ARISSA baring lemah di dalam bilik. Perlahan dia meraba perutnya. Rasa senak dan sengal masih terasa. Selimut dilurutkan ke bawah. Dia menapak ke bilik air.
Jadi benarlah aku dah keguguran. Perutnya diusap lagi. Arissa segera menukar tuala wanita yang dipakainya. Darah masih keluar. Lama dia berada di dalam bilik air. Dia mula mencongak tarikh. Minggu ini sepatutnya haidnya datang.
Aku ni keguguran ke...datang bulan Arissa berkerut kening. Sungguh dia keliru ketika ini.
Arissa!
Pintu bilik air dikuak perlahan. Dia jenguk ke luar.
Kau okey ke
Arissa angguk. Nelissa sudah berada di tepi bilik air. Pagi tadi dia menghubungi Nelissa. Dia harus keluar dari hospital itu. Perlu jauhkan diri dari Adam a.k.a Daniel!
Mari aku papah kau ke katil. Nelissa segera merangkul pinggang Arissa dan memapahnya ke katil. Arissa dibaringkan di situ.
Nelissa hulur pula segelas air dan ubat yang dibekalkan jururawat tadi.
Arissa...kenapa kau masuk hospital Puas aku cari kau tahu tak! Nelissa letak semula gelas atas meja dan mula duduk di sebelah katil Arissa.
Arissa masih diam. Lama wajah Nelissa yang agak pucat direnung.
Nely...kau okey ke
Aku..aku okey je. Kau tu Sampai masuk hospital macam ni, kenapa Nelissa pegang tangan Arissa.
Beb..aku minta maaf sebab tak sempat nak tolong kau. Puas aku cari kau di Bangsar tu. Masa tu aku pening dan muntah. Aku nampak cahaya terang dari arah jauh masa nak melintas jalan. Lepas tu aku tak sedar apa yang berlaku. Bila aku sedar, nurse cakap aku kemalangan dan aku tak sedarkan diri seminggu lebih. Arissa mula bercerita.
Oh...maafkan aku Arissa. Aku tak sangka kau kemalangan macam ni. Aku ingat kau tak datang tolong aku. Nelissa mengelus lembut rambut Arissa.
Beb..betul ke kau diculik hari tu Arissa masih memandang Nelissa yang mula tunduk. Ada riak sugul di wajahnya.
Nelissa masih diam. Ada titis jernih mengalir di pipi.
Arissa bangun perlahan. Tangan Nelissa dipegang erat.
Nely..kenapa ni Cakap dengan aku, apa yang sudah jadiArissa masih memandang Nelissa yang mula tersedu-sedu.
Nelissa menekup muka.
Nely...cakaplah.. Pujuk Arissa.
Aku tak nak fikir benda tu. Nelissa mendongak. Air mata masih menitis.
Aku tak sempat nak tolong kau. Aku cuba cari kau tapi aku pulak kemalangan. Arissa peluk bahu Nelissa yang sudah menangis tersedu-sedu. Lama mereka berdua berpelukan.
Cuba kau cerita kat aku..apa sebenarnya yang berlaku Arissa pegang kedua pipi Nelissa.
Cinta aku dikhianati Arissa. Dan malam tadi..aku diculik oleh dia.. Nelissa mengesat air mata yang masih mengalir.
Arissa terdiam. Jadi..Daniel tu kekasih Nelissa
Maksud kau Arissa menelan liur.
Kau ingat tak Zarul
Arissa angguk. Baharu saja dia jumpa Zarul di pusat beli belah di Puchong.
Kenapa dengan dia
Dialah kekasih aku dulu masa di kampus. Aku dan dia saling mencintai tapi papa aku tak restu. Aku tak tahu yang papa aku rupanya telah menghina ayah dia dan menuduh ayah dia yang tidak layak untuk berbesan dengan papa aku. Nelissa mula menjelaskan perkara sebenarnya.
Arissa masih setia mendengar. Bermakna malam itu bukan kerja Daniel.
Paling aku tak sangka, papa aku upah orang pukul Zarul dan rogol adik Zarul. Aku jadi mangsa dendam Zarul! Aku tak salahkan Zarul. Papa aku yang bersalah dalam hal ni. Nelissa sekali lagi mengesat pipinya yang basah dengan air mata yang masih laju menitis. Tersedu-sedu dia meluahkan apa yang telah terjadi selama ini.
