TRAGEDI TSUNAMI DAN GEMPA BUMI - 30
Tragedi Highland Tower.

Bangunan 23 tingkat yang terletak di kawasan yang cukup eksklusif iaitu di Bukit Antarabangsa telah tersembam menyembah bumi dan terbenam lebih 30 meter di dalam tanah. Ia telah menyebabkan usaha menyelamat telah mengalami kesukaran. Tragedy tersebut telah berlaku pada 11 Dis 1993 di mana tragedy runtuhan banggunan di pinggir kota itu telah mengejutkan seluruh Negara.

Pada Dis 2004 genap 11 tahun tragedi highland Tower yang mengorbankan 48 nyawa. Upacara bertafakur untuk mengenang semula peristiwa tersebut adalah yang terakhir dibuat pada tarikh tersebut kerana 2 lagi blok banggunan bersebelahan akan di robohkan.

Terdapat beberapa kajian dan laporan dibuat terhadap keadaan tanah runtuh dan gelinciran di bukit antarabangsa tersebut. Akhirnya berlaku kejadian yang amat menyedihkan itu. Kecewa kerana tiada langkah segera diambil untuk bertindak terhadap laporan yang dibuat oleh pihak pakar. Runtuhan banggunan HIGHLAND TOWER merupakan satu tragedi tetapi tidak belajar dari runtuhan tersebut merupakan tragedi yang lebih besar lagi.

Bangunan 23 tingkat yang terletak di kawasan yang cukup eksklusif iaitu di bukit Antarabangsa telah tersembam menyembah bumi dan terbenam lebih 30 meter di dalam tanah. Ia telah menyebabkan usaha menyelamat telah mengalami kesukaran. Tragedi tersebut telah berlaku pada 11 Dis 1993 di mana tragedi runtuhan banggunan di pinggir kota itu telah mengejutkan seluruh Negara.

Tatkala kejadian tersebut, Negara menjadi tumpuan dunia dan terlalu banyak agensi yang terlibat. Keadaan tidak keruan tersebut telah membantutkan usaha menyelamat. Banyak pihak berkuasa yang ingin menonjolkan diri. Negara yang sememangnya tidak berpengalaman dengan peristiwa seperti ini memberi perhatian terhadap segala cadangan yang diutarakan.

Terdapat beberapa kajian dan laporan dibuat terhadap keadaan tanah runtuh dan gelinciran di bukit antarabangsa tersebut. Akhirnya berlaku kejadian yang amat menyedihkan itu. Kecewa kerana tiada langkah segera diambil untuk bertindak terhadap laporan yang dibuat oleh pihak pakar. Runtuhan banggunan HIGHLAND TOWER merupakan satu tragedi tetapi tidak belajar dari runtuhan tersebut merupakan tragedi yang lebih besar lagi.

Banjir Nabi Nuh.

Kisah bencana banjir besar telah diceritakan sejak generasi demi generasi sebagai satu pengajaran kepada umat manusia terutamanya umat Islam. Dalam Al-Quran telah banyak dinyatakan dengan mendalam dan ia telah dikisahkan secara berulang-ulang agar ia dihayati dan diyakini akan kebenarannya. Dalam surah Ankabut ayat 14 juga dihuraikan tentang peristiwa tersebut.

Baginda nabi Nuh telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memimpin dan mengajak manusia agar mentauhidkan Allah. Sebaliknya beginda dituduh cuba menaungi, mengutamakan status, ingin menunjuk kepimpinan dan mementingkan harta.

Bala Allah telah turun tanpa diduga. Air dari mata air telah membuak dan hujan turun dengan lebat tanpa berhenti. Seperti yang diutuskan, nabi Nuh telah mengambil setiap spesis haiwan jantan dan betina ke dalam kapal yang dibuatnya.selain dari itu semuanya mati kerana kufur termasuklah anak lelaki Baginda.

Gelombang setinggi gunung mengganas dan menyebabkan ribut taufan yang tinggi. Akhirnya setelah 40 hari dan 40 malam hujan turun, kapal Nabi Nuh terapung selama 150 hari, maka bahtera Nabi nuh telah terdampar di Bukit Judi iaitu di pergunungan Arafat (Agri).

Kajian ekoloji juga membenarkan tentang kewujudan tapak kapal nabi Nuh. Kejadian berlaku di Dataran Mesopotamia tempat wujudnya tamadun tertua di Bagdad. Ia berlaku sekitar tahun 2900-3000SM.

Bencana tersebut ingin memberi amaran terhadap sikap manusia sekarang melalui kisah silam. Peristiwa banjir terbesar dalam sejarah tamadun manusia telah dihantar sebagai teladan kepada berbagai peradaban manusia.

