Siapa tak seronok wei Orang yang kita cintai balas perasaan kita. Rasa nak melompat capai dada langit sampai tersangkut di antara awan. Berlari-lari atas awan dengan gembiranya.
Cik Hani Abdullah, ada apa benda yang menarik ke sampai kau senyum tak nampak orang sekeliling ni dah ejek suatu suara.
Hani tetap tersenyum. Tak ada langsung rasa nak marah pada Liana dan Syafiza yang mengganggu dia mengelamun.
Aku senyum pun salah ke balas Hani tetap juga tersenyum.
Liana dan Syafiza berpandangan sebelum dahi mereka mulai kedut. Pelik betul dengan kawan dia seorang ni.
Memang la tak pelik kalau kau senyum cuma kalau kau senyum waktu ni, itu memang sangatsangat pelik.
Kenapa pula
Ye la. Kau tahu tak satu pejabat ni kecoh cakap kau akan bercerai dengan laki kau, tapi kau dekat sini boleh tersenyum-senyum. Lepas tu tersengih macam kerang busuk. Kalau manusia normal, dia tak kan senyum saat ni. Liana menyuarakan pendapatnya.
Hani tetap tersenyum cuma tak selebar tadi. Meluat betul la fikirkan gosip yang tak pernah habis. Nak cerai apanya Ryan baru luahkan perasaan kut! Lagipun buat apa nak sedih atau susah hati sebab kata-kata orang Cukup dia dan Allah tahu, siapa dirinya dan apa yang terjadi.
Tengok tu. Senyum tak sudah-sudah. Lepas tu tenung telefon bimbit tu macam nak telan. Ada apa dekat telefon kau tu hah Syafiza di sebelah Liana bingkas memanjangkan leher menilik telefon Hani yang terbiar di atas meja.
Mana ada apa-apa. nafi Hani, tapi ada senyum penuh makna terukir di ulas bibirnya.
Mahu dia tak tenung telefon bimbit. Ryan asyik telefon. Kalau tak telefon, hantar mesej, tapi satu pun Hani tak balas. Jawab panggilan pun tak. Dia bayangkan muka Ryan dah jadi raksasa ganas.
Mesti tengah bengang.
Hari ni cukup tiga hari masa yang diberikan Ryan. Bukan main lelaki tu telefon dia awalawal pagi. Dia agak, mesti Ryan nak tanyakan jawapannya. Tak sabar langsung! Kalau tak sabar, tu maknanya Ryan sangat-sangat sukakan dia kan Rasa macam hatinya kembang setaman.
Tak faham aku dengan kau ni. Suami keluar dengan perempuan lain, kau buat derk je. Liana menggeleng tak mengerti. Namun, saat dia mendengar telefon bimbit Hani mengeluarkan bunyi getaran, pantas dia menyambung kata.
Entah-entah kau pun ada orang lain belakang big bos eh Sebab tu kau tak kisah dengan gosip kau. Please, jangan bagi tahu yang kau dengan big bos akan... Liana buat tanda berpisah dari jarinya.
Hani mengeluh lambat. Berangan betul la Liana ni. Memang tak la dia ada lelaki lain. Hatinya cuma ada satu. Cintanya pada manusia bernama lelaki hanya ada satu dan dia adalah Ryan.
Telefon kau bunyi tu. Kau tak nak angkat ke Tegur Syafiza yang masih sibuk panjangkan lehernya ke arah telefon bimbit Hani.
Hani tak menjawab sebaliknya dia menggeleng perlahan. Dia nak tengok lama mana Ryan mampu bertahan.
Orang dah telefon tu angkat je la. suruh Liana dengan perasaan aneh.
Mesti ada yang tak kena dengan Hani hari ni!
Siapa yang asyik telefon kau tu Orang jual insurans ke Syafiza mula membuat andaian.
Adalah... Hani sembunyi senyum.
Nak berahsia konon. bibir Liana menjuih tak paus hati, tapi Hani balas dengan jelirkan lidahnya.
Sibuk la kau orang ni. Pergi balik meja masing-masing. Kerja tu dah siap ke belum
Amboi, mentang-mentang isteri bos, dah pandai nak arah-arah kita. perli Syafiza.
Tu la. Mentang-mentang dia isteri bos. Fiza, apa kata kita bagi tahu bos yang bini dia ni asyik tersenyum tengok telefon. Entah-entah ada spare part dia simpan. lancang mulut Liana buat Hani ketap bibir.
Cis!
Jangan nak buat fitnah. Sekejap lagi timbul gosip baru pula. Tapi... kalau kau nak cakap dekat bos pun, dia tak kan kisah.
Ye ke Kau cabar kami
Hani angguk selamba. Langsung tak ada rasa takut. Nak takut apanya. Orang yang asyik telefon tu, bos kau orang tu la!
Fine. Jangan menyesal nanti. provok Syafiza.
Tak akan. balas Hani setekadnya.
Muncung mulut Syafiza dan Liana jadinya. Hani ni memang tak makan langsung dengan gertakan. Huh!