Arissa turut menitiskan air mata. Tak sangka Nelissa menjadi mangsa dendam Zarul dan juga Daniel! Keduanya menaruh dendam pada Tan Sri Johari atas sebab yang berbeza!
Jadi apa kau nak buat lepas ni Kau tak nak buat laporan polis Arissa menahan sebak. Sebak kerana Nelissa turut menerima nasib yang sama dengannya. Yang berbeza hanyalah dirinya dirogol kerana salah faham! Ya! Kerana salah faham aku jadi mangsa dendam Daniel!!
Nelissa geleng.
Beb...aku masih cintakan Zarul. Aku sayang dia sepenuh hati aku. Walaupun dia buat macam tu kat aku, aku tetap cintakan dia. Aku tak menyesal bila dia ragut mahkota aku. Kalau tak, dah lama aku beritahu papa aku. Aku tahu papa aku boleh bertindak jauh dari itu sebenarnya.
Mungkin Zarul akan dibunuh tapi aku diamkan saja. Aku terlalu cintakan dia Arissa.. Nelissa peluk erat Arissa yang masih keliru dan bingung dengan semua yang berlaku.
Arissa terdiam. Teringat kejadian dia dirogol Daniel dulu. Dia juga tidak buat laporan polis kerana dia tahu Daniel seorang ahli perniagaan yang berjaya dan terkenal di Malaysia. Tentu orang akan anggap dia yang menyerah diri, bukan dirogol! Rela hati dibawa ke bilik hotel. Mungkin banyak mata yang menjadi saksi, dirinya dibawa oleh Daniel ke bilik hotel. Siapa yang mahu percaya kata-katanya
Nely..dah la. Benda dah jadi. Arissa masih memeluk Nelissa yang masih tersedu-sedu di bahunya.
Nelissa mula bertenang. Dia pandang Arissa dan mula mengorak senyum.
Kenapa kau senyum ni Tadi bagai nak rak kau menangis. Arissa tercengang.
Sepatutnya aku yang tenangkan kau..ni dah terbalik pulak. Kau yang tenangkan aku. Kau yang sakit ke..atau aku yang sakit Nelissa senyum lagi.
Arissa turut sengih.
Beb..aku tanya sikit boleh Nelissa mula serius.
Apa dia
Aku dapat rasa kau ada simpan rahsia dari aku.. Nelissa pandang anak mata Arissa.
Arissa tunduk. Dia kemudian melepaskan keluhan panjang sebelum memandang Nelissa yang masih tidak mengalihkan matanya.
Kenapa kau diam
Aku tak ada rahsia apa pun. Kenapa kau tiba-tiba tanya macam tu Arissa cuba sembunyikan riaknya yang sudah berlainan. Pertanyaan Nelissa tadi benar-benar membangkit kembali ingatannya pada kejadian malam tu.
Tak ada la..aku curious. Masa aku nak bayar bil hospital kau semalam, aku kena sign satu borang. Kat borang tu ada tulis sesuatu.
Like..miscarriage.. Nelissa mula teringat.
Arissa menelan liur berkali-kali. Aduh! Kantoi aku! Apa aku nak jawab ni
Arissa! Kau dengar tak ni Nelissa tepuk bahu Arissa.
Aku sakit la Nely..tengok dah panas pulak badan aku ni.. Arissa sentuh dahinya sendiri. Dia segera tarik selimut dan tutup sehingga ke muka.
Hish! Minah ni! Dah buat la tu! Nelissa geram. Setiap kali Arissa tidak tahu nak jawab, dia akan bersikap macam tu.
Macam aku tak tahu kau tu! Nelissa bingkas bangun. Gelas kosong dibawa ke dapur.
Arissa tarik perlahan selimutnya. Nelissa dilihat sudah keluar dari biliknya. Lega...
TIGA HARI Arissa berkurung dalam rumah. Surat cuti sakit dua minggu yang diberi doktor sebelum keluar dari hospital masih disimpan dalam beg tangan. Nelissa pula kerap datang menjenguk. Kadang-kadang Nelissa akan bermalam di rumahnya.
