NURUL dan Anis singgah di Pekan Baru untuk membeli barangan dapur. Rasa tidak sedap pula datang ke rumah Tok Ayah dan Mak Limah dengan tangan kosong, lebih-lebih lagi diadakan majlis kenduri. Anis yang kebetulan sedang bercuti semester dibawa sama oleh Nurul untuk diperkenalkan dengan ibu dan ayah angkatnya itu.
Nurul membeli bawang, minyak, beras, tepung, dan pelbagai lagi barangan yang dirasakan perlu. Setibanya dia di rumah Tok Ayah, kelihatan beberapa orang lelaki sedang memasak di bawah sebuah khemah kecil. Dia memanggil beberapa orang anak kecil yang sedang bermain di bawah rumah untuk membantu mengangkat barang.
Anis yang masih keanak-anakkan walaupun sudah hampir berusia 20 tahun itu berasa sungguh teruja. Dia turut berlarian mengacah kejar ayam itik yang banyak.
Asalamualaikum, ucap Nurul.
Serentak itu mereka yang berada di dapur menoleh ke arah pintu. Mak Limah yang mendengar suara yang dirinduinya itu bergegas menyambut Nurul di depan pintu. Dipeluk cium anak gadis itu untuk melepaskan rindu.
Alhamdulillah, sampai juga Nurul. Mari masuk. Eh, Nurul bawa apa ni
Adalah sikit barang dapur.
Alah, susah-susah saja. Mak Limah bukan buat apa, yang ringkas-ringkas saja. Mak Limah membelek-belek barangan yang dibawanya.
Nurul menggamit tanggannya memanggil Anis. Mak Limah segera menjenguk ke arah yang digamit Nurul. Anis berlari dan berdiri dengan termengah-mengah di sebelah kakaknya. Sejak kaki nya pulih seperti sediakala, Anis melatih kakinya itu dan menyertai acara lumba lari. Gadis itu mahu menikmati kehidupan yang telah lama tidak dimilikinya.
Mak Limah, ini adik tunggal Nurul. Namanya Anis.
Oh, inilah Anis! Masuk, nak. Masuk! Gembiranya hati Mak Limah ni, Mak Limah turut memeluk dan mencium Anis. Anis ternyata gembira dengan layanan mesra wanita itu.
Nurul dan Anis mengekori Mak Limah ke sudut dapur yang telah pun dipenuhi jiran-jiran. Ada yang tersenyum, ada yang mempamerkan wajah kehairanan dan ada yang terpingga-pingga melihat mereka berdua.
Ini Nurul dan Anis, anak angkat saya. Baru sampai dari Kuala Lumpur, terang Mak Limah kepada semua.
Cantik, dah kahwin tanya satu suara yang akhirnya disambut dengan ketawa jiran-jiran lain.
Belum, kakak saya ni bujang lagi.
Nurul menyiku lengan Anis. Malu dia dengan soalan sebegitu. Mak Limah yang tidak mahu dia terus menjadi bahan usikan telah menyuruh dua beradik itu memotong nenas.
Malam itu, Nurul memilih baju kurung moden dan selendang berwarna merah jambu. Anis pula mengenakan kebaya kuning air dan tudung yang sedondon. Setelah solat maghrib, seorang demi seorang penduduk kampung datang memenuhi rumah Tok Ayah. Kata Tok Ayah, dia telah menjemput semua orang kampung dan orang surau kampung sebelah.
Ternyata malam itu memberi kegembiraan kepada gadis itu.
KHAIRUL memandang sekeliling. Sebuah ban-
gun an kayu besar terletak di tengah dan di kelilingi oleh sembilan buah pondok kayu.
Damai dan hening suasana di madrasah itu.
Khairul menuju ke bangunan besar yang me-
rupakan blok pentadbiran. Seorang lelaki yang sudah berusia lewat 50-an tersenyum melihatnya.
Asalamualaikum, Encik Khairul, sapa lelaki itu.
Waalaikumsalam, Ustaz Zuhdi.