Nur Hani Abdullah... satu suara garau menyeru tiba-tiba.
Spontan berdiri teguh setiap helai bulu roma Hani. Syafiza dan Liana yang tadi bersantai di tepi meja Hani dah berdiri tegak. Mata mereka terhala pada batang tubuh yang muncul di belakang Hani sebelum mereka membawa mata ke arah Hani lalu memberi isyarat dengan mata mereka.
Your husband!!!
Ryan Hani pejam mata sebentar sebelum menarik nafas panjang. Memohon agar dia diberi kekuatan untuk berhadapan dengan lelaki tu. Dah agak, mesti Ryan akan cari dia juga cuma tak sangka secepat ni.
Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Ryan dengan muka separa kecut. Muka lelaki tu macam The Rock tengah bergusti dengan musuhnya! Padan muka! Siapa suruh kau sengaja mainkan dia, Hani
Telefon tu rosak ke tanpa menunjukkan apa-apa riak, Ryan mara ke arah meja Hani dan telefon yang terdampar tadi dicapai.
Liana dan Syafiza yang sudah berundur ke belakang. Hani tayang gigi dengan muka separa kecut bila telefon bimbitnya sudah berada ditangan Ryan. Kalau lelaki tu tengok berapa puluh panggilan tak berjawab, agaknya histeria tak Staf yang lain, tercengang tengok big bos yang tiba-tiba muncul. Bukan senang si Topeng Raksasa tu nak melawat bahagian mereka ni.
Rosak sekali lagi Ryan menyoal dengan telefon terarah betul-betul di depan Hani.
Buat-buat rosak. Hani tayang gigi.
Senget muka Ryan jadinya. Jawapan yang buat telinga keluar asap. Wajah Hani dipandang tajam sebelum tiba-tiba dia mendekatkan bibirnya betul-betul disisi wajah Hani. Semua yang melihat, terbutang mata. Terkejut beruk! Hesy! Tak kan si Topeng Raksasa nak buat aksi dewasa dekat pejabat ni kut
Ikut aku. perlahan, tapi penuh ketegasan arahan yang keluar dari mulut Ryan.
Hani terdiam. Tergamam sekejap. Melihat Ryan yang mula menjarakkan diri, dia pandang sekeliling. Rasa macam nak menyorok bawah meja bila semua mata memandang dirinya. Nak tak nak dia mengangguk.
Melihat anggukan Hani, laju tangan Ryan mencapai lengan kecil gadis itu. Mengheret perlahan mengikut langkahnya. Hani tanpa persediaan, terdorong mengikut lelaki itu. Tak kan dia nak buat keras kut. Banyak mata tengah pandang tu. Kalau dia buat keras tak nak ikut Ryan, mahu gosip lagi panas muncul.
Sebelum tu... tiba-tiba saja Ryan berhenti berjalan dan suaranya dikuatkan. Matanya terarah pada pekerja-pekerja yang masih melihat mereka berdua.
Pasal gosip yang katakan saya dan my wife... Ryan tarik dan terus memeluk bahu Hani sampai Hani mengeras dalam rangkulan kemas lelaki itu.
Akan bercerai, itu semua tak benar. Hani isteri saya dan dia akan terus jadi isteri saya. So, please jangan buat gosip-gosip yang sampah tu. Kali ni saya beri amaran, siapa saja yang saya dengar bercakap pasal hal ni, saya tak teragakagak untuk pecat dia lagi-lagi orang yang cetuskan gosip ni. Kalau saya dapat tahu, you are fired!!! umum Ryan penuh ketegasan. Tertanam wajah tekad di wajahnya.
Mendengar amaran dari bos besar, beberapa pekerja pantas kemam bibir. Siapa yang kemam tu, dia la hantunya! Hantu buat gosip!
Jom! Ryan kembali menarik Hani mengikut langkahnya.
Kali ni tanpa dipaksa, Hani sendiri mengikut langkah Ryan dengan rela. Mendengar suara garau penuh ketegasan tadi, buat hatinya jatuh cinta berkali-kali. Cara Ryan memberi amaran tadi, seakan Ryan tengah melindungi dia dari gosip-gosip yang menyakitkan telinganya.
Setahu dia, Ryan sebelum ni mana pernah ambil tahu pasal gosip syarikat. Selalunya Ryan akan buat tak tahu pasal gosip-gosip semua ni, tapi hari ni Ryan dah memberi amaran kepada mulut-mulut jahat tu. Dia buat demi melindungi aku kah Hani mula perasan sendiri.
Better kau lajukan kaki kau tu kalau tak nak kena dukung dekat sini!
Hani tersentak sekejap. Dia pula kena amaran! Mahu tak mahu, dia besarkan langkahnya. Namun, sempat lagi dia membebel dalam diam.
Kaki kau tu panjang, memang la jalan cepat! Kaki aku pendek, mana boleh saing kau. Sebal! ASoalan berterus terang, buat Hani yang PA jawapan kau Kau reject ke terima
tengah kepak jari jemarinya, berhenti. Mak ai! Direct gila soalan. Hani tak menjawab sebaliknya dia menjuihkan bawah bibirnya dengan pipi separa kembung.