Hmm..cuti aku masih ada tiga hari lagi. Bosan duduk rumah melangut tak buat apa. Entah apa yang Syed Faizal tanya nanti. Banyak hari aku cuti. Arissa sedikit mengeluh.
Dia menapak ke almari. Melihat pakaiannya yang tergantung di situ. Matanya tertancap pada baju kurung yang dipakai pada malam dia diperkosa Daniel. Arissa mengetap bibir. Baju itu diambil dan digumpal kuat. Terus dia lempar ke dinding!
Benci!!! Arissa jeling baju yang sudah berada di atas lantai marmar.
Matanya beralih pula pada sebuah laci. Laci itu dibuka perlahan. Lama Arissa merenung tudung yang dihadiahkan oleh Tuah dulu. Hatinya kembali sebak. Maafkan aku Tuah. Aku yang menipu kau, aku yang tidak layak untuk kau. Sudah lama dia tidak bersua dengan lelaki itu. Mungkin Tuah membawa diri. Maafkan aku...
Ya Allah...berilah aku kekuatan.. Arissa tunduk. Tudung dipeluk erat dan dikucup lama. Saat ini wajah ibu mula terbayang di ruang mata.
Ibu...Arissa rindukan ibu.. Air mata mula mengalir deras. Sekali lagi Arissa menangis tersedu-sedu. Rasa nak jerit sekuat hati!!
SEAWAL enam pagi Arissa sudah bangun. Dia mula mengemas rumah yang sudah seminggu ditinggalkan. Segala perkakas dan perabot rumah dicuci dan dibersihkan. Selesai mengemas, Arissa mula memasak. Bila pandang ayam di dalam peti sejuk, teringat Nelissa yang suka makan ayam percik masakannya. Arissa segera menyediakan bahan untuk membuat ayam percik.
Hmm...Nelissa datang tak hari ni Arissa senyum. Ayam perciknya sudah siap. Dia sudah berkira akan menghantar ayam percik itu kepada Nelissa sekiranya Nelissa tidak datang ke rumahnya. Selepas itu dia sudah berniat hendak ke masjid negara mendengar ceramah di sana. Mulai hari ini dia sudah nekad dan ingin mendekatkan diri kepada ilmu akhirat.
Arissa senyum lebar. Mengapa harus bersedih Semua yang terjadi bukan boleh diubah kembali dan bukan boleh diputar kembali.
Laju saja tangan Arissa menghidupkan enjin kereta. Beg tangan dan bekas ayam percik dalam beg plastik dipegang kemas. Dia mula memandu ke arah taman tasik Titiwangsa. Sebelum bertolak tadi, dia sudah menghubungi Nelissa.
Arissa perlahankan keretanya dan diparkir di tempat letak kereta. Matanya melilau melihat kereta Fair Lady Putih Nelissa.
Hmm..tak sampai lagi ke Arissa mula keluar dari perut kereta dan menunggu di bangku di tepi tasik. Sesekali dia melihat jam di pergelangan tangan. Hampir sembilan setengah pagi.
Lama Arissa menunggu. Dia mula bangun. Jenguk ke arah tempat parkir kereta.
Hish...manalah minah ni. Janji jumpa aku pukul sembilan setengah. Ni dah nak pukul sepuluh pagi! Arissa mencebik.
Dia duduk semula di bangku. Bekas ayam percik diletakkan atas bangku semula. Matanya menala ke tengah tasik. Ramai pengunjung beriadhah di tasik itu. Suasana redup hari itu sungguh sesuai untuk bersenam dan berjoging sekeliling tasik. Rasanya sudah hampir enam tahun tidak menjejakkan kaki di situ.
Eh, ni Arissa kan
Arissa menoleh. Zarul
Kau buat apa kat sini Arissa sudah pucat. Dari cerita Nelissa hari tu, dia perlu berhati-hati dengan Zarul. Zarul kini dilihat tak ubah seperti Daniel! Semuanya gila nafsu!!
Awak rasa saya buat apa Zarul kenyit mata.