Mari masuk, Encik Khairul.
Mereka duduk di sofa yang tersedia di bilik itu.
Susah ke nak mencari Madrasah Musyaddad ni
Taklah susah sangat. Tak terfikir pula madrasah ni berada di tengah-tengah hutan.
Iya, ramai yang sukar untuk datang ke mari kerana kawasannya yang jauh dari bandar. Namun suasana yang sunyi sebeginilah, menjadi tarikan untuk pelajar menimba ilmu akhirat. Khairul mengangguk.
Ustaz, ini bayaran untuk tempoh tiga bulan saya di sini. Khairul menghulurkan sepucuk sampul coklat kepada Ustaz Zuhdi.
Eh, jangan Encik Khairul. Kami di sini telah berpakat untuk tidak mengambil sebarang bayaran daripada encik. Sebelum datang ke mari, encik telah memasukkan duit sebanyak RM30,000 ke dalam akaun madrasah ini. Pihak kami sangat terhutang budi.
Sudahlah. Saya berniat ikhlas. Saya tak mahu ada yang terhutang budi. Saya sudah maklumkan daripada awal maksud kedatangan saya ke mari.
Saya mahu mendekatkan diri pada Allah. Ustaz telah berjanji mahu membantu saya. Malah, saya yang sepatutnya terhutang budi pada ustaz, jelas Khairul.
Tapi.... Belum sempat ustaz itu bersuara, Khairul telah memotong kata-katanya.
Okeylah, begini saja. Saya mendermakan wang saya ke jalan Allah dan ustaz mengajar saya kerana Allah. Jadi, masalah balas budi tidak akan berbangkit. Kita sama-sama melakukannya dengan niat yang sama.
Baiklah, saya setuju, sahut Ustaz Zuhdi lemah. Encik Khairul panggil saja saya, ayah. Di sini, semua pelajar sudah saya anggap seperti anak sendiri.
Baiklah.
Mari saya tunjukkan kawasan Madrasah Mushaddad ini.
Ustaz Zuhdi menceritakan sejarah penubuhan Madrasah Mushaddad yang dibina pada awal tahun 1989. Kini, Madrasah Mushaddad mempunyai tiga sekolah agama persendirian di negeri Johor, Kelantan dan Negeri Sembilan.
Khairul kembali ke rumah setelah urusan di Madrasah Mushaddad selesai. Dia merapati ibunya yang sedang melipat kain di biliknya.
Mak....
Ada apa, nak. Datin Rafeah merenung wajah anak sulungnya itu. Hati seorang ibu dapat merasakan ada sesuatu di sebalik wajah bening Khairul.
Begini, saya akan bercuti selama tiga bulan. Saya nak belajar ilmu agama di Madrasah Mushaddad. Harap mak izinkan saya pergi.
Tak bolehkah kamu belajar agama di sini saja, Khairul Kau nak tinggalkan mak, ke Nak tinggalkan Zafirah Luluh benar hati Datin Rafeah mendengar permintaan Khairul.
Tak, bukan maksud saya nak tinggalkan mak dan Zafirah. Malah kalau boleh saya nak jaga mak sepanjang hidup saya. Berbakti selagi mak masih bernafas. Cuma izinkan saya belajar ilmu agama dan mencari arah hidup saya. Tiga bulan saja mak. Mak tolong saya jaga Zafirah ya
Mak tak dapat nak halang jika niat kau adalah untuk belajar agama. Mak tak mahu kongkong kau seperti dulu. Mak izinkan kau pergi tapi janji dengan mak yang kau akan balik jenguk mak andai mak dah tak ada nanti. Suara Datin Rafeah bertukar sayu.
Ish, apa mak cakap ni. Lepas tiga bulan, saya akan balik. Saya janji.
ASSALAMUALAIKUM, Datin Rafeah ke ni soal Nurul. Dia masih tidak dapat meninggalkan gelaran datin itu.
Waalaikumsalam, ya saya. Ni siapa
Nurul, datin.
