Betul tak kena Kalau Cik Danira cedera, saya boleh tolong bawakan ke klinik, pelawa Filman bersungguh-sungguh. Matanya meneliti tubuh gadis itu dari atas ke bawah. Bimbang sungguh dia jika gadis itu benar-benar tercedera kerananya.
Tak payahlah encik, saya tak apa-apa. Danira menolak.
Cik Danira dari mana ni Soal Filman ingin tahu.
Saya dari rumah Kak Mila. Dia pesan minta saya ambilkan beberapa barang dari rumahnya. Jawab Danira sejujurnya. Bungkusan di tangannya ditunjukkan ke arah lelaki itu. Filman tersenyum.
Rapat ya Cik Danira dengan Kak Mila tu. Komen Filman.
Danira diam sahaja. Dia tidak memberi sebarang ulasan. Melihat reaksi Danira, Filman kian buntu mahu meneruskan perbualan. Dia pura-pura meneliti jam di pergelangan tangannya.
Hmm tak apalah kalau macam tu. Saya pergi dulu, lagipun dah lewat ni. Ujar Filman meminta diri. Danira sekadar mengangguk. Dia memerhatikan dari tepi sehingga Filman masuk ke dalam keretanya semula. Sebentar kemudian, kereta lelaki itu mula bergerak menuju ke jalan utama.
Danira menarik nafas panjang. Aduh! Mujur tak kena langgar tadi! Dia segera mengatur langkah ke arah pintu masuk taska, tapi langkahnya tiba-tiba terhenti. Lynn berdiri di muka pintu sambil menjeling tajam ke arahnya seakan-akan marah. Danira pura-pura tidak mengerti lalu menuju ke arah gadis itu.
Dah datang Lynn Tegur Danira ramah. Namun bukan balasan yang diterimanya, tapi dengusan kasar Lynn pula yang kedengaran. Gadis itu segera menghilang ke dalam rumah. Danira terkedu dengan sikap Lynn. Dia semakin bingung. Kenapa dengan Lynn sebenarnya Marahkan akukah
Filman sibuk membelek dokumen-dokumen yang baru dihantar pembantunya sebentar tadi. Kes saman yang melibatkan seorang kenamaan itu akan mula dibentangkan fakta-faktanya di mahkamah mulai minggu depan. Oleh sebab itu dia harus bersedia. Lagi pula dia mewakili seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk yang ingin mengemukakan saman terhadap sekumpulan penduduk yang didakwa menetap di atas tapak tanah miliknya.
Sebenarnya Filman tidak berapa suka menguruskan kes-kes melibatkan orang-orang berpengaruh seperti itu. Bukannya apa, dia rasa terhimpit dengan sikap sesetengah kliennya yang kadang-kala dirasakan tidak masuk akal dan tidak bersikap murah hati. Tapi kerana ayahnya, dia terpaksa juga menerima kes-kes melibatkan kenalan baik ayahnya.
Encik Filman, Tengku nak jumpa you kat office dia. Cindy pembantunya menjenguk masuk dari celah-celah pintu yang sedikit rengang. Filman angkat muka memandang ke arah Cindy. Dia tidak berkata apa-apa, hanya mengangguk.
Beberapa minit kemudian, dia sudah berada di hadapan bilik ayahnya. Daun pintu diketuk perlahan. Sebaik mendengar suara Tengku Amar, dia terus menolak daun pintu. Namun wajah pertama yang terpampang di hadapan matanya membuatkan dia terkedu.
Aliff Dia meluru ke arah anak muda itu lalu memeluknya. Rangkulannya kemas, membuatkan Aliff ketawa besar.
Lama tak jumpa, abang Filman apa khabar Aliff bertanya. Wajah Filman yang riang menyenangkannya.
Alhamdulilah sihat. Jawab Filman santai. Bila Aliff sampai dari London Tanya Filman pada anak muda itu. Angin tiada ribut pun tiada, tiba-tiba Aliff muncul di pejabat ayah mereka hari ini.
Kelmarin.
Kelmarin Habis semalam kenapa tak balik rumah Filman mengerutkan dahinya.
Itulah yang ayah marah tu Fil. Si Aliff ni dahlah balik tak beritahu kita, lepas tu dia bermalam pulak kat rumah kawan dia. Kalau bukan sebab dia datang hari ni, sampai bila-bila pun ayah tak tahu dia dah balik. Leter Tengku Amar. Aliff ketawa kecil.
Saja Aliff nak surprisekan semua orang. Masa kat airport tadi, Aliff jumpa salah seorang kawan Aliff dulu. Itulah sebabnya Aliff ikut dia balik rumah dia kat Shah Alam. Maaf ayah. Aliff tersengih. Dia tahu keputusannya kali ini melulu. Mujurlah ayahnya tidak marah-marah!
Surprise kamu tu merisaukan ayah. Lain kali cakap dulu kalau nak balik ke mari. Pesan Tengku Amar. Aliff cepat-cepat mengangguk. Dia mengerti kebimbangan si ayah. Ekor matanya sempat dihala ke arah Filman yang turut tergelak kecil.
Berapa lama Aliff cuti kali ni Tanya Filman ketika mengajak anak muda itu minum di kafeteria di hadapan bangunan pejabat Amar & Sons Co.
Hmm..dua bulan. Aliff ingat nak bantu ayah dengan abang kat sini. Sekurang-kurangnya Aliff boleh mahirkan diri dalam bidang ni setelah tamat belajar nanti. Ujar Aliff melahirkan hasrat hatinya.
Bagus juga tu, ayah tentu gembira. Sahut Filman. Dia tahu Tengku Amar memang memanjakan Aliff berbanding adik beradik mereka yang lain.
bersambung
Bab akan datang:
Bagaimanakah reaksi keluarga Filman setelah mengetahui Aliff sudah pulang