CAHAYA mentari yang menyinari di ufuk timur menyilau pandangan matanya. Dia menghalang seketika silauan terik itu dari terus menusuk anak mata berona hazel dengan belakang tapak tangan. Di waktu begini, ramai sungguh pengunjung yang datang untuk aktiviti luncur air di Manhattan Beach.
Tunku Hussein mencapai gogal dari dalam beg galas dan terus dipakai. Dengan berseluar pendek ketat paras lutut dan tak berbaju, dia membuat senaman ringan bagi merenggangkan sedikit otot-otot badan. Sudah lama benar dia tak ke sini disebabkan jadual kuliah yang padat sehingga tiada ruang untuk bersuka ria. Mujurlah tahun ini merupakan tahun akhir pengajian di UCLA. Jadi, adalah masa untuk diluangkan dengan aktiviti yang tertunda sejak beberapa bulan lepas.
Kau tak join sekali, Aizal soal Tunku Hussein sambil menoleh ke arah lelaki itu yang asyik termenung sejak dalam kereta hingga perjalanan ke sini.
Aku tak ada mood nak layan. Aku terlupa nak bawa surfboard tadi. Kau ajelah layan dengan Rudy, jawabnya. Dia yang berlunjur kaki di atas beach chair memerhatikan telatah mereka berdua.
Tungu apa lagi, bro Jom! Laut Manhattan panggil kau tu! Wohaaaaa!!! jerit Rudy Armani yang berlari sambil mengepit papan luncur di ketiak melewati Aizal Fahmi di sebelah.
Tunku Hussein tersenyum sendiri, menyerlahkan lekuk di kedua belah pipi. Masak benar dengan perangai lelaki gagah yang pantang diajak berluncur di laut terbentang luas yang bergelora itu.
Wei! Rudy Armani Dato Razif! Kau tak perasan ke seluar lucut nampak lurah Tak senonoh betullah kau ni! laungnya sambil mencapai papan seluncur yang terukir namanya di hujung papan.
Tak ada kuat lagi ke kau nak jerit nama aku, Yang Mulia Tunku Hussein Tun Tunku Harith Balas Rudy Armani sampaikan nama gelaran ayahanda Tunku Hussein juga disebut sekali.
Sambil berlari Tunku Hussein tergelak sendiri di kala melihat lelaki gagah itu terkial-kial menarik seluar hingga ke paras pinggang. Begitu juga dengan Aizal Fahmi. Boleh jadi gila berkawan dengan pelajar medik seperti Rudy Armani. Tak nampak langsung ciri-ciri bakal seorang doktor. Kalau Tunku Hussein, nampak bakatnya dan dia banyak belajar selok-belok perubatan dari lelaki itu. Tambahan pula, kerabat diraja itu punyai hospital sendiri di KL.
Giliran Tunku Hussein pula merenggangkan otot. Sekejap dia memusingkan badan ke kiri dan sekejap ke kanan. Kedua-dua tangan digoyang-goyangkan sambil berlari setempat. Dia perbetulkan gogal supaya betul-betul melindungi matanya dari dimasuki air laut masin.
Dia mengepit papan seluncur di bawah ketiak, sambil berlari dilihat ombak yang setinggi tiga kali ganda tingginya membawa Rudy Armani yang berdiri di atas papan seluncur ke udara. Sesekali kedengaran lelaki maskulin itu menjerit kegembiraan.
Cepatlah bro, ombak tengah menggila ni!
A
RGHH! Sakitnya badan aku! Rasa nak tercabut tulang belakang. Tak sangka ombak petang punyalah kuat. Nasib tak melayang suftboard aku tadi, adu Rudy Armani seraya menghempaskan badan di atas sofa. Dia mengeliat beberapa kali, membetulkan urat-urat sarafnya. Penat sungguh dirasakan setelah berhempas-pulas mengawal papan luncur di tengah laut.