Erk! Arissa tunduk. Hish! Apa jenis soalan aku ni Dah terang-terang dia pakai sut baju sukan, seluar paras lutut dengan baju sukan ketat tanpa lengan jenama Salomon. Jelas nampak tubuh maskulin Zarul.
Awak datang ni nak ambil angin ke atau nak joging Zarul masih berdiri di sebelah Arissa yang masih duduk di bangku.
Bukan hal kau. Arissa renung Zarul. Geram melihat Zarul tersengih-sengih di situ. Tak ada rasa menyesal langsung atas perbuatannya pada Nelissa!
Oh..salah ke saya tanya macam tu Saya bukan nak kacau awak pun. Hmm..dulu awak ambil bidang mikrobiologi kan Zarul mula duduk di sebelah Arissa.
Pantas saja Arissa bangun.
Eh, awak macam nak jauhkan dari saya ni kenapa Saya bukan nak rogol awak ke apa ke Zarul sengih. Dia pandang Arissa yang manis dengan baju kurung berona ungu. Rambut pula disikat rapi dan diselit dengan penyepit rambut bentuk hati.
Arissa menjeling tajam. Fobia bila mendengar perkataan rogol!
Awak dah kahwin
Arissa diam. Dia pandang ke arah tempat letak kereta. Kelibat kereta Fair Lady putih Nelissa masih belum kelihatan.
Awak tunggu siapa Oh..saya tahu tentu boyfriend kan Siapa lelaki bertuah tu Zarul turut menjenguk ke tempat letak kereta. Tiada sesiapa.
Itu bukan urusan kau! Arissa semakin geram. Kalau aku blah dari sini, nanti Nelissa tercari-cari pulak! Aduih!
Mengapa awak kasar sangat dengan saya ni Hari tu, awak tak macam ni Zarul mula rasa tidak senang. Arissa melayannya macam musuh!
Memang patut pun aku layan kau macam ni! Lelaki macam kau ni layak hidup di alam lain saja! Arissa mula menyinga. Rasa nak lempang!
Zarul berkerut kening. Nampaknya ada sesuatu yang tidak kena.
Alam lain Hahahaha! Zarul ketawa.
Arissa mengetap bibir. Zarul dilihat tidak serius.
Kenapa ketawa
Sejak dulu saya tengok awak ni memang lucu! Masa di kampus dulu, saya perasan yang awak ni kalut. Kelam kabut! Nerd!
Arissa menjeling tajam pada Zarul. Hmm..jadi selama ni dia perhatikan aku
Kau kenal NelissaSengaja Arissa bertanya.
Zarul terbeliak. Arissa dipandang tak berkelip.
Kenapa Awak kenal ke Zarul pulangkan semula soalan yang sama.
Aku tanya kau! Arissa menggenggam kuat tangannya. Geramnya bila bercakap dengan orang macam ni!
Hmm..Nelissa...Nelissa tu cantik tak Zarul mula bermain-main. Arissa dipandang lama. Arissa memang cantik semula jadi. Ada iras gadis Korea. Sejak di kampus lagi dia ingin dekati gadis putih melepak itu.
Kau jangan nak buat bodoh! Aku tahu apa yang berlaku! Arissa sekali lagi mengetap bibir.
Zarul menelan liur. Tahu apa yang berlaku
Maksud kau
Aku tahu kau masih cintakan Nelissa kan Arissa tenung Zarul yang sudah berkerut dahi.
Thats not your business! Zarul mula menyinga.
Its my business! Nelissa kawan baik aku! Untuk pengetahuan kau, dia tak pernah menyesal tubuhnya diratah oleh kau! Dia tak pernah salahkan kau! Malah dia lebih rela mahkotanya diragut oleh kau dari orang lain! Kau faham tak Arissa menjerit. Rupa je kacak tapi perangai lebih setan dari setan!!
Zarul terdiam. Ah! Alasan!
Perempuan macam tu, mudah sangat diratah jantan! Kau nak aku percaya kata-kata kau Zarul juga turut menyinga.
Jadi kau mengaku sekarang yang kau dah rogol Nelissa Arissa saja pancing soalan macam tu.
Kenapa Kau nak rasa ke Zarul pandang Arissa tak berkelip. Matanya merayap pada tubuh Arissa. Walaupun pakai baju kurung tapi masih kelihatan seksi di matanya.
