BASKIN ROBBINS la. Nak Baskin Robbins jugak. Tak kira!
Katrina sudah mula menunjukkan perangai degilnya yang amat. Ditarik tangan Afiqa sekuat hati agar membuntuti langkahnya ke arah Baskin Robbins.
Orang ramai yang berpusu-pusu di perkarangan Mid Valley cuma dipandang mereka sahaja. Entah apa yang mereka cari di sini pun tak tahu. Nampak berjalan laju saja, macam esok nak mati. Tak lari punya shopping mall ni, bisik Afiqa sendiri. Jam di pergelangan tangannya dibelek. Huh, patutlah. Minggu ni minggu pertama manusia-manusia ini dapat gaji, masakan mereka tidak berbelanja. Dia sendiri, sekadar menemani Katrina, sekaligus cuba membunuh kesepian tinggal berseorangan selepas dua minggu ditinggalkan Airish. Buat penat aku kendong aiskrim ni sorang-sorang, kalah bawak anak. Kau ni boleh pulak mengelamun tak tentu pasal. Kurang ajar betul. Dah amik ni! huluran Banana Split daripada Katrina disambut mesra Afiqa. Gadis itu mencebik.
Dah, ucap terima kasih kat aku. Dasar manusia tengkorak tak kenang budi, omel Katrina sendiri.
Seperti biasa, rambutnya akan disebak dengan gaya penuh mempersonakan untuk menarik ramai perhatian lelaki di sini. Afiqa tersenyum kecil melihat perilaku Katrina. Hai, bilalah minah ni nak berubah
Kau punya pesan apa
Jangan harap setitik aku nak kasi kat kau! Katrina pantas menyembunyikan aiskrim itu daripada pandangan Afiqa. Afiqa mengetap bibirnya.
Fine! Kau pun jangan harap dapat rasa aku punya, ugut Afiqa.
Kalau Katrina boleh mengugutnya, inikan pula dirinya. Katrina tergelak mengejek. Badannya dirapatkan ke arah Afiqa yang berada dihadapannya, dijeling sekelilingnya dahulu. Setelah pasti tiada orang memanah pandang ke arah mereka, terus lidah dijelirkan pada Afiqa. Tergelak Afiqa dibuatnya. Aduhai.
Aku dah makan yang kau punya. Sebab aku tahu kau memang kedekut. Aku pun kebaslah dulu. Tak percaya, cuba tengok yang kau punya ada bekas aku tinggalkan.
Afiqa menunduk, memandang pada aiskrimnya. Cis, masih berbekas lagi calitan ais krim yang ditinggalkan di situ!
Memanglah kau ni nenek kebayan! Afiqa berpurapura marah.
Katrina langsung tidak memperdulikan kata-kata itu sebaliknya terus menikmati ais krimnya dengan penuh perasaan.
Ya, Allah. Nikmatnya cukup!
Afiqa sekadar menggeleng melihatnya. Apa-apa sajalah, Rina oi!
Kau mengidam ke, Rina
Katrina mengangguk, mengiakan.
Dah mengidam macam ni, dah nak kahwin ke usik Afiqa seraya tersenyum mengusik.
Katrina menjeling tajam pada Afiqa di sebelah. Bom yang dipasang sudah berkira-kira mahu meletop. Tapi sebelum itu, disuapnya ais krim itu sesudu.
Kau ni tak pernah belajar dengan orang tua ke Orang mengidam ni tanda-tanda awal nak mengandunglah.
Bahasa Melayu kau ni gagal betullah!
Afiqa melayangkan tangannya di udara. Sewenangwenangnya gadis itu mengutuknya. Namun, akhirnya rasa geram dan sakit hatinya bertukar menjadi gelak tawa.
Riuh suasana di Baskin Robbins tersebut gara-gara dengan kehadiran mereka berdua. Sesekali, mereka perasan akan jelingan daripada gadis di kaunter tersebut yang begitu asyik memandang ke arah mereka. Kenapa, tak puas hati ke Ah, lantaklah! Bukannya kedai dia pun.
Airish ada call kau tak
Afiqa tersentak dengan pertanyaan Katrina itu.
Ada. Tapi, sekejap aje.
Afiqa terdiam sejenak. Itu pun nasib baik juga Airish menelefonnya. Suaminya tu bukannya boleh diduga.