Tunku Hussein menyandarkan papan seluncur miliknya di tepi dinding. Kemudian dia berjalan menuju ke ruang dapur. Muk putih dicapai. Pintu peti sejuk ditarik. Sebotol air mineral dicapai. Aizal Fahmi pula tak turut serta mereka balik ke apartment. Pesannya tadi, dia hendak singgah sebentar di Architects Corner. Hanya 2 minit saja jarak dari apartment mereka.
Macamlah tak mampu nak beli baru. Oh ya, lupa pula aku yang berderet susun dalam bilik tu buat perhiasan aje ke Tanya Tunku Hussein sebelum meneguk sekali nafas air mineral bagi membasahkan tekak.
Hello, Yang Mulia Tunku Hussein! Aku nak betulkan sikit ayat kau tu, yang berderet dalam bilik tu kau dan Aizal yang punya. Aku, hanya ada satu aje... yang ni, okey Rudy Armani menunjukkan papan seluncur yang dibawa pergi tadi.
Dia cukup sayang pada papan luncur edisi terhad itu. Apa taknya, seawal pagi dia beratur di Beverly Center semata-mata mahu menjadi orang pertama memiliki papan seluncur Limited Edition itu. Disebabkan begitu obsesi, dia pernah membawa papan seluncur kesayanganya itu tidur sekali untuk dijadikan bantal peluk!
Bukan aku minta pun, diorang yang nak sedekah. Aku rasa Aizal punya lagi banyak dari aku, jawabnya. Muk yang berisi air mineral dihulurkan ke tangan Rudy Armani yang masih lagi berbaring sambil berlunjur kaki.
Kau kira beruntung sebab ada berduyunduyun spice girls di luar sana tangkap cinta sama kau dan Aizal, lainlah aku ni tak ada sorang pun yang tersangkut. Aizal tu lagilah, senyuman dia aje dah mampu buat hati perempuan secair mentega. Argghhhjelesnya aku dengan korang! Kasilah aura korang sikit kat aku buat sorang dua lekat.
Tunku Hussein ketawa sendiri. Spice girls Entah siapa pun dia tak pernah tahu. Sampaikan dia terdengar, terdapat siswa-siswa perempuan di UCLA tubuhkan kelab The Hot THAF khas untuk dirinya dan Aizal. Setiap hari ada saja hadiah yang entah dari siapa berada di depan koridor apartment. Dek terlalu banyak sampai memenuhi ruang bilik masingmasing, akhirnya mereka sepakat untuk sedekahkan kesemuanya pada Chidrens Hospital Los Angeles (CHLA).
Tunku Hussein bangkit dari kerusi lalu berjalan menuju ke arah jendela. Dari City Light on Fig Apartment, diluaskan pandangan terhadap cahaya terang yang menyinari Staples Centre yang menjadi tatapan lensa hazelnya. Beralih pula hala renungan ke arah kesibukan lalu lintas di sepanjang S Figueroa Saint. Belasan tahun tercampak ke sini dan selama itu tiada juga istilah perbualan dua hala antara dia dan keluarganya.
Rudy Armani meneguk air mineral di muk hingga habis dan diletakkan di atas meja sisi. Pandangannya dihalakan ke arah Tunku Hussein yang sedang berdiri tercegat sambil menyandar kepala di tepi jendela. Semenjak mengenali lelaki berdarah kerabat itu tak pernah sekali pun Tunku Hussein membuka mulut bercerita tentang keluarganya di Malaysia.
Di kala cuti semester, ketika graduan lain berpusupusu menempah tiket flight balik ke negara masingmasing. Dia tidak nampak itu berlaku pada Tunku Hussein. Teman sebiliknya ini lebih rela mengikutnya bercuti di kampung halaman di Terengganu sedangkan boleh saja pulang ke Villa Tun Tunku Harith di Kuala Lumpur. Berlainan pula dengan Aizal Fahmi, keluarganya yang datang ke sini melawat.