Go to hell! Lelaki semua sama! Nafsu buas!! Arissa mengetap bibir dengan kuat.
Kalau lelaki ada nafsu, perempuan pun sama!Zarul ketawa kuat.
Arissa semakin menggenggam kuat tangannya. Aku bagi pelempang karang!
Kau nak aku percaya yang Nelissa tu masih cintakan aku Zarul sengih.
Terpulang! FYI, Nelissa tak pernah cintakan lelaki lain. Dan untuk pengetahuan kau juga, Nelissa tak akan balas dendam pada kau. Dia tak pernah beritahu Tan Sri tentang hal tu. Sampai sekarang dia cintakan kau! Arissa puas dapat meluahkan semuanya.
Zarul terdiam.
Arissa capai bekas plastik dan mula beredar dari situ.
ARISSA menapak laju ke tempat letak kereta. Keretanya dipecut laju meninggalkan kawasan tasik. Tak sangka hari itu menjadi hari yang panas baginya walaupun cuaca mendung tadi.
Nely mesti marahkan aku nanti. Ah! Lantaklah! Kereta dipecut laju.
Arissa jeling telefon bimbitnya yang berdering kuat. Tangan kirinya meraba-raba telefon dari dalam beg tangan. Mata masih menala ke arah jalan depan.
Ish! Mana pulak handphone aku ni Arissa masih teraba-raba mencari.
Alamak!! Kereta dibrek mengejut. Arissa panik. Keretanya sudah melanggar kereta Mercedes hitam di hadapannya. Berkali-kali dia menelan liur.
Dia kaku dalam kereta. Jelas dia melihat seorang lelaki menapak keluar dari kereta Mercedes hitam itu.
Hah Arissa sekali lagi terbeliak sebaik terpandang wajah lelaki itu yang mula buka kaca mata hitam. Dia terus kunci kereta. Diam membatu di dalam kereta.
Tuk! Tuk! Tuk!
Arissa masih diam. Dia biarkan saja lelaki itu mengetuk cermin keretanya. Jelas dia melihat lelaki itu mengarahkan seorang lelaki lain, mungkin pemandunya keluar dari kereta.
Erk! Dia nak buat apa ni Arissa semakin panik. Bulat mata memandang lelaki itu membawa sebuah spanar besar. Gulp!!
Lelaki itu mendekati kereta Arissa sekali lagi. Spanar itu ditepuk-tepuk atas tapak tangan.
Arissa cepat-cepat buka pintu kereta. Keretanya baru saja keluar dari bengkel. Buatnya lelaki tadi menghentam cermin keretanya dengan spanar tu. Tak nak keretanya kena hantar bengkel lagi sekali!
Err...maaf! Arissa tunduk.
Daniel senyum. Rasa terubat rindunya pada gadis itu. Tak sangka dapat bertemu lagi. Ingatkan selepas Arissa dibawa keluar dari hospital hari tu, dia tak akan berpeluang lagi bertemu dengan Arissa.
Sorry Look at that! Daniel tuding ke arah belakang keretanya. Kemek teruk.
Arissa menelan liur. Memang banyak kemek. Mampus aku kalau dia suruh bayar ganti rugi. Mana nak cekau duit
Arissa diam. Dalam hati begitu menyampah melihat muka perogol itu! Rasa nak tembak dengan senapang patah masa tu juga!
Well, you have to pay for all these messy! Daniel berkata tegas. Sengaja!
Arissa menjeling tajam. Berapa
Bukan berapa tapi dengan apa! Daniel sengih.
Arissa mendongak. Tajam dia melihat Daniel.
What do you mean
You know what I mean.
Arissa menelan liur. Ah, kalau dia nak buat benda tu, takkan semudah itu aku menyerah! Tidak!! Dasar perogol! Dan sekarang dah jadi samseng pulak!
No!! Arissa mengetap bibir.
Daniel ketawa kuat. Nampak pucat muka gadis itu. Entah apa di fikiran gadis itu.
Be my wife..Suara Daniel mula perlahan.
Sekali lagi Arissa terbeliak. Terkelu. Wife
Kau dah gila! Arissa menjeling tajam.
