Saya berfikir, benar juga, kenapa kita selalu berfikir anaklah yang gagal belajar. Apakah bukan sesungguhnya kita, guru dan ibu bapa, yang telah gagal mengajar Lama sekali saya termenung, membolakbalik pertanyaan ini dalam fikiran. Jika anak yang gagal belajar, bererti anak itu diciptakan untuk gagal. Lalu, apakah Sang Pencipta Yang Maha Sempurna itu tidak mampu menciptakan semua anak untuk boleh berjaya
Saya pernah membaca sebuah buku tentang paradigma ilmuwan sejati. Di kalangan para ilmuwan, jika ada sebuah proses uji kaji yang gagal atau hasilnya tidak sesuai dengan yang diharapkan, sang ilmuwan tidak pernah mengatakan materinya gagal, melainkan prosesnyalah yang gagal.
Untuk itu, biasanya para ilmuwan akan membetulkan atau melakukan perubahan pada prosesnya. Lalu, mengapa kita selama ini tidak berfikir seperti itu Padahal sekolah merupakan tempat untuk mencetak para ilmuwan masa depan. Nah ... secara kebetulan Tuhan menjawab pertanyaan saya dengan sebuah buku hasil kerjasama penyelidikan tentang otak dari para ahli psikologi dan neurosains. Dalam buku itu jelas sekali digambarkan betapa hebatnya otak setiap anak. Bahkan komputer super canggih yang pernah diciptakan manusia pun tidak pernah ada yang mampu menandingi komputer semula jadi, iaitu otak anak kita. Selain itu, juga dijelaskan bahawa kemampuan itu tidak hanya dimiliki oleh sebahagian anak sahaja, melainkan oleh semua anak.
Akan tetapi, mengapa pada akhirnya seolah-olah kemampuan super itu hanya dimiliki oleh sebahagian anak sahaja. Oleh kerana itu, sang sarjana psikologi sosial menjelaskan berdasarkan penyelidikannya, pada dasarnya kemampuan setiap otak anak hampir sama canggihnya. Hanya sahaja, itu semua masih dalam bentuk yang sedia untuk dikembangkan (Potential Dorman Gen).
Nah, yang menjadi kunci utama adalah, siapakah yang mengembangkannya, dan apakah dia tahu persis bagaimana mengembangkan kemampuan otak setiap anak, yang walaupun memiliki kemampuan yang sama hebatnya, tetapi memiliki karakteristik dan pusat-pusat keunggulan yang berbeza-beza.
Ya Tuhan ... jantung saya jadi berdebar-debar mendengarkan penjelasan ini. Jadi, ternyata semua anak itu mesti boleh menjadi anak yang luar biasa jika si pendidiknya mengetahui persis bagaimana cara melakukannya. Sesungguhnya penjelasan tersebut telah membuka mata saya bahawa anak-anak kita itu harus tidak ada yang gagal, yang ada hanyalah para pendidik yang gagal mengembangkan kemampuannya.
Jika melihat kembali sejarah, kita boleh melihat betapa anakanak genius yang pernah tercatat dalam sejarah selalu memiliki orang-orang hebat di belakangnya sebagai sang pendidik sejati. Sebut sahaja Thomas Alfa Edison yang memiliki Nancy Alliot, ibu sekaligus motivator bagi anaknya, yang berjaya menjadikan Edison dari anak yang gagal di sekolah rendah menjadi ilmuwan terkemuka di dunia dengan lebih dari 1000 penemuan yang dipatenkan. Begitu juga dengan Dr. Arun Gandhi yang memiliki ayah dan datuknya, Mahatma Gandhi, sebagai pendidik sejatinya.
Mari bersama-sama kita menjawab melalui hati nurani terdalam, sesungguhnya anak yang gagal belajar atau kita yang gagal mengajar
Anak-anak kita seharusnya tidak ada yang gagal, tetapi para pendidiknyalah yang gagal mengembangkan kemampuannya.