Surah al-araf:59, Assy-syura ayat 107-110, Al-mukminun:23, Al-qamar:10 dan As-syafaat:75 adalah antara surah-surah dalam al-Quran yang mendedahkan keajaiban bencana tersebut. Manusia yang tidak mahu mengambil iktibar dari peristiwa itu adalah jahil terhadap kejahilan sendiri. Lumrah dunia orang yang membawa kebaikan seperti Nabi nuh ditertawakan, disisih dan dihina dengan begitu teruk. Demikianlah yang berlaku kepada nabi Nuh. Dari masa ke semasa Allah turunkan bencana agar manusia dapat balik ke landasan dan dapat menyegarkan ingatan tentang kebesaran dan kekuasaan Rabbuljalil.

Letusan Karakatoa

Letusan gunung berapi karakatoa pada 27 Disember, 1883 telah menyebabkan Asia Tenggara di landa mendap selama hampir 3 tahun. Tsunami akibat dari gempa bumi tersebut telah meragut nyawa penduduk seramai 36,417 orang dan meranapkan 165 rumah. Karakatoa terletak antara Pulau Jawa dan Sumatera.

Kematian adalah disebabkan ombak Tsunami dan bukannya kerana letusan gunug berapi yang kedengaran sehingga 5,000 km (3,100 batu). Di Kampung Merak, hanya 2 dari 2,700 orang terselamat. Ombak besar telah melanda Pantai Jawa dan Sumatera termasuk Kampung Merak, Tjiringi, Ketimbang (Sumatera), Anjer (Jawa), Telok Bentong dan puluhan kampung di tepi pantai.

Terdapat gunung di atas pulau kecil yang dinamakan anak karakatoa di percayai lahir dari laut kira-kira 40 tahun selepas letupan besar karakatoa. Menurut penulis buku, Simon Winchester anak karakatoa tersebut telah membesar sehingga 500 kaki dalam masa 20 tahun.

Karakatoa telah menyebabkan langit menjadi gelap. Asap letupan dibawa angin hingga ke Teluk Mexico, Nashvilla di Amerika, Boenus Aries di Argentina dan Shanghai di China. Peristiwa 121 tahun yang lalu (1883) merupakan tragedi akibat dari hukum alam dan kuasa Tuhan.

Gempa di Pulau Nias

Pada 28 Mac 2005, satu gempa bumi berukuran 8.7 pada Skala Richter telah berlaku di persisiran pantai Sumatera, mengakibatkan amaran Tsunami dikeluarkan di negara-negara berhampiran. Gempa tersebut berlaku sekitar jam 23:09:37 waktu tempatan (Waktu Indonesia Barat) (0:09:37 29 Mac waktu Malaysia).

Pusat gempa telah dikenal pasti terletak di bujur 2 04' 35" utara dan 97 00' 58" timur, 30 km di bawah paras Lautan India, 200 km di barat Sibolga, Sumatera Utara, atau 1400 km di barat laut Jakarta, antara pulau Nias dan Simeulue. Gempa tersebut dilaporkan dapat dirasakan di Bangkok, sejauh 1000 km dari situ.

Gempa tersebut (dengan pusat gempa cuma 320 km dari pusat gempa 3 bulan sebelumnya), dipercayai merupakan gempa susulan kuat daripada gempa bumi 26 Disember 2004 yang lalu, berlangsung selama dua minit, lebih lama daripada kebanyakan gempa susulan sehingga kini. Gempa ini amatlah kuat sehingga mempunyai gempa susulan tersendiri, dengan beberapa daripadanya mempunyai magnitud melebihi 5.7. Pada magnitud 8.7, gempa ini merupakan yang kedua terbesar di dunia sejak 1965.

Gempa tersebut dirasai di seluruh pulau Sumatera, dan menyebabkan kehilangan kuasa elektrik di Banda Aceh, dan menyebabkan ribuan melarikan diri dari rumah ke tempat-tempat yang lebih tinggi.

Manakala di pulau Nias, 75 km dari pusat gempa dan 200 km dari Sumatera, beratus-ratus bangunan telah runtuh dan hampir 1000 orang disahkan terkorban, manakala berpuluh-puluh lagi masih terperangkap dalam runtuhan bangunan. Kira-kira 100 pula dilaporkan telah terkorban di pulau Simeulue. Kerja-kerja mencari dan menyelamat sukar dilakukan kerana ketiadaan jentera berat dan minyak, bantuan kemanusiaan juga sukar dihantar kerana lapangan terbang Nias turut rosak dalam gempa tersebut.