Up to you! If not, Im gonna make a police report. So, be my wife or you have to pay or...masuk lokap! You choose! Daniel senyum sinis. Cuba menggertak.
Arissa menelan liur berkali-kali. Daniel sudah beri pilihan.
So, which one Daniel senyum lebar. Arissa dilihat sudah menggelabah.
Clock is ticking...one, two, three... Daniel mula membilang.
Arissa masih diam.
Okey! Aku bayar! Arissa pandang Daniel tidak berkelip. Mahu saja dia bagi pelempang ke muka lelaki gila itu!
Do you know how much is thisDaniel dekatkan mukanya ke muka Arissa sambil menuding ke arah keretanya.
Arissa menapak ke belakang. Dia pandang kereta Mercedes hitam milik Daniel. Seven series!! Gulp!! Sekali lagi Arissa menelan liur. Aduh!
Mana aku nak cari duit
So, pilih cepat! Sekali lagi Daniel menggertak.
Or...you nak I kiss you Daniel dekatkan bibirnya ke bibir Arissa.
Okey! Okey! Aku setuju! Arissa cepat-cepat jauhkan diri. Dia sudah menggelabah. Panik! Baik aku setuju je dulu!
Setuju apa
Arissa sekali lagi mengetap bibir. Mamat ni buat tak reti la pulak! Tadi nak sangat aku jadi bini dia!
Bini kau la! Arissa geram. Macam Hitler! Paksa aku dengan kuasa veto!!
Good! Thats my girl! Daniel senyum lebar.
Arissa senyum. Huh! Kau ingat senang nak nikah dengan aku Boleh pergi mampuslah kau perogol!
Now, ikut aku! Arissa ditarik ke dalam kereta. Kereta Arissa pula dipandu oleh pemandu Daniel.
Kau nak bawa aku ke mana Arissa rentap tangannya dari cengkaman Daniel.
Ikut aku! Tubuh Arissa ditolak ke dalam keretanya. Pintu kereta segera ditutup.
Mercedes hitam menderum laju menuju ke arah Bangsar.
Arissa dipaksa keluar dari kereta. Tangan Arissa sekali lagi ditarik masuk ke dalam sebuah butik pengantin.
Miss, give me some dresses for her to try. Daniel masih memegang tangan Arissa dan disuruh mencuba baju pengantin yang ada di situ.
Kau dah gila! Arissa rentap tangannya.
What did you say
Gila! Arissa jengilkan mata.
Daniel segera memeluk Arissa. Kedua pipi Arissa dipegang dengan kuat.
Listen! Memang aku gila! So, aku nak kau cuba baju tu! Tubuh Arissa ditolak ke dalam bilik persalinan.
Pembantu kedai tadi hanya tersenyum melihat gelagat pasangan tadi. Macam-macam...
Arissa terpaksa mencuba baju pengantin yang dihulur pembantu kedai. Hampir sepuluh helai dia cuba.
Sir, which one Tanya pembantu kedai itu dengan senyuman manis setelah Arissa habis mencuba kesemuanya.
All! Daniel senyum. Di matanya, Arissa sentiasa cantik walau apa pun pakaian yang dipakai.
Hah Semua Pembantu kedai terbeliak.
Daniel angguk.
Pembantu kedai itu segera membungkus kesemua baju yang dicuba Arissa tadi.
Arissa mencebik. Nak tunjuk kaya la tu! Poyo!
Miss, all the dresses just keep it here first. Ill collect when Im ready for it. Sempat Daniel berpesan pada pekerja butik itu sebelum menapak keluar.
Arissa ditarik masuk ke dalam kereta semula. Kereta Daniel dipandu laju menuju ke sebuah bengkel.
Kereta you dah siap. Ingat! Aku bagi kau tiga bulan saja untuk fikir. Dont you ever try to cheat on me! I know what to do! And one more thing, aku seorang saja yang berhak ke atas kau! Ingat! Kau pernah tidur dengan aku, pernah hamilkan anak aku! Daniel meninggalkan Arissa di situ.
Arissa mengetap bibir. Tidur dengan kau Gila! Betul-betul dah gila! Kau yang rosakkan aku tahu tak!!! Aku tak akan sesekali bernikah dengan kau! Never!!