ANIS menangis semahu-mahunya. Air pancut dari bilik air dibiarkan menyimbah tubuh. Dia basah kuyup dalam baju kurung dan tudung yang dipakai. Keluar dari pejabat tadi, dia terus pulang ke rumah. Tidak sanggup lagi menjejakkan kaki ke situ. Satu demi satu kejadian di ruang tamu pejabat Imran bermain di ruang mata. Tindakan Imran sudah melampau. Kalau dia berani menyentuh bibirnya begitu, tidak mustahil satu hari nanti Imran akan buat lebih dari itu. Tiada ikatan sah yang halal antara mereka berdua. Fikirannya mula teringat pada Jay. Selama ni dia banyak menasihati lelaki itu soal pergaulan. Sekarang, dia sendiri terperangkap dan terjebak ke lembah maksiat walaupun bukan atas kerelaannya sendiri.
Selesai mandi, Anis segera berwudhuk. Solat sunat taubat dan sunat dhuha ditunaikan dengan penuh khusyuk. Berlinang air mata dalam doa yang dipanjatkan kepada Allah.
Ya Allah..ampunkan dosaku. Aku lalai dalam mengingatiMu. Ampun aku ya Allah..ampunkan aku.. Anis meraup lembut ke muka.
Telekung dilipat perlahan. Jiwanya mula tenang. Dia mencari sesuatu. Habis diselongkar laci meja.
Mana aku letak telefon aku Melilau Anis mencari sekitar bilik.
Ya Allahbeg aku masih kat pejabat. Anis teringat beg tangannya dalam laci meja. Telefon bimbitnya ada dalam
beg tu. Tadi masa berlari keluar dari pejabat, dia terus menahan teksi. Duit dalam poket baju kurungnya masih ada dua puluh ringgit.
Macam mana aku nak contact Zara ni Anis mula resah. Niatnya ingin memberitahu Izara bahawa dia tak masuk pejabat hari ni. Dia ingin mengambil cuti. Kejadian tadi masih menghantuinya. Biarlah Izara yang beritahu Imran. Dia tak akan telefon Imran.
Setelah puas berfikir, Anis terpaksa mengambil keputusan ke pejabat semula. Tudung dicapai dari atas katil. Laju Anis menapak turun ke laman rumah. Duit dari laci meja diambil sedikit buat tambang bas nanti.
Eh, kau buat apa kat sini Zara Anis terkejut melihat Izara sudah tercegat di tepi kereta di luar laman rumahnya.
Aniskau nak ke manaIzara mula mendekati Anis.
Aku nak ke pejabatlah. Aku tertinggal beg aku. Tadi aku ingat nak call kau tapi telefon aku pulak dalam beg tu. Eloklah kau datang ni, aku nak kau bagi tahu abang kesayangan kau tu, aku nak ambil cuti kecemasan seminggu. Anis betulkan tudungnya yang sedikit terselak.
Anismaafkan abang aku okey. Dia tak sengaja. Dia sebenarnya sudah buntu dengan sikap Natasha. Sudah lama dia buang Natasha dalam hidupnya. Maafkan dia okey Izara memujuk. Beg tangan Anis turut dibawa tadi.
Zara..apa..apa kau cakap ni Muka Anis sudah merah.
Imran dah cerita semuanya pada aku..
Anis tunduk. Malunya bila Izara tahu kejadian tadi. Entah apa anggapan Izara terhadapnya nanti. Agaknya dia dituduh perempuan yang terhegeh-hegeh pada lelaki sehingga sanggup diperlakukan begitu.
Bukan salah kau..abang aku yang gelojoh. Maafkan dia ya Anis Izara memujuk lagi.
