Aku tengok ramai betul ejen Takaful ni tunjuk kat Facebook pergi oversealah, dapat gadgetlah, dapat reward segala bagailah. Duit klien bayar susah payah ni sebenarnya banyak buat enjoy ke
Aku tanya dia pula,
Staf Astro, staf TM, staf Petronas pun dapat rewards, dapat bonus, dapat pergi oversea jumpa counterparts, dapat gaji besar. Duit kita bayar yuran Astro, internet, beli petrol mahal, susah payah segala ni sebenarnya untuk staf syarikat tu buat enjoy ke
Dia diam. Tak nak menyerah, dia cakap lagi,
Ye. Tapi tak ada depa ni cerita kat Facebook. Kau bandinglah berapa ramai staf Astro, TM, Petronas tu cerita bonus kat Facebook dengan ejen yang bercerita hal trip, best itu, best ini, macam syarikat Takaful tu je paling best! Aku senyum tenang. Aku tanya dia lagi,
Boleh ke kalau aku belajar bidang cikgu nak kerja jadi drilling engineer kat Petronas Atau boleh ke kalau aku sekarang kerja kerani di TM aku nak kerja jadi COO di DuBook supaya aku dapat travel oversea selalu
Mukanya berkerut cuba memahami.
Aku sambung,
Equal opportunity, bro. Bidang Takaful offer equal opportunity sebab tu ejen cuba bercerita di Facebook supaya siapa-siapa yang ada hasrat dan keinginan nak improvise boleh la kerja jadi ejen. Itulah tujuannya, membuka peluang. Menunjuk Poyo Menggedik Ikhlas Nak inspire Nak bagi semangat Itu semua perspektif, pedulikan. Kita bukan hidup di dunia untuk buat kerja Tuhan.