Cantik bandar CA ni, kan soal Rudy Armani. Dia yang berdiri bersebelahan dengan Tunku Hussein memaut bahu lelaki itu. Sesekali rambut mereka disapa oleh siliran tiupan angin malam.
Ermmm
Pejam celik habis juga pengajian kita, kan Akhirnya, kau aku bakal doktor tak lama lagi. Cuma, Aizal yang melencong jauh. So apa rancangan kau lepas ni, bro
Entahlah, Rudy. Aku ingat nak stay kat sini untuk setahun dua lagi atau pun mohon surgeons doctor kat CHLA.
Papa kau kan ada hospital kat KL. Baik kau berkhidmat kat sana aje. Aku pun ingat kalau kau ada nanti, bolehlah aku join sekali.
Kau jangan risau pasal kerja kat THSC. Kau siapkan aje resume nanti aku email kat Rein. Thanks, bro. Apa-apa pun keluarga tak boleh ditukar ganti dalam dunia ni, Sein. Walau macam mana berat kau tanggung bebanan hidup, mereka tetap keluarga kau darah daging kau. Takkanlah sedetik lebih pun kau tak ingat pada diorang, kan
Keluarga Apa ertinya keluarga kalau aku tercampak di sini atas sesuatu yang telah tertulis di Luh Mahfuz Bonda aku meninggal, aku yang dipersalahkan. Adil ke tu
Rudy Armani terdiam tanpa kata. Berat beban masalah yang ditanggung Tunku Hussein. Ialah, orang yang sudah biasa hidup berdiri di atas kaki sendiri. Patutlah pelik benar perilakunya sejak mendaftar masuk ke UCLA.
Sebab itulah aku malas nak story-mory tentang familia aku. Kau nak tau tak Aku dapat rasa nikmat sebuah keluarga bila ikut kau balik ke Terengganu, ungkapnya jujur bernada perlahan Tunku Hussein bersama keluhan berat yang dilepaskannya.
Rudy Armani hanya mampu mendengar. Membiarkan temannya itu meluah rasa yang terpendam.
Kau tanya aku pasal rindu Memang aku rindu. Tapi, aku cuma rindukan kakak aku je.
Ooohhh, Rein Tentu makin comey, kan Bolehlah aku jadi abang ipar kau, adik Hussein...
Haish! Jangan panggil aku adik boleh tak Geli aku dengar dah serupa gay bunyinya! Kau ingat senang ke nak tackle kakak aku Black belt Aikido, okay!
Rudy Armani tergelak besar. Begitu juga dengan Tunku Hussein. Terasa ringan beban masalah di malam ini selepas meluahkan segala-galanya.
Finally, broaku dapat juga tengok kau gelak. Setahu aku, Rein admire gila kat Aizal sejak Gred 4 lagi. Aku ni entah dia ingat lagi ke tak.
Bunyi mesej yang menerjah masuk ke dalam telefon pintar entah milik siapa antara mereka berdua serta-merta menamatkan perbualan mereka di tepi jendela.
Handphone kau ke yang bunyi
Macam bunyi ringtones aku, tapi aku punya dalam blazer. Hey, wait a minute! Kau cilok ringtones Whatapps aku, TH
Tunku Hussein tersenyum nakal seraya mengatur langkah menuju terus ke ruang dapur. Laju tangannya mencapai telefon selular yang masih rancak menari di atas meja.
TH, aku nak shower kejap. Jom malam ni Dansa Kuduro! Kau nak ikut tak ajak Rudy Armani sambil berjalan menuju ke bilik dan terhenti seketika di muka pintu sementara menunggu Tunku Hussein memberi respon.
Dia sekadar membalas dengan mengangkat tangan sebelah, memberi isyarat pada Rudy Armani yang dia harus meneliti mesej di dalam telefon terlebih dahulu. Tunku Hussein swipe unlocks screen dan mencari terus ikon Whatspps. Ikon tersebut ditekan lalu terpampang mesej yang panjang menjela.