Oh, Nurul. Lama tak dengar khabar. Tak mahu datang ke mari lagi Pertanyaan Datin Rafeah membuatkan Nurul merasa senang.
Insya-Allah, datin. Ada masa, saya akan menjenguk datin. Macam mana keadaan datin sekarang, okey
Alhamdulillah, Nurul. Saya sihat. Cuma sedikit risaukan tentang Khairul.
Khairul sakit ke datin
Tak, tapi dia dah tiga bulan tak pulang ke rumah. Telefon pun tak. Dia ada kata nak pergi Madrasah Mushaddad di Kota Tinggi. Tak silap sayalah... Zafirah tu, rindu sangat pada ayahnya. Sampai demam. Susah betul hati saya ni.
Agak-agak datin, dia buat apa di sana
Itulah, dia tak cakap pula. Belajar agama agaknya. Takut apa-apa berlaku pada dia.
Macam mana pula dengan kerjanya. Takkan dia biarkan saja
Hm, itukan syarikat dia. Mungkin dia suruh pekerja dia uruskan pejabat sementara dia tak ada. Tapi, saya risau juga. Iyalah, kat tangan orang. Saya pun tak kenal orangnya. Kadang-kadang rasa bersalah selalu menghantui saya, Nurul. Saya tak pernah bantu dia pada hal saya mampu menyediakan segalanya buat dia. Nampak san gat saya pilih kasih terhadap anak-anak. Datin Rafeah meluahkan kerisauannya.
Datin, saya lihat Khairul seorang yang mampu berdikari sendiri. Saya yakin syarikatnya dijaga orang kepercayaannya. Saya percaya, dia boleh berdiri sendiri kerana kematangannya dan tak mahu menyusahkan datin, Nurul cuba memujuk Datin Rafeah.
Saya pun harap begitu juga.
Insya-Allah datin, dia takkan apa-apa. Beginilah, saya akan ikhtiar untuk cari maklumat tentang Madrasah Mushaddad tu. Ada sebarang maklumat, saya akan beritahu datin. Harap datin bersabar.
Iyalah, jangan lupa Nurul beritahu saya, ya
Iya, datin. Assalammualaikum.
Nurul menaip perkataan Google. Kemudian menekan ejaan Madrasah Musyaddad. Di situ terdapat empat risalah dan dia terus menekan risalah nombor satu.
Pengenalan Institusi Madrasah Mushaddad:
Madrasah Mushaddad merupakan sebuah institusi pendidikan yang berlatar belakang syariat dan thoriq.
Nurul mencari-cari info yang lebih berguna. Mousenya terhenti di muka surat lima. Segera tan
gannya menulis nombor telefon pihak yang boleh dihubungi. Di dalam hati, mahu sahaja dia berangkat mencari Khairul di Kota Tinggi. Namun kerana keterbatasan pada kerja, Nurul hanya mampu mencari cara lain. Syukur, datin ada memberikan nombor telefon bimbit milik Khairul.
NURUL berjalan mundar-mandir di ruang tamu. Sudah tiga hari dia mengunjungi Tok Ayah dan Mak Limah di Cherating. Kebetulan ada cuti umum bersambung dengan cuti hujung minggu, jadi dia mengambil kesempatan itu untuk berehat lebih lama di pantai timur itu. Tok Ayah suami isteri gembira melihat gadis itu. Begitu juga dengan jiran tetangga.
Setelah penat berjalan, Nurul kembali duduk menghadap televisyen. Semuanya terasa serba tidak kena.
Kamu kenapa Nurul tegur Mak Limah.
Nurul tersengih-sengih sahaja memandang Mak Limah.
Tak ada apa-apa. Nurul cuma ada sedikit masalah. Tak lama lagi semua baik-baik aja. Kenapa
Mak Limah
Mak Limah bukan apa. Seharian kamu termenung. Makan tengah hari pun sampai lupa. Nak kata orang tengah bercinta, takkan seteruk ni. Dulu Mak Limah bercinta dengan Tok Ayah, tak macam budak-budak sekarang. Pergi tengok wayang tak boleh, pergi pekan tak boleh. Masa nikah tulah, Mak Limah baru jumpa Tok Ayah.