Kenapa kau yang minta maaf Abang kau yang sepatutnya minta maaf dengan aku. Zara, mulai saat ini, aku dah nekad, aku tak akan sentuh lagi soal hati. Bagi aku tindakan Imran tu sudah melampau. Aku tak semurah itu! Aku juga ada maruah. Semua yang ada pada tubuh aku untuk seorang yang bergelar suami aku, bukannya untuk disentuh sesuka hati oleh lelaki bukan mahram. Cara halal ada, kenapa cara haram juga yang dicari Anis mengesat air mata yang bergenang.
Kalau macam tu, aku akan beritahu mama aku, kau nikah dengan abang aku. Izara cuba memeluk Anis.
Nikah Kau dah gila Anis lepaskan pelukan Izara.
Habis Kau nak ke kalau abang aku buat tak senonoh lagi pada kau Kau juga cakap nak cara halal kan Izara bingung dengan sikap Anis.
Zara, aku bukan kemaruk nak benda tu semua! Aku hanya nak bebas dari soal hati dan cinta pada lelaki. Soal jodoh, itu urusan Allah. Kau tak boleh paksa aku nikah dengan abang kau. Anis sekali lagi menghambur kata-kata.
Anis..maaf. Bukan itu maksud aku. Aku tahu kau bukan jenis macam tu. Maafkan aku. Izara sekali lagi peluk Anis.
Tolong beritahu Imran, aku nak cari ketenangan. Anis turut menangis. Tidak terlintas langsung untuk dia memarahi Izara.
Izara berat hati meninggalkan Anis begitu. Dia kenal Anis dari dulu. Empat tahun bersama gadis itu sudah cukup baginya mengenali hati budi gadis yang memiliki seraut wajah lembut itu. Insan yang telah banyak mengajarnya erti hidup dan membawanya ke jalan yang diredhai Allah. Dirinya berubah dari freehair kepada bertudung litup. Tak sangka pula, kehadiran kembarnya di celah persahabatan mereka membuatkan Anis terseksa begitu.
Izara kembali semula ke pejabat. Dia melangkah longlai menuju ke bilik Imran. Meja Anis yang kosong dijeling. Gadis somtam itu nyata hatinya sudah retak seribu.
Macam mana Imran bingkas bangun. Tidak sabar menanti jawapan Izara.
Dia nak ambil cuti seminggu Izara labuhkan punggungnya di sofa.
Adik cakap apa pada dia Imran cepat-cepat duduk sebelah Izara.
Dia nak abang minta maaf.
Itu saja
Izara diam. Dia sudah hilang mood.
Takkan itu saja Imran tidak puas hati. Wajah monyok Izara tidak memberi jawapan yang dikehendakinya.
Tu la abang..gelojoh tak ingat! Nak bukti konon! Sekarang ni Anis dah benci tahu tak! Izara teringat kata-kata Anis sebentar tadi.
Dia..dia nak berhenti kerja ke Imran semakin dekat dengan Izara. Tidak sedap hati.
Tak..
Oh..lega. Err..dia marah sangat ke
Izara tenung tajam abang kembarnya. Habis abang ingat dia senyum Suka Kalau adik pun, adik akan buat macam dia buat. Kalau boleh nak bagi penumbuk sebiji. Biar abang tahu maruah seorang perempuan tak boleh sewenangnya diperlakukan begitu!
Imran terdiam . Rasa pedih ditampar tadi masih berbekas.
Adik tak kira, abang kena minta maaf dengan Anis. Abang kena tebus kesalahan abang tu dengan menikahi dia! Izara campak beg tangannya di atas meja.
Nikah Gila! Terbeliak mata Imran memandang Izara yang selamba berbicara soal nikah.
Ya!!
Takkan sebab tu abang kena nikah! Lainlah kalau abang..
Abang apa Cepat saja Izara memotong cakap Imran.
Jadi abang nak rogol Anis Baru abang nak nikah Izara mengetap bibir.
Bukan itu maksud abang..takkan kerana cium macam tu pun sampai kena nikah! Undang-undang sewel apa macam tu! Imran mula bengang.
Adik tak kira! Balik nanti, adik nak suruh mama meminang Anis. Titik! Izara bingkas bangun dan segera beredar dari bilik Imran.