Selesai membaca mesej, SG N5 terlepas dari gengaman. Dirasakan lemah seluruh anggota badan. Tunku Hussein tersandar di sofa. Mesej yang dihantar oleh Tunku Hazreen sekaligus mengubah apa yang dikecapi selama ini. Dirasakan susah payahnya di sini yang memakan masa bertahun hanya sia-sia belaka. Tunku Hussein istighfar panjang.
Kenapa baru sekarang Kenapa tak dulu Kenapa Kenapa Kenapa
La, tak siap lagi kau! Rudy Armani yang sudah siap berpakaian bergegas turun dan terus menuju ke ruang dapur. Langkahnya terhenti seketika bila terperasan sesuatu yang tak menyenangkan di raut wajah Tunku Hussein. Termangu sambil merenung tepat ke depan.
Kenapa, bro Kau okey tak ni Something happen tegur Rudy Armani sekaligus mematikan lamunan sejenaknya.
Tunku Hussein mengutip semula SG N5 yang jatuh terlentang elok atas karpet dan dibaling pula ke atas meja. Mengelongsor telefon selular tadi dan terhenti betul-betul di sipi hujung meja. Rudy Armani pula beria-ia menyambut jika terjatuh ke atas karpet semula.
Aku terpaksa balik ke KL, Beritahu Tunku Hussein sambil meraut rambut yang terjuntai menutupi dahi ke belakang. Satu keluhan berat dilepaskan. Baru bercadang-cadang hendak menetap di sini, dititah pula balik ke Malaysia.
Bila, bro
Entahlah aku tak boleh nak fikir serabut kepala aku ni!
Next week convo, TH takkan tak boleh tunggu Lagipun, kau Best Medical Graduates kat UCLA. Jangan sia-siakan peluang ni.
Ya ALLAH aku terlupa terus pasal konvo, bro. Ermm kalau begitu, lepas konvo aku gerak balik ke
KL. Kau nak follow sekali Rudy Armani mengangguk setuju.
Aku nak tanya kau kau dan Elle...
Aku dah breakup.
Because of Aizal Jangan serkap jarang, TH. Kau dan aku kenal Aizal jenis macam mana, kan Rudy Armani sekadar meneka.
Pernah dua-tiga kali dia terserempak dengan Elmina berbual dengan Aizal Fahmi di Loren Miller Recreation Centre. Bagaikan GPS, tahu saja si minah senget itu di mana Aizal Fahmi checked in. Nampak sangat Elmina yang terhegeh-hegeh menebeng pada lelaki yang tiada sekelumit pun membalas perasaan cinta Elmina.
Aku tak salahkan Aizal kalau Elle teguh pilih dia. At least, aku lepaskan dia pada lelaki terbaik yang pernah aku kenal seperti Aizal. Tapi, apa yang aku kesalkan dia kemaruk cinta dengan suami orang. Ah, malas aku nak fikir! Lantak dialah nak buat apa pun. Nak telingkup ke, terbalik ke its not my problem anymore.
Kau ingat Aizal layan sangat ke si Elle tu Aku berani kerat kukulah, sedangkan kakak kau yang cun melecun pun gagal nak pikat hati Aizal, inikan pula si minah senget tu. Aku ingatkan cowok aje yang mata keranjang rupanya cewek lagi hebat mata keranjang dari kita. Dahsyat sungguh cewek zaman millennium ni, bro easily melted like butter.
Thats what we call a reality of life, Rudy. Okeylah aku nak shower dulu, rasa melekit badan. Kau tunggu aku kat parkir kereta. Lepas bersiap, aku terus ke sana, pesan Tunku Hussein.
Dia beredar pergi masuk ke dalam bilik manakala Rudy Armani pula mengorak langkah menuju ke pintu keluar.