Orang kata, bercinta lepas kahwin.
Oh, Nurul pun kalau boleh nak bercinta lepas kahwin, Mak Limah. Susah ya, kalau belum kahwin dah serahkan segala kasih sayang namun tak ada penghujungnya, sahut Nurul.
Kamu memang benar-benar menyukai seseorang Tak sangka pula Mak Limah akan bertanya soalan itu. Berderau darah Nurul mendengarnya.
Tidak, Mak Limah. Sekarang, saya bingung. Entah kenapa saya boleh mengambil berat hal yang tak ada kaitan dengan diri saya langsung.
Maksud kamu
Dulu saya pernah bekerja dan mempunyai majikan. Sekarang majikan saya sudah kematian isteri. Masa saya bekerja dulu, dia tak pernah ambil tahu hal saya dan saya juga tak mengambil tahu hal dia. Cuma, baru-baru ni saya terserempak dengan dia. Hati saya tergerak untuk membantu kerana lihat keadaannya yang tak seperti dulu. Tapi, saya tak tahu nak tolong dari segi apa. Nurul meluahkan segala yang terpendam di sudut hati.
Tak salah jika niat Nurul itu baik. Mak Limah pun suka. Kalau nak bantu orang biar dengan hati yang ihklas dan tak minta balasan. Kamu boleh bantu beri nasihat, dan dorongan pada dia. Mungkin kematian isterinya telah merubah hidupnya. Iyalah, cuba kamu bayangkan selama ni dia hidup bertahun-tahun dengan isteri, makan minum dijaga tiba-tiba isterinya pergi. Ambil masa yang lama untuk menerima takdir yang telah di tentukan oleh Allah.
Nurul tertunduk mendengar kata-kata Mak Limah.
Insya-Allah. Tok Ayah tak balik lagi
Belum, dia lepas solat ada tazkirah sikit. Jadi imam kampung ni dah sebati dalam diri dia. Mak Limah nak siapkan makan malam. Nanti kita makan bila Tok Ayah dah balik. Kamu jangan sampai tak makan lagi, Nurul. Kita makan sama-sama, ujar Mak Limah lalu bangun menghala ke dapur.
Nurul mengambil album gambar yang terdapat di bawah meja. Hanya terdapat gambar- gambar lama milik Tok Ayah dan Mak Limah. Satu per satu gambar dibeleknya. Tiba-tiba ingatannya terarah pada peristiwa tempoh hari.
Nurul, kamu tak teringin ke nak kahwin soal Tok Ayah sewaktu dia sampai dulu.
Eh, Tok Ayah ni ke situ pula. Nurul muda lagi. Nantilah, sekarang ni pun banyak kerja yang perlu difikirkan. Tentang jodoh ni biarlah masa yang menentukan.
Kamu tak boleh begini. Memang jodoh sudah ditentukan tapi kita kena ikhtiar. Kamu jangan lupa. Dengan usaha dan doa sajalah yang mampu merubah apa saja.
Tok Ayah, nantilah ya, jika ada calon Nurul bawa dia jumpa Tok Ayah. Lagi pun, Nurul dah anggap Tok Ayah dan Mak Limah macam mak dan abah Nurul, pujuk Nurul.
Baguslah kalau macam tu. Tok Ayah dan Mak Limah ni dah tua. Anak pun tak ada, inikan pula cucu. Mak Limah kamu selalu mengadu pada Tok Ayah, bilalah dia nak bermain dengan cucu. Kami bukan memaksa kamu. Cuma kami rasa hanya kamu saja yang mampu beri cucu buat kami.
Sayu hati Nurul mendengar keinginan pasangan suami isteri itu. Dia tahu sudah sampai masanya untukku berumah tangga. Usianya telah menjangkau 28 tahun. Tetapi dia masih tiada calon suami. Untuk seketika, bayangan Iwan muncul di ingatan. Bayangan itu kemudian berganti pula dengan bayangan Khairul.
Insya-Allah, Nurul akan usaha. Tok Ayah jangan cakap macam itu. Sedih Nurul. Kan Anis juga anak Tok Ayah
Nurul, nanti kalau kamu dan Anis kahwin, buat di rumah Tok Ayah, ya. Tok Ayah nak jemput semua penduduk kampung. Kita buat besar-besaran, kata Tok Ayah penuh harapan. Tok Ayah nak ke kedai kejap, beli barang yang Mak Limah kau pesan.
Tok Ayah berdiri meninggalkan Nurul yang masih duduk di atas tangga beranda. Dia tersenyum mengingati gelagat Tok Ayah yang terlalu mahukannya berkahwin cepat.
Nantilah, Tok Ayah. Nurul melepaskan keluhan. Perkataan andartu memang menakutkan.
ABANG, bangun.
Bunyi cengkerik dan reriang malam bagaikan orkestra di perkampungan pengajian pondok itu. Suasana sungguh dingin. Khairul menarik erat selimut nipis yang menjadi pemanas badannya. Seorang budak lelaki berusia lebih kurang 14 tahun memanggil Khairul. Oleh kerana tiada tindak balas dari Khairul, dia mengambil keputusan untuk menyingkap kelambu Khairul lalu menggoyang tangannya.
Bang... bang... bangun.
Anif menggerak-gerakkan lengan Khairul. Terpisat-pisat Khairul membuka mata.
Bangun bang, solat malam, ujar Anif.
Solat malam Khairul kebingungan.
Solat tahajud, bang. Cepat ya, bang. Saya tunggu di luar. Kita solat berjemaah.
Perlahan-lahan Khairul bangun. Tangannya di lunjur ke atas. Dia mengeliat untuk meregangkan tulang-tulangnya.
Cepat, bang, laung Anif dari luar.
Ya, datang, datang, Khairul terburu-buru menyalin kain pelekat. Disarungnya baju melayu yang dipakai siang tadi.
Eh, macam saya kenal baju ini. Tapi di mana, ya Anif sengaja menggaru kepala. Senyumannya semakin lebar.
Khairul yang sememangnya tahu tabiat Anif yang suka bergurau, hanya membiarkan kata-kata itu.
Wangi tahu, balas Khairul agak lambat. Dia menghidu pakaiannya pada bahagian dada.
Sepanjang perjalanan ke surau, Anif menahan gelak. Sudah beberapa hari Khairul memakai baju melayu itu untuk bersembahyang. Dia tahu Khairul hanya membawa sehelai sahaja baju melayu. Lain semuanya t-shirt dan kemeja. Dalam hatinya, Anif bercadang untuk memberi sehelai jubah besarnya kepada Khairul.
Err solat malam tu apa
Pertanyaan Khairul mematikan fikir Anif. Anif memandang tepat ke arahnya. Khairul sengaja me ng angkat keningnya.
Sungguh abang tak tahu ni
Em, tak tahu dan tak pernah tahu.
Begini bang, solat malam itu dikenali juga sebagai solat tahajud. Solat ni tak ditetapkan bilangan rakaatnya tetapi sekurang-kurangnya dua rakaat dan dilakukan apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur yang seketika. Banyak manfaatnya, bang.
Apa dia
Yang paling utama ialah mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan pada wajahnya.
Abang malulah. Abang tak tahu cara nak solat malam, luah Khairul kesal.
Tak apa. Kita belajar pelan-pelan. Mula-mula abang ikut dulu. Dalam masa yang sama, abang belajar. Jangan paksa diri sebaliknya tanamkan minat. Insya-Allah, abang mampu buat.
Terima kasih ya, Anif.
Tapi, ini baru solat tahajud. Belum solat-solat sunat yang lain.
Langkah Khairul terhenti. Dia terfikir, alangkah jahil dirinya. Selama ini dia hanyut dengan hal keduniaan sehingga menzalimi diri sendiri.
Ya, Allah. Aku jauh ketinggalan berbanding dengan orang lain. Selama ini aku menyangka diriku lebih baik dari orang lain. Rupanya sebaliknya pula. Abang!
Jeritan Anif yang telah sampai di tangga surau memaksa Khairul melajukan langkahnya. Khairul menuruti gerakan solat mengikut imam. Mujur dia memilih saf yang paling hadapan.
Sewaktu dahinya mencecah sejadah, tiap kali itu jugalah kepalanya terasa ringan. Seakan tiada sebarang tekanan yang berat mengganggunya. Syah du jiwanya semakin terasa.
Lepas ni kita nak buat apa soal Khairul setelah usai solat tahajud.
Kita tunggu solat subuh. Abang ambil satu, saya ambil satu. Anif menghulurkan senaskah al-Quran.
Di tangan Anif sudah tersedia sebatang rotan. Sengaja Anif memukul-mukul lantai surau.
Nak buat apa dengan rotan tu
Rotan ini digunakan untuk hukuman bagi orang yang tak mahir membaca al-Quran.
Hah Abang kan baru lagi, takkan nak kena rotan juga. Mana boleh. Abang kan tak tahu apa-apa
Jangan takut. Baca sajalah. Mula dengan al-Fatihah.
Mulanya Khairul teragak-agak. Namun, melihat Anif melibas rotan ke lantai dia membaca juga walau tersekat-sekat. Hanya mereka berdua sahaja di sudut surau itu. Orang lain juga sedang membaca al-Quran. Mereka tidak memperdulikan Anif dan Khairul. Khairul berasa lega.
Bukan begitu. Macam ni....
Anif membetulkan bacaan ayat Khairul. Sesekali matanya merenung tepat wajah Khairul. Khairul mengikuti ajaran Anif perlahan-lahan.
Anif, jangan laju sangat. Satu, satu dulu. Abang tak boleh nak tangkap kalau Anif ajar laju. Kita belajar perlahan-lahanlah, pujuk Khairul bila melihat Anif terlalu cepat.
Okey. Bang, kalau macam nilah kan, baik abang mulakan dengan muqaddam saja. Abang kena lulus perkara yang asas dulu baru masuk al-Quran.
Dah tu, macam mana ni
Kita belajar sampai sini dulu. Esok kita mulakan pelajaran kita dengan muqaddam. Tapi saya ajar abang kat biliklah.
Eh, kenapa pula Kat surau ni kan lebih elok.
Abang ni, saya nak tolong abang. Kalau budak-budak dengar abang mengaji muqaddam nanti mereka ketawakan. Saya tak nak abang malu.
Anif, abang takkan malu. Nak tuntut ilmu ni kat mana-mana pun boleh. Mereka nak ketawakan abang pun, abang dah tak kisah. Lama-lama mereka malu sendiri, abang kan nak tuntut ilmu Allah, kenapa mesti mereka ketawa
Betul ni, abang tak kisah
Betul.
Okey, kita belajar kat sini je lepas solat tahajud setiap malam.
Anif adalah rakan sepondok Khairul. Usianya baru 14 tahun dan seorang yang rajin belajar dan beribadat. Anif telah belajar di madrasah itu selama tiga tahun. Dia bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Mesir.
Esoknya dan hari-hari berikutnya, Anif mengajar Khairul membaca muqaddam. Ada juga segelintir pelajar yang tersenyum sinis sewaktu berpapasan dengan Khairul. Hati Khairul sudah bulat. Tiada sesiapa yang akan dapat meroboh tekadnya.
Semangat Khairul disanjung tinggi oleh guruguru agama di madrasah itu. Mereka memuji semangat Khairul yang mahu belajar agama. Lama-kelamaan, senyuman sinis yang dilemparkan bertukar menjadi senyuman manis. Mereka tidak lagi memandang rendah pada Khairul. Sebaliknya menjadikan Khairul sebagai contoh teladan buat mereka.