblah aku. Aku memandang ke ibu remaja lelaki itu. Sebaik sahaja mereka selesai makan, aku berdiri dan menghampiri meja mereka. Sambil merenung ibu itu, aku berkata: : kamu terlalu cantik untuk dimiliki seorang lelaki. Kamu patut jadi pelacur saja.
Daripada renungan mata wanita itu, aku perhatikan ada sesuatu telah menggerak jiwanya. .. Dia bukan lagi wanita yang sama yang masuk ke dalam restoran tadi Dia akan lepaskan suaminya Dia akan tinggalkan anaknya Ada perempuan dilahirkan untuk menjadi perempuan dengan tidak ada moral.
Suasana terus menjadi senyap. Remaja lelaki dan ibubapanya tergamam sehingga tidak tahu bagaimana untuk menjawab. Aku tersenyum lebar. Aku keluar dari restoran itu, ketawa berdekah-dekah kerana aku tahu yang bukan aku sahaja lelaki yang mempunyai wanita yang tidak ada moral sebagai ibu.