Sekarang ni macam mana Dia ada call kau lagi
Afiqa menggeleng. Nafas panjang terhela dengan sendirinya. Entahlah...! Lelaki itu hanya sekali menelefonnya. Puas dia menunggu namun sehingga kini masih tiada juga. Penat
Jujurnya memang penat. Namun apa yang boleh dikata, hatinya lebih penat menanggung rindu yang sarat buat lelaki itu. Entah apa yang lelaki itu sedang buat. Hari demi hari berlalu sehingga tinggal hanya satu minggu sahaja untuk dia menunggu kepulangan lelaki itu. Sungguh, setiap hari Afiqa berdoa semoga Tuhan mempercepatkan masa. Alhamdulillah, terasa dua minggu berlalu dengan tempoh masa yang singkat.
Wei, aku nampak Airishlah! Dia pegang tangan perempuan lain sambil jalan-jalan. Romantik gila!
Afiqa hampir membuntang matanya. Melilau matanya mencari-cari kelibat yang ditunjukkan Katrina.
Namun bayang Airish tak kelihatan, sebaliknya Katrina di hadapannya tergelak besar. Afiqa memejamkan matanya.
Sabar, Fiqa. Sabar! Dititipkan kata-kata itu pada dirinya. Sedarlah dirinya sudah dipermainkan.
Kau ni dah angaulah, Fiqa! kutuk Katrina.
Afiqa merengus. Rasa mahu diteranjang sahaja perempuan ini ke bawah sana. Baru padan muka! Cis!
Kau dengan Aidil macam mana Afiqa cuba mengalih perbualan.
Ok! Aku rasa bahagia sangat. Adoi... kalau nak bandingkan Aidil dengan Riezal dulu memang macam langit dengan bumi.
Alhamdulillah aku gembira untuk kau, Rina.
Hening seketika.
Kau dah sedia kehilangan Airish ke, Fiqa perlahan Katrina menyoal.
Afiqa tersentak. Spontan dia bagaikan mengeras tibatiba. Kata-kata Katrina begitu berbekas di hatinya.
Ah, aku nampak kau mengelamun dah ni. Hei, Fiqa... kau tahu tak apa pepatah melayu pernah kata.
Rina..., sampuk Afiqa, memotong kata-kata gadis itu.
Ya
Jom, balik!
Katrina tercengang. Dah nak balik Adoi!
DASAR anak tak guna! Berani kau menconteng arang pada muka papa! Kamu tak ada otak! Apa yang kamu belajar selama ni Hah!
Selautan isi rumah Datuk Tengku Syahir meninggalkan perkarangan rumahnya. Yang tinggal kini, hanyalah ahli keluarga mereka. Bella mengangkat pandangannya. Satu persatu wajah diperhatikan tanpa henti.
Bermula daripada mamanya di sisi. Kemudiannya alongnya, Airish dan kak longnya, Afiqa. Masing-masing terdiam saat suara garau lelaki tua itu bergema di segenap rumah. Terserlah urat-urat di dahinya yang kian menampakkan kedutannya. Tongkat yang digenggam di tangan tanpa henti dihentakkan ke lantai, menzahirkan rasa amarah yang terbuku dalam dada.
Getaran yang dirasai Bella ditahankan sekuat mungkin. Tangannya erat digengam, ingin menyalurkan sedikit kekuatan ke dalam dadanya. Dia sedang berhadapan dengan akibat perbuatan nekadnya itu. Hubungannya dengan pemandu peribadi yang dihadiahkan oleh papanya sudah terbongkar. Tiada apa lagi yang perlu dirahsiakannya. Segala aktivitinya sedang dikorek satu persatu.
Kamu dah gila Apa kamu sedar tak apa yang kamu sedang buat tengking Datuk Tengku Syahir meninggi.
Datin Fariza sudah kecut perut, sedari tadi wajahnya menunduk dan tatkala suara garau itu melangkaui batas had suaranya bahunya pasti akan ternaik dek rasa terkejut yang menguliti jiwanya.
Ya, papa. Bella tahu apa yang Bella buat.
Mencerlung tajam matanya memanah pada anak daranya. Pembuluh darah bagaikan mahu pecah tatkala suara itu menjawab. Selama ini, belum pernah lagi gadis itu menjawab kata-katanya.
