Aku : Wslm. Sihat. Kau macam mana
Shaz : Aku sihat. Maridah kirim salam. Lama dah, Cuma baru beritahu kau hari ni. Habis kau tak reply mesej aku. Huu
Aku : Oh, wslm. Dia jadi tunang ke Hmm
Shaz : Tu aku tak tahu. Kau mesejlah dia.
Aku : Eh tak naklah aku. Hm takpelah. Thanks eh. Jumpa nanti dekat kolej. Selamat bercuti.
Aku tergamam. Betul ke CapitalM kirim salam dekat aku Atau Shaz saja buat-buat cerita Tak tak, Shaz bukan yang jenis suka buat cerita. Aku tahu dia macam mana. Orangnya jujur. Tapi kenapa CapitalM kirim salam dekat aku Dia lupa ke yang aku dan dia masih lagi dalam perjanjian Atau dia rindu pada aku sebenarnya Entah-entah dia tak jadi tunang tak. Dan dia kirim salam tu sebagai memberitahu aku yang dia dah sedia nak mulakan semula hubungan ni.
Ah, terlalu banyak persoalan. Aku terlalu senang mengharap pada dia. Entah-entah, dia sedang bahagia sekarang. Hati ni mudah sangat cair pada dia. Walaupun kami dalam perjanjian, aku tak boleh lari daripada terus mengingati dia. Secara jujur aku cakap, aku sunyi sangat tanpa dia. Dan suasana sunyi ni betul-betul mendera aku ketika waktu malam. Ketika aku hendak tidur. Kenangan antara aku dan dia datang menerjah terus-menerus menghantui hati dan sanubari aku. Wajahnya yang comel, gayanya yang lemah lembut serta kemesraan antara aku dan dia datang menghambat.
Aku terlalu rindu pada dia. nak mesej dia Perkara itu tak mungkin akan terjadi. Secara jujurnya, aku dah delete nombor dia sejak hari pertama perjanjian antara aku dan dia bermula. Dan apabila dia unfollow aku dekat twitter, aku pun terus unfollow dia. Memang aku menyesal. Aku terlampau ikutkan hati dan perasaan. Aku ego. Akhirnya, aku yang merana sendiri. Tapi kalau aku tak delete nombor dia, mesti aku dah mesej dia sekarang. Bukannya aku tak boleh mintak nombor dia dari Shaz atau Amir. Tapi sekurang-kurangnya, aku tak boleh mesej dia secara terus.
Mungkin ada hikmahnya apa yang berlaku sekarang. Secara logiknya, mesti masalah akan datang balik kalau aku mesej dia. Sebelum perjanjian hari tu, kami masing-masing dah bersedia untuk menerima situasi dan takdir yang telah ditetapkan. Kami dah redha. Jadi kalau aku kembali pada dia, maksdunya aku tak redha. Dan aku dah mungkiri janji yang aku sendiri cipta.
CapitalM. Fiz terima dengan redha apa yang telah ditetapkan dalam cerita cinta kita ini. Percayalah, Fiz masih perlukan awak untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Fiz rindu awak. Fiz sunyi-sunyi sangat. Tanpa awak, hidup Fiz hambar. Hidup Fiz dah tiada sinarnya seperti mana awak ada sebelum ni. Setiap hari Fiz berdoa. Agar ada jodoh antara kita. Tapi sekiranya yang berlaku adalah sebaliknya, Fiz terima. Harapnya ada keajaiban yang berlaku. Kembalilah. Fiz masih di sini. Menunggu awak..