Gila! Ni dah kes paksa! Entah-entah saja je minah somtam tu nak perangkap aku dengan kejadian tu! Ambil kesempatan semata-mata nak nikah dengan aku! Mentang-mentanglah mama suka kat dia! Tak apatengoklah nanti. Imran bangun dan kembali ke tempat duduknya menyambung kerja.
IMRAN mundar-mandir di dalam bilik. Sekejap dia duduk, sekejap pula berdiri. Dia jenguk pula tingkap yang terbuka luas. Peluh yang menitik di dahi disapu perlahan. Suhu sejuk dari penyaman udara tidak menurunkan rasa panas tubuhnya saat ini. Pulang dari pejabat tadi, mama sudah awal-awal memberitahunya ingin berjumpa malam nanti. Ada perkara penting. Ah! Parah!
Alasan apa aku nak bagi nanti Imran berjalan lagi mundar-mandir.
Ah! Aku kan ada rancangan aku sendiri. Imran segera turun ke ruang tamu. Siang tadi Izara sudah beritahunya tentang itu.
Ha! Turun pun putera kesayangan mama! Izara mencebik sebaik melihat Imran melangkah turun anak tangga menuju ke arah ruang tamu.
Imran sedar semua mata memandang tajam ke arahnya. Mama, kak Dina dan abang Kamarul juga ada sama. Masing-masing tidak berkelip memandangnya. Seolah dia seorang banduan yang menunggu saat dihukum.
Duduk sini. Mama ada hal nak cakap sikit. Puan Zaharah menarik tangan Imran. Imran terhenyak duduk di sebelah ibunya.
Apa dia mama Imran berpura-pura bertanya.
Apa yang abang telah buat pada Anis
Imran pura-pura terkejut. Cepatnya berita tu sampai ke telinga mama. Matanya menala pada Izara. Eii! Aku luku karang! Kecoh! Kepoh!
Err..tak..tak ada apa, kenapa Imran tergagap-gagap.
Adik dah cerita semuanya pada mama. Mama dah buat keputusan. Abang mesti bertanggungjawab. Bulan depan, mama akan hantar rombongan meminang. Mama bagi masa sebulan saja bertunang, lepas tu terus nikah! Puan Zaharah berkata tegas.
Imran terbeliak mendengar kata-kata ibunya. Dari riak wajah orang tua itu, dia pasti, ibunya bukan bergurau!
Abang bukan rogol dia pun! Entah kenapa Imran melontar kata-kata itu. Cuba memberontak.
Jadi abang ada niat nak rogol Anis, macam tu Puan Zaharah mula menyinga.
Abang tak sejahat tu nak rosakkan anak dara orang la mama! Kalau abang ada niat macam tu, ramai perempuan di luar sana yang sanggup bagi! Tapi abang masih ada harga diri dan masih ada iman! Imran mula memberontak.
Habis tu, cium anak dara orang tu apa Mana iman abang masa tu Irdina pula mencelah. Dia juga malu dengan perbuatan Imran terhadap Anis. Malu sangat! Aib!
Imran terdiam. Memang salah dia. Memang dia sengaja. Entah apa yang merasuk mindanya ketika itu. Niatnya hanya nak buktikan kepada Natasha yang dia serius nak berkahwin dengan Anis supaya Natasha tidak mengganggu hidupnya lagi. Itu saja! Nampaknya niat itu betul-betul bertukar menjadi kenyataan.
Kalau tak boleh nak kawal nafsu, nikah cepat! Habis cerita! Tambah Irdina lagi.
Betul cakap kak Dina tu..nikah adalah jalan terbaik untuk elak maksiat. Kamarul yang dari tadi hanya jadi pendengar setia mula bersuara.
Sekali lagi Imran terdiam. Dia kalah. Empat lawan satu!
Baiklah! Jika itu yang mama nak, abang terpaksa setuju. Tapi abang ada syarat. Imran mula reda.