Memang. Sebab kamu tahu itulah yang buat otak kamu dah tak berfungsi! hambur lelaki tua itu lagi. Perasaan marahnya belum reda malah semakin membuak-buak pula.
Bella cuma buat apa yang Bella nak papa. Bella rasa Bella tak perlu cadangan papa untuk buat hidup Bella bahagia.
Membulat mata tua itu. Tongkatnya diangkat menghala pada tubuh Bella di hujung sana. Airish yang melihatnya tersentak, kakinya ingin segera menghalang tongkat tersebut mengenai tubuh adiknya. Niatnya bagaimanapun terhenti apabila mamanya, Datin Fariza terlebih dahulu bertindak memeluk Bella. Tubuh anaknya dilarikan jauh daripada terkena sasaran tunjahan suaminya.
Kurang ajar! Kamu tahu tak papa sedang menyediakan seluruh dunia untuk kamu! Papa tatang kamu atas dulang yang paling mahal di dunia! Berani kamu memilih dulang besi buruk dekat luar sana! Huh Afiqa menunduk sayu. Kata-kata itu melekat di jiwanya. Terasa harga dirinya sebagai orang kebiasaan bagaikan diperkotak-katikkan pula.
Malangnya, papa. Papa dah terlambat. Dunia yang sempurna yang papa ciptakan untuk Bella, sudah tiada serinya. Bella bukan macam yang papa sangkakan. Bella minta maaf, papa. Bella bukan barang untuk dijual.
Kurang ajar! Dasar anak derhaka!
Tangan Datuk Tengku Syahir sudah melayang meninggi menerpa ke arah Bella. Bergetar tongkatnya ke kiri dan ke kanan, tanpa henti. Bella menunduk, takut dengan apa yang bakal terjadi seterusnya.
Papa. Jangan!
Airish sempat menghalang tangan papanya dari mendarat di tubuh adiknya. Bella yang mendengar suara alongnya pantas mengangkat mukanya.
Jangan marahkan, Bella. Dia tak bersalah. Airish yang bagi galakan pada Bella.
Nafas turun naik Datuk Tengku Syahir semakin jelas kedengaran. Hembusan hangat nafasnya dihembuskan berulang kali dengan kadar yang pantas. Degupan jantungnya yang tidak berentak dengan normal semakin membakar amarahnya.
Ya, papa tahu! Kalau tidak, masakan binatang jinak boleh jadi liar tiba-tiba.
Sebab Bella bukan binatanglah, Airish ajar dia macam mana nak keluar dari sangkar papa. Papa sebenarnya sedar tak yang papa sebenarnya ada anak dan bukannya sedang menternak binatang
Berombak jantung Datuk Tengku Syahir di situ. Tepat matanya bersabung pandang pada Airish. Datin Fariza sudah gugup, berdebar melihat pertengkaran yang berlaku antara anak dan suaminya. Duduknya terasa panas. Rasa ringan sahaja punggungnya untuk naik di kala itu, apatah lagi dengan perasaannya yang tidak sedap hati. Melihat amarah suaminya yang bagaikan tidak terkawal membuatkan jiwanya dilanda semakin resah.
Bella dah besar panjang dan dia boleh fikir mana baik dan mana buruknya. Dia bukan budak-budak lagi.
Pang!
Semua yang berada di situ tergamam. Datin Fariza automatik berdiri tegak di sisi Airish apabila melihat tamparan yang diterima oleh anaknya. Hati ibunya risih. Afiqa di situ turut terasa tempiasnya. Kakinya terasa ringan untuk membantu Airish, tidak tega melihat Airish diperlakukan sebegitu rupa.
Tamparan kali kedua diberi. Airish berdiri tegak, langsung tidak berkutik dirinya di situ malah satu inci pergerakkan pun tiada.
Tengku! Hentikannya. Tolonglah!
Kata-kata Datin Fariza langsung tidak dihiraukan oleh Datuk Tengku Syahir. Gigi atas dan bawahnya berlaga sesama sendiri lalu diketap kuat sehingga langsung tiada ruang di situ. Rahangnya bergerak ke atas dan ke bawah. Afiqa yang melihatnya tidak senang duduk. Masuk kali ini, sudah tiga kali tamparan itu bersilih ganti dan nampaknya tamparan itu masih belum menampakkan surutnya.
