Sebagai ahli rasmi dalam industri minyak dan gas ini, aku tak berapa la nak berlagak sangat bila pergi isi minyak di mana-mana stesen pun. Bangla stesen tak cuci cermin kereta aku pun tak apa. Tak senyum pun tak apa. Buat muka biasa-biasa pun aku ok lagi. Pendek kata, bila aku di stesen minyak, aku buat bodoh saja. Yang kes isi diesel dulu tu memang paling bodoh la dalam semua semua perkara bodoh yang aku lalui di stesen minyak.
Tapi kadang kadang bila aku selalu buat bodoh, memang diperbodohkan sungguh jadinya.
Sampailah ke suatu hari aku dah tak bagi peluang.
Di Tanjung Malim ada stesen minyak berjenama Petronas. Ada sekali pagi Ahad pada tahun 2007, aku pergi ke stesen minyak Petronas ini untuk isi minyak motor dengan memakai selipar Tat Sing. Jam waktu itu menunjukkan kira-kira pukul 9 pagi. Masa yang belum sesuai untuk mandi dan pakai lawa-lawa. Setakat pergi isi minyak di kawasan sendiri, apa gampang nak kena mandi pagi
Motor EX5 yang buruk, pakaian selekeh dengan rambut tak sikat dan muka tak mandi. Memang kombinasi sempurna untuk tidak dipandang tinggi oleh makwe-makwe kaunter stesen minyak.
Aku tongkat motor dan angkat seat sejurus tiba di pam yang menunjukkan motosikal sahaja. Helmet aku tanggalkan dan sangkut pada batang cermin sisi. Pada ketika itu, kereta-kereta berjenama mewah megah mengisi minyak di pam-pam barisan hadapan. Ada kereta BMW, ada kereta Mercedez, ada kereta Audi dan pelbagai jenis kereta lagi dengan pelbagai jenis tuan dan pelbagai jenis baju POLO dan beg tangan Channel yang dahsyat-dahsyat semuanya. Mereka berkumpul di kaunter. Ada yang hulur kad kredit, ada yang hulur kad debit dan ada yang hulur not RM 50 dua keping. Masing-masing tak mahu mengalah.
Di celah-celah baju POLO dan beg tangan Channel, muncul aku dengan sekeping wang lima ringgit.
Lima ringgit pam enam! Seru aku dengar tak dengar.
Kad kredit masuk dan keluar. Begitu juga not yang besar-besar turut masuk dan keluar. Duit lima ringgit aku masih erat di tangan. Dua tiga orang makwe di kaunter entah nampak entahkan tidak baju Hari Keluarga yang aku pakai tak salin sejak dari petang semalam ni.
Masa semakin mencemburui. Hati aku semakin panas membara. Tiga empat kali duit yang aku hulur tak mendapat perhatian mesra. Aku melilau mencari akal. Aku tinjau keluar, dan kelihatan di situ operasi menyelenggara tangki minyak bawah tanah sedang berlangsung. Yes!
Tanpa menghiraukan orang sekeliling, aku sound makwe-makwe di kaunter,
Oil And Gas Tu kerja mentenen tangki kat luar tu siapa supervise
Makwe yang sedang membungkus roti Sweetie berhenti memandang aku. Makwe sorang lagi yang nak leret kad kredit turut memandang aku. Dan makwe terakhir, makwe yang aku cuba hulur duit 2-3 kali dia tak pandang juga berhenti dan memandang aku. Semuanya bermuka hairan dan ketat.
Abang POLO dan kakak Channel juga bermuka hairan.
Kenapa Ada masalah ke encik Makwe yang membungkus roti Sweetie seorang saja yang berani bersuara.
Aku yang sememangnya panas hati tidak memberi muka.
Benda-benda melibatkan safety ni kena ada supervision. Siapa staff Petronas yang jaga FUEL stesen kawasan Perak selatan ni Siapa
Dalam kekalutan makwe roti Sweetie tadi menjawab tergagap-gagap. Entah nama siapa dia petik aku memang dah tak peduli.
Mana dia Tanya aku sambil tinggi suara.
Keadaan menjadi semakin kalut apabila kutu yang cuma pakai selipar Tat Sing dan baju Hari Keluarga mempertikai secara HSE penyelenggaraan stesen kepada makwe-makwe kaunter. Masa ni kad kredit entah ke mana, not RM 50 2 keping tadi pun boleh jadi lupa pam nombor berapa.
Er, tak tahu la encik. Dia belum sampai lagi rasanya. Makwe yang paling berlagak sekali yang tak layan aku hulur duit tadi pula menjawab tergagap-gagap.
Aku angkat telefon bimbit bagi semua nampak. Masa tahun 2007 ni aku masih pakai Nokia siri berapa ratus aku sendiri pun tak berapa ingat. Aku tekan nombor. Tit tit tit tit tit tiitttt.
Semua mata tertumpu pada aku. Semuanya berdebar-debar.
Assalamualakum Encik Ghazali. Saya di stesen Petronas Tanjung Malim ni. Saya nak tahu siapa staff Petronas yang supervise mentenen tangki kat sini ni
Ya. Bahaya takde orang! Memang bahaya sebab takde orang!
Ya, ya! Itu takpe Encik Ghazali. Itu nanti kita bincang di KLCC.
Ok. Suruh dia datang cepat. Saya bimbang nanti jadi hal audit kita juga yang kena jawab!
Ok ok ok. Waalaikumussalam!
Aku letak telefon masuk dalam kocek belakang. Muka makwe-makwe kaunter yang sebelum ini bersinar-sinar kini semuanya menjadi kelat. Pandang aku pun dah jadi segan silu. Abang POLO dan kakak Channel yang sejak tadi di barisan depan sekarang dah buka laluan supaya aku boleh lalu.
Aku hulur duit RM 5. Pam enam!
Makwe yang paling kerek tadi terus menikus tunduk. Sambut duit pun tunduk.
Aku keluar dari dalam stesen sambil buka pintu kuat-kuat tanda protes.
Oil And Gas
Lepas isi minyak sambil bersiul, aku tunggang EX5 ke Seven Eleven. Baru aku perasan dah dekat 3 hari telefon Nokia ni takde kredit.
Celaka!