Syarat Izara pula mencelah.
Imran angguk. Ya! Pertama, abang nak nikah gantung saja. Tiada majlis kenduri. Hanya keluarga saja yang tahu. Kedua, lepas nikah, abang nak pindah dari sini.
Pasal pindah rumah tu, mama tak kisah tapi kalau pasal nikah gantung tu, kenapa pula Puan Zaharah merenung tepat ke mata Imran.
Sebab abang kena nikah paksa. Kalau mama nak juga buat kenduri besar-besaran, abang tak akan nikah dengan minah tu! Tidak sesekali! Imran bersuara tegas.
Masing-masing diam. Syarat yang dikenakan oleh Imran tadi cukup membuatkan Puan Zaharah terpaku. Imranlah satu-satunya anak lelaki yang dia ada. Imranlah harapannya untuk meneruskan legasi keluarga dari keturunan arwah suaminya, Stephen Charles. Kalau dibantah pula, tidak sanggup melihat anak bujangnya membuat maksiat dengan sewenangnya.
Hmm..baiklah. Mama terpaksalah setuju.. Puan Zaharah menutur lemah. Terpaksa akur.
Abang dah ada rumah sendiriIrdina pula mencelah. Dia mula senyum. Lega. Imran dah setuju.
Imran angguk lagi.
Bila abang beli rumah Izara pula bertanya. Diam-diam abangnya sudah ada rumah sendiri.
Kan rumah di TTDI tu ada. Rumah yang arwah papa beli dulu. Imran jeling Izara yang mencebik dari tadi.
Okey Izara sengih. Dia sudah lupa arwah papanya mempunyai dua buah rumah lain. Satu di TTDI dan satu lagi di Terengganu.
Baiklah..mama pun ada syarat! Anis, menantu pilihan mama. Kalau bukan kerana kes ni pun, memang mama nak Anis jadi menantu mama. Jadi, mama akan pastikan, abang tak boleh sia-siakan hidup Anis. Puan Zaharah jeling Imran yang dah sengih-sengih dari tadi.
Masing-masing diam. Suasana tegang kembali sepi. Bunyi cengkerik semakin jelas bila sunyi begitu. Masing-masing dengan perasaan sendiri. Imran bangun perlahan dan melangkah penuh yakin ke bilik semula. Izara pula hanya mengekori Imran dengan anak mata.
IMRAN menghempaskan tubuh sasanya ke tilam empuk. Kedua tangan disilangkan di belakang kepala. Ligat otaknya berputar memikirkan kejadian yang tidak pernah dijangka. Itu semua gara-gara tindakan drastiknya yang mengucup bibir Anis. Entah kenapa dia berbuat begitu. Itulah pertama kali dia menyentuh bibir seorang gadis. Sebelum ini dia hanya berani peluk saja. Selayaknya dia ditampar kuat. Pedih pipinya masih terasa.
Kenapa dengan aku ni Mengapa aku cium dia Imran menggosok pipinya yang masih terasa pedih.
Pandangannya masih pada siling putih. Mata di situ tapi hati dan fikirannya masih pada kejadian siang tadi. Saat dia mengucup bibir Anis seakan ada satu perasaan halus menusuk ke tangkai jantung.
Ah! Mengapa aku payah sangat nak berubah Imran menggaru kepala. Dia mengiring ke kiri. Selama ini dia telah cuba untuk berubah menjadi seorang lelaki yang baik. Tidak lagi sewenangnya melakukan dosa begitu. Setiap kali ingin berubah, setiap kali itulah dia kalah bila berdepan dengan situasi seperti tadi. Tubuh perempuan begitu senang dipeluk tanpa rasa sedikit pun rasa berdosa.
Komputer riba dibuka. Mungkin kenalan mayanya boleh menenangkan jiwanya yang sedang bercelaru tika ini. Laju saja dia mengetuk papan kekunci melayari laman sosial terkenal itu.