Airish, cepat katakan yang kamu mintak maaf. Katakan yang kamu dah tersalah cakap. Cepat! desak Datin Fariza tanpa henti. Lengan baju Airish ditarik dan ditolak, memaksa agar anaknya menuruti kata-katanya. Mama.
Cepat, Airish. Cepat mintak maaf, kamu juga Bella. Cepat! desak mamanya lagi.
Mama! suara Airish meninggi sekaligus mematikan kata-kata Datin Fariza.
Airish, tak nak! Bella, jangan mintak maaf.
Wajah adiknya yang sekian lencun dengan air mata akibat takut dengan kemarahan menggila papanya tidak jadi untuk bersuara. Baru sekejap tadinya hatinya mahu berpaling kembali. Tapi, semuanya tidak menjadi apabila Airish bertindak menghalangnya terlebih dahulu.
Mama....
Datin Fariza mengangkat pandangan menentang pada mata anaknya.
Dah lama Airish asyik ikut telunjuk papa. Setiap kali perbuatan Airish salah di mata papa, pasti huluran maaf dan melutut yang akan Airish lakukan. Tapi, sekarang dunia dah berbeza. Airish tak akan melutut lagi atau meminta maaf sekalipun. Hampir 26 tahun, Airish hidup macam ni dan waktu tu Airish baru sedar betapa bodohnya Airish kerana melutut dan meminta maaf untuk bukan kesalahan yang Airish lakukan. Airish tak akan menyesal cakap macam ni. Airish tak akan meminta maaf lagi selepas ni. Apa yang Airish buat adalah betul!
Mata Datuk Tengku Syahir mengecil. Tajam merenung pada tubuh Airish yang berdiri di hadapannya. Genggaman kuat tangannya semakin dieratkan kepalannya.
Dasar anak bodoh! Anak yang tak kenang budi! tubuh Datuk Tengku Syahir dipalingkan ke sisi, melarikan pandangan wajahnya daripada menatap pada wajah Airish. Dilarikan wajahnya supaya tenang dan supaya kemarahannya tidak meledak dengan lebih dahsyat lagi.
Bella! By hook or by crook, Bella kena terima apa kata papa. Suka atau tak suka, bahagia atau tak bahagia itu belakang kira! kata putus sudah dibuat papanya.
Tak! Tak payah, Bella. Kahwin bukan merujuk pada kekayaan. Dan kahwin tak perlu dipaksa. Teruskan dengan hidup adik. Biarpun kahwin dengan orang miskin harta, tapi asalkan kaya dengan budi!
Kurang ajar!
Tubuh Airish ditolak ke atas permaidani. Terbaring Airish di situ. Kala itulah, tongkatnya melayang tinggi ke langit. Riuh rendah suara di dalam rumah dengan suara larangan dan juga ledakan kemarahan. Datin Fariza yang melihatnya segera menepa ke arah suaminya ingin menghalang lelaki itu daripada terus menyakiti Airish lagi.
Malangnya, tubuhnya pula ditolak. Terduduk Datin Fariza di sofa. Wajahnya cukup cemas. Suara adiknya, Bella nyaring kedengaran, ingin menghalang perbuatan papanya. Sayangnya, tiada satu pun suara-suara itu berjaya menghentikan niat Datuk Tengku Syahir. Tinggi melangit tongkatnya mahu menghempap tubuh Airish. Airish memejamkan matanya rapat. Dia hanya pasrah dengan segala hukuman yang akan diterimanya.
Sudah beberapa saat masa berlalu, tubuhnya sedikit pun tidak terasa seperti disakiti. Serentak mata dan kepalanya terbuka dan diangkat. Terkejut dirinya pabila mendapati bukan dirinya yang terkena hukumannya tetapi Afiqa.
Tolong. Hentikannya! kuat Afiqa memejamkan matanya.
Entah dari mana datangnya kekuatan itu, sehingga membuatkan dirinya yakin untuk mempertahankan suaminya daripada disakiti. Airish kaget melihatnya. Rapat tubuh Afiqa dengannya. Lebih mengejutkannya terpalit darah sedikit di situ.
Mungkin mukanya tercedera sewaktu gadis itu menerpa ke arahnya dan secara tidak sengaja hujung tongkat tersebut terlebih dahulu mengena hujung bibir gadis itu. Mata Afiqa terpejam rapat. Airish yang baru tersedar sesuatu, tanpa berselindung terus tubuh Afiqa segera dibenamkan ke dalam pelukannya. Kepala gadis itu dipeluk dengan sebelah tangannya manakala sebelah tangannya lagi mencuba menahan lagi hentakan demi hentakan tongkat papanya daripada mengenai belakang tubuh Afiqa.
Tengku! Sudahlah tu... Ya, Allah! raung Datin Fariza.
Huh! pautan di lengannya dari Datin Fariza dileraikan laju. Serabut dengan ada rantaian di manamana rangkaian tubuhnya. Matanya masih mencerlung tajam pada tubuh suami isteri yang melekap kemas itu.
Jangan pukul Fiqa, pa! Pukul Airish, tapi bukan isteri Airish!
Kepala Datuk Tengku Syahir diangkat meninggi ke atas, tidak menghiraukan sebarang perasaan datang membelit sanubarinya. Perlahan-lahan, kakinya menapak ke arah ruangan kerjanya kembali.
Afiqa kemas berada dalam pelukan Airish. Kepalanya bersandar lesu di dada Airish bersama iringan air mata yang ditahan sekuat mungkin. Erat pelukan Airish di tubuh Afiqa semakin membuatkan Afiqa berasa sebak dan terharu dengan kata-kata rayuan Airish pada Datuk Tengku Syahir.
Kau okey badannya sengaja dijarakkan sedikit agar dapat memandang wajah Afiqa dalam pelukannya. Afiqa sekadar mengangguk lemah. Belakang badannya terasa sungguh sakit. Namun, sakitnya terasa bagaikan hilang pula berganti dengan perasaannya yang sedang menggila apabila Airish bertindak memeluknya kembali. Sungguh degupan jantungnya bermain dengan rentak yang tidak normal.
Cik Cik
Afiqa tersentak tatkala layangan tangan di hadapan wajahnya tanpa henti daripada pemandu teksi tersebut yang datang menyergahnya. Kelihatan Afiqa seperti terpinga-pinga apabila menyedari keadaannya yang sebenar. Lamunannya yang terganggu sebentar tadi telah menjadikannya mamai seketika.
Apa Afiqa menyoal tidak mengerti.
Kita dah sampai.
Afiqa memandang sekeliling. Jelas di pandangan matanya terbentang luas banglo mewah itu. Kenangan tentang peristiwa yang dahsyat di kediaman keluarga Airish tempoh hari langsung menghilang. Teksi yang diparkir di hadapan pintu pagar rumah diselak daun pintunya. Sebelum, kakinya menjejak tanah, sempat bayaran dilakukan.
Matanya dipejam celik beberapa kali, untuk menghilangkan rasa mamainya. Bimbang nanti terlanggar tiang pula dengan keadaannya macam ini. Kepalanya terteleng ke kanan dan ke kiri. Hembusan nafas baru silih berganti. Tubuhnya berdiri tegak dari luar menghadap betapa megahnya rumah Airish bertapak di sini.
Seketika, kedengaran terbitnya keluhan kecil dari bibir Afiqa. Harapkan rumah sahaja berdiri megah tapi di dalamnya bagaikan hutan belantara. Sunyi sepi sahaja. Dirinya bagaikan Jane yang kesepian tanpa Tarzannya di sisi. Begitulah yang dirasakan Afiqa. Hatinya bagaikan sudah terkunci, asyik menghadap komputernya sahaja. Kalau dulu, adalah juga temannya untuk dibawa berbicara itu dan ini.
Ah, jujur Afiqa akui. Dia terlalu rindukan Airish. Selama ini, bukan dia tidak biasa hidup bersendiri, tapi kini jiwanya terasa kosong. Mungkin hatinya sudah dilengkapi dengan kehadiran Airish yang menjengkelkan itu. Ah, kenapa dengan dirinya Serba tak kena. Nasib baik dia belum dijangkiti dengan penyakit angau lagi.
Longlai kakinya melangkah masuk ke dalam sejurus sahaja melepasi pintu pagar rumah. Lemah langkahnya menuju ke arah ruang utama pintu rumah. Tapi, akalnya menegah. Bagaikan ada sesuatu yang menariknya untuk mengalihkan pandangannya pada kotak peti surat. Terasa ada sesuatu yang memanggilnya untuk memandang ke situ.
Kala itu, kening Afiqa bertaut menjadi satu. Pelik! Kotak hadiah yang tertiarap di sisi tiang rumahnya dipandang lama. Perlahan-lahan, derapan halus langkahnya diutarakan ke situ. Lambat-lambat, tangannya ingin mengambil bungkusan berwarna merah hati itu. Sempat, kepalanya tertoleh ke kanan dan ke kiri pula, bimbang jika ada mata-mata yang sedang memerhatikannya.
Akhirnya bungkusan itu diambil. Mahu dibuka di situ terus, bimbang pula dengan hatinya yang dirasakan kurang enak ketika itu. Lantas, tanpa berlengah bungkusan itu dibawa masuk ke dalam rumah. Kakinya melangkah seiring dengan matanya yang tidak lepas dari memandang bungkusan kotak segi empat tepat itu.
Punggungnya dilabuhkan di atas sofa berdekatan. Kepalanya seperti sedang mencongak. Untuk siapakah kotak ini ditujukan Tangannya terasa ringan sahaja mahu membuka bungkusan tersebut. Riben yang membaluti tubuh bungkusan merah itu ditanggalkan segera.
Sambil tangannya lincah mengoyak bungkusan merah yang membaluti kotak itu, sempat dia cuba menggoncangnya pula. Terasa macam berat. Tatkala pembalut merah bungkusan itu sudah ditanggalkan, mata Afiqa membuntang tanda tidak percaya. Mulutnya ditekup dengan tangannya.
Ah! tempik Afiqa kuat.
Bergema seisi rumah dengan suaranya. Kotak putih itu dibuang jauh-jauh. Rasa takut menyerbu. Dadanya berombak kencang. Peluh renik yang terpancar di dahi dibiarkan tersejat di situ. Hampir pucat wajahnya tidak berdarah. Pintu rumah utama segera dikunci pantas.
Laju kakinya berlari-lari ke arah semua pintu yang ada. Setelah semua pintu itu dikunci, tubuhnya tersandar lama di situ. Dia terasa longlai dan tidak bermaya. Terkelip-kelip matanya memandang pada bungkusan itu. Tiba-tiba, ingatannya dirasakan seperti diterjah sesuatu. Ya! Pintu di kamarnya! Pintu di dapur! Ah! Kepala Afiqa bagaikan mahu meletup.
Tidak cukup nafas dia berlari, berkejar ke arah biliknya. Pintu slidding door ditarik rapat ke dinding lalu dikunci. Selepas itu, langkahnya dituju pula ke arah dapur. Debaran di dada mengiringi setiap langkahnya. Sungguh, Afiqa takut. Segera, pintu di dapur dikatup rapat. Begitu juga dengan tingkap-tingkap.
Kakinya kemudian berkejar-kejar ke arah ruang tamu kembali. Afiqa diburu perasaan tidak enak. Turun naik nafasnya. Melilau matanya mengelilingi ruang di dalam rumahnya. Bimbang jika ada sebarang manusia turut bersamanya di dalam rumah kala itu. Bulu roma Afiqa tiba-tiba menegak. Dalam kepalanya muncul dengan berbagai-bagai andaian. Tubuhnya perlahanlahan jatuh ke lantai. Tepat matanya memandang ke arah isi bungkusan itu.
Bangkai tikus!
Badannya yang dibaluti bulu berwarna putih kini sudah bertukar warna. Merah pekat. Apa yang paling membuatkan Afiqa terasa dihantui ketika ini adalah perut tikus tersebut. Di situ, terhunusnya pisau tajam yang menikam binatang kecil itu. Sungguh ngeri! Afiqa menelan liurnya. Kepalanya menunduk perlahan bersama gelengan tanda tidak percaya. Ya, Allah... apa yang berlaku kini
Akalnya diterjah tanpa dipinta pada insiden ketika berlaku litar pintas duhulu. Dirinya sungguh ketakutan pada waktu itu dan Airishlah yang menjadi penyelamatnya.
Dan kini
Situasinya masih sama. Sekali lagi, jiwa Afiqa diburu perasaan takut. Apa yang menjadi perbezaanya, Airish tiada di sisinya. Afiqa menunduk, memeluk lututnya. Tanpa sedar, air matanya bergenang di tubir mata sebelum meleleh keluar perlahan.
Airish.
Mana awak Saya takut.
Baliklah cepat...!