Aku suruh kau jawab bukan buat muka katak kau tu! marah Ryan.
Hani ketap gigi. Amboi! Nak jawapan pun nak marah-marah. Aku cakap aku tolak cinta kau baru padan muka! Tapi, kalau aku tolak, aku pun merana juga.
Diam... diam... diam... dah tertinggal ke suara tu Jawablah apa jawapan kau!
Awak ni kan memang tak reti berlembut langsung. Awak ingat saya ni apa Paksa-paksa pula nak jawapan. jelas rasa tak puas hati terlakar di wajah gadis yang duduk di hadapannya itu.
Tak ada masa aku nak berlembut la. Lagipun apa aku dapat kalau aku berlembut dengan kau duga Ryan.
Dia tanya aku pula Hani menjeling. Tak romantik langsung lelaki ni. Sekali pandang nampak sempurna, tapi hakikatnya, mamat tu langsung tak sempurna. Tak gentleman, tak lemah-lembut, tak berbudi bahasa. Suka main paksa-paksa pula tu! Macam mana la kau boleh tersuka dekat dia, Hani
Just give your answer. Im waiting. tiba-tiba Ryan kendurkan suaranya.
Hani tergamam. Gegar lututnya bila tiba-tiba Ryan bersuara perlahan begitu. Gemersik pula nada suara itu buat jantungnya mahu mengganas.
Tengok tu. Aku cakap kasar, kau diam. Kau marah! Aku cakap lembut pun kau diam. Kau nak aku cakap macam mana lagi keluh Ryan seakan tak faham.
Okey, saya ada jawapan yang awak nak tu, tapi... Hani berjeda sebentar.
Tapi, apa
Hani tatap setiap inci wajah Ryan. Dia dah tekad, dia tak nak lepaskan lelaki itu lagi. Biarlah Ryan bukan lelaki sempurna pun, janji dia tahu Ryan ada sesuatu yang tak ada pada orang lain. Ryan ada aura rahsia yang mampu memikat hatinya. Tak pasal-pasal hati dia dah tergadai pada lelaki muka sendat tu.
Tapi, apa Ryan tak dapat menahan sabar, menyoal sekali lagi. Hani ni buat dia makan hati betul! Dah la dia tak senang duduk selagi tak dengar jawapan dari bibir merah jambu itu. Tahukah Hani, betapa berdebarnya dia di sebalik muka yang sendat tu
Sebelum saya bagi jawapan tu, saya nak beritahu awak sesuatu. tukas Hani tiba-tiba.
Dalam gembiranya bila Ryan meluahkan cinta, ada sesuatu yang buat hatinya resah. Riana! Semakin hari, semakin kerap dia teringatkan saat gadis itu terdampar di atas jalan. Malamnya diganggu mimpi yang aneh-aneh sampai dia tak mampu tidur dengan nyenyaknya. Tapi, yang dia tak mampu lupakan adalah kasut pink yang dipakai oleh arwah Riana saat kemalangan itu.
Setiap kali dia bermimpi atau teringatkan saat itu, ada sesuatu yang menganggu kewarasannya. Saat tubuh Riana terdampar dia atas jalan raya, dia nampak pemandu tu berhentikan keretanya. Melihat sebentar Riana yang dibanjiri darah sebelum melarikan diri. Saat itu, sempat dia melihat tangan Riana memeluk kaki si pemandu dengan wajah sedih. Walaupun hanya diterangi lampu jalan yang suram, dia nampak wajah kedukaan Riana saat itu. Disebalik kaki yang dipeluk Riana, dia terperasan sesuatu.
Kasut pink itu!
Kasut yang sama dengan arwah Riana. Kata Puan Laila hanya ada dua pasang kasut seperti itu. Satu pada Riana dan satu pada Nisa, adik tiri Riana. Kalau hanya ada dua pasang, tak kan orang yang melanggar Riana tu adalah adiknya sendiri Kalau adiknya sendiri, kenapa dia tinggalkan Riana keseorangan
Hoi! Kau termenung apa Aku tanya kau ni.
Hilang semua khayalan Hani dek disergah kuat oleh Ryan. Semput rasanya dikejutkan begitu.
Benda apa yang kau nak beritahu aku tu Ryan menyoal lagi. Kalau tunggu Hani membuka suaranya, mahu berjanggut agaknya.
Sebenarnya, saya tak ada niat nak rahsiakan dari awak. Dulu saya fikir benda ni cuma perkara kecil sebab tu saya tak pernah beritahu awak. Tapi, sekarang saya rasa awak patut tahu sebab saya tak nak berahsia apa-apa dengan awak.
Apa rahsia tu soal Ryan dengan kening berkerut. Rahsia pula Hani ni bikin jantungnya bertambah stress!
Hani menarik nafas panjang sebelum membuka mulut.
Saya adalah saksi utama kemalangan arwah kekasih